Ini cara Mama buang sisik ikan bawal atau kerisi ... elak terpercik dan melekat merata kawasan dapur (termasuk tukang siang ikan @Mama)
1. Buang insang dan isi perut ikan.
2. Isikan besen (muat2 ikan) hingga tenggelam ikan.
3. Letak ikan dalam air dan mula buang sisik ikan dgn pisau (Mama guna pisau berjeriji sikit) didalam air. Kira 2 dlm 1, sisik tak berterbangan, sambil buang sisik sambil bilas ikan.
4. Lepas buang semua sisik dan bilas ikan dgn air tadi utk hilangkan sisik2 yg melekat, angkat ikan keluar kedalam bekas lain. Ambil penapis dan tapis air dlm besin tu ... sisik ikan tak bersepah, senang dibuang dan sinki bersih serta tak tersumbat.
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
30 January 2018
28 January 2018
Kejutan ...
Cerita pagi ini;
Entah cili apa yg Mama lempar ikut jendela dapur musim hujan baru2 ni ... tiba2 terkejut pagi ni jumpa banyak anak2 cili tumbuh semasa jenguk2 laman dapur yg sekangkang kera.
Mulalah berteka teki dgn diri sendiri ... cili padi, cili merah, lada benggala ... ??? Cepat2 tanda dgn bakul kain lama yg dah tercabut dasarnya ... takut orang rumah Mama termesin nanti ... putih mata!!
Biarlah ... cili apa pun. Bila dah besar sikit, nak alih ke batas (belum buat lagi, tapi melihat anak2 cili ni semangat berkebun berkobar2 ... dlm kepala macam2 sayur nak mula tanam semula. Musim hujan pun nampak gaya dah reda ... matahari pun dah menampakkan diri semula ...). Nak tanam semua banyak tuh ... Mama fikir nak alih separuh ke dalam polibag kecik. Sapa nak, Mama beri ... nanti nak war2kan pada rakan2 mengaji. Rezeki cili apa yg keluar nanti ... kena tunggulah ya.
Jom tanam sendiri ... puashati
Baja? Air basuh ikan beras pun jadi
Tiada racun perosak ... organik gerenti
Berbudi pada tanah ... takkan rugi
19 January 2018
Dua minggu pertama 2018 ....
Hari ke dua minggu pertama tahun baru dikejutkan dgn adik bongsu yg berusia 40 thn 'warded' kerana 'unstable angina' (tu yg ditulis doktor ... fahaman Mama serangan jantung lah)
Kelamkabut kerana selama ni dia yg jaga Mak ... jadi bila Mak Mama yg kena jaga ... adik pulak terabai dihospital. Adikberadik lain jauh. Mak dah nyanyuk ... tak boleh tinggal ... nanti dia pi jalan merata, nak balik tak tahu pula.
Lalu ... petang esoknya pi hantar Mak kepada adik no 5 yg dok Kuantan. Kami jumpa di tol Bkt. Besi, LPT2 ... jimat masa. Kesian Mak, terpinga2 kenapa perlu tukar kereta malam2 buta ... jenuh 'explain', kejap faham. Seminit kemudian ... tanya lg benda yg sama. Huhu ... gitulah bila lanjut usia. Sabar ajalah ... kita pun kalau panjang umur, mungkin begitu juga.
4 hari adik 'warded' ... selepas dibenarkan pulang, adik duduk dulu dgn kami sehingga betul2 pulih kembali tenaga dan semangat yg hilang. Dulu masa Mama 'warded' kerana 'mild heart attack', adik yg jaga. Kini giliran Mama pula.
Minggu ke dua, cucu perempuan berusia setahun pula sakit. Berturutan bermula dari minggu ketiga Disember 2017, lengan kiri melecur kena air panas di stesyen servis kereta ( bahaya 'hot n cold water dispenser' kalau ada anak2 kecil yg aktif. Xboleh lara sikit ... ). Sambut 2018 dgn 'foot, hand n mouth disease' (xtau mana dapat ...) pulak. Masa hari nak balik Kelantan (sebab dah stress sgt mama dan baba cucu), kena pulak cirit2 sampai 8x sehari ... sampai berdarah. Tengahari sampai, petang terus bawa cucu ke HUSM ... kena tahan diwad 2 malam. Jadi Mama la yg kena mengasuh si abang yg berusia 2 tahun (sebenarnya Mama suka sangat2 ... hehe) sebab mama dan baba dia jaga adik diwad. Alhamdulillah tiada yg serius, cuma jangkitan kuman akibat pemakanan. (p.s. anak2 diusia setahun memang suka kutip benda2 dan terus masuk mulut ... hmm!!)
Itulah antara ceritanya ... menyebabkan Mama sunyi seketika. Ketika diuji begini ... ikhtiar dan doa tak putusnya. Selebihnya serah padaNya. Hanya Dia Yg Maha Berkuasa untuk menyembuhkan.
p.s. Dalam masa yg sama, anak no 5, Mr Cool Mama, sedang bergelut dgn peperiksaan akhir semester dia. Saratlah doa Mama ... untuk anak, adik, cucu ... Hanya itu senjata yg ada.
Dan 'good news' dari anak no 4 ... khabar gembira berkaitan 'career' dia ... 'a greener pasture' katanya. Alhamdulillah ... syukur.
Whats a start to a new year ... !!!

Subscribe to:
Posts (Atom)