Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

01 March 2013

Jangan Dusta ....

Rasulullah SAW amat menghargai kejujuran, sehingga beliau mengatakan bahawa kejujuran itu pintu gerbang syurga. Dan berdusta amat dibenci oleh Nabi Muhammad SAW, dan beliau menyamakan dusta sebagai pintu gerbang masuk ke neraka!  Ketika ditanya apa tanda-tanda datangnya hari kiamat, beliau menjawab: "Hilangnya kejujuran dari masyarakat manusia."
Dan ketika BR1M diagih2kan, RM500 itu menyaksikan betapa ramai mereka2 yg mengaku layak, walhal sebaliknya .... hanya diri sendiri yg tahu dia layak ataupun tidak! Hinggakan ada yg bertanya Mama, tatkala membawa 2 ibu tunggal warga emas menerimanya ..., "Kenapa tak minta? Awakkan tak kerja? Bapa sedara kan JKKK kg? Tentu dia tt borang awak, tolong anak sedara dia ... tu ha, orang kg awak yg dah pencen, tanah berekar2, bawa kete Merc pun dapat!!!"
MasyaAllah! Siapa tak ingin dapat RM500 percuma! Tapi, mengingatkan RM500 itu jugalah yg akan mengheret Mama ke neraka, naauzubillah  .... biarlah! Mama takut pada bodyguard kiri dan kanan Mama, yg tak pernah lalai mencatit setiap perilaku Mama ... ya! kedua malaikat pengawas dan pencatat setiap gerak geri kita, bisik desus kita, keluhan kita, "Tidaklah diucapkan sesuatu perkataan, melainkan selalu ada pengawas: Raqib, yg hadir, 'Atid." (Qaaf: 18).  Alangkah baiknya sekiranya Raqib yg lebih bekerja 'keras' dari 'Atid.
Lalu teringat juga Mama peristiwa semasa mendapat panggilan menunaikan fardhu Haji 10 tahun lalu. Mulanya kami berdua mahu mengambil pakej haji swasta. Walaupun mahal sedikit, tapi memikirkan bimbingan yg bakal kami terima dlm memastikan urusan haji sesempurna mungkin, kami akur. Lalu kami pilih pakej utk 8 org sebilik (itulah yg kami mampu ketika itu), tetapi kami telah diberi pakej 4 org sebilik pd harga yg sama (kerana sedara kami yg rekomen pakej tersebut rakan pengusaha pakej haji berkenaan). Tapi pemberian tersebut memerlukan kami memaklumkan kpd rakan sebilik kelak, juga jemaah haji yg lain yg ikut pakej haji swasta berkenaan, yg kami bayar kos utk pakej 4 org (sekiranya ditanya orang!). Kerana membayangkan kami terpaksa berbohong setiap kali orang bertanya, selama mengerjakan haji !!! Walaupun tertarik dgn tawaran tersebut, kami putuskan utk menolak ikuti pakej swasta tersebut, dan ikut cara biasa ... melalui Tabung Haji sahaja. Sungguh! Tidak kami duga bahawa dlm urusan mencari rezeki melalui membawa dan membimbing jemaah haji ... pengusaha tersebut tidak memikirkan implikasi tindakan mereka ... menyuruh kami berbohong dlm menunaikan rukun islam kelima itu .... Tidakkah mereka tahu bahawa berbohong atau berdusta itu adalah perbuatan yg amat dibenci oleh Nabi Muhammad SAW? Beliau berkata, seorang mukmin boleh bersifat penakut, tetapi sekali-kali tidak boleh berdusta! Lalu, mukaddimah Mama yg di atas tadi .... BR1M, Haji, Biasiswa, Asrama Penuh, Kerja, Pindah, Tender .... apasaja ... tepuk dada tanya selera!

Betullah pepatah orang dulu2;

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Lama-lama mencuri ....

Daripada Hassan bin Ali bin Abu Talib r.a., Nabi SAW bersabda:
"Tinggalkan apa yg meragukan kamu kpd apa yg tidak meragukan kamu.
Sesungguhnya kebenaran adalah ketenangan, dan pembohongan adalah keraguan."
(Riwayat: al - Tirmizi dan Ahmad)

No comments: