Angoh,
Hari ini genap 2 tahun Angoh meninggalkan kami.
Mama masih sedih setiap kali ingatkan Angoh.
Ayoh lebih2 lagi hingga Mama khuatir
menyebut nama Angoh didepannya.
Pasti dia menangis ...
Maafkan Mama,
Maafkan kami,
kerana begitu sukar
melepaskan segala memori bersama Angoh.
Angoh,
Mama tahu,
"Segalanya berasal dari Allah dan akan kembali kepadaNya."Mama juga tahu;
"Sesungguhnya segala sesuatu itu milik Allah yang dipinjamkan kepadamu. Kemudian diambilNya kembali darimu, kerana sesunggunya Dia lebih berhak atas pinjaman tersebut."
Tapi, Mama cuma insan biasa.
25 tahun bersama Angoh, singkatnya masa ...
Angoh,
Mama sentiasa doakan roh Angah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Mama sentiasa doakan agar Allah ampunkan segala dosa Angoh.
Mama sentiasa doakan agar roh Angoh tenang dan damai di sana.
Wan Mohd Munzir, kami merinduimu. Al - Fatihah.