Semalam semasa Mama dan Amar sedang menonton tv ... keluarlah iklan krim muka yg guna aktress terkenal yg cun melecun.
Krim tu cakap ~ akan hilangkan kesan penuaan, awek muda, bla bla bla ...
Tiba2 Amar bersuara!
"Mama takyah pakai krim tu ... tipu je tu"
"Mana Adik tahu. Lawa dan muda pe yg pakai krim tu!"
"Tipu tu Mama. Kalau Mama pakai, nanti muka jadi hitam!"
"Eh! Mana boleh tipu. Kalau tipu nanti orang saman ... kena tangkap, masuk jel!"
Buntu, Amar senyap seketika. Mungkin sedar kebenaran kata2 Mama.
"Mama ... Mama kan dah tua. Kalau Mama pakai krim tu, nanti Mama nampak muda. Kira Mama tipulah sebab sebenarnya Mama dah tua. Kalau orang tanya Adik umur Mama, mesti Adik malu nak cakap 53 sebab nampak muda!!"
Hahaha ... Amar masih tak faham yg orang perempuan memang takut nampak tua!!!
Lalu saya beri dia pilihan. Mana dia suka kalau orang cakap,
a) "Eee! Tuanya Mama Amar!"
b)"Wah! Mudanya Mama Amar!"
Hehe ... Amar garu2 kepala dia yg tak gatal. Pandang saya dgn mata sayunya ala2 'Puss in the Boot' gitu.
"Tak adillah Mama ni. Mestilah Adik suka Mama muda!. Tapi, Adik lagi suka Mama tua camni, tua tapi cantik dan bukan cantik yg tipu ..."
(p.s. Ayahnya yg sedang dengar dari tadi gelak besar. Mama terus peluk dan cium Amar!! Mama tahu Amar bercakap dari hatinya, jujur sejujur jujurnya. Bolehlah Mama 'grow old gracefully' sebab Amar tak kisah mamanya tua!! Harap Ayahnya pun begitu juga ... huhu)
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
No comments:
Post a Comment