Throwback December 2019
Perancangan kami (Mama dan Ayahnya)
16/12 - awal pagi bertolak ke Ipoh. Ikut jln G. Musang - Simpang Pulau. Ziarah cucu n bermalam di Ipoh. 17/12 - bertolak pulang.
Yang berlaku.
16/12 - awal pagi bertolak. Singgah Avant Chocolate, C. Highlands utk beli sedikit buah tangan. Tiba2 kereta tak boleh dihidupkan. Dalam resah dan debar, bermula lah 'kembara yg tak disangka'.
Pomen yg datang tak dapat mencari punca kerosakan. Maka kereta terpaksa ditunda ke woksyop. (Kami serah urusan pd pomen berkenaan kerana ini tempat dia, kami memang buntu terus masa tu. Hanya doa dan tawakkal agar dipermudahkan dan dilancarkan urusan)
Merasalah menaiki kereta tunda yg dipandu anak muda bernama Ganesh 😅.
|
Woksyop yg sangat bersih dan teratur. Alhamdulillah ada ruang menunggu cum solat walau pun taukehnya Cina. Bilik air pun bersih 👍👍👍. Tapi airnya sejuk hingga ke tulang 😅.
|
6 petang, pomen masih belum jumpa punca kereta tak dapat dihidupkan. Perut dah berkeroncong kerana dari tengahari belum makan, cuma minum air. Pinjam kereta taukeh worksyop cari kedai makan. Alhamdulillah jumpa kedai makan yg menjual makanan panas. Nasi goreng yg sangat sedap ...
8 malam, baru teringat nak cari tempat menginap. Masyaallah ... Kadar sewa booking waktu siang dan malam rupanya berbeza. Harga naik hampir 50% dari harga siang. Mula gelabah, untuk tidur sahaja keperluan kami ... Tak berbaloi rasanya nak sewa bilik yg rega ratusan ringgit hanya untuk bermalam. Mujur tauke kedai dan isteri tolong, dapat bilik apatment kawan dia pada harga tak sampai RM100. Alhamdulillah. Kami dihantar ke sana oleh pekerja beliau (sembang2 otw rupanya satu negeri dgn kami. ☺️. Dia ajak tidur rumahnya ... Kami tolak memikirkan tentu dia, isterinya yg sedang mengandung anak sulung, serta ibu mertuanya tidak selesa nanti dengan kehadiran kami, a total stranger. Kami terharu dgn kebaikan pemuda ini).
Musim hujan, malam suhu sejuk mencecah 14°C dan kami tidak membawa pakaian tebal sebab tiada niat bermalam di sini. Mujor ada selimut dan cadar extra dalam almari. 3 lapis masih sejuk ... Hihi.
p.s. Dari petang anak2 tak henti bergilir Whatsapps dan telepon kerana risaukan kami berdua. Anak di Ipoh nak datang ambil kami malam tu, tapi memikirkan jalan Simpang Pulau ke C. Highlands licin kerana hujan, berliku2 dan gelap diwaktu malam. Bahaya. Kami minta dia datang ambil kami keesokan hari sahaja.
17/12 - anak di Ipoh sampai. Tauke workshop maklum masih tak jumpa punca. Terpaksa tinggal kereta. Pun syukur kerana selamat juga sampai di Ipoh.
18/12 - Keesokan hari nya kami menaiki bas express (setelah sekian lama) dan pengalaman pertama kali buat Mama naik bas dua tingkat, duduk atas pulak (gayat juga di awal perjalanan 😁). Alhamdulillah, syukur kami selamat sampai ke Rumah Biasa2 walaupun ketika itu musim banjir sudah pun bermula di pantai timur.
Nota:
Syukur sepanjang kejadian kami ditemukan dengan orang2 yg baik.
Terima kasih kepada pakcik pomen 1, Ganesh towtruck driver yg fasih BM dan polite, tauke worksyop Tony dan isteri beliau, kerani worksyop (budak pompuan dr Kelate, xingat nama), pomen2 (ada melayu, cina, india) yg baik hati, peramah, jujur dan sangat professional.
Kos baiki cuma sekitar RM300 sahaja. Hingga hari ini kereta ok.
Alhamdulillah .....
No comments:
Post a Comment