Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

05 December 2018

LUSA ...

Lusa ...
Majlis tautan ukhwah khusus untuk kaum hawa taman perumahan kami dirancang lepas Jumaat
Gusarnya Mama dan ajk2 yg ditugaskan utk majlis ini.
Bukan risau tentang persediaan berkaitan majlis ....
Tapi risau dengan musim hujan
Dua tiga hari ni asyik hujan siang malam ... berhenti sekejap2 saja
Kalau lusa hujan lebat ... risau ramai tak dapat datang.
Jangan tanya kenapa buat musim hujan ...
Itu saja masa yg terluang ... cuti sekolah ...
Nak sesuaikan waktu dan masa luang semua ... mana mungkin!
Kesnya samalah juga dengan mereka2 yg mengadakan kenduri kahwin musim ini (di Pantai Timur lah) ...
Ia risiko yg perlu diambil ...
Begitu juga kami ... ambil risiko yg sama bagi perjumpaan pertama semua hawa di sini.
Apapun yg terjadi nanti ...
Berserah kepada NYA.
Nawaiitu kami baik ... demi ukhwah dan kebajikan kaum hawa taman perumahan kami. Kalau boleh nak kenal semua ... tuannya, keluarga mereka. Mahu saling tolong dan membantu bila perlu.
Bukankah jiran2 itu orang yg terdekat dengan kamu ...??

p.s. teringat majlis kahwin anak sulong Mama pada musim begini pada 25/12 dulu. Minggu tu hujan mencurah2 ... kawasan2 rendah mula banjir. Pun pada hari kenduri, cuaca elok sekali hingga ke petang. Alhamdulillah ... syukur sangat. Malam tu hujan kembali. Begitu juga keesokan harinya ... Allah Ya Allah!! Begitulah perancangan dari NYA.
Lusa ...
Kami berserah pada NYA ...
Persediaan sebaik mungkin telah diusahakan.
Doa moga cuaca elok2 saja dan majlis berjalan lancar dan berjaya. Tawakkal ... kerana hanya DIA Yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kita. Aamiin ...
In Syaa Allah ...

No comments: