"Mama! Adik banyak dosa ke?" lesu Amar bertanya ...
Begitulah Amar, setiap kali dia sakit ... dia ingat begitu!!
Semenjak Isnin lepas dia demam ... tak ke sekolah ...
Demam panas yg merisaukan kami semua ... tak pernah dia demam begini lama dan tinggi suhunya
Suhu yg cecah 39 C ... (normal sekitar 37 C)
Habis info pasal demam Mama googled ...
Melilau mata periksa setiap inci tubuh Amar ... sambil tak putus2 doa jgnlah jumpa simpton2 yg tak dingininya ...
(Fobia anak ke 2, Angah :'( yg meninggal tiba2 setelah demam seminggu jg buat Mama dan Ayahnya risau yg amat ... fikir yg bukan2 .. Naauzubillah!!)
3X ulangalik jumpa doktor ... ke spital besar aje belum laginya
Hari ni ... kalau suhu dia naik lg, cam semalam ... satu hari dah kebah, tiba2 maghrib ... panas pula .... memang kespitallah jawabnya ...
Tu yg lesu semua .... xde mood nak fb, blogging, sambut merdeka apatahlah lg ...
Pagi ni suhu badan dia cam normal ... Alhamdulillah. Lega!!
p.s. Amar cakap demam kali paling teruk dia rasa ... jd bila dia kaitkan demamnya dgn dosa dia, Mama dia yg tua ni terasa sangat. Adik yg baru 10 tahun didunia ... apalah sangat dosa banding ngan Mama yg dah lebih 50 tahun ni ... terima kasih Adik kerana sedarkan Mama. Mungkin Mama yg leka dan banyak dosa sebenarnya ... bukan Adik!!
Buat renungan ... Sempena Merdeka kali ini ... kata2 HAMKA dlm TAFSIR AL-AZHAR (Cetakan 1984);
"APABILA KITA TELAH REDHA MENERIMA KEHILANGAN KEMERDEKAAN! DI SAAT ITU PULALAH KITA MULAI BEBAS " - HAMKA, tafsir surah Yunus (m.s. 257)
"Agama, khususnya Islam, tidaklah dapat tegak pada jiwa umat yg terjajah." - HAMKA, tafsir surah At Taubah (m.s. 237)
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
No comments:
Post a Comment