Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

22 December 2018

Girang bila jumpa kawan2 zaman sekolah ...

#Trobek:
Tahun 1977, Sekolah Menengah Zainab (all girls school ๐Ÿ˜)... tahun kami duduki MCE (skrg SPM) ... tahun akhir bersama2 dari ting.1 - ting. 5!! Tahun 'sweet 17', yg paling manis bg Mama!!
Dan selepas itu masing2 mula sibuk dgn pembelajaran, membina kareer dan keluarga. Masa itu tiada FB, Whatsapp dan sebagainya. Tak dapat nak 'trace' ... hanya tertanya2 ... di mana dia, dia, dia .... setakat itu sahaja.

#reunion:
Itulah kami kini ... yg majoriti dah berstatus 'pesara' ... 'mak mertua' ... dan yg paling seronok ... 'N E N E K' ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜.
Dah banyak masa terluang ... lalu pantang ada jemputan kenduri, aqiqah cucu, hatta sarapan pagi ... berkumpul dan berjumpalah kami ditempat yg disepakati.
Guess what?! It was as if we're 17 again ... oblivious of our surrounding ... talking, laughing, giggling, joking ... and most of all welfies. We swarm toward where photos are being taken. Hihi ...!!
When we meet, magically all else are forgotten ... stress, sadness, loneliness, problems, all sickness, body pains and aches!!
p.s. suami pun lupa ... hahaha!!!
Jangan kecam nooo kalau jumpa makcik2 baya Mama macam tak hingat diri ... hoha hoha ... gegak gempa ... posing sana posing sini. Sekali sekala jer ni.
Biarkan kami ... gembira selagi masih upaya ... buat pengubat hati ... dipenghujung usia begini.

#gambarkenangan:
#biargambarberbicara:

๐Ÿ‘† Kenduri anakanda N. Sah
09/12/2018
Anggerik Banquet Hall

Kenduri anakanda W. Raiha
15/13/2018
๐Ÿ‘†Taman Uda Murni๐Ÿ‘‡





12 December 2018

WW - Lembu sapo dia ...


Hi!! ... ๐Ÿฎ

Pantang pintu pagar tak tutup,
dua beradik ni pasti masuk meragut
rumput ...

Mama yg baru balik dr pasar,
nak jadi 'cows' whisperer' konon ... ๐Ÿ˜„

Amar sedang memerintahkah
lembu2 agar keluar ... ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

** Nota:
Bila lembu belaan dilepaskan melata ...
Bila pagar tak ditutup kerana dah terbiasa/lupa ...
Maka ... jadilah seperti contoh di atas.
Hampir hari2 datang kalau tuan dia lepas ...
Rumput, sayur, anak pokok, maupun pokok2 bunga ... habis dikebas.
Ditinggal pula 'baja' ... hadoii laa!!
Nak marah lembu? Pukul mereka?
Kesian pula ...
Lembu2 tak ada akal, tak berdosa ...
Tu ... tuan lembu tu haa!!!
Tak tahu, tak takutkah mereka?
Dosa haiwan ternakan menceroboh kawasan orang ... anda tanggung!
Anda makan, buat berjamu anak bini, keluarga, sanak saudara, semua (buat aqiqah, korban, kenduri kendara bagai ...) ... daging haram tu!!
Duit hasil jualan ... pun sama.
Haram juga!
Hanya dengan biarkan/lepaskan lembu2/haiwan ternakan melata ... menceroboh kawasan orang, makan segala mak nenek yg depa (lembu2 tu lah) suka ... tanpa diminta izin dahulu ... Allahu!! Beratnya dosa ...
Jadi darah daging dari sumber haram anda sekeluarga (Ya! Anda, demo, tuan punya lembu tu.)
Takutnya ... Naauzubillah ...

p.s. tanan perumahan kami masih dikelilingi kampung2 tradisional. Dah tanya rata siapa tuan. Tak ada yg mengaku/tahu. Hmmm ... kalau tangkap dan jual, dapat seribu dua nih. Hihi ... acah aja. Dosa ....







11 December 2018

Majlis 7 Disember 2018. Alhamdulillah ....

Syukur Majlis Tautan Ukhwah taman kami yg dirancang Jumaat, 7 Disember lalu ...
- berjalan lancar,
- cuaca elok hingga majlis selesai,
- semua aturcara ikut jadual,
- kehadiran memuaskan,
- jamuan 'potluck' berjaya,
- cabutan bertuah yg bertuah.
(Paling seronok sebab semua bertuah ... terima kasih kpd penyumbang2 yg sungguh murah hati ... sunggoh kami tak sangka)
Malam tu kami kongsi gambar2 semasa majlis digrup wassup Hawa taman kami ...
Yg tak dapat hadir minta diadakan lagi majlis seumpamanya ...
Seronok ajk2 yg bertungkus lumus jayakan majlis ni bila dapat 'responds' begini ...
Dalam perancangan 2019 nanti ...
Pelbagai agenda sedang dirangka dan diteliti ...
Moga diberkati dan dipermudahkan niat dan usaha kami ...
Moga mendapat kerjasama semua ahli ...
Moga tercapai apa yg diingini ...
Demi kebajikan dan kebaikan kejiranan kami ...
Agar kami saling kenal mengenali!
Agar terus utuh tautan ukhwah, silaturrahim taman perumahan kami.
Aamiin ....!!!

Pendaftaran

Bacaan Yasin

Sumbangan2 utk cabutan bertuah

Cabutan bertuah ...

p.s. Mama gembira diusia sebegini masih dapat menyumbang serba sedikit buah fikiran dan tenaga. Moga diberi NYA kesihatan yg baik untuk ini. Aamiin ...




05 December 2018

LUSA ...

Lusa ...
Majlis tautan ukhwah khusus untuk kaum hawa taman perumahan kami dirancang lepas Jumaat
Gusarnya Mama dan ajk2 yg ditugaskan utk majlis ini.
Bukan risau tentang persediaan berkaitan majlis ....
Tapi risau dengan musim hujan
Dua tiga hari ni asyik hujan siang malam ... berhenti sekejap2 saja
Kalau lusa hujan lebat ... risau ramai tak dapat datang.
Jangan tanya kenapa buat musim hujan ...
Itu saja masa yg terluang ... cuti sekolah ...
Nak sesuaikan waktu dan masa luang semua ... mana mungkin!
Kesnya samalah juga dengan mereka2 yg mengadakan kenduri kahwin musim ini (di Pantai Timur lah) ...
Ia risiko yg perlu diambil ...
Begitu juga kami ... ambil risiko yg sama bagi perjumpaan pertama semua hawa di sini.
Apapun yg terjadi nanti ...
Berserah kepada NYA.
Nawaiitu kami baik ... demi ukhwah dan kebajikan kaum hawa taman perumahan kami. Kalau boleh nak kenal semua ... tuannya, keluarga mereka. Mahu saling tolong dan membantu bila perlu.
Bukankah jiran2 itu orang yg terdekat dengan kamu ...??

p.s. teringat majlis kahwin anak sulong Mama pada musim begini pada 25/12 dulu. Minggu tu hujan mencurah2 ... kawasan2 rendah mula banjir. Pun pada hari kenduri, cuaca elok sekali hingga ke petang. Alhamdulillah ... syukur sangat. Malam tu hujan kembali. Begitu juga keesokan harinya ... Allah Ya Allah!! Begitulah perancangan dari NYA.
Lusa ...
Kami berserah pada NYA ...
Persediaan sebaik mungkin telah diusahakan.
Doa moga cuaca elok2 saja dan majlis berjalan lancar dan berjaya. Tawakkal ... kerana hanya DIA Yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kita. Aamiin ...
In Syaa Allah ...

03 December 2018

Alahai Cucu : P. Puteh - Setiawan ...

Kami ke Setiawan Khamis lepas.
Ziarahi anak menantu cucu di sana.
Bila begini terfikir jugak ... alangkah bagusnya kalu depa semua dok satu negeri. Lain daerah tak apa ...
Bolehlah Atok dan Nenek borong lawat semua satu 'trip' aja.
Bukan apa ... lawat yg sini, teringat yg sana ... pergi yg sana, rindu yg dok tengah2 pula!! Nak lawat semua sekali harung dah tak terdaya ... minda sanggup tapi fizikal ... 'surrender'!!
Mana tidaknya ...
3 tempat berbeza ... Perak, KL dan Pahang ... tiada daya upaya dah nak 'repeat trip' utara, barat, timur dan selatan setiap kali bercuti macam zaman muda dulu. Huhu ...
Nostalgia: Teringat kami sekeluarga (tahun 2000 kalau tak silap) bercuti ke P. Pinang (bermalam), Perak, KL (bermalam), Negeri Sembilan dan Melaka (bermalam). Dari Melaka pulang ke Kelantan ikut Bahau -Pekan - Kuantan - Jabor/Jerangau - K. Berang - Setiu - P. Puteh.
Bila fikir sekarang ... 'amazing feats' sunggoh ... nak2 dgn anak2 masih kecil dan bersekolah, sumbat satu kereta (7 orang) ... 'the chaos, temper, tantrum and all' ... ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
                          ~~~~~~

Alhamdulillah dua beradik ni suka buahtangan dari Nenek. Ralit betul mereka berkarya ... tak sedar gambar diambil Ayahsu mereka ... hihi. Cucu di Maran pun Mama belikan 'drawing board' ni juga. Boleh lukis, tulis dan conteng ikut suka serta padam bila2 masa. Moga bermanafaat ... In Syaa Allah.
3 hari 2 malam di sana sekejap terasa. Sebelum bertolak pulang,
kami singgah rumah besan diIpoh. Setiap kali singgah, kami pasti dijamu dengan juadah lazat yg beraneka. Kali ni ... pulut durian (durian Gopeng maklum besan) sajian utama. Allahhu ... sedap tak terkira!!
Cuaca di sana cerah sahaja. Sebaik memasuki Lebuhraya Timur - Barat, cuaca berubah. Hujan sepanjang jalan hinggalah sampai ke Rumah Biasa2 kami sekitar jam 6.30 ptg.
Alhamdulillah ...

p.s. yg tak sukanya bila ziarah cucu, rindu semakin kuat dari sblm pergi. Nak2 bila anak beritahu cucu mula bertanya mana Atok, Nenek dan Ayahsu ...huhu!! Bila telefon, cucu merajuk tak mau sembang ... pusingkan badan. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข


21 November 2018

Aktiviti diusia senja ....


Semalam seharian berada di sini ... Dewan Majlis Daerah P.Puteh. Guru Qur'an kami, kami panggil K. Mat, telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul dan Bacaan Al - Qur'an Muslimah. Di sini anak2 murid beliau dari pelbagai kelas pengajian telah berkumpul beramai2. Seronok dapat berkenalan dgn rakan2 Muslimah Qurani lain ... terutama yg dah lanjut usia tetapi masih gigih mendalami Al - Qur'an tanpa jemu. Mereka ini ada yg datang bertongkat, berpimpin dan berkerusi roda. MasyaAllah ... usia bukan penghalang. Satu suntikan semangat buat Mama ... 
Antara aktiviti2 yg diadakan semalam ialah ... Tilawah Qur'an, berzanji, nasyid, sirah Nabi, Selawat serta jamuan dan cabutan bertuah (kemuncak acara yg amat meriah dan menceriakan sebelum bersurai).
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan selesai seperti yg dijadualkan.

Sebahagian dr lebih 200 muslimat yg hadir
Mama dan AJK Kebajikan/Sambutan
dimeja pendaftaran
...๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน...


Ini pula perjumpaan pertama ajk kaum hawa taman perumahan kami, TDS (Tmn Darul Salam). Terkejut juga Mama bila dilantik jadi ajk. Apapun bila memikirkan tujuan perjumpaan untuk adakan satu unit khas yg menjaga kebajikan dan ukhwah kaum hawa taman kami, Mama iyakan kerana ia satu niat yg murni dan elok sekali.
Mesyuarat ke 2 esok nak bincang adakan perjumpaan pertama kaum hawa TDS melalui program Maulidul Rasul serta bacaan Yaasin dgn konsep 'potluck' minum petang. Moga niat ikhlas kami direstui dan berjalan lancar. In Syaa Allah.

Alhamdulillah ... moga diusia senja ... masa, tenaga dan buah fikiran dapat dimanafaatkan sebaik mungkin. Minda dan fizikal yg aktif diusia begini perlu bagi kesihatan minda (elak myanyuk) dan fizikal yg makin lemah kadar metabolismanya (punca penyakit). Itu yg doktor saranankan. Pun ... aktiviti perlulah sesuai dengan peningkatan umur. Yg penting amal gaya hidup sihat sedari muda ... ingat tu anak2 menantu2 cucu2 Mama. ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

p.s. Ini pula hasil aktiviti cucuk tanam Mama. Seronok lihat pokok cili merah lebat buahnya. Dah bilang buahnya ... hihi!! Ada 27 biji semuanya. Alhamdulillah ... hanya tunggu masak dan petik sahaja. In Syaa Allah!!

terpaksa ikat dahan ... takut patah!


07 November 2018

WW ... Alahai Cucu!!







Bertabahlah anak menantu Mama semua ....
p.s. been there ... asam garam menjadi ibu bapa ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜๐Ÿ˜…

02 November 2018

Kebun biasa2 ... laporan terkini

Bekalan terung dan bendi (sayur kegemaran) tanam sendiri dah putus ... pokok yg ditanam bulan Mac, mula berbuah akhir Mei, telah memberikan kami bekalan tanpa putus hinggalah bulan Oktober lepas. Dah cabut pun pohon2 yg tua ... belum fikir nak tanam apa. Biarlah tanah2 tu rehat dan baikpulih zat nutrien sendiri. Namanya pun berkebun secara organik.
Lagipun musim hujan dah mula ... rehatlah dulu. Sayur binahong@ceylon spinach serta pegaga jepun pemberian kawan dah buleh tuai. Sedap buat ulam/salad atau tumis. Pokok2 cili padi, serai, pandan, kunyit, bunga kantan, lengkuas, pegaga kampung, limau nipis, limau purut dan limau kasturi pula sentiasa beri bekalan yg berterusan. Nak makan ... petik je. 'Fresh from the tree and no pesticides'! Jangan jeles ...
Tahun ni, rambutan berbuah lebat buat pertama kali. Petik dgn tangan jer sebab pokok renek lagi. Masih tak tahu rambutan jenis apa ... tak kisahlah. Janji manis dan jenis lekang isinya.
Ayam jiran tu ingat Mama nak beri depa makan
Pokok betik yg hampir tumbang tempoh hari, berbuah lebat kini. Bekalan Vitamin C kami ...
Alhamdulillah. Dan sepohon lagi baru berputik, berbuah pertama kali. Yang ini jenis bulat, bukan memanjang seperti yg ni. Mama suka ๐Ÿ˜Š.
Pisang emas ada setandan atas pohon tu ... setelah sekian lama tak ada hasil dari pokok2 pisang yg ditanam.
Pokok mata kucing kami ... dah nampak bibit2 buahnya. Pelik juga berbunga lebat sangat dan berbuah musim sekarang ni. Ke memang sekarang musim dia? Pelik kan??! Tak kisahlah ...
Ubi keledek, ubi badak putih dan unggu jauh lagi perjalanannya. Hihi ... tahun depan lah kot merasa hasilnya.
Pokok durian belanda sedang lebat berbunga ... In Syaa Allah moga begitu jugalah buahnya nanti. Aamiin ...
Itulah antara keadaan terkini Kebun Biasa2 yg bukan luarbiasa kami. Cukuplah untuk makan sendiri ... Seronok tanam dan tuai apa yg nak makan.

p.s. cuma pokok2 mangga jer yg masih belum berbuah sebagaimana sepatutnya. Kena cari baja buah organik lain gamaknya ... ke ada cara nak gertak mereka supaya berbuah??

01 November 2018

Suka datang rumah Makcik ....

Itu yg kawan2 Amar beritahu ... setiap kali mereka bertandang ke Rumah Biasa2 kami.
Mereka datang untuk main 'game' ... PS3 PS4 ke apa.
Selalu berempat ... kadang2 berenam.
(p.s. tak menengok citer korea lah Mama ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…)
Tak apa lah ... sekurang2nya Mama dapat kenal hati budi kawan2 dia masa mereka main bersama ...
Yg sorang tu siap mak ayah datang hantar dan ambil ... lega gamaknya mak ayah dia sebab datang rumah kawan yg ibu ayah (kami lah tu ... warga pencen) ada di rumah.
Ibu bapa kawan2 Amar yg lain pun dah biasa ... kadang2 bila mereka perlu 'outstation' luar negeri, samaada Amar dan yg lain temankan di rumah dia atau dia dan kawan2 'sleepover' Rumah Biasa2 kami.
Dan begitulah juga Amar ;vice versa; ketika kami terpaksa tinggalkan dia waktu hari sekolah.
Yg 'suka' datang tu sebab selalunya Mama akan sediakan kudapan untuk mereka bila 'break' utk solat asar (Ayahnya akan 'warning' awal2 bila azan berhenti. Solat dulu ... lani tak payah warning dah. Mereka dah terbiasa ... faham)
Menu kudapan mereka biasanya ...
Pizza; speghetti; sandwich; donut!!
Kadang2 bihun goreng dan jemput2 ...
Itu yg suka datang tu ... hihi.
Takper ... seronok masak dan lihat mereka makan ramai2 ... tak pernah tak 'sold-out'!!
Puashati masak utk anak2 remaja ni ...
Moga persahabatan mereka kekal hingga dewasa ... Aamiin ... In Syaa Allah ...
**(seperti kawan2 abang2 dan kakak Amar ... hingga kini masih ingat kami tiap kali mereka balik kampung atau kami ke tempat mereka. Alhamdulillah)


30 October 2018

Bersiaran semula dari Rumah Biasa2 ...

Hujan dari pagi tak reda2 ...
Masuk musim hujan dah kita.
Nak masak apa ya??
Gulai lemak keladi dan udang pemberian anak sedara suami masih ada ...
Kari ikan bawal tanpa santan semalam masih bersisa ...
Hangatkan saja jawabnya!
Cuma tambah ikan goreng ... cukup dah buat kami bertiga.
Bihun utk makan malam dah direndam.
Isi ayam yg dah dipotong kecik dah dikeluarkan ... nyah beku hujan2 ni makan masa.
Cuma perlu blender bawang lada dan potong sayur aje sebelum proses goreng atau buat sup ... belum putuskan lagi cara masaknya.
Nak tanya warga Rumah Biasa2 dulu ... seperti biasa.
Well!! Itulah cerita hari ni dari Mama ... setelah sekian lama 'berehat' (entah sibuk ke apa ... banyak tak ada 'idea/mood' sebenarnya)
Mr. Cool nak balik Jumaat ni ... seminggu 'break' katanya.
Bunga2 dah hati Mama ... ๐Ÿ˜Š
Till then ... moga hari ini baik2 saja.
Wassallam ...

07 October 2018

Habis satu bab ...

Yup it's over ... PT3 is finally over!!!
Don't know who is more relieved ... Amar or me? Ha ha!! ...
Whatever ...
But for sure both of us are happy though. Until the day the PT3 results will be announced i.e. .... (debor pulok mikir hari tu ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…)
Amar dah mula tuntut janji ...
Janji nak pergi jalan2 ... keluar negeri kalaupun tak keluar negara.
Tak mau tunggu cuti penggal akhir tahun ... lambat lagi. Lain cerita.
"Hujung minggu tak apa Mama! Ayah!"
"Pergi dekat2 dulu ... ponteng sehari tak apa. Tahun ni 3 hari je Amar tak pergi sekolah ... MC"
* (teringat masa sekolah rendah dulu, dialah juara cuti. Pernah lebih dari 30 hari tak ke sekolah dlm tahun tu. Macam2 ... sakit betul dan pura2 sakit. Sakit psikologi kata doktor keluarga. Adalah punca tu ... cuba siasat, 'slow talk' dgn dia ... macam kawan. Mmg pun ... habis keluar rahsia. Tak buat kerja sekolah, hari cikgu garang, dan dibuli paling banyaknya. Mak Ayah kena peka ...!)
Kami pun rasa memang lama dah tak makan angin. Dok congak2 sambil selaras dgn jemputan kenduri/reunoin dari kawan2 yg jauh. Buleh 2 dlm 1 ...
p.s. Amar tak tahu lagi ni. Haha ...!!
Dah tua2 ni gitulah ... nak berjalan2 tu kalau boleh nak rangkum semua sekali ... ziarah anak cucu, sedara mara, gader2 dgn rakan lama, kenduri ...
Nak jimat masa, wang dan yg utama, tenaga!! Itulah ...
Dah pesan awal2 pada Amar. Kalau dia nak pergi tempat berlibur ... kena ajak abang2, kakak dia yg masih muda bertenaga. Kami berdua dah lepasi zaman tu. Jadi tukang hantar, bayar dan tunggu buleh la ... Nak join sama tak kuasa dah!!
Kesian pulak pada Amar. Jadi yg bongsu gitulah ... dapat mak ayah yg dah senja.
Melalut pulak Mama pagi2 ni ... kerja2 surirumah tak berpencen weh!!.
Till next entry/posting ... have a nice and fruitful day.
Assalamualaikum .....

06 October 2018

Tak payahlah menuding jari ...

Ketika berita bencana dan tragedi yg tidak dipinta berlaku ...
Gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah ...
Kematian syahid 6 penyelam dari Pasukan Penyelamat Di Air Bomba ketika operasi SAR ...
Dalam hiba tangis mereka yg terjejas, terlibat ...
Dalam kesibukan dan kepayahan operasi menolong dan menyelamat ...
Dalam curahan doa dan ucap selamat dari warga dunia yg turut simpati ...
Kedengaranlah kokok suara2 sumbang menghukum, mengkritik, menyalahkan itu ini ...
Bagai dia, tempat dia duduk suci, tiada dosa 'whatsoever'  ... jatuh hukum Allah tunjukkan amarah, kemurkaan dan balasan Nya pd orang2 yg buat maksiat, dosa di sana!!
Bagai pakar, bijakpandai, tengok dgn mata sendiri peristiwa yg berlaku agaknya ... canang operasi SAR tak ikut SOP ... bla bla bla!!
Sakit hati bila dengar dan baca mengenainya.
Astagfirullah!!
Siapalah kita untuk kata itu semua.
Menghukum peristiwa seperti ini bukan hak kita manusia.
Jangan mudah menuding jari ... menyalahkan itu dan ini.
Segala yg berlaku ... hanya Allah yg tahu!!
Ada hikmah disebaliknya.
Sudah ditetapkan Qadha' dan Qadarnya ... ajal maut setiap manusia.
Caranya?? Kitalah yg usaha menentukanya ... dalam iman atau sebaliknya.
Bila ingat mati ... kita tiada hati utk bicarakan mengapa begitu begini.
Ambillah iktibar dari setiap kejadian dan ujian ... itu sebaiknya!!
Wallahu a'lam ....

p.s. beremosi pulak Mama petang2 ni. Apapun Mama selalu cuba ingatkan diri ... "Nobody is perfect! So do you ..."


"Siapa yg beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata yg baik atau diam" (HR: Bukhari)




30 September 2018

Bila terjebak resipi viral ...

Pantang ada resipi viral ... kalau berkenan terjebak sama. Terkini kek pastri buah2an tu. Orang buat kek ... tapi seperti biasa ... derhaka. Versi muffin yg direka.
Kek@muffin pastri buah2an cubaan pertama
Pun Amar dan kawan2 cakap sedap ... licin bekal yg dibawa ke sekolah keesokan hari. OK lah tu bagi cubaan pertama.
Apa nak buat dgn lebihan buah2 strawberi dan blueberi satu masaalah juga. Bukan boleh disimpan lama2. Lalu men'Google'lah seperti biasa. Derhaka lagi!! Resipi asal kek. Tapi Mama buat versi kek cawan (dpt 12 biji) ... beri pada jiran. Balas bekas sayur lemak pucuk labu yg diberi dulu.
Dan adunan selebih dapat 3 biji versi muffin (kes nak cepat siap ... haha!). Sebab sedap ... nak simpan resipi.

Kek Pisang, Strawberi n Blueberi
Bahan2:
1 cawan strawberi - potong kecik2, gaul gula halus
1/2 cawan blueberi - gaul gula halus
1 biji pisang ranum - lecek (Mama guna 2 sbb kecik)
1 cawan gula kaster
2 biji telur (A)
1/4 cawan minyak sayuran/mentega cair
1 biji lemon - ambil parutan kulit (Mama ganti 1 sudu teh sunquick)
1 1/2 cawan gandum*
1/2 sudu teh baking powder*
1 sudu teh garam*
Secubit serbuk cinnamon*
* ayak bersama
1 cawan walnut - cincang (opt)
Cara:
1. Panaskan oven 180°C. Gris loyang.
2. Dlm mangkuk besar, pukul telur, minyak, gula, pisang, strawberri dan lemon parut hingga sebati. (Mama guna whisk jer).
3. Masukkan * bahan2 ayak tadi dan gaul sebati (jgn overmix).
4. Kaupbalikkan blueberi dan walnut.
5. Tuang ke dalam acuan. Bakar 45 minit - 1 jam/kek masak. Jika buat kek cawan, 25 - 30 minit/masak, perang sedikit bhgn atas.

p.s. Seperti kek2 yg berasaskan buah2an ... ianya lebih sedap keesokan hari.



29 September 2018

Tak tentu hala ...

Anak yg nak periksa ...
Mak yg tak tentu hala!!
Serba tak kena ...
Nak buat itu ... ini ... tergendala.
Yg stress mama dia ...
Yg nak periksa ... cool! relax jer!!
As usual ...
Gitulah Mama ... gusar!!
Setiap kali anak nak periksa besar.
Dari no.1 ... hingga no.6, Sibongsu ...
Sifir sama. Huhu ...

p.s. Mama hanya upaya guna senjata DOA. Mohon pada NYA ... yg terbaik buat Amar, juga buat abang2, kakak dia. Aaminn ...

"Doa ibu bapa pada anak2 seperti doa seorang nabi bagi umatnya".
(Riwayat Ad-Dailami)

21 September 2018

Do your best ....

Amar's PT3 is exactly 10 days away ... today.
Feeling the heat? Hmmm ....
Few days ago Amar asked me,
"Mama! Would you be dissappointed if I did not score straight As?"
I guess he already knows his father and I stand about results and performance!!
We always stressed that numbers can be deceiving ... there will always be no. 1, no. 2, .... no. 10, no 20 ... and the last person. If the last person got all A's ... does that mean he is stupid? You answer me!!!
What is important is to give your best shoot in everything you do!! (good beneficial things i.e. ...) Whatever the results may be, you know you have tried and done your very best. From there ... if there have been any mistakes, learnt from it. Never give up. Try again ... try to be better that before. Better still ... try to be THE BEST!!
Not to please others ... but yourself.
Prove that YOU CAN DO IT if you just try very very hard. To do it the honest and right way. To never belittle and tread on other people in the process.
Never be afraid to try ... be yourself ... believing I am what I am.

Doa Mama, agar anak2 menjadi insan yg berguna pd agama, keluarga dan negara!!

INGAT!! SEBELUM MULA SESUATU;
NIAT BAIK2, POHON RESTU ALLAH DAN IBUBAPA ...
USAHA, DOA DAN TAWAKKAL.
SELEBIHNYA ... ITULAH QADA' DAN QADAR KITA!!

For the time being, Mama just want Amar (as Mama did with his elder siblings) ...
- to cherish his schooling years.
- to enjoy his teenage years.
- to feel happy going to school.
So that, one day ...
He'll look back on those days fondly and not regretting them. No 'What if' whatsoever ...

p.s. our ways of bringing up our kids may differs ... but you are always welcome to agree to disagree!!


15 September 2018

Jom jeruk ....

Sekarang ni ... disebelah sini, musim buah rambutan, cempedak, duku, langsat, dokong dan petai.
Selalu saja ada pemberian dari jiran, rakan dan sanak saudara.
Dek kerana kami bertiga aja ... sentiasalah ada lebihan ... 'supply' mengatasi 'demand'.
Dan inilah yg Mama lakukan ...

Jeruk petai yg adik bawa dlm 5 papan. Bersih petai, didihkan air dan celur petai sekejap. Jgn lebih dari 1 minit, nanti tak ranggup. Angkat kedlm bekas berisi air. Picit petai, sejukkan. Letak dlm bekas, air (sekadar tenggelam petai) + 1 sudu teh penuh garam, kacau sebati n tuang kedlm bekas berisi petai. Biar semalaman di luar sblm simpan dlm peti sejuk. Makin lama makin sedap.

Jeruk asam boi rambutan.
Tabur garam, sedikit gula, asam boi putih dan perah limau kasturi/limau nipis. Jika suka pedas, + hirisan cili padi. Gaul sedikit dan terus simpan dlm peti sejuk. Tak perlu air kerana rambutan akan keluarkan air nanti. Biarkan sekurang2nya semalaman.

p.s. jeruk asam boi ni memang 'versetile'.
Mangga muda, epal hijau,  kedondong, dan jambu batu antara yg pernah Mama buat. Rambutan tu pertama kali cuba buat. Sedap!! Kecur air liur ... hihi!!



14 September 2018

Demam 'nanti dulu' ...

Mama lah tu ... kena demam ni susah nak kebah. Dah melarat jadi 'M A L A S' dah pulak!!
Tu laa ... terlalu asyik tengok 'idiot box' (omputeh yg kata ok!!) ... habis kerja surirumah ni tergendala!!
Salah ASTRO la ni ... pi hadiah semua rangkaian sampai Hari Malaysia!!
... (kalau tidak yg basic aje lah kat Rumah Biasa2 ni + rangkaian Disney utk cucu2 ๐Ÿ˜)
Semua nak tengok la ...
Dari berita seluruh dunia hingga ke tayangan2 filem baru dan lama ...
Korea, Hindi, Cina, Indon, Omputeh ... semua ada.
Yg sukan pun ye ...
Yg seram, yg perang, yg lawak, yg melalaikan ...
Pendek kata tak jadi kerja ... ye lah. Benda percuma ... pulun lah. Haha ...!!
Rumah dah tunggang langgang ... mcm kena ribut taufan. Padahal duduk bertiga jer.
Bila Mama aka mamu tak berfungsi ... gitulah jadi.
Kuman 'procrastination' ni bila menyerang ... susah nak lawan. ( ASTRO dijadikan alasan.)

p.s. Harap2 ada lah tetamu nak datang ... barulah mengemas lintang pukang!!
๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚



06 September 2018

A busy September ...

With 25 days to Amar's PT3 D-Day, the exam mode intensifies.
Both Amar and us are feeling the heat ... no jokes!!
On top of that ... many unpredictable events also happened that need our immediate attentions. When you're past 55, its really time and energy consuming. (I salute our PM Dr. M)
Today Amar left for his  'Kem Pecutan Gemilang PT3'. A 3 days 2 nites stay at his school hostel.
This is like a cream to an already packed exam oriented schedules his school has preparesd. (Yup ... daily school ends at 5 pm, followed by 1 1/2 hour 'Peer Tutoring' at nite. Plus extra classes during weekend mornings. The sacrifices us ... the students, teachers and parents make!!)
17 - 19 Sept. - PT3 Trials Exam.
3 days before the exam, 'Solat Hajat Perdana' ... involving parents, teachers and students.
One day before exam ... 'Majlis Izin Ilmu'.
Finally ...
1st October ... the PT3 race begins!!
We will only breathe easy once the PT3 ends end of October.
A well deserve holiday for the 3 of us would be great indeed. Don't you think?? ๐Ÿ˜๐Ÿ˜Š

p.s. this weekend and next weekend we also have 2 far away wedding invitations from our dear ones. One in KL and one in Penang. But our heart are at present with Amars'. So ... with heavy guilty heart, we decided not attending both. We, me especially, cannot bear to leave him 'home alone' anymore. Not with his big exam looming in near. Hoping to make up for all that after Amar's exam ends ... 2 in 1 ... holiday cum a visitings.
In Shaa Allah ....

30 August 2018

Cari penyakit 2 ...

2 minggu berturut2 ke pasar minggu hari Khamis ...
Ni baru balik dari pasar minggu lah ...
Saja singgah selepas sarapan di gerai kegemaran kami ... (nasi berlauk ikan aya + ikan kering 1/2 + bihun 1/2 ... dan semangkuk air asam perut + limpa + pelepung + xtra cili padi ... sedap!!
Saja nak bagi pembaca terliur ๐Ÿ˜†)
Singgah sebab tak puas hati yg pergi minggu sudah! Lepas raya, ramai pembeli drpd gerai yg berjaja!!
Pun ... sangkut jugak 2 helai tudung segera (tengah kemaruk ni ... selama ni pakai tudung yg dijahit sendiri. Tudung segera ni lagi praktikal ... senang pakai dah tua2 ni)
Minggu ni meriah ... dah seperti biasa.
Dalam tak ada agenda nak beli apa2 ... saja nak ronda2 ... terbeli sehelai tudung, sepasang selipar, sepasang kain cotton korea dan setokin kaler yg Mama suka!!
Cari penyakit lagi ...!!!
Ni kes ada duit dlm dompet. Pemberian anak menantu waktu balik raya ... xsenang duduk lah Mama. Depa dok gigit selagi tak belanja ...
Alasan ... haha!!
Gitulah bila dah berusia ... tapi Mama rasa sekali sekala elok manjakan diri. Buat dan beli apa yg kita suka ... 'shopping and window shopping is women's best friend ... a good way to relax and destress' ...
Apa2 lah Mama ... asal bahagia. Jangan membazir tak tentu hala sudah ...
(Self reminder ... ๐Ÿ˜Š)
Jangan tiru noo ...
p.s. ... Surprise of the day:
Ayahnya komplen ...
"Bakpo beli kaler hok pucat2 nyo. Carilah hok cerah2, terang sikit!!".
Sungguh tak sangka ... jarang Ayahnya endah apa yg Mama beli dan pakai. Kalau Mama tanya, biasa jawapannya, " Ikut lah ...".
Peluang nih ... ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

27 August 2018

Cari penyakit ...


Kisahnya ...
Sambil lipat kain2 (sebab dah habis stok bakul kosong - kes rajin basuh tapi malas lipat kain), sambil tengok tv.
Dalam dok tukar2 saluran ... tertenguk saluran yg jual macam2 produk tu ...
Kebetulan ...
Depa tengah kempen satu perkakas dapur yg lama dah Mama dok idam!!
Apalagi ... terus melekat dan terpikat!!
Nak pula depa dok kempen rega promosi Hari Merdeka ... harga potong 50% + hadiah percuma. Hari ni saja!! Ada masa 25 minit lagi untuk buat pesanannya!! Tak keruan Mama ... huhu!! Nak sangat2 doh ni!!
Kebetulan Ayahnya sedang rileks dan santai baca suratkhabar. Cuaca elok ni! Mama pun gunalah 'skill' bodek n pujuk ... (yg ni kena cari sendiri deh asbb lain lelaki, lain cara bodek ... pujuk ... ok!!)
Bila Ayahnya beri 'lampu hijau', terus dial nombor yg tentera di skrin. Cepat-cepat, takut big boss tukar fikiran pulak ... sapa nak bayar!!! Haha ...
Bahaya tengok saluran2 seumpama ni ... memang mudah terpukau. Mama lah.
Memang Mama jarang tenguk ... selalunya cepat2 tukar saluran. Tapi hari ni entah kenapa ... tertenguk lama pulak!
Rezeki depa? Rezeki Mama?
Mungkin!!
Apa2 pun ... I am very happy today. Yeayy!!

p.s. Banyak kali lah beli produk, tapi elok jer dok 'parking' (masih dlm kotak)!!
Ni pun satu penyakit jugak ... !!

26 August 2018

Aduhai anak ...

Cuti sekolah seminggu. Campur 2 hari hujung minggu ... jumlah 9 hari. Ada masa 9 hari ... tapii (as usual ... huhu)
Semalam ...
5.30 ptg -  "Mama! Nak ke 'cc (cyber cafe)' jap. Nak 'print' gambar2 utk kerja kursus Geog. Esok cikgu nak tengok."
9.00 mlm - "Mamaaa ... buleh 'trim' rambut Amar sikit. Yg kat tepi dan belakang dah la. Esok perhimpunan!! Cikgu 'check' rambut!!"
Jam 7.00 pagi ni ...
- "Mama! Tolong tandatangan surat. Cikgu nak hari ni!"
Oh Amar!!
Bila kita tanya awal2 ... jawapannya,
"Ok .. ok!! No hal. Beress ..."
Gini lah sokmo. ๐Ÿ˜ฉ

18 August 2018

Bila cuti ... Air, oh air!!!

Bila cuti ... boleh kata setiap kali cuti panjang ... bekalan air mula bermasaalah!!
Mula perlahan ... sebelah pagi dan akhirnya tak ada terus sebelah siang!! Bila lewat malam ... baru pulih, tapi tak 100%. Masa tu lah Mama operasi tadah air simpan dlm bekas buat masak minum esok hari. Orang seronok tidur, kita berperang disinki!!
Air ... bila perlahan memang tak naik le ke tangki simpanan. Tangki yg ada, kalau semua anak menantu cucu ada ... sehari jer bertahan kalau diRumah Biasa2 kami. Itu pun tak basuh kain baju ... anak menantu kena basuh dikedai2 dobi layandiri. Mama pun selalunya tumpang sekaki ...
Kesian anak menantu cucu bila balik ke sini ... bercatu air. Dengan anak2 kecik manalah larat begini setiap kali pulang bercuti. Serbasalah kami ... lama dah masaalah air ni. Tak 'settle2' ... parti mana pun berkuasa ... entah apa masaalahnya!!
Lalu bulan lepas Ayahnya upah orang gali air dalam tanah ... 'air boring' kata oghe Kelate. Dulu dah ada, tapi asyik masaalah juga, jenuh baiki. Tak jadi! Akhirnya putus cari sumber air ditempat lain pulak. Masih dibelakang Rumah Biasa2 kami ... cuma beralih lokasi ...

Kerja2 gali secara manual
Dah siap ... rumah mesin air

Alhamdulillah ... dah selesai masaalah air. Dah laju dan jernih bekalan air. Nak basuh kain 4, 5, 6 kali pun dah tak apa kini. Dulu ... setakat 2 kali basuh jer berani ... takut air perlahan dan tak sempat naik ke tangki ganti yg diguna basuh kain tadi ... sebab dah banyak kali jadi gini. Sekarang Mama lega ... air laju sokmo. Syukur!!
Haha .. Mama selalu kata, baik putus bekalan eletrik dari putus bekalan air!! Tapi sekarang tak boleh lagi ... sebab kalau tak ada letrik, camner pam air nak operasi??!!
Tapi Alhamdulillah!! Bekalan elektrik di sini jarang terputus. Biasanya dimaklumi dulu jika ada gangguan. Kalau berlaku terputus juga bekalan ... tak tunggu lama untuk dipulihkan sebaik dilapur. Bagus TEN kat sini.
Well!! Life is never bed of roses. You gain some, you lose some!!
Haa ... dengar tu anak menantu cucu!! Balik lah!! Air bukan masaalah lagi ... air sejuk, segar terus dari bawah tanah ni.
p.s. Rasa nak buat kolam wehhh ... ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

15 August 2018

Hujung minggu kami ....

Amar, sibongsu semakin 'busy' ... PT3 semakin mendekati.
Hujung minggu lalu, Jumaat ... kami ke KL ... kenduri.
Amar kena tinggal lagi ...
Tapi kali ni abang dia, Mr. Cool ada menemani ... lega kami
Suami memandu sendiri ... nak naik kapalterbang ... rega tiket pergi-balik berdua mahal loo!! Terasa rugi.
Pun memandu diusia senja dah tak sama macam dulu lagi ...
P. Puteh - KL ... 10 jam 'time' kami (sepatut 7 - 8 jam jer), sebab 'kereknyo' ( longhat Kelate = banyak kali) berhenti!!!
Campur 'makan langsat' (= sesat) sebaik masuk sempadan KL ... setiapkali!!
Letih, penat, sakit, lenguh sana sini ... sinonim dah kini
Bagi setiap kali perjalanan jauh yg kami tempuhi.
Cucu di KL sedih sekejap sgt kami singgah kali ni ...
In Shaa Allah Nenek Atok datang lagi ... lepas Ayahsu habis PT3 ...janji!!
Keesokan hari ... ke Gombak. Kenduri kawin anak saudara suami.
Ini jer peluang nak jumpa sanak saudara ... terutama yg dah berusia seperti kami.
Entah bila pulak nak jumpa lagi ... kalau bukan dimajlis seperti ini.
Itu yg kami gagahi datang dari jauh ... demi berjumpa mata ... kata oghe sini.
Usai kenduri ... lepas zohor ke Maran pula kami.
Nak balik terus ke Kelate ... tak larat kata suami.
Memandu malam jauh2 dah tak boleh lagi!
Pun seronok sebab dapat jumpa cucu2 disini ... ('an excuse really!!' Hihi!)
Walau sekejap dapat jumpa cucu2 diMaran, kami puashati ...
Lepas sarapan dan pergi pasar tani keesokan hari ... dalam jam 11 kami bertolak pulang dgn berat hati ...
Jenuh 'selawat' 3×, hembus kat cucu ... petua Mak agar cucu2 tak terlalu rindu nanti.
p.s. pernah sekali; masa ''last jumpa'; Mama lupa buat begini ... demam cucu sehari.

Itulah ... cerita hujung minggu lepas kami.
Tak sempat jalan2 pun diKL.
Cuma anak menantu bawa pergi makan ... pilih mana berkenan.
Dek selalu tengok cerita Korea ... nampak sedap jer makanan mereka, Mama pun 'order'lah Bimbimbap ...
Tak habis ... bukan selera Mama. Anak menantu ketawa tengok riak muka Mama cuba menelannya. Bagi Mama ... tiada rasa, tawar je kecuali kimci tp mak oiii pedasnya!! Dan kuatnya rasa dan bau minyak bijian ...
Dah itu kebiasaan mereka ... mcm kita dgn belacan, budu, cincalok lah gamaknya.
Tak jadi lah gi Korea!!! ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

06 August 2018

Perasan tak??

Perasan tak ....
Dua tiga menjak ni,
Entri Mama kan ...
Mesti panjang2 ...
Berjela2 ...
Perasan tak???
Tak??!!
Tak perasan ye??
Takpe lah ...


05 August 2018

Sudah merdekakah kita ...


"Nasihat yg diulang2 akan menjadi amalan,
Amalan yg diulang2 akan menjadi sikap,
Sikap yg diulang2 akan menjadi tabiat,
Tabiat yg diulang2 akan menjadi budaya."










Biar gambar berbicara ...
Ini sebahagian saja ... tapi yg paling kerap dilihat di mana2 ...
Sedihnya jika inilah yg sudah jadi budaya kita rakyat Malaysia. Sedih sangat!!
Dah 60+ tahun kita merdeka ... dah capai status negara membangun kita ... dah banyak infrastruktur, teknologi, kejayaan bertaraf dunia ... tapi minda???
Masih dunia ketiga lagikah kita?? Atau undur belakang lagi ... hummmmpph!!!

p.s. tak sanggup nak masukkan gambar tandas2 awam maupun restoren2 ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“
(Gambar2 atas ihsan Google)

Buat anak2 menantu2 cucu2 keturunan kami ... perkara yg Mama nak ulang beritahu ni jangan culas amalkanya. Moga menjadi budaya keluarga kita ... moga di mana saja kita berada, ia dah terbiasa.
- tidak buang sampah merata2.
- tidak sepahkan meja/tempat makan (dirumah maupun diluar), seboleh mungkin kemas meja kita selepas makan
- beratur ikut giliran
- hormat orang2 tua dan kanak2
- ucap terima kasih bila terima sesuatu/diberi pertolongan
- jangan ambil jika bukan hak kita. Minta izin tuannya dulu
- harta orang jgn buat seperti harta sendiri
- jika guna trolley dipasaraya, letak kembali ditempat yg disediakan
- ditempat kenduri/jamuan, ambil makanan yg mahu dimakan dan secukupnya sahaja. Jangan tamak dan bazir makanan
- parker kereta dgn berhemah dan tidak ganggu/halang orang lain
Itu antaranya ...
Agar terbiasa dan jadi amalan ...
Agar kehadiran kita disukai bukan dibenci ...
Agar kita bukan penyebab orang 'membawang' (haha ... istillah femes laani).
Bukan penyebab 'non-Muslim' menjauhi Islam kerana lihat peel perangai kita!!
Ingat ... Allah sentiasa mengawasi ... 24 jam tanpa henti. Tiada yg lepas dari perhatianNYA ... walau sebesar zarah. Ingat ya!!

Nota: Pendidikan bermula dirumah. Sekolah pertama anak2. Ibubapa guru pertama mereka.




26 July 2018

Selepas selamatkan pokok ceri malaysia selesai ....

Pagi tadi kerja2 'selamatkan pokok ceri malaysia' selesai dengan jayanya ...
Suami kata biar batang2, dahan2 dan daun2 kering dulu sehari dua ... baru senang nak angkat dan alih semua.
Dalam masa yg sama, Mama dok fikir tentang burung2 dan serangga2 (terutama rama2 dan lebah) yg sering datang utk berteduh, mencari rezeki di pokok ini setiap hari. Mesti mereka tercari2 ...
Pagi tadi pun, selepas operasi di atas, banyak burung yg datang ... bising jgk lah mereka ...
... ada yg singgah didahan pokok durian belanda dan mangga bersebelahan ... agaknya hairan??!! Ke manakah perginya pokok persinggahan mereka?
... ada yg turun ke dahan2 yg berselerakan. Mematuk2 buah2 ceri yg masih bergantungan!
... ada yg berkeliaran di bawah, mengutip buah2 ranum merah, jatuh berselerakan merata ditanah!
Esok ... lusa ... bagaimana??
Kesian pula bila fikirkan burung2 tu.
(kena cari sumber rezeki ditempat lain la pula ... )
InsyaAllah ... ada rezeki, pokok ceri malaysia akan rimbun dan berbuah kembali. InsyaAllah ...
Sabar ya pokok ...
Sabar ya burung2 ...

p.s. ... mungkin manusia merasakan mereka lebih baik dari sekalian makhluk Allah yg lain!! Namun ...
*(Petikan dari: farairina.blogspot)
Nah!! ... manusialah yg sering alpa berbanding ciptaan Allah yg lainnya ... sebagaimana firmanNya;


- Peringatan utk Mama juga ... utk sentiasa tadabbur (memerhati, mengkaji dan belajar darinya) dgn alam sekeliling kita. Ada hikmah dlm setiap penciptaan NYA. Ada tanggungjawab kita utk sama2 memeliharanya.


25 July 2018

Cerita pokok ceri malaysia kesayangan Mama ...

Memang impian Mama nak tanam pokok ceri Malaysia atau pokok kekut (oghe Kelate panggil) bila ada rumah sendiri nanti.
Entah mengapa ... suka sangat kat pokok ni.
Pada pandangan Mama ...
Selain rupanya yg macam pokok krismas, Mama suka bunganya yg berwarna putih persis bunga sakura ... cantik!!

Pokok ceri Malaysia kami pada Mac 2017
Buahnya pula ... merah macam ceri mini. Manis rasanya. Bila buannya yg ranum dipicit ... baunya lembut, manis dan wangi.


Pokok ceri kami ni tumbuh sendiri ... Mama perasan pada Mac 2016. Bila besar sedikit, kami tanam tepi Rumah Biasa2 kami. Mac 2017, mula berbunga dan berbuah. Di bawah gambar Mei 2018 ... cepat besar dan rendangnya. Serta lebat buahnya.


Tempat berehat .... nyaman dan tenang.
Kawan2 suami suka santai dan sembang2 di sini dari atas rumah.
Tumpuan burung2 dan aneka serangga.
Pokok tempat mereka mencari rezeki dan berteduh.
Mama suka perhatikan mereka ...
Juga suka dengar kicauan burung2 terutama awal pagi ...
.
.
.

Pun ... malam kelmarin ...
Hujan lebat dan angin kuat ...
Tumpas akhirnya pokok ceri Malaysia kesayangan Mama ....


Tumbang menyembah bumi ... huhu!!
Sedih sangat ...

p.s. pagi tadi suami maklum petang ni dia dan geng surau dia nak gotong royong selamatkan pokok ceri ni. InsyaAllah ada rezeki ... hidup lagi dia. Itu doa dan harapan Mama.