Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

23 March 2018

Pilih kasih kah ... ??

Dulu2 ... masa berdua, Mama akan masak lauk pauk, kueh kek biskut kegemaran Ayahnya.
Kemudian ... bila ada anak2, kesukaan anak2 didahulukan pula. Selera dan kegemaran berbeza anak2 dijadualkan hari memasaknya ... agar tiada yg terasa. Mama sayang semua.
Bila ada menantu .... risik kegemaran menantu melalui pasangan2 mereka. Dan antara besan2, kami saling bertanya, bertukar2 cerita/berita, dari masa ke semasa.
Kini dah bercucu ... 2 dah belasan tahun, selera dah macam kami yg dewasa. Tapi yg mencabar ialah yg 4 orang tu; usia 2 - 3 tahun; era 'the little monarch' ... hanya kata2 mereka yg benarnya 😅😅. Maka risaulah Nenek kalau cucu2 tak mahu makan nasi, lauk pauk yg disedia .... Nenek pun sedaya upaya cuba tawan selera mereka ... pasta, pizza, roti, karipap, donut, mee ... pelbagai resipi dicuba. Jika mereka makan, Alhamdulillah ... lega!!! Jika tidak ... cuba yg lain pula. Tak apa ... yg depa tak nak tu Nenek, Atok, Ayahsu, mak ayah mereka ada ... tukang habiskan yg depa tak suka. 😂😂😂.
Gitulah ... setiap kali anak, cucu, menantu balik ... 'top priority' menu Rumah Biasa2 adalah mereka.
Hari2 lain, sehari2 ... selera Ayahnya dan Amar didahulukan Mama. Jadi tiada istilah 'pilih kasih' yer ....

p.s. Hmmm!! ... wondering if they knew what Mama's favourites foods are??

No comments: