Jujur, Mama dan Ayahnya gembira sekali kerana dapat jumpa anak, menantu dan terutamanya cucu2 setelah sekian lama tak jumpa. Sengaja dirahsiakan kedatangan kami untuk 'surprise' kan cucu Hilman (6) dan Hanum (5). Memang terkejut dan gembira sangat mereka berdua bila kami sampai.
Awal keesokan pagi, menantu bawa doter ke hospital untuk persediaan bersalin keesokan hari nya (as planned). Nenek dan Atok 'babysitting' till then. Ada lah 'molly coddle' sikit2, biasa lah kan atok nenek dengan cucu2 . ðŸ¤ðŸ¤
Stesyen bas yg lengang. Utk destinasi Mama, hanya 2 penumpang sahaja (termasuk Mama) naik dari sini. Realiti #PKP2021
Pun Atok terpaksa pulang dahulu pada hari ke 3 sebab ada komitment penting. Perancangannya, Mama akan tinggal dahulu untuk menjaga doter dan cucu2. Ayahnya akan datang untuk mengambil Mama seminggu kemudian. Itu perancangan kami.
Sebagaimana entri Mama sebelum ini, manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukannta. Lepas zohor hari ke 4 Mama dikejutkan panggilan dari si bongsu. Ayahnya tak berapa sihat tiba2. Jelas suara Amar panik, sebab tidak pernah Ayahnya sakit sebegini. Mama dah tak keruan dibuatnya, mahu saja terbang balik ketika itu juga. Mujurlah Mr. Cool ada, tenang uruskan Ayahnya. Maklum kepada rakan masjid dan jiran, yg kemudianya datang membantu. Alhamdulillah.
Malam tu, suami sendiri bercakap dengan Mama, dia dah ok. Mama tak perlu pulang .... Kesian pada doter yg baru bersalin dan cucu2. Hanim pula baru saja dibenarkan pulang setelah 3 hari dlm pemantauan doktor. Ketika itu hati Mama berbagi dua. Ibarat "ditelan mati emak, diluah mati bapa".
Pun doter dan menantu 'insist' Mama pulang. Ayahnya lebih memerlukan Mama. Doter beritahu dia tak apa2, ini anak ke 3. Abang dan kakak akan ke tadika. Menantu pula cuti seminggu, dia boleh urus semua. Lagipun dia doktor, dan dari pemerhatian Mama pandai urus anak2 , mengemas rumah dan memasak ... jadi tak lah risau sangat Mama saat menaiki bas untuk pulang keesokan harinya.
(... pengalaman naik bas express musim PKP nanti Mama ceritakan kemudian. Insyaallah. Memang tidak seperti kebiasaan sebelum ni.)
p.s. Hmmm ... Ketika atas bas express, teringat masa ziarah cucu no. 7 dulu pun kena naik bas express juga hala balik. Cucu no. 8 pun sama juga. Saja diaorang nak dera Nenek ni ... 😅😅
(*) Nota : Simpan buat kenangan.
Bukan senang nak rentas negeri ketika PKP. Perlu ada surat sokongan tunjuk sebab keperluan rentas negeri, salinan sijil sudah lengkap divaksin, salinan kad pengenalan, alamat tempat dituju, sebab rentas negeri, berapa lama di sana dan tarikh/masa bertolak dan dijangka pulang, jenis kenderaan dan bilangan penumpang. Perlu lengkap semua ini baru dapat kelulusan dari polis. Ia kenangan yg tak dilupakan.
No comments:
Post a Comment