Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

18 June 2019

Diari Raya Aidilfitri tahun ni ...

Raya pertama  ... Berempat sahaja sebab tahun ni giliran sebelah besan2 Mama pula.
Juadah pagi raya tahun ni  ... nasi ayam, ketupat dan rendang.
Usai sarapan dan solat raya  ... kami berempat ke kampung. Mula2 beraya di rumah arwah bonda suami. Penuh rumah seperti dulu2 masa arwah Mok ada juga. Adik beradik, cucu cicit ciut, sanak saudara berkumpul setiap kali raya walaupun arwah ibu mertua sudah tiada. Juadah tahun ni bermacam2, ala2 'potluck', masing2 bawa hingga terpaksa 'upgrade' jadi 2 meja makan. Itu pun baru sebahagian sahaja clan Wan Nawang/Mek Som 👇:

Kemudian ke rumah bonda Mama.
(p. s.  ... seberang jalan jerr 🤭🤭)
Riuh rendah kami adik beradik dek lama tak berkumpul begini. Mak tersenyum tersengih lihat gelagat kami. Tua2 dan beranak cucu pun masih macam dulu2 lagi. Bukan senang nak berkumpul begini. Kemudian kami berarak ke rumah 2 orang bapa saudara yg masih ada. Uzur sangat dah kedua2 mereka ...

Ini pun sebahagian jgk clan Cikgu Mat/Che Ani

Raya ke dua ...
Ke Tumpat. Majlis sambut menantu anak sedara perempuan suami yg menetap di Melaka bertemu jodoh jejaka Tumpat. Hala pergi trafik lancar, hala balik  ... jenuh makan jem. Haha ...
Malamnya, Alhamdulillah anak menantu cucu semua selamat sampai. Riuh rendah Rumah Biasa2. Bilik2 penuh. Waktu tidur, semua ruang tamu n keluarga kena 'conquer' . Cucu2 kemain, tak makan saman sebab Nenek Atok ada. Hihi  ...
Bahagianya bila 'complete' keluarga kami ... berkumpul begini.

Raya ketiga  ...
Sarapan pagi dirumah k. ipar SP dan hi-tea dirumah abang ipar WI pula.
Mama pula se awal 4 pagi dah sibuk dgn penyediaan 50 bekas wajik utk cenderahati mlm pernikahan puteri kawan Mama mlm tu. Nak hantar sebelum asar. Kelamkabut jugak lah kerana dalam pada masa yg sama rai tetamu yg datang beraya dan sediakan makan tengahari utk adik beradik Mama seisi keluarga yg datang bertandang. Letih tapi seronok.

Raya keempat ...
Siang - Kenduri, hadiri rumah terbuka sekitar taman perumahan kami dan layan sanak saudara/tetamu bertandang.
Malam - sessi buat pizza dgn cucu2 (dah tak mau nasi semua) . Seronok mereka dapat merasa buat pizza sendiri. Suka lah depa sebab ikut suka nak 'toppings' banyak mana. Melimpah ruah sosej n kejunya. Puashati mereka. Siap komen,
"Sedap pizza kami buat sendiri ...!!"
Mama tukang buat doh dan bakar aje, sambil 'coach steps' nak buatnya. Lepas tu layan depa main bunga api pula. Seronok sebab dapat 'main lawan2' dengan jiran2.
Pukul 11.00 mlm Mr. Cool, anak kelima menaiki bas pulang ke kolej.
(Pukul 10.00 keesokan hari baru sampai kolej)

Raya kelima ...
Lepas subuh yg sulung, Abe n keluarga bertolak pulang ke KL (4.30 ptg sampai)
Diikuti pukul 8.00 pagi; lepas sarapan; anak ketiga, doter n keluarga ke Maran (2.30 ptg sampai).
Disusuli anak keempat, Anas dan keluarga ke Setiawan (8.00 mlm sampai Ipoh, rmh mertua. 11.00 mlm sampai Setiawan).
Semestinya Mama tak henti doa keselamatan dan kelancaran selama perjalanan mereka. Syukur dan lega bila dapat berita selamat sampai semua. Alhamdulillah.

Dan Rumah Biasa2 pun sunyi semula.

p. s. Am looking forward to coming EidulAdha ... our turn this year 💖💖


No comments: