Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

12 August 2014

1 Syawal 1435H/ 2014 ... sejujurnya

Sejujurnya  ... nukilan di bawah adalah perasaan hati Mama,
Beberapa hari sebelum raya  .....
Mama niat nak 'publish'nya pada petang 29 Ramadhan lalu  ...
Itu perancangan Mama, tapi perancangan NYA, Allah Yang Esa,
Rupanya 1 Syawal yg duka buat kami juga  ....
Mama catakan di sini jika nak baca.
Pun .... Mama rasa perlu siarkannya.
Sebagai ingatan  ... dalam suka, gembira kita,
Juruskan sebentar ingatan kepada saudara2 seagama kita di sana.
Titipkan doa buat mereka  .... agar tabah, sabar, kuat, redha
Moga Allah beri kemenangan pada umat Islam akhirnya. Aminnn  ....


Ini nukilan tertunda dari Mama  ... 
Mama tidak teruja menantikan 1 Syawal tiba  ...
Bukan kerana baju raya sehelai cuma ...
Biskut kueh raya baru dan mungkin 2 jenis jer buatnya  ...
Menu dan bahannya utk pagi raya belum diputuskan lagi apa  ...
Rumah pun ala kadar operasi mengemasnya.
Sejujurnya .....
Bagaimana mungkin mahu gembira raikan 1 Syawal yg bakal tiba
Dengan pelbagai juadah, pakaian baru dan gelak ketawa
Rumah terbuka dgn juadah beranika
Bila hati asyik memikirkan, mendoakan .... hentikanlah derita
Rakyat Palestin yg disembelih rakus Israel laknatullah di sana,
Bila saudara seagama diRohingya, Somalia dan lainnya
.... menderita, tertindas dinegara mereka,
Disini pula ... betapa resah, perit,  pilunya keluarga penumpang/krew pesawat MH 370, MH 17 ... menunggu berita.
Pastinya raya kali ini pasti mengimbau segala nostalgia bersama  ...
Sungguh  ... hiba memikirkannya.
Sungguh  ... sejujurnya Mama tak teruja nak sambut raya.
Tahun ini  .... terlalu banyak berita duka dari gembira!!!!!

4 comments:

mokja said...

Mcm sama berkongsi rasa.Raya tahun ni raya ala kadar.hati masih sebak dgn kisah kisah sedih yg berlaku keliling kita...MH,Gaza juga kekejaman Rohingya,dunia Islam,penculikan Boko haram..mcm tak berkesudahan.Semoga kita semua dilindungi Allah dari semua ini.

muhaini said...

Amiinn. Senjata umat Islam ialah doa dan boikot secara aman, bukan jadi ganas mcm depa juga.

Al-Manar said...

Kalau kita ambil kira seemua apa yang berlaku disekeliling satu apa pun tak menjadi. Biarlah kita buat apa apa kebajikan kepada yang berada dalam masyarakat kita dan bergembira kalau kita berjaya membuat sesuatu.

muhaini said...

Insya Allah janganlah sampai 'kera dihutan disusukan, anak diribaan mati kebuluran'! Arwah abah sentiasa pesan .... Buat baik jangan harapkan balasan, ikhlas dlm setiap perbuatan.