Biasanya ini tabiat kanak2 ... yg pada fikirannya dunia beredar disekeliling dia sahaja. Dia hanya tahu ...
- makan! Ingin segala makanan yg ada utk dia sorang shj.
- main! Tak suka org sentoh permainan dia! Mak suruh tidur pun, dia xnak, marah2, sbb dia lebih suka main!
Tiada istilah fikirkan perasaan orang lain. Menyesuaikan diri dgn keadaan orang lain. Dia sekali2 tidak memikirkan hal2 yg lain, selain dari yg berkenaan dirinya sahaja!!!!
Jika tidak dilentur dari rebungnya, sifat mementingkan diri ini akan terus sebati. Lalu, dia akan sentiasa meletakkan kesalahan pada benda/orang lain dan bukan dirinya ....
Contoh:
1. Pemain tenis yg kalah - dia salahkan reketnya, penjaga/pengadil, hatta penonton yg bising ... realitinya: Dia tidak dapat menerima ada orang lain yg lebih hebat darinya.
2. Seorang bapa yg sedang baiki kereta sambil diperhatikan anak2 yg masih kecil. Tiba2 jari bapa tersepit dan luka. Kerana sakit, anak2 yg dimarahi kerana sebabkan dia hilang tumpuan! Dihalau anak2 pergi main jauh2! Realitinya: Bapa itu hanya ingat kesakitannya dan menyalahkan anak2 yg tidak berdosa.
3. Isteri minta suami duit utk beli tudung baru, tapi suami buat tak endah dan terus saja keluar dari rumah. Isteri yg kecewa, ke dapur sambil anak yg berusia 4 tahun mengikutinya dari belakang dan minta susu. Tiba2 siibu marahkan sianak menyibuk serta tuduh anak itu sepahkan makanan dimeja makan! Realitinya: Kes marah bapa, anak kena tempiasnya.
Itu antarannya sifat2 mementingkan diri .... ia berlaku hari2. Kena marah boss, ... anak isteri jadi mangsa, kena saman, ... polis nak duit/gila kuasa, anak, bini tegur, .... nak lawan toke, tak naik pangkat, ... org to kaki bodek!!! Huhu ... Biasanya, orang begini ...
- tidak peduli perasaaan dan keadaan orang lain.
- tidak hargai kebaikan yg dibuat orang lain.
- hanya dia yg betul dan baik. Orang lain semua salah.
Bukan tidak pernah berlaku di mana, tidak ada kemarahan yg tidak diiringi oleh penyesalan. Memang susah mendidik nafsu amarah, sulit lagi menundukkannya ketika hati sedang marah. Fikiran pun tidak lagi waras, mana mungkin dapat mengawal lidah ... apatah lagi fikiran dan perbuatan. Itulah bahayanya sikap mementingkan diri ... kena latih banyakkan sabar dan sentiasa nak fikirkan akibatnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Yg ni, kena belajar minta ampun maap cepat2 ... rendahkan ego sikit pun ye ... bahaya putus silaturrahim ni ... tak masuk syurga!!!
Pesanan ini dari Mama buat diri Mama jua .... yg akhir2 ni asyik nak meletop aje!!! Dah senja, gitulah ... oppss, salahkan usia pula ... hihi
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
No comments:
Post a Comment