Jangan tak tahu, anak2 walau sekecil mana mereka, sentiasa perhatikan kita. Apa yg kita cakap dan buat, akan berbekas dihati mereka. Akan diserap ibarat span menyerap air. Dan bila mereka tak faham, biasanya mereka akan tanya ... terus dari hati, jujur dan tanpa selindung2. Ini antara soalan2 yg pernah ditanya Amar ... pada Mama.
1. Tentang 'Mati'
a) "Mengapa We dan Angoh mati? Adik sayang dan rindu mereka!"
- Mama beritahu dia, semua orang akan mati, bila sampai masa yg Allah sudah tetapkan sejak Dia buat kita.
b) "Kalau Mama mati, Adik nak duduk dgn siapa?"
- Kalau Mama mati, Ayah, Abe, K.Cik, Anas dan Muaz kan ada untuk jaga Adik. Ecu, Mak Lang, Ayoh Long, Ayah Cik ... ramai yg akan sayang dan jaga Adik!.
c) "Kalau Adik mati, bolehlah jumpa We dan Angah ya?"
- InsyaAllah. Sebab tu kena buat baik banyak2 masa hidup ni. Pastu lepas solat, doalah buat mereka berdua, buat Mama dan Ayah, buat adik beradik ... dapat jumpa kat syurga semua.
2. Tentang 'Kelahi'
a) "Mengapa Mama dan Ayah selalu kelahi?"
- Kadang2 Mama dan Ayah fikir tak sama, beza pendapat. Macam Adik dan Bebe ... kadang2 tak suka apa yg Bebe fikir, buat. Kelahi kejap tapi lepas tu ok jer. Tetap sayang Bebe kan? Mama dan Ayah pun gitulah.
b) "Tak berdosa ke Mama cakap kuat2 kat Ayah? Isteri kan kena hormat suami?"
- Cakap kuat tu sebab Mama dan Ayah kan dah tua. Cakap perlahan2 tak dengar .. hihi
3. Tentang 'Cerai'
a) "Mengapa A dan KM bercerai?"
- Sebab jodoh mereka setakat itu aje. Islam benarkan suami isteri bercerai dengan cara baik kalau dua2 setuju sebab dah tak boleh hidup bersama. Kalau banyak tak suka dari suka, bercerai lebih baik.
b) "Kawan Adik cakap dia ada 2 Ayah! Boleh ke?"
- Bila suami isteri bercerai, mereka boleh kawin lain. Mak kawan Adik tu kawin lagi dengan orang lain. Jadi kawan Adik ada dua ayahlah. Ayah betul, yg 'bin' pada nama dia, dan ayah tiri, suami baru mak kawan Adik tu.
4. Tentang 'Baby'
Sebelum ni, anak2 Mama, masa lingkungan umur 9 - 12 thn, tanya jugak soalan ni, "Camana baby jadi?", "Baby kluar ikut mana?" Biasanya Mama jawab, orang Islam kena kawin dulu baru boleh dapat baby. Kalau tidak berdosa, masuk neraka .... ", "Baby biasanya kluar ikut saluran peranakan yg Allah buat utk senangkan ibu bersalin. Bila baby nak kluar, saluran tu akan membesar ikut saiz baby ...
"Oooo ...." mereka tanda faham, tapi muka konfius semacam. Biasanya bila bab gini, lepas jawab, Mama pun cepat2 alih tajuk, malu pulak bila anak2 tanya soalan2 cepumas gini ... huhu. Dan, ianya berlalu begitu ... dgn harapan sampai masa, mereka kan belajar pasal benda2 gini kat sekolah nanti!
Tapi ... tidak dgn Amar, anak zaman langit terbuka ni. Soalan Amar perihal baby buat Mama hampir semput, terkejut berok (bahasa yg paling sesuai dgn keadaan Mama masa tu .... ), sunggoh tak sangka ..."Mama, betulkah baby tu jadi bila .... suami, masuk ... isteri, kluar sperma, jumpa telur isteri ... jadi baby?" Reaksi Mama? Mata bulat, muka panas, mulut ternganga, lidah kelu .... Nak marah tak buleh sbb itu fakta, nak iakan, faham2 ajalah situasi Mama masa tu. Last2 tanya,
"Mana Adik tahu semua ni?"(masih semput n berdebar2)
"Y (sepupu lelaki dia umur 12 thn.) beritahu."
"Macamana Y tahu?"(berdebar2 lg + buruk sangka tgk tenet yg censored2)
"Papa dia cakap. Y tanya sebab dia mimpi kiss2 dgn girl ..." (Lega! Dah akil baligh rupanya sepupu baik Amar ni).h
"Betullah tu. Allah beri mimpi utk sediakan diri bila nak kawin nanti. Tak payah tengok kat tenet benda2 gitu, dosa tengok aurat orang lain tau. Adik faham tak?"
"Tau. Ustaz pun cakap gitu. Adik ras geli lah Mama ....."
Fuhh! Terasa baru kluar dari zon bahaya .... hahaha

Jika pertanyaan mereka, kita rasa 'tidak mustahak', 'tak perlu beri perhatian sangat', 'ayah/mama sibuk ni ... pergi tanya ...' dan seumpamanya. Jangan salahkan anak2 jika, bila meningkat dewasa, bila soalan2 semakin rumit terutamanya berkaitan fizikal dan hubungan lelaki/wanita ... mereka tidak tanya pada kita, tapi pada kawan2, cari di internet dll
No comments:
Post a Comment