Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

30 June 2012

Doktor main-main?

Pernah jumpa 'doktor main-main'?
Bukan doktor sedang bermain-main cam main game kat smartphone dia ke,
main chess ke, ataupun yg menyamar jadi doktor ke ... 
Bukan, bukan, bukan ...
'Doktor main-main' ni memang ada kat hospital2 ... kat seluruh negara kita
Infact ... seluruh dunia gitu!!
Mama pertama kali terserempak dgn 'doktor main-main' ni sekitar tahun 80an ...
Sewaktu suami Mama dimasukkan ke wad Hospital Besar KL
Seperti biasa, waktu pagi tu doktor akan buat 'routine-check' ke atas pesakit2 diwad 
Sewaktu doktor menghampiri katil suami, pesakit depan katil suami tiba2 bangun dan duduk tegak atas katilnya. Sambil goyang2 tangan dan  tunjuk tanda 'warning' ke arah mereka, dengan suara yg kuat, wajah serius dan bengis, dia cakap,
"Hari ini aa, saya tarak mau 'doktor main-main' mari sini. 'Doktor betul-betul' tak per.Saya letih woo layan itu orang tanya itu ini ... benda sama ... hari2. Saya sakit tau. Ada faham ka!!"
Terkedu dan terkejut semua yg dengarnya. Takut pun ada dgn saiz badan pakcik keturunan Sikh ini ... Rupa2nya dia 'warning' dan marah2 pada 'doktor-doktor pelatih' yg berderet mengekori 'doktor betul-betul' tu! Hahaha ... 

p.s. Lepas tu Mama tengok 'doktor betul-betul' beritahu 'doktor main-main' jgn kacau pakcik Sikh tu lagi ... hehe mesti kecut perut 'doktor main-main' yg masih muda2 tu tengok kebengisan pakcik Sikh tu. Mereka2 yg pernah duduk kat wad lama-lama tentu pernah alaminya ... kena soal-siasat kat 'doktor main-main'. (^_^)

28 June 2012

Bukan sekadar resipi ... ia benar

Sejujurnya, ketika Mama kawin dengan Ayahnya ...
Satu masakan pun Mama tak reti masak.
Walaupun Mama anak perempuan sulung, Mama jenis yg 'outdoor'
Masa kecik2 tugas jaga adik2 ... tak pernah tolong Mak didapur
Adik2 main ... Mama pun mainlah ...
Bila meningkat remaja, duduk diasrama ...
Bila balik, mestilah rindukan masakan Mak yg sedap2 tu
Makanan asrama dgn yang Mak masak ibarat ...
'Jauh api dari panggang' ... setiap anak fikir begitu!
Dan Mak suruh Mama tumpu pada pelajaran je ...
Bila belajar di Uitm, dapat elaun ... nak makan, apa susah, beli aje!!
Bila balik sekali sekala ke kampung, tak ke dapur juga
Kalau ada pun ... tolong Mak kupas bawang, siang ikan sayur je
Bila kerja, duduk rumah sewa ..
Dapat 'housemate' semua yg pandai dan suka masak ...
Mama tukang makan, tukang 'tester' ...
Bila kawin ... mak ayah risau sebab mereka tahu Mama tak pandai masak
Kawan2 serumah pun sama ... haha
Lalu kawan2 inilah yg Mama cari tiap kali nak masak utk suami ...
Dari semudah2 ikan goreng, ikan singgang, sayur air ... huhu
Hinggalah kepada yg rumit sikit (bagi Mama) ... gulai lemak, kari ayam
Mujurlah suami tidak cerewet makannya ...
Ikan singgang, ulam dan budu, sudah memadai baginya.
(p.s. nasib baik kawin orang Kelate ... hehe)
Tapi ... 'Alah Bisa Tegal Biasa' ... bila dah ada anak2
Mama seronok mencuba resipi2 baru ... dan gembira bila anak2 sukakannya
Memasak sepenuh jiwa raga untuk mereka ... suami dan anak2 tercinta
Hari Bapa yg lepas, suami berada diKL
Mizi dan Aqmar yg kerja di sana amik peluang rai Hari Bapa
Belanja Ayahnya ...
Kembang kempis Mama bila Aqmar sms beritahu ...
"Ayah cakap, sup ekor dan tomyam yg Mama masak lagi sedappp ..."
Setelah sekian lama ... Mama gembira bila suami dan anak2 anggap ...
Masakan Mama paling enak dan 'best' ...
Bila begitu, ianya perasaan yg amat membahagiakan.
Betullah apa yg diceritakan Roza Roslan dalam bukunya,
'BUKAN SEKADAR RESIPI' ...

27 June 2012

Kaktus Mickey dan Meoww ...

Bangun pagi nampak ni ...

Aikk!! Mana pasu yg tengah pergi?

Dan jumpa ini ...

Kaktus kesayangan Muaz ...

Mama rasa Mama tahu siapa yg buat ...
Walaupun rupa kaktus tu macam Mickey Mouse
Janganlah jadikan pasu Mama sebagai mangsa .
Meoww .....!!!


26 June 2012

Doa Menghindarkan Bahaya ...

Sabtu lepas Mama terima sms dari satu2nya anak perempuan Mama.
Dia beritahu pejabatnya telah dimasuki pencuri waktu semua pekerja lelaki pergi solat Jumaat.
Ketika tu dia seorang diri sahaja dipejabat dan sedang buat kerja.
Dia nampak pencuri tu masuk dan mencuri barangan dari pejabatnya.
Dan pencuri tu nampak dia sewaktu hendak keluar .... dia takut yg amat.
Tapi Alhamdulillah pencuri tu tak apa2kan dia dan terus keluar gitu aje.
"Segala puji bagi Allah, yg telah menghindarkan anak Mama dari segala perkara yg tak diingini"
Hanya itu yg dapat Mama ucapkan ... kesyukuran yg amat.
Mama yakin, pencuri itu mungkin
~ tak nampak anak Mama walaupun macam dia sedang lihat ke arahnya
~ nampak bukan dia berseorangan tapi ada ramai dekat anak Mama tu
Itu yg Mama ingin fikirkan apa yg pencuri tu nampak hingga dia tidak berbuat apa2 terhadap satu2nya saksi perlakuan mencuri dia!! Mama juga yakin, ianya berkat dari amalan membaca doa yg Mama pesankan pada semua anak2 Mama, bacanya 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat maghrib, setiap hari ... (walaupun tak boleh solat, bagi perempuan).


Doa ini sebagaimana pesanan Rasullullah s.a.w.;
"Seorang hamba yg berdoa pada setiap pagi dan pada setiap petang:
Bismi-l-laahi-l-la zhi laa yadhurru ma'a-smihi syai'un fi-l-ardi wa laa fi-s-samaai, wa hua-s-samii' ul-'aliim,
tiga kali, maka tidaklah bahaya baginya apa jua"
- Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasaa'i dan Ibnu Majah dari Uthman bin Affan r.a.
Erti Doa:
Dengan nama (asma) Allah yg apabila nama Nya disebut, tidak ada sesuatu pun samaada yg ada dibumi dan dilangit akan membahayakan, Dia jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Bacalah doa ini, fahamilah maksudnya, dan yakin bahawa Allah s.n.w. akan beri pertolongan dan perlindungan kepada sesiapa yg mengamalkannya pagi dan petang, kerana mana mungkin makhluk Allah antara langit dan bumi sanggup mendatangkan bahaya atau kerusakkan terhadap insan yg menyebut Nama Allah yg demikian itu.

Betul rezeki, jodoh, ajal dan maut ditangan Allah. Tetapi Allah juga mahu kita berusaha dalam hidup ini. Allah beri kita akal dan kudrat untuk berfikir dan berusaha cari kesenangan dan jauhkan dari bahaya. Doktor yg rawat orang sakit pun sakit juga. Polis yg jaga lalulintas pun kemalangan juga. Itu antara contohnya ... yg tunjukkan bahawa akal, kemampuan, ilmu pengetahuan dan waspadsa insan semata2 tidak cukup. Doktor sakit bukan kerana tak jaga kesihatan, mungkin kerana wabak yg melanda. Polis kemalangan bukan kerana dia cuai, tetapi kecuaian orang lain! Begitulah Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar memohon doa minta perlindungan dan pertolongan dari Allah s.n.w. ... kerana hanya Allah s.n.w. yg tahu setiap bahaya sebelum datangnya bahaya itu.

Mama sendiri mula amalkan doa ini seawal tahun 1988. Pada tahun 1989, Mama telah dilanggar oleh sebuah kenderaan sewaktu melintas jalan. Mama terpelanting dan berpusing2 diudara sebelum jatuh di atas jalanraya. Mama ingat lagi bagaimana muka Mama menyembam tar jalan, kain yg rabak & terselak, dan tudung yg tercabut (mujurlah anak tudung dan kain dalam masih utuh dlm posisi asal ... hehe). Banyak yg mujur hari itu ... tiada kenderaan lain dibelakang kereta yg langgar lari Mama, Pakcik Guard yg saksikan Mama kena langgar cepat2 kawal kenderaan dan tolong angkat Mama ke tepi. Kawan2 suami yg kebetulan lalui tempat tu terus 'call' suami, pejabat suami dekat dgn tempat kejadian, kawan suami terus bawa kami kehospital, jiran pula yg bertugas diwad kecemasan terus beri rawatan segera & dapat keutamaan buat X-Ray segera dan jumpa doktor, dan Mama hanya benjol didahi (sebesar bola pingpong), luka2 kecil ditangan dan lutut, serta terkejut aje ... Mama yakin, semua yg berlaku itu, kemalangan yg tidak memudaratkan, dan anak Mama yg saksikan pencuri mencuri tanpa diapa2kan pencuri, adalah dari pertolongan Allah s.n.w. berkat amalkan doa ini. Mama yakin!.
MasyaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar


25 June 2012

Auta nak kawin lagi ....

Seorang suami ini, kita anggil aje A ... sedang BUNTU.
Buntu kerana hatinya sedang angau nak kawin sorang lagi.
Keluarga gadis yg dia idamkan pun dah bagi 'greenlight'
(p.s. tak tahulah jika mereka tahu yg anak mereka bakal bermadu ...)
Maka, peninglah dia memikirkan bagaimana cara nak beritahu isterinya.
Isteri yg dikahwininya 15 tahun yg lalu ... yg tiada cacat celanya dimata 
A yg dah sekian lama 'mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena' tak sampai hati lak nak beritahu 'direct' dengan bini dia  (walaupun dah siap siaga dgn 'perang' yg bakal melanda  ...)
Jenuhlah setiap luang yg ada dok mikir cara terbaik dan diplomatik nak sampaikan hajat hatinya, nak pasang no 2 pada isteri dia ... (kes sayang dan kesian kat bini tp still nak kawin lagi .... huhu)
Hinggalah pada suatu hari ...  A cakap kat bini dia, masa sedang santai berdua2 ...
"Yang, dah lama Abang tak merasa kegembiraan balik kampung rumah Bapa Mertua semenjak ayah dan ibu Ayang tiada. Kan seronoknya kalau Abang ada Bapa Mertua lagi ..."

Nota: Kesudahannya?... anda rumuskan sendiri!! 

24 June 2012

Ikan bakar ori ke Mama?

Huhu ... setelah berehat sekian lama (seronoknya),
Mama terpaksa ambil semula jawatan drebar yg anak Mama, Anas pangku selama ni ...
Anas, anak Mama yg baru tamat pengajian diplomanya di Politeknik, dah mula kerja semalam.
Yg malasnya bila ada lencongan2 yg tak ada dalam jadual ... cam hari ni!!!
Balik dari ambil Muaz tengahari tadi, terpaksa 'chauffeur' dia 'print' gambar2 dari kamera digital (utk folio sejarah dia). Hampir setengah jam jugak dikedai gambar tu.
Tiba2 ... "Mama, kasut Muaz dah kecik la. Sakit kaki pakainya."
Ke kedai kasut pula ... beli kasut sekolah baru. Terkejut Mama (jurujual tu pun sama ..)
Kasut lama saiz 2 ... yg baru saiz 5. Patutla sakit kaki tu!!
Otw balik, lepas isi tangki minyak kereta, terpaksa 'makan jem' pulak.
Letih, panas + lapar ... Amar diam jer sebab asyik dgn Tab.
Tidak dialah yg selalu merungut ... bila kena ikut ke sini sana!
Sampai rumah ... Muaz yg sedang 'rapid' membesar dan meninggi tanya,
"Mama, lauk apa hari ni?"
"Gulai lemak ikan kering, ayam kicap, ikan bakar, ulam dan budu .."
"Hehe ... ikan bakar tu yg ori ke ikan rebus 'terbakar' mcm selalu ?"
Oooo ... dah pandai perli2 anak remaja Mama ni ye.
Tahulah, dah banyak kali ikan rebus Mama jadi ikan bakar.
Tapi yg hari ni, memang 'comfirm' ikan bakar ori ... (~_~')
(p.s. kadang2 ubi rebus pun jadi ubi bakar ... )

Akhirnya Milo terima hakikat ...


Ini anak2 Milo dan Kopi.
Hari ni genap 2 bulan usia mereka.
Malangnya, Chi ... yg paling kecil hanya sempat hidup sebulan setengah sahaja.
Selsema dan sakit mata puncanya.
Comelnya mereka dimata Mama ... walaupun bukan dari baka yg gebu2 tu
Anak kucing pada usia begini paling comel dan seronok lihatnya.
Terhibur sungguh lihat mereka main. Kadang2 Mama gelak sorang2 lihat gelagat mereka ...
Dan tentunya kerja mereka hanya ... makan, main, tidur  =(^_^)=

Mr. - yg 'serba nak tahu'

Popo - yg paling lasak

Sri - paling kecil tp cerdik

Setelah sekian lama ... Milo akhirnya dapat terima anak2 dia ni.
Dah mahu dekati dan main2 dengan mereka.
Dah jadi bapa dan seperti bapa2 lain, jaga keselamatan mereka.
Hari tu Mama nampak Milo dan 'pendatang asing - Si Oren' di rumah sebelah.
Apalah agaknya yg sedang mereka rundingkan ...
(p.s. sebelum ni dah banyak kali dah 2 ekor ni bertembung dan selalunya berakhir dgn pergaduhan ... dah letih agaknya ni)
Mungkinkah Milo sedang cadangkan agar Si Oren tu cari je rumah lain sebagai 'domain' dia ...
Atau mungkin beri amaran agar 'blahh' saja dari sini. Ini kawasan gua, "Lu datang lagi ... wa kasi lumai!!" Hehe ...
Cayalah Milo ... macho dan gantang banget!


20 June 2012

Basikal ... makeover


Ini Anas sedang 'memomen', nak 'suprisekan' Amar.
Kesian tengok Amar dah 'outgrown' basikal dia ...
Anas leraikan basikal lama Muaz ...  
Pastu Anas 'spray' cat baru, pasang tayar dan brek baru ...
Tambah aksesori yg perlu ... 'touch-up' ini & itu
(p.s. 'design two-tone' & warna 'spray' tu Mama yg pilih  ... hehe )
Dan hasilnya, dari begini ...


Kepada ...


Tadaa ... ini !!!
(p.s. Mama rasa 'seat' tu pun patut tukar jugak ... tak 'matching' lansung!)


Memang Amar terkejut bila balik dari sekolah.
Dia tak percaya (Muaz pun pada mulanya),
itu basikal lama Muaz yg telah tersadai sekian lama ...
yg hampir2 dijual kepada pembeli besi buruk.
Anas ... 'mission accomplished'! Amar suka ...
Amar: "Terima Kasih Anas"


Berkira bila susah sikit ...

Pukul 6.00 pagi tadi, "Muaz, Adik .. bangun! Mandi kat bawah (pili di porch). Air tak ada!".
Bila begini ... lucu nengok mereka mandi 2 beradik kat bawah tu.
Terkenang kenangan mandi air perigi masa kecik2 dulu ... ramai2 dgn sepupu2 setiap kali balik kg.
Ok ok ... 'back to reality'!
Dan bila begini, Mama rasa menyesal pulak tak basuh kain hari2 ...
'Washing Day' yg 'backfire' bila terkena hari yg air tangki dah kehabisan.
Ada 2 bakul penuh pakaian yg perlu dibasuh ... terutamanya pakaian sekolah anak2!
Alhamdulillah ... mujur air disinki dapur ada walaupun agak perlahan alirannya dari biasa.
Kenalah Mama bersusah2 sikit hari ni ... tadah dan angkut air dari sinki ke mesin basuh!
Dgn gunakan baldi 4 gelen (Mama isi 3/4 penuh aje .. agak2 3 gelen kot. Itu je yg terdaya angkat) Mama isi air ke dalam mesin basuh secara manual. Isi - angkat - tuang, Isi - angkat - tuang ... ulangalik dari sinki ke mesin basuh ... berkali2 hingga selesai semua basuhan!
Mari kita buat kiraan matematik sikit pagi ni .... (berkira nampak!!)
Ermmm ...
Satu pusingan basuh perlu 4.5 baldi air.
Setiap basuhan perlukan 3 pusingan, dgn pusingan akhir, 5 baldi air.
Ini bermakna (4.5 X )2 + 5 = 14 baldi digunakan.
Memandangkan Mama telah membasuh pakaian sebanyak 2 kali, ini bermakna ...
Mama telah guna 14 X 2 = 28 baldi air semuanya.
Jika satu baldi Mama isi 3 gelen air maknanya Mama telah guna ...
28 X 3 = 84 gelen air.!!! Wah!! banyaknya ...
Cam tak percaya Mama telah angkut air sebanyak tu hari ni!
Ulangalik dari sinki ke mesin basuh (dlm 50 meter jer ...)
Hoh! Tak yah 'exercise' doh hari ni ... hehe (^_^)
Kejappp ...
Apasal pinggang dan belakang rasa semacam je ni?
Kaki rasa cam nak 'cramm' jer dan ...
Perut tempat bekas jahitan Ceasarian 9 tahun dulu pun rasa ngilu semacam ....(*_*')
Susah jugak kalau susah sikit sekali sekala ... huhu

18 June 2012

Stesen minyak Caltex Sri Jerus ...


Mama nak 'share' antara tempat2 kegemaran kami. Hari ini ialah,
... Stesen Minyak Caltex Sri Jerus...


Banyak kali kalau melalui jalan Pasir Puteh-Kota Bharu,
(samaada otw pergi atau balik) kami akan singgah disini.
Biasanya ... isi petrol, ke tandas, solat fardhu dan cam rutin wajib Muaz & Amar, "Nak beli ...."
Bagi Mama dan Ayahnya, stesen ini sangat mesra pelanggan.
Terletak disebelah kiri, jalan utama Pasir Puteh-K.Bharu, rasanya km 25.
Berlatarbelakang sawah padi dan bukit ... 
Serta angin sepoi2 bahasa dan udara segar ... 
Singgahlah di sini jika anda ingin ...
~ mengisi tangki minyak yg hampir kosong
~ mengalas perut dgn pelbagai makanan & minuman ringan dikedainya
~ beristirehat melepas lelah, menukar lampin anak diwakafnya,
~ anak2 kembali ceria dan leka bermain gembira ditaman permainan mini,
setelah terperap dlm kereta sekian lama
(lalu waktu menunggu tidak terasa jemu dan lama) 
~ melepaskan hajat (nature's call) ditandas yg bersih & selesa
~ menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNYA disurau mereka,
(suka sbb tempat wuduk di dalam surau, aurat & kebersihan terjamin)
... itu antaranya.

Moga pemiliknya diberkati Allah s.n.w. atas sikap prihatin dan cakna pelanggan.
Moga dimurahkan lagi rezeki dan bahagia dunia akhirat. Aminn ...
Moga banyak lagi stesen2 minyak seperti ini dinegara kita.




17 June 2012

3 dalam 1

17 Jun 2012 ...
Tahun ini terdapat 3 peristiwa yg istimewa bagi keluarga Mama!

Semua maklum tentang peristiwa Israk dan  Mikraj ...
~ yg terjadi kepada Rasulullah s.a.w. secara jasad dan roh.
~ malam di mana Malaikat Jirail datang bersama2 Malaikat Mikail dan malaikat2 lain. Lalu diperintahkan Jibrail agar malaikat2 lain angkat Rasulullah s.a.w. ke suatu tempat. Lalu Jibrail membelah dada Rasulullah s.a.w., dan menyucikan hati baginda s.a.w. dgn satu batil air zam-zam yg di bawa oleh Malaikat Mikail. Kemudian dibasuh pula jantung baginda s.a.w., dan dikeluarkan juga darah hitam yg terdapat di dalam dada Rasulullah s.a.w. Selesai, datanglah Buraq dari Syurga lalu menjadi tunggangan baginda s.a.w. untuk naik ke Mikraj dan seterusnya naik ke langit ke 7 hinggalah ke Sidaratul Muntaha (kawasan terakhir yg dibenarkan sesuatu yg datang dari pihak buni). Di sinilah Rasulullah s.a.w. diperlihatkan rupa sebenar Jibrail (yg mempunyai 600 sayap yg setiap satu besarnya kira2 memenuhi alam ini & dipenuhi dgn dar (permata besar2) dan yakut. Dari sini baginda s.a.w. bersama Jibrail memasuki Syurga (yg terdapat 8 jenis). Kemudian baginda s.a.w. diperlihatkan pula keadaan Neraka (yg terdapat 7 jenis). Selepas itu, diSidaratul Muntaha, Rasulullah bersendirian diangkat menghadap ke hadrat Al-Qudsi. Di sinilah Rasulullah s.a.w. dapat melihat ALLAH dengan matanya sendiri (Allahhuakbar ... MasyaAllah ....). Sesungguhnya tiada seorangpun dari para Nabi ataupun Mursalin melihat ALLAH sebelum ini. Di sini jugalah ALLAH telah fardhukan ke atas Rasulullah s.a.w. dan umat baginda 50 waktu solat! Lalu baginda s.a.w. turun dan bertemu Jibrail yg akan membawanya turun kembali ke bumi. Semasa berjumpa dengan Nabi Musa a.s. dan diceritakan perintah ALLAH, Nabi Musa a.s. berkata, "Wahai Muhammad, kembalilah engkau kepada TUHANmu dan mohon keringanan. Bahawasanya umatmu tidak akan berkuasa utk menunaikannya." Lalu berulangaliklah baginda s.a.w. antara Nabi Musa a.s. dan ALLAH (di mana pada setiap pertemuan, ALLAH kurangkan 5 waktu solat) sehinggalah tinggal 5 kali sahaja sehari semalam. Lalu turunlah Rasulullah s.a.w. berdua dgn Jibrail ke BaitulMaqdis. Di situ, baginda menunggang Buraq yg tertambat di situ ke Makkah. Dlm perjalananan ini baginda s.a.w. melintasi 2 kumpulan unta2 yg kemudiannya menjadi wasi kepada kebenaran perjalanan baginda s.a.w. dari Makkah ke BaitulMaqdis dalam satu malam. Peristiwa ajaib perjalanan Rasulullah s.a.w. pada malam inilah yg dinamakan Israk dan Mikraj.

Hari ini juga Hari Bapa. Selamat Hari Bapa kepada semua ayah, papa, bapa, appa, daddy, baba (apa jua panggilan kepada bapa). Perasan tak, walaupun ibulah yg banyak menghabiskan masa dgn anak2 ... tapi anak2 biasanya cam tak endah sangat kalau ibu suruh/larang apa2. Tapi, cuba ibu kata, "Nanti ibu beritahu ayah ..." berdesup mereka pergi ikuti arahan/larangan. Tak dan habis ayat pun ... huhu. 'Power' kan seorang bapa. Kadang2 jeles juga ... mujurlah ada gerenti 'Syurga di bawah kaki ibu' ... hehe. Bapa, walaupun nampak cam tak kisah, sebenarnya mereka amat sayangi anak2. Ayah tetap pesan pada anak2, "Jangan merokok ..." (walaupun dia sendiri merokok), "Jangan cari suami orang .../kawin lebih pada sorang ..." (walaupun dia sendiri amalkan poligami), "Jangan tinggal solat ... puasa ..." (walaupun dia masa umur 40 baru cukup solat 5X sehari, puasa sebulan Ramadhan) .... itu antaranya. Walaupun anak2 mesti nak kata, "Ayah ni, cakap tak serupa bikin, ketam ajar anak jalan betul, ayah tu buat juga ... (p.s. kalau beranilah depan2!!)" ... ketahuilah, seorang ayah telah lebih dulu 'Makan Garam', dah buat kesilapan ... lalu dia tak mahu anak2nya ulangi kesilapan lalu dia kerana dia amat sayangi anak2nya!!

Hari ini juga Hari Lahir anak kedua bongsu Mama, Muaz. Hari Lahir ke 15. Anak Mama yg sorang ni lain dari abang2 dan adiknya. Dia seorang yg pendiam, 'Mr.Cool' kata Ayahnya ... Mama doakan Muaz bahagia, berjaya dan selamat dunia dan akhirat. Amiinn ...

Panjangnya N3 Mama kali ni. 3 dalam 1 katakan ...

16 June 2012

Rumah ... Jun 2012

Sekali tenguk, macam ada sesuatu yg tak kena kan?
Cuba 2X tengok pulak ... hehe ...
(padahal kagum tu ... camnerlah tukang2 ni buat!! hehe)


Begitulah kami, setiap kali lawat dan lihat kemajuan pembinaan rumah biasa2 kami.
Kagum, teruja dan bangga.
Beginilah rupa terkini rumah kami ... dah naik rangka bumbung.
Lepas ni, pasang atap ... tak sabar lihatnya.



Tentulah Mama gembira kerana impian duduki rumah sendiri semakin menjadi kenyataan.
Doa kami, moga segala urusan berkaitannya berjalan lancar ...
InsyaAllah ...

15 June 2012

Kau datang lagi ....

Di rumah ... jgn gelojoh, banyak lagi tu! (^_^)

Kat gerai tepi jalan ...  tak sabar2. Hehe!!

Mmmm ... yumyumm ....
Raja Segala Buah ... musim dia datang lagi!!
Lani kat sini (Kelate), rata2 sepanjang perjalanan pulang ke kampung,
~ kelihatan bergugus-gugus (betul ke penjodoh bilangan yg Mama guna ni???) durian bergantungan didahan pohon2 durian
~ gerai2 buah durian tumbuh bak cendawan
~ juga berlonggok2 kat pasar2!
Yg Mama cakap ni, bukan durian Siam/impot tau ... tapi durian kampung/tempatan.
Yang tak jemu makannya ... tak muak2.
Minggu lepas kami dah beli, RM5.00 sekilooo ... tapi berbaloi sunggoh.
Siap dapat buat pengat durian lagi ... makan dgn pulut. Nyakut (kata oghe Kelate i.e. serasi)
... minggu ni nak beli lagi ...
Nak makan dengan pulut, santan dan nise (gula melaka) pulak.
Juga kalau sempat nak jenguk kebun durian kami ... jangan jeles!!!


14 June 2012

Krim tipu ...

Semalam semasa Mama dan Amar sedang menonton tv ... keluarlah iklan krim muka yg guna aktress terkenal yg cun melecun.
Krim tu cakap ~ akan hilangkan kesan penuaan, awek muda, bla bla bla ...
Tiba2 Amar bersuara!
"Mama takyah pakai krim tu ... tipu je tu"
"Mana Adik tahu. Lawa dan muda pe yg pakai krim tu!"
"Tipu tu Mama. Kalau Mama pakai, nanti muka jadi hitam!"
"Eh! Mana boleh tipu. Kalau tipu nanti orang saman ... kena tangkap, masuk jel!"
Buntu, Amar senyap seketika. Mungkin sedar kebenaran kata2 Mama.
"Mama ... Mama kan dah tua. Kalau Mama pakai krim tu, nanti Mama nampak muda. Kira Mama tipulah sebab sebenarnya Mama dah  tua. Kalau orang tanya Adik umur Mama, mesti Adik malu nak cakap 53 sebab nampak muda!!"
Hahaha ... Amar masih tak faham yg orang perempuan memang takut nampak tua!!!
Lalu saya beri dia pilihan. Mana dia suka kalau orang cakap,
a) "Eee! Tuanya Mama Amar!"
b)"Wah! Mudanya Mama Amar!"
Hehe ... Amar garu2 kepala dia yg tak gatal. Pandang saya dgn mata sayunya ala2 'Puss in the Boot' gitu.
"Tak adillah Mama ni. Mestilah Adik suka Mama muda!. Tapi, Adik lagi suka Mama tua camni, tua tapi cantik dan bukan cantik yg tipu ..."
(p.s. Ayahnya yg sedang dengar dari tadi gelak besar. Mama terus peluk dan cium Amar!! Mama tahu Amar bercakap dari hatinya, jujur sejujur jujurnya. Bolehlah Mama 'grow old gracefully' sebab Amar tak kisah mamanya tua!! Harap Ayahnya pun begitu juga ... huhu)

Kuantan and I

The trip to Kuantan last school hols was like a trip down the memory lane
... least for hubby and I.
For Anas, he was only 5 years old when we left Kuantan. So ... not much nostalgic memories for him, except for the 'fall into the drain' incident ... (hehe)
For Muaz and Amar ... they were Kelantan children, born after we moved to Kelantan
After I quite working for good!!!
Kuantan was synonim with my 3 elder children. Mizi, my late Munzir and Aqmar.
Kuantan is where they spent their primary schooling and chilhood lives ...
We spent almost 9 years there, even bought a house there.
Yah! Rather than spending RM350.00 for rent, might as well pay RM450.00/month on housing loan.
Yes ... we had a house there that housed my family, one (always changing) babysitter and 3 cats!!!
We were happy there ... no traffic jams, beautiful beaches, glorious & fresh seafoods, clean town, best 'roti canai' (hehe ...), recreational parks to spend quality time with family and friends, and more.
Thus ...
During our short visit to Kuantan, we traced back all the places we used to frequents.
Some has changed and almost unrecognizable, some still the same, some has gone and replaced.
But ... for me, Kuantan is still on my list of 'best place to stay'!
Best of all ... friends that I left more than 15 years ago still treat me like ... I haven't left at all!!!!
I miss you Kuantan ...
Thank you for the many beautiful memories ...
Thank you for still being one the cleanest town ever!!

12 June 2012

Cempedak menjadi nangka ....

Tiba2 pagi ni Amar nak makan penkek untuk breakfast (biasanya Rabu hari penkek!)
Jam tunjuk 6.30 pagi, hmm ... dah agak lewat, tapi hajat anak ibu pasti tunaikan (ehem ....)
Sukat, tuang, campur, bancuh ... masak
Ehh! Sepatutnya dah timbul lubang2 udara dalam penkek ... mengapa ye?
Terpaksa balikkan sebab dah agak garing ...
Tuang kali kedua ... pun gitu juga! Tak jadi penkek tapi lebih pada lempeng!
Bila Amar tengok ...
"Mama, Adik makan cornflakes ajelah pagi ni ..."
Siap bisik kat Muaz, "... tak macam penkek McD punn!" Huhu ...
Lepas budak2 berdua gi sekolah, Mama pun mulalah edisi siasat!
Ngupe2nye (guna loghat orang Perak sedapkan sound-effect)
Padah letak tepung2 dalam bekas serupa, dekat2 di tempat yg sama ...
Nak amik SRF (Selfraising Flour) tapi terambil SFF (Superfine Flour)
(p.s. dah tanda/lebel pd bekas tu ... kecik sangat kot!)
... apa nak kata, "Cempedak dah jadi Nangka" ...
Nak buang sayang, membazir pula ...
Lalu Mama makan, cam makan capati, cicah dengan sambal bilis petai semalam!
Ehh! Sedap per Nangka ni ... (^_^)


11 June 2012

Cuti sekolah yg berlalu ...

Kejap kan cuti 2 minggu ... kalau tanya Amar, mesti dia nak tambah cuti seminggu lagi.
Apapun cuti yg lalu mengembirakan Amar. Hajatnya bercuti ke Kuantan jadi kenyataan.
Dialah yg paling gembira bila Ayahnya putuskan untuk ke sana minggu pertama cuti.
Terubatlah rindu dendamnya kepada sepupu kesayangannya ... ASYRAFF!!
... main basikal, mandi kolam, main badminton, main bola, tengok tv, makan, tidur ...
Macam belangkas ... (^_^)
Dan tentunya bila saat berpisah akhirnya tiba ... mereka berdua tidak puas hati
Masing2 'reluctant to let go' ... (Mama pun gitu jugak masa kecik2 dulu tiap kali balik kampung Mak kat Penang, masa nak balik memang perit!!! Nangis dalam kereta sampai bengkak2 mata ... nangis senyap2!!)
Tapi ... Mama 'salute' mereka berdua. Walaupun masing2 baru usia 9 dan 12 tahun, dah pandai kontrol MACHO ... pandai simpan perasaan sayu.
Mama tahu, bibir senyum, tangan melambai 'bye2', dalam hati ..... tentu sayu dan pilu yg amat!
Takperlah Amar, insyaAllah cuti lepas UPSR nanti, Asyraff pasti akan berkampung di rumah Amar.
Boleh main sepuas hati ...
Ahhh! Indah dan riangnya cuti dan zaman kanak2.
(p.s. kalaulah Doraemon dan 'time-machine' jadi kenyataan ... hehe)

Sakit ....

Milo, Kopi dan anak2nya dilanda SELSEMA.
Kesian betul tengok ... kejap2 bersin. Pastu kalau tidur ... siap berbunyi
Macam2 lagu ... hehe. Almaklumlah, hidung tersumbat.
Cam orang jugak ... makan pun kena paksa sbb takleh hidu bau makanan yg terhidang depan mata.
Yg paling teruk ialah anak2 Kopi ... Chi dan Sri.
Kena pula SAKIT MATA ...kesian sungguh.
Hari ini Anas bawa 2 ekor ni ke klinik haiwan.
Kena 'injection' (sib baik Mama tak ikut, tidak mesti kesian ...)
Kena paksa makan ubat dan cuci mata dan hidung.
Harap2 Chi dan Sri sihat ... dapat bermain dan bergurau senda macam Popo dan Mister.
Apa pun, semua Mama dah paksa makan ubat selsema.
Milo je yg belum ... tengah fikir camner nak pujuk Milo telan ubat tanpa kena cakar!! Huhu ...
(p.s. Mama kena cakar kat Popo dan Mister ... tak sakit sbb mereka kecil lg. Tu yg seram nak beri Milo ubat ...)
InsyaAllah Mama akan 'load' gambar anak2 Kopi yg tengah nakal tu ... =(^-^)=

09 June 2012

kacau ...

Hehe ... lama tak leh blog
Nak buat camner, PC Mama sakit ...
Guna laptop Anas ... pun tak berapa sihat
Asyik kejap ada kejap takder ...
Pastu guna Tab ... pun entah apa yg Mama tekan, terus jammed!!!
Mama 'give-up' ... ni balik kg, amik peluang PC adik (kedai tenet dia ....)
Tak leh lama sbb tu dah ada klien tunngu nak guna ...
Harap2 PC cepat sihat ...
Mama rindu sangat ... macam2 cerita nak N3 nih!
OK Assalamualaikum ... nak gi kenduri ke 3 pulak!!!