Ini isu ulangtayang yg sama ...
Buang benda2 yg dah tak mahu lagi diguna merata2 .... dari sekecil2 habuk rokok, pembungkus gula2 ... ke sebuah sofa, mesin basuh, almari ... hatta hingga ke sisa2 kilang ... buang, buang ... ikut suka. Asalkan bukan di dalam kereta, rumah, kawasan dia punya.
Yg berleter ni bukan apa ... ni kes cuti sekolah baru2 ni lah. Dua2 kejadian masa Mama dan Ayahnya 'otw' (on the way ... speaking sikit sekali sekala) ke tempat kenduri.
Kes 1 : kenderaan berhenti di lampu merah. Di depan Mama sebuah mpv mewah warna putih, cermin gelap ... tiba2 melayang keluar melalui tingkap belakang sblh pemandu, 2 botol minuman mcm 'vitagen' tu ke atas jalan. Mama dan Ayahnya mcm ,
"Huh!!??? Wow!! Didn't expect that from them!".
Memang rasa marah sangat masa tu. Sedih pun ya! Kalau tak fikir berdosa aibkan orang ... dah Mama masukkan gambar yg siap dgn no. plet kereta lagi ... ye lah!! Mpv mewah tapi sikap warga mpv itu sangat2 mengecewakan Mama. Kalau anak2 mereka yg buat, masih tidak boleh dimaafkan. Kena ajar dari kecil jangan buang sampah merata2. Sediakan plastik/bekas untuk sampah dalam kereta. Sampai destinasi, buang aja ditempat sampah yg disediakan. Semudah itu ... kereta pun tak kotor!!
Kes 2 : Mama dan Ayahnya membonceng motosikal sahaja kerana tempat kenduri tak jauh mana serta senang nak 'parking'. Ketika melalui lorong kecil, tiba2 pintu sebuah rumah terbuka dan melayang depan kami plastik warna biru, diikuti pintu rumah tertutup semula dan Ayahnya membrek dgn mengejut. Plastik yg melayang tu jatuh didepan kami, atas jalan orang lalu lalang. Bila tengok balik dgn teliti ... memang bersepah dan bertaburan dgn sampah2 seperti botol air, cawan plastik, pembungkus 'cikedis' (tahu kan ...), kertas, tisu dll .... Geleng kepala kami sambil teruskan perjalanan. Itulah sikap yg diturun temurunkan kpd anak cucu mereka. Tu depan rumah sendiri ... tempat lain tak tahulah. Hmmm ....
Pemandangan buang sampah sewenang2 melaui tingkap kerete/bas, dari atas motosikal ke dalam parit/ tepi jalan, jg yg berjalan kaki ... afalah pemandangan biasa dinegara kita. Pergilah mana2 pun ... akan ada warga yg berperangai begitu. Pernah suatu ketika Mama tegur perbuatan demikian. Nak tahu apa jawap mereka???
"Nanti pekerja2 majlis daerah/bandaran takder kerja pulak!!" Mengucap panjang Mama. Habis kalau buang sampah kat highway tengah hutan belantara tu sapa pulak yg nak cucinya?? Mahu Mama tanya begitu ... tapi dgn orang yg mindanya begini, buat habis air liur kita jerr.
Itu belum lagi senario setiap kali selepas pasar malam/minggu/funfair. Atau kawasan2 spt pantai, air terjun selepas piknik/bbq .... Malang sungguh kan??
Melarat doh Mama ni ....
Cakap pasal sampah merata2 ni takkan habisnya ... jadi Mama harap sangat2lah anak2, menantu, cucu2 zuriat keturunan Mama dan Ayahnya bukanlah dalam golongan 'pembuang sampah merata2 tanpa rasa bersalah' dan 'pencemar alam sekitar'. Ingat ... bumi akan jadi saksi perbuatan kita terhadapnya dihari pengadilan kelak. Ingat deh ...
p.s. Mama berpendapat selepas rumah, sekolah melaui para pendidiknya adalah tempat ideal utk ajar jangan buang sampah merata2. Tapi kecewa kerana pernah terserempak beberapa kali ada diantara mereka juga buang sampah merata2. Mungkin segelintir tapi ibarat pepatah, "sebab nila setitik, rosak susu sebelanga." Besar impaknya contoh,teladan, perilaku dari para pendidik ni pd anak2 didik mereka. Seperti jg ibubapa, atuk nenek ... perlu peka bahawa sentiasa ada mata2 kecil melihat mereka!! Contoh melalui teladan!!
Itulah .....
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
30 March 2018
23 March 2018
Pilih kasih kah ... ??
Dulu2 ... masa berdua, Mama akan masak lauk pauk, kueh kek biskut kegemaran Ayahnya.
Kemudian ... bila ada anak2, kesukaan anak2 didahulukan pula. Selera dan kegemaran berbeza anak2 dijadualkan hari memasaknya ... agar tiada yg terasa. Mama sayang semua.
Bila ada menantu .... risik kegemaran menantu melalui pasangan2 mereka. Dan antara besan2, kami saling bertanya, bertukar2 cerita/berita, dari masa ke semasa.
Kini dah bercucu ... 2 dah belasan tahun, selera dah macam kami yg dewasa. Tapi yg mencabar ialah yg 4 orang tu; usia 2 - 3 tahun; era 'the little monarch' ... hanya kata2 mereka yg benarnya π π . Maka risaulah Nenek kalau cucu2 tak mahu makan nasi, lauk pauk yg disedia .... Nenek pun sedaya upaya cuba tawan selera mereka ... pasta, pizza, roti, karipap, donut, mee ... pelbagai resipi dicuba. Jika mereka makan, Alhamdulillah ... lega!!! Jika tidak ... cuba yg lain pula. Tak apa ... yg depa tak nak tu Nenek, Atok, Ayahsu, mak ayah mereka ada ... tukang habiskan yg depa tak suka. πππ.
Gitulah ... setiap kali anak, cucu, menantu balik ... 'top priority' menu Rumah Biasa2 adalah mereka.
Hari2 lain, sehari2 ... selera Ayahnya dan Amar didahulukan Mama. Jadi tiada istilah 'pilih kasih' yer ....
p.s. Hmmm!! ... wondering if they knew what Mama's favourites foods are??

14 March 2018
Minggu ini ....
Melayang RM45.00. Kesnya Amar dah 'ter'lubangkan sedikit bahagian atas depan vest PRS dia masa menggosok uniform sekolah. Baru dia tahu .... seterika perlu laras suhu ikut jenis kain!!! Mencuka muka ... marah diri sendiri campur takut guru marah. Mama usul dia jumpa guru PRS dan terang hal sebenar. Kes selesai dgn guru bagi pinjam vest lama sementara dia urus 'repair' vest yg rosak. Namun kos baikpulih lebih mahal dari beli yg baru. Oghe Kelate kata, "mahal tali pada lembu", π·. Amar dapat ilmu baru (dalam menggosok pakaian), Ayahnya melayang nota merah biru ... 'what to do' kan?!!
Batas yg usahakan Mr. Cool Mama telah pun disemai dengan benih bendi, terung dan bayam hijau awal minggu ni. Mudah2an menjadi ... manakala anak2 cili dah boleh pindah. Kali ini Mama nak tanam dalam pasu jer ... tak larat nak buat batas baru. Lagipun banyak pasu2 kosong tu ... terbiar sekian lama. Nanti Mama akan 'updates' dari masa ke semasa perihal projek bumi hijau Mama ni. InsyaAllah ... π.
Ayahnya ada kerja diKT. Maka pagi ini menjadi supirlah Mama setelah sekian lama. 6.45 pagi Amar dah minta dihantarkan ke sekolah. "Awalnya ..."
"Hari ni exam Maths Mama ... dah janji nak diskusi dengan kawan2." Sampai kawasan sekolah, ada lagi yg lebih awal dari kami .... lega. Bonus buat Mama sebaik sampai dirumah ... matahari baru menyinsing. MasyaAllah!! Indahnya ciptaanMu Ya Allah.
p.s. seronok juga kerana minggu ni ternampak pokok mangga yg ditanam sekitar 2014 berbunga akhirnya. Walaupun hanya se dahan ... ok lah tu sebagai permulaan. Selama ni dok jeles tengok pokok mangga orang dok berbunga/berbuah setiap tahun. Syukur!!
10 March 2018
Pampered lots ...
Bambam is most happy when outside π» |
Bambam ... selfie π |
PYO ... just hate being cuddled π |
"Mama ... where are you?" Mama's daily morning and evening walking companions π |
Am I overweight Ma?? πΏπΏ |
Bamban and Amar ... π |
05 March 2018
Berubah ...
Pergi sudah suhu sesejuk 18°C waktu dini hari, kipas tak terpasang dimalam hari ... berbaju tebal, bersetokin, berselimut lagi ... nak bangun subuh ... brrrr fikir banyak kali. Air paip bagai ais ketika ini, saat ambil wuduk (apatah lagi mandi) sejuknya hingga ke tulang ... menggigil berlaga gigi. Mata yg tadinya mengantuk, terbuka 360° ... hihi. Suhu 21°C - 26°C itu yg biasa setiap hari. Suhu sejuk nyaman tatkala tengahari, dan semakin sejuk bila ke petang dan malam hari. Ahhh!!! Tak payah ke 'oversea', Kundasang, Cameron Highland lagi ... di sini dah memadai!! Begitulah kenangan awal Januari dan Februari.
Datang Mac .... mentari merajai. Suhu mendadak melebihi 30°C kini waktu tengahari. Nak ambil wuduk solat zohor, asar ... kena hati2. Air paip kini panas bagai baru masak nak bancuh teh, kopi!! Magrib pun masih suam2 lagi ... tak payah pakai 'water heater' musim ni. Siang, malam ... kipas berpusing 24 jam kini. Yg ada 'aircond' ... pasti bil letrik berganda tinggi ...
Selimut?? Haha!! dah tak relevan lagi ...
Baru perubahan cuaca!
Banyak lagi benda boleh berubah ... yg diduga dan yg tak diduga ...
Terpulang bagaimana kita hadapinya ...
Yg penting ... ingat Allah snw sentiasa ...
Tika susah ... lebih2 lagi tika senang hendaknya ...
p.s. .... kadang2 kita yg perlu berubah dahulu ... bukan utk siapa2 tapi untuk DIA ... Allah Yg Maha Esa. InsyaAllah akan menyusul perubahan yg didamba ...
Ingat tu anak2 Mama.

Subscribe to:
Posts (Atom)