Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

19 June 2019

Ramadhan - Aktiviti HAWA TDS


2 aktiviti telah dirancang untuk HAWA TDS bagi bulan Ramadhan tahun ini.

1. Program Tadarus Al Qur'an sehari 2 juzuk yg bermula jam 9.00 pagi Ahad hingga Khamis.
Alhamdulillah tadarus berjalan lancar dan majlis khatam Qur'an telah diadakan pada hari Sabtu, Ramadhan ke 20 (bersamaan 26 Mei 2019).

2. Program Cakna Ramadhan.
Tahun ini HAWA telah dijemput turut serta dlm program agihan juadah berbuka puasa fakir miskin/anak2 yatim sekitar Daerah PP yg dianjurkan oleh sebuah NGO di sini pada 31 Mei 2019. Kami hanya terlibat dlm urusan penyediaan bahan asas masakan serta pembungkusan juadah utk agihan.

Mengambil peluang ini, AJK HAWA TDS sepakat untuk menyediakan sendiri secara berasingan dari program NGO di atas, juadah berbuka puasa kepada ahli2 HAWA TDS yg berjumlah 65 orang ahli berdaftar. Bila kami warwarkan niat ini, sokongan dan sumbangan yg diterima dari ahli2 adalah diluar jangkaan sama sekali. Sokongan padu ahli2 melalui sumbangan kewangan dan tenaga telah membolehkan kami menyediakan juadah lengkap berbuka utk setiap ahli, ia itu;
- singgang daging + tulang
- kuih akok
- kurma
- 1 tin laici

Alhamdulillah.
Syukur semangat ukhuwah, cakna dan kerjasama ahli2 HAWA TDS membolehkan gotong royong menyedia, memasak, membungkus dan mengagihkan berjalan lancar dan mengikut masa yg diperuntukkan.



Terima kasih dan SYABAS HAWA TDS.
InsyaAllah lebih banyak program sedang dan akan dirancang dan dijalankan demi manafaat ahli bersama.

BERSATU KITA TEGUH !!

p. s. Pada 15 Jun 2019, Pengerusi dan Bendahari HAWA TDS telah menghadiri program Taklimat Geran Komuniti (G-Kom) tahun 2019 anjuran Jab. Pendaftaran Pertubuhan M'sia (ROS) Neg. Kelantan bertempat di Dewan Teratai, SUK Neg. Kelantan.
Sama2 doakan program yg bakal dirangka mendapat kelulusan ROS dan memberi manafaat kepada komuniti kita. InsyaAllah  Aamiin ...



No comments: