Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

19 January 2018

Dua minggu pertama 2018 ....

Hari ke dua minggu pertama tahun baru dikejutkan dgn adik bongsu yg berusia 40 thn 'warded' kerana 'unstable angina' (tu yg ditulis doktor ... fahaman Mama serangan jantung lah)
Kelamkabut kerana selama ni dia yg jaga Mak ... jadi bila Mak Mama yg kena jaga ... adik pulak terabai dihospital. Adikberadik lain jauh. Mak dah nyanyuk ... tak boleh tinggal ... nanti dia pi jalan merata, nak balik tak tahu pula.
Lalu ... petang esoknya pi hantar Mak kepada adik no 5 yg dok Kuantan. Kami jumpa di tol Bkt. Besi, LPT2 ... jimat masa. Kesian Mak, terpinga2 kenapa perlu tukar kereta malam2 buta ... jenuh 'explain', kejap faham. Seminit kemudian ... tanya lg benda yg sama. Huhu ... gitulah bila lanjut usia. Sabar ajalah ... kita pun kalau panjang umur, mungkin begitu juga.
4 hari adik 'warded' ... selepas dibenarkan pulang, adik duduk dulu dgn kami sehingga betul2 pulih kembali tenaga dan semangat yg hilang. Dulu masa Mama 'warded' kerana 'mild heart attack', adik yg jaga. Kini giliran Mama pula.
Minggu ke dua, cucu perempuan berusia setahun pula sakit. Berturutan bermula dari minggu ketiga Disember 2017, lengan kiri melecur kena air panas di stesyen servis kereta ( bahaya 'hot n cold water dispenser' kalau ada anak2 kecil yg aktif. Xboleh lara sikit ... ). Sambut 2018 dgn 'foot, hand n mouth disease' (xtau mana dapat ...) pulak. Masa hari nak balik Kelantan (sebab dah stress sgt mama dan baba cucu), kena pulak cirit2 sampai 8x sehari ... sampai berdarah. Tengahari sampai, petang terus bawa cucu ke HUSM ... kena tahan diwad 2 malam. Jadi Mama la yg kena mengasuh si abang yg berusia 2 tahun (sebenarnya Mama suka sangat2 ... hehe) sebab mama dan baba dia jaga adik diwad. Alhamdulillah tiada yg serius, cuma jangkitan kuman akibat pemakanan. (p.s. anak2 diusia setahun memang suka kutip benda2 dan terus masuk mulut ... hmm!!)
Itulah antara ceritanya ... menyebabkan Mama sunyi seketika. Ketika diuji begini ... ikhtiar dan doa tak putusnya. Selebihnya serah padaNya. Hanya Dia Yg Maha Berkuasa untuk menyembuhkan.

p.s. Dalam masa yg sama, anak no 5, Mr Cool Mama, sedang bergelut dgn peperiksaan akhir semester dia. Saratlah doa Mama ... untuk anak, adik, cucu ... Hanya itu senjata yg ada.
Dan 'good news' dari anak no 4 ... khabar gembira berkaitan 'career' dia ... 'a greener pasture' katanya. Alhamdulillah ... syukur.

Whats a start to a new year ... !!!


No comments: