Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

27 October 2021

Cucu no 8 ...

Alhamdulillah ... Dah masuk 3 minggu usia cucu no. 8. Sedap dan indah maksud nama yg diberikan ... Hanim (yg. penuh kasih sayang). Hanim terpaksa dilahirkan secara 'induce' pada usia kandungan 37 minggu (normal 37 - 42 minggu) atas nasihat doktor. Ketika itu rentas negeri masih tidak dibenarkan. Lalu bila doter maklum akan dimasukkan ke wad pada akhir September, bergegaslah Mama dan Ayahnya ke balai polis untuk memohon kebenaran rentas negeri (*).

Jujur, Mama dan Ayahnya gembira sekali kerana dapat jumpa anak, menantu dan terutamanya cucu2 setelah sekian lama tak jumpa. Sengaja dirahsiakan kedatangan kami untuk 'surprise' kan cucu Hilman (6) dan Hanum (5). Memang terkejut dan gembira sangat mereka berdua bila kami sampai.

Awal keesokan pagi, menantu bawa doter ke hospital untuk persediaan bersalin keesokan hari nya (as planned). Nenek dan Atok 'babysitting' till then. Ada lah 'molly coddle' sikit2, biasa lah kan atok nenek dengan cucu2 . 🤭🤭

Pun Atok terpaksa pulang dahulu pada hari ke 3 sebab ada komitment penting. Perancangannya, Mama akan tinggal dahulu untuk menjaga doter dan cucu2. Ayahnya akan datang untuk mengambil Mama seminggu kemudian. Itu perancangan kami. 

Sebagaimana entri Mama sebelum ini, manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukannta. Lepas zohor hari ke 4 Mama dikejutkan panggilan dari si bongsu. Ayahnya tak berapa sihat tiba2. Jelas suara Amar panik, sebab tidak pernah Ayahnya sakit sebegini. Mama dah tak keruan dibuatnya, mahu saja terbang balik ketika itu juga. Mujurlah Mr. Cool ada, tenang uruskan Ayahnya. Maklum kepada rakan masjid dan jiran, yg kemudianya datang membantu. Alhamdulillah.
Malam tu, suami sendiri bercakap dengan Mama, dia dah ok. Mama tak perlu pulang .... Kesian pada doter yg baru bersalin dan cucu2. Hanim pula baru saja dibenarkan pulang setelah 3 hari dlm pemantauan doktor. Ketika itu hati Mama berbagi dua. Ibarat "ditelan mati emak, diluah mati bapa".

Pun doter dan menantu 'insist' Mama pulang. Ayahnya lebih memerlukan Mama. Doter beritahu dia tak apa2, ini anak ke 3. Abang dan kakak akan ke tadika. Menantu pula cuti seminggu, dia boleh urus semua. Lagipun dia doktor, dan dari pemerhatian Mama pandai urus anak2 , mengemas rumah dan memasak ... jadi tak lah risau sangat Mama saat menaiki bas untuk pulang keesokan harinya.
(... pengalaman naik bas express musim PKP nanti Mama ceritakan kemudian. Insyaallah. Memang tidak seperti kebiasaan sebelum ni.)


Stesyen bas yg lengang. Utk destinasi Mama, hanya 2 penumpang sahaja (termasuk Mama) naik dari sini. Realiti #PKP2021 

p.s.  Hmmm ... Ketika atas bas express, teringat masa ziarah cucu no. 7 dulu pun kena naik bas express juga hala balik. Cucu no. 8 pun sama juga. Saja diaorang nak dera Nenek ni ... 😅😅


(*) Nota : Simpan buat kenangan. 
Bukan senang nak rentas negeri ketika PKP. Perlu ada surat sokongan tunjuk sebab keperluan rentas negeri, salinan sijil sudah lengkap divaksin, salinan kad pengenalan, alamat tempat dituju, sebab rentas negeri, berapa lama di sana dan tarikh/masa bertolak dan dijangka pulang, jenis kenderaan dan bilangan penumpang.  Perlu lengkap semua ini baru dapat kelulusan dari polis. Ia kenangan yg tak dilupakan. 

20 October 2021

Kenangan ziarah cucu no. 7

Rupanya kenangan ni tersimpan dalam 'draft' dan terus lupa bila wabak covid 19 melanda. Hilang mood semua ketika itu. Ia kenangan yg tak mungkin dapat Mama lupakan. Inilah misteri kehidupan. Kita merancang, tapi Allah jua yg menentukan. Ini antaranya. Mama mahu kongsi dan simpan buat kenangan. 

Throwback December 2019

Perancangan kami (Mama dan Ayahnya)

16/12 - awal pagi bertolak ke Ipoh. Ikut jln G. Musang - Simpang Pulau. Ziarah cucu n bermalam di Ipoh. 17/12 - bertolak pulang.

Yang berlaku.
 
16/12 - awal pagi bertolak. Singgah Avant Chocolate, C. Highlands utk beli sedikit buah tangan. Tiba2 kereta tak boleh dihidupkan. Dalam resah dan debar, bermula lah 'kembara yg tak disangka'.
Pomen yg datang tak dapat mencari punca kerosakan. Maka kereta terpaksa ditunda ke woksyop. (Kami serah urusan pd pomen berkenaan kerana ini tempat dia, kami memang buntu terus masa tu. Hanya doa dan tawakkal agar dipermudahkan dan dilancarkan urusan)


Merasalah menaiki kereta tunda yg dipandu anak muda bernama Ganesh 😅. 

 



Woksyop  yg sangat bersih dan teratur. Alhamdulillah ada ruang menunggu cum solat walau pun taukehnya Cina. Bilik air pun bersih 👍👍👍. Tapi airnya sejuk hingga ke tulang 😅.

 


6 petang, pomen masih belum jumpa punca kereta tak dapat dihidupkan. Perut dah berkeroncong kerana dari tengahari belum makan, cuma minum air. Pinjam kereta taukeh worksyop cari kedai makan. Alhamdulillah jumpa kedai makan yg menjual makanan panas. Nasi goreng yg sangat sedap ... 

8 malam, baru teringat nak cari tempat menginap. Masyaallah ... Kadar sewa booking waktu siang dan malam rupanya berbeza. Harga naik hampir 50% dari harga siang. Mula gelabah, untuk tidur sahaja keperluan kami ... Tak berbaloi rasanya nak sewa bilik yg rega ratusan ringgit hanya untuk bermalam. Mujur tauke kedai dan isteri tolong, dapat bilik apatment kawan dia pada harga tak sampai RM100. Alhamdulillah. Kami dihantar ke sana oleh pekerja beliau (sembang2 otw rupanya satu negeri dgn kami. ☺️. Dia ajak tidur rumahnya ... Kami tolak memikirkan tentu dia, isterinya yg sedang mengandung anak sulung, serta ibu mertuanya tidak selesa nanti dengan kehadiran kami, a total stranger. Kami terharu dgn kebaikan pemuda ini). 

Musim hujan, malam suhu sejuk mencecah 14°C dan kami tidak membawa pakaian tebal sebab tiada niat bermalam di sini. Mujor ada selimut dan cadar extra dalam almari. 3 lapis masih sejuk ... Hihi.
p.s. Dari petang anak2 tak henti bergilir Whatsapps dan telepon kerana risaukan kami berdua. Anak di Ipoh nak datang ambil kami malam tu, tapi memikirkan jalan Simpang Pulau ke C. Highlands licin kerana hujan, berliku2 dan gelap diwaktu malam. Bahaya. Kami minta dia datang ambil kami keesokan hari sahaja.

17/12 - anak di Ipoh sampai. Tauke workshop maklum masih tak jumpa punca. Terpaksa tinggal kereta. Pun syukur kerana selamat juga sampai di Ipoh.


Mama dan cucu terbaharu ... New addition to the family 🥰. Wan Muhammad Naqib, lahir 13 Disember 2019. Alhamdulillah ....



18/12 - Keesokan hari nya kami  menaiki bas express (setelah sekian lama) dan pengalaman pertama kali buat Mama naik bas dua tingkat, duduk atas pulak (gayat juga di awal perjalanan 😁). Alhamdulillah, syukur kami selamat sampai ke Rumah Biasa2 walaupun ketika itu musim banjir sudah pun bermula di pantai timur.

Nota:
Syukur sepanjang kejadian kami ditemukan dengan orang2 yg baik.
Terima kasih kepada pakcik pomen 1, Ganesh towtruck driver yg fasih BM dan polite, tauke worksyop Tony dan isteri beliau, kerani worksyop (budak pompuan dr Kelate, xingat nama), pomen2 (ada melayu, cina, india) yg baik hati, peramah, jujur dan sangat professional. 
Kos baiki cuma sekitar RM300 sahaja. Hingga hari ini kereta ok. 
Alhamdulillah .....