Doa Mama hari ini, Jumaat 27 Zulhijjah 1442H ...
"Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Yang Maha Mendengar rayuan kami hamba2Mu ...
Ya Allah ... Angkat, hilangkanlah virus penyebab wabak yg melanda bumi ini sekarang ini.
Pulihkanlah, sembuhkanlah mereka2 yg telah dijangkiti. Lindungilah kami, para petugas hadapan, frontliners kami serta keluarga mereka dan semua yg terlibat.
Moga masjid2, majlis ilmu dipenuhi kembali ...
Moga terlerai rindu keluarga, sanak saudara, rakan taulan yg saling berjauhan atau terpaksa menjauhkan diri kini ...
Moga kami dapat semula bertebaran dibumi Mu mencari rezeki ...
Moga kami diberi kefahaman dan pengajaran serta keinsafan atas musibah ini ...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ... Ampunilah dosa2 kami. Kabulkanlah doa2 kami.
Aamiin. Ya Rabbal Alamiin .... "
Nota: Hari ini angka melepasi 20,000 lagi. Allahuakbar. Pohon jangan berhenti berdoa ... Minta pada NYA.
Pun perlu usaha, jaga diri ... Ikutlah nasihat, patuhi SOP ... Jaga kebersihan, pemakanan dan aktifkan diri. Mental dan fizikal, perlu sihat. Rohani juga perlu diisi ... zikir, baca Qur'an setiap hari. Insyaallah ... Kita dalam perlindunganNYA.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui perkara yg ngaib dan nyata. Kerana DIA, Tuhan pencipta dan pemilik ... langit dan bumi serta isinya. Subhanallah ....
No comments:
Post a Comment