Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

30 March 2018

Janganlah buang sampah merata ....

Ini isu ulangtayang yg sama ...
Buang benda2 yg dah tak mahu lagi diguna merata2 .... dari sekecil2 habuk rokok, pembungkus gula2 ... ke sebuah sofa, mesin basuh, almari ... hatta hingga ke sisa2 kilang ... buang, buang ... ikut suka. Asalkan bukan di dalam kereta, rumah, kawasan dia punya.
Yg berleter ni bukan apa ... ni kes cuti sekolah baru2 ni lah. Dua2 kejadian masa Mama dan Ayahnya 'otw' (on the way ... speaking sikit sekali sekala) ke tempat kenduri.
Kes 1 : kenderaan berhenti di lampu merah. Di depan Mama sebuah mpv mewah warna putih, cermin gelap ... tiba2 melayang keluar melalui tingkap belakang sblh pemandu,  2 botol minuman mcm 'vitagen' tu ke atas jalan. Mama dan Ayahnya mcm ,
"Huh!!??? Wow!! Didn't expect that from them!".
Memang rasa marah sangat masa tu. Sedih pun ya! Kalau tak fikir berdosa aibkan orang ... dah Mama masukkan gambar yg siap dgn no. plet kereta lagi ... ye lah!! Mpv mewah tapi sikap warga mpv itu sangat2 mengecewakan Mama. Kalau anak2 mereka yg buat, masih tidak boleh dimaafkan. Kena ajar dari kecil jangan buang sampah merata2. Sediakan plastik/bekas untuk sampah dalam kereta. Sampai destinasi, buang aja ditempat sampah yg disediakan. Semudah itu ... kereta pun tak kotor!!
Kes 2 : Mama dan Ayahnya membonceng motosikal sahaja kerana tempat kenduri tak jauh mana serta senang nak 'parking'. Ketika melalui lorong kecil, tiba2 pintu sebuah rumah terbuka dan melayang depan kami plastik warna biru, diikuti pintu rumah tertutup semula dan Ayahnya membrek dgn mengejut. Plastik yg melayang tu jatuh didepan kami, atas jalan orang lalu lalang. Bila tengok balik dgn teliti ... memang bersepah dan bertaburan dgn sampah2 seperti botol air, cawan plastik, pembungkus 'cikedis' (tahu kan ...), kertas, tisu dll .... Geleng kepala kami sambil teruskan perjalanan. Itulah sikap yg diturun temurunkan kpd anak cucu mereka. Tu depan rumah sendiri ... tempat lain tak tahulah. Hmmm ....
Pemandangan buang sampah sewenang2 melaui tingkap kerete/bas, dari atas motosikal ke dalam parit/ tepi jalan, jg yg berjalan kaki ... afalah pemandangan biasa dinegara kita. Pergilah mana2 pun ... akan ada warga yg berperangai begitu. Pernah suatu ketika Mama tegur perbuatan demikian. Nak tahu apa jawap mereka???
"Nanti pekerja2 majlis daerah/bandaran takder kerja pulak!!" Mengucap panjang Mama. Habis kalau buang sampah kat highway tengah hutan belantara tu sapa pulak yg nak cucinya?? Mahu Mama tanya begitu ... tapi dgn orang yg mindanya begini, buat habis air liur kita jerr.
Itu belum lagi senario setiap kali selepas pasar malam/minggu/funfair. Atau kawasan2 spt pantai, air terjun selepas piknik/bbq .... Malang sungguh kan??
Melarat doh Mama ni ....
Cakap pasal sampah merata2 ni takkan habisnya ... jadi Mama harap sangat2lah anak2, menantu, cucu2 zuriat keturunan Mama dan Ayahnya bukanlah dalam golongan 'pembuang sampah merata2 tanpa rasa bersalah' dan 'pencemar alam sekitar'. Ingat ... bumi akan jadi saksi perbuatan kita terhadapnya dihari pengadilan kelak. Ingat deh ...
p.s. Mama berpendapat selepas rumah, sekolah melaui para pendidiknya adalah tempat ideal utk ajar jangan buang sampah merata2. Tapi kecewa kerana pernah terserempak beberapa kali ada diantara mereka juga buang sampah merata2. Mungkin segelintir tapi ibarat pepatah, "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga." Besar impaknya contoh,teladan, perilaku dari para pendidik ni pd anak2 didik mereka. Seperti jg ibubapa, atuk nenek ... perlu peka bahawa sentiasa ada mata2 kecil melihat mereka!! Contoh melalui teladan!!
Itulah .....



No comments: