Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

15 August 2018

Hujung minggu kami ....

Amar, sibongsu semakin 'busy' ... PT3 semakin mendekati.
Hujung minggu lalu, Jumaat ... kami ke KL ... kenduri.
Amar kena tinggal lagi ...
Tapi kali ni abang dia, Mr. Cool ada menemani ... lega kami
Suami memandu sendiri ... nak naik kapalterbang ... rega tiket pergi-balik berdua mahal loo!! Terasa rugi.
Pun memandu diusia senja dah tak sama macam dulu lagi ...
P. Puteh - KL ... 10 jam 'time' kami (sepatut 7 - 8 jam jer), sebab 'kereknyo' ( longhat Kelate = banyak kali) berhenti!!!
Campur 'makan langsat' (= sesat) sebaik masuk sempadan KL ... setiapkali!!
Letih, penat, sakit, lenguh sana sini ... sinonim dah kini
Bagi setiap kali perjalanan jauh yg kami tempuhi.
Cucu di KL sedih sekejap sgt kami singgah kali ni ...
In Shaa Allah Nenek Atok datang lagi ... lepas Ayahsu habis PT3 ...janji!!
Keesokan hari ... ke Gombak. Kenduri kawin anak saudara suami.
Ini jer peluang nak jumpa sanak saudara ... terutama yg dah berusia seperti kami.
Entah bila pulak nak jumpa lagi ... kalau bukan dimajlis seperti ini.
Itu yg kami gagahi datang dari jauh ... demi berjumpa mata ... kata oghe sini.
Usai kenduri ... lepas zohor ke Maran pula kami.
Nak balik terus ke Kelate ... tak larat kata suami.
Memandu malam jauh2 dah tak boleh lagi!
Pun seronok sebab dapat jumpa cucu2 disini ... ('an excuse really!!' Hihi!)
Walau sekejap dapat jumpa cucu2 diMaran, kami puashati ...
Lepas sarapan dan pergi pasar tani keesokan hari ... dalam jam 11 kami bertolak pulang dgn berat hati ...
Jenuh 'selawat' 3×, hembus kat cucu ... petua Mak agar cucu2 tak terlalu rindu nanti.
p.s. pernah sekali; masa ''last jumpa'; Mama lupa buat begini ... demam cucu sehari.

Itulah ... cerita hujung minggu lepas kami.
Tak sempat jalan2 pun diKL.
Cuma anak menantu bawa pergi makan ... pilih mana berkenan.
Dek selalu tengok cerita Korea ... nampak sedap jer makanan mereka, Mama pun 'order'lah Bimbimbap ...
Tak habis ... bukan selera Mama. Anak menantu ketawa tengok riak muka Mama cuba menelannya. Bagi Mama ... tiada rasa, tawar je kecuali kimci tp mak oiii pedasnya!! Dan kuatnya rasa dan bau minyak bijian ...
Dah itu kebiasaan mereka ... mcm kita dgn belacan, budu, cincalok lah gamaknya.
Tak jadi lah gi Korea!!! 😅😅

No comments: