Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

18 March 2013

Serba tak kena ...

Dari minggu lepas lagi Mama tak tenang hati ini  ...
Dgn D-Day hari perkahwinan doter semakin hampir ... cemasnya semacam
Kalaulah ada duit berjuta  ... ku serahkan semuanya pada wedding-planner, urus segala .... senang cerita!!
Tapi Mama orang biasa, mahukan yg terbaik buat semua, esp my only doter.
So, Mama akan tak on9 seketika  .... tau2 ajalah akan sibuknya Mama
Am sending S.O.S signals to my sisters n in-laws   ... NEEDING MUCH HELPS HERE!!!
p.s. Balik awal ye semua, 1st day cuti sekolah boleh ye!!?? Mana pergi pulak check-list dan planner Mama  .... huhu

14 March 2013

Heran bin Ajaib

Dah lama dah dok mikir dan musykil tentang ni ...
Ayahnya masa dulu2 .... wakili sekolah dlm ragbi, bolasepak, dan hoki.
Mama? Sekolah menengah semua mak nenek sukan  Mama main ... softball, netball, hoki, basketball, pingpong, bola tampar, badminton ... siap wakil rumah lg. Kelab renang pun Mama join.
Olahraga  ... semua Mama terjah, kecuali lempar peluru ... dah kurus cekeding, mau melayang dgn tuan2nya sekali! Hihi ...
Pernah wakil rumah dan sekolah dlm relay  4 X 100, 200, 400 lagi (sekarang, 50 meter pun semput ... huhu)
Masa Uitm, Dungun ... wakil dlm badminton dan hoki!!
Gitulah aktifnya kami ... masa sekolah/kolej dulu.
Tapi  ... yg heran bin ajaibnya, kesemua 6 orang anak kami  ... takder sorang pun yg aktif sukan ni! Setakat jadi ahli  kelab badminton ... ada la! Olahraga, yg jenis berlari  .... ellek, meiyou!!!
Heran bin ajaib kan?? Mana pergi 'genes' sukan tu  ...
Satu lg ... hubby dan Mama, dua2 pakai spek @ cerminmata (rabun) ... tapi Alhamdulillah, anak2 mata semua ok belaka .... heran bin ajaibkan?!

p.s. Yg tak heran, tang rupa, fizikal dan peel  .... ke mana tak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi!!! (^_^)

11 March 2013

Mementingkan diri sendiri ....

Biasanya ini tabiat kanak2 ... yg pada fikirannya dunia beredar disekeliling dia sahaja. Dia hanya tahu ...
- makan! Ingin segala makanan yg ada utk dia sorang shj.
- main! Tak suka org sentoh permainan dia! Mak suruh tidur pun, dia xnak, marah2, sbb dia lebih suka main!
Tiada istilah fikirkan perasaan orang lain. Menyesuaikan diri dgn keadaan orang lain. Dia sekali2 tidak memikirkan hal2 yg lain, selain dari yg berkenaan dirinya sahaja!!!!
Jika tidak dilentur dari rebungnya, sifat mementingkan diri ini akan terus sebati. Lalu, dia akan sentiasa meletakkan kesalahan pada benda/orang lain dan bukan dirinya ....
Contoh:
1. Pemain tenis yg kalah - dia salahkan reketnya, penjaga/pengadil, hatta penonton yg bising ... realitinya: Dia tidak dapat menerima ada orang lain yg lebih hebat darinya.
2. Seorang bapa yg sedang baiki kereta sambil diperhatikan anak2 yg masih kecil. Tiba2 jari bapa tersepit dan luka. Kerana sakit, anak2 yg dimarahi kerana sebabkan dia hilang tumpuan! Dihalau anak2 pergi main jauh2! Realitinya: Bapa itu hanya ingat kesakitannya dan menyalahkan anak2 yg tidak berdosa.
3. Isteri minta suami duit utk beli tudung baru, tapi suami buat tak endah dan terus saja keluar dari rumah. Isteri yg kecewa, ke dapur sambil anak yg berusia 4 tahun mengikutinya dari belakang dan minta susu. Tiba2 siibu marahkan sianak menyibuk serta tuduh anak itu sepahkan makanan dimeja makan! Realitinya: Kes marah bapa, anak kena tempiasnya.
Itu antarannya sifat2 mementingkan diri .... ia berlaku hari2. Kena marah boss,  ... anak isteri jadi mangsa, kena saman, ... polis nak duit/gila kuasa, anak, bini tegur, .... nak lawan toke, tak naik pangkat, ... org to kaki bodek!!! Huhu ... Biasanya, orang begini ...
- tidak peduli perasaaan dan keadaan orang lain.
- tidak hargai kebaikan yg dibuat orang lain.
- hanya dia yg betul dan baik. Orang lain semua salah.
Bukan tidak pernah berlaku di mana, tidak ada kemarahan yg tidak diiringi oleh penyesalan. Memang susah mendidik nafsu amarah, sulit lagi menundukkannya ketika hati sedang marah. Fikiran pun tidak lagi waras, mana mungkin dapat mengawal lidah ... apatah lagi fikiran dan perbuatan. Itulah bahayanya sikap mementingkan diri  ... kena latih banyakkan sabar dan sentiasa nak fikirkan akibatnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Yg ni, kena belajar minta ampun maap cepat2  ... rendahkan ego sikit pun ye ... bahaya putus silaturrahim ni ... tak masuk syurga!!!
Pesanan ini dari Mama buat diri Mama jua .... yg akhir2 ni asyik nak meletop aje!!!  Dah senja, gitulah  ... oppss, salahkan usia pula ... hihi


06 March 2013

Rabu dah ...

Cepatnya masa berlalu  .... dah Rabu!!
Dlm otak, macam2 nak beritahu  ...
Tapi masa cam cemburu  ... lalu
Mama luahkan saja apa yg dlm kalbu  ...
Melalui foto2 yg bisu dan beku ...
Gelora rasa, celaru  ... haru biru gitu!!
Cam karangan bergambar masa kita sekolah dulu ...
Hampa decipher sendiri lah no ... huhu!!
Wordless Wednesday kononnya letew ....


03 March 2013

Ahad Biru ....

Sunday's blue lah tu  ... kalu kat KL, Pahang, Penang, Johor  .... Monday's Blue!!
Apasal mereka katakan 'blue'? Entah ... mungkin sinonim dgn rasa romantik, sayu, 'feeling2'  .... mungkin!! Merah tak sesuai for sure ... berani! ceria! gembira! BOLD!! Hijau? Hmmm .... alam, ulam ... whatever!!
Ni dok merapu coz feeling blue ... anak2 gi sekolah, hubby ... kerja ... Jiran2 pun sama ... slps 2 hari, Jumaat, Sabtu yg happening  ... its all so quiet!! Nak bermalas2 pun malas .... jemu jugak bermalas2 nih. Nak mengemas .... rimas! Tak tahu nak letak kat mana barang2 yg ado ... Otak beku, jammed seketika nih!!! Tengok tv? Dekat sebulan tak nonton tv baru2 ni, cam dah sebati ... tak kisah kat tv. FB ... tgk jap jer; like2, komen2 ... ; gitu je lah.
Mungkin a trip to the beach will do wonders .... why not???
But then, whilst I'm bored, others are sweating out just for a plate of rice ... WHACK!! SMACK!! Really, I'm blessed. Alhamdulillah ...

Pondering on Hellen Keller words:

But I admit, when one door closes, another opens. But we often look so regretfully upon the closed door that we don't see the one that has opened for us .

01 March 2013

Jangan Dusta ....

Rasulullah SAW amat menghargai kejujuran, sehingga beliau mengatakan bahawa kejujuran itu pintu gerbang syurga. Dan berdusta amat dibenci oleh Nabi Muhammad SAW, dan beliau menyamakan dusta sebagai pintu gerbang masuk ke neraka!  Ketika ditanya apa tanda-tanda datangnya hari kiamat, beliau menjawab: "Hilangnya kejujuran dari masyarakat manusia."
Dan ketika BR1M diagih2kan, RM500 itu menyaksikan betapa ramai mereka2 yg mengaku layak, walhal sebaliknya .... hanya diri sendiri yg tahu dia layak ataupun tidak! Hinggakan ada yg bertanya Mama, tatkala membawa 2 ibu tunggal warga emas menerimanya ..., "Kenapa tak minta? Awakkan tak kerja? Bapa sedara kan JKKK kg? Tentu dia tt borang awak, tolong anak sedara dia ... tu ha, orang kg awak yg dah pencen, tanah berekar2, bawa kete Merc pun dapat!!!"
MasyaAllah! Siapa tak ingin dapat RM500 percuma! Tapi, mengingatkan RM500 itu jugalah yg akan mengheret Mama ke neraka, naauzubillah  .... biarlah! Mama takut pada bodyguard kiri dan kanan Mama, yg tak pernah lalai mencatit setiap perilaku Mama ... ya! kedua malaikat pengawas dan pencatat setiap gerak geri kita, bisik desus kita, keluhan kita, "Tidaklah diucapkan sesuatu perkataan, melainkan selalu ada pengawas: Raqib, yg hadir, 'Atid." (Qaaf: 18).  Alangkah baiknya sekiranya Raqib yg lebih bekerja 'keras' dari 'Atid.
Lalu teringat juga Mama peristiwa semasa mendapat panggilan menunaikan fardhu Haji 10 tahun lalu. Mulanya kami berdua mahu mengambil pakej haji swasta. Walaupun mahal sedikit, tapi memikirkan bimbingan yg bakal kami terima dlm memastikan urusan haji sesempurna mungkin, kami akur. Lalu kami pilih pakej utk 8 org sebilik (itulah yg kami mampu ketika itu), tetapi kami telah diberi pakej 4 org sebilik pd harga yg sama (kerana sedara kami yg rekomen pakej tersebut rakan pengusaha pakej haji berkenaan). Tapi pemberian tersebut memerlukan kami memaklumkan kpd rakan sebilik kelak, juga jemaah haji yg lain yg ikut pakej haji swasta berkenaan, yg kami bayar kos utk pakej 4 org (sekiranya ditanya orang!). Kerana membayangkan kami terpaksa berbohong setiap kali orang bertanya, selama mengerjakan haji !!! Walaupun tertarik dgn tawaran tersebut, kami putuskan utk menolak ikuti pakej swasta tersebut, dan ikut cara biasa ... melalui Tabung Haji sahaja. Sungguh! Tidak kami duga bahawa dlm urusan mencari rezeki melalui membawa dan membimbing jemaah haji ... pengusaha tersebut tidak memikirkan implikasi tindakan mereka ... menyuruh kami berbohong dlm menunaikan rukun islam kelima itu .... Tidakkah mereka tahu bahawa berbohong atau berdusta itu adalah perbuatan yg amat dibenci oleh Nabi Muhammad SAW? Beliau berkata, seorang mukmin boleh bersifat penakut, tetapi sekali-kali tidak boleh berdusta! Lalu, mukaddimah Mama yg di atas tadi .... BR1M, Haji, Biasiswa, Asrama Penuh, Kerja, Pindah, Tender .... apasaja ... tepuk dada tanya selera!

Betullah pepatah orang dulu2;

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Lama-lama mencuri ....

Daripada Hassan bin Ali bin Abu Talib r.a., Nabi SAW bersabda:
"Tinggalkan apa yg meragukan kamu kpd apa yg tidak meragukan kamu.
Sesungguhnya kebenaran adalah ketenangan, dan pembohongan adalah keraguan."
(Riwayat: al - Tirmizi dan Ahmad)