Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

29 August 2012

Sekali air bah ...

Biasanya hari Rabu hari penkek ... utk sarapan
Selepas puasa lalu, ketara perubahan selera Amar
Gulai ayam ... tak bersentuh.
Penkek, waffles ... kegemarannya,
"Tak nak lah Mama. Adik rasa geli ..." (telahan Mama muak agaknya)
Pagi ... cukuplah susu + cornflakes atau roti bakar + scrambled eggs.
Senang buat dia ... Mamanya lagilah suka!
Siap pesan ... ayam goreng atau ayam pedas jer utk tengahari
Daging air asam dan tomyam kegemarannya pun dia tak mau lagi dah.
Sup ayam, daging kicap atau goreng masih relevan.
Mungkin Amar makin membesar ... maka seleranya juga turut bertukar.
Muaz dulupun pernah begitu. Kini dia makan semua ... apa saja yg Mama masak.
Selera menjurus ke arah dewasa ... ulam, budu, ikan rebus, sambal ... semua dia suka.
Tak hairanlah kini dia dah lebih tinggi dari Mama dan kakaknya.
Nak ukur ketinggian dia dah kena guna bangku kecil nampak gayanya ... huhu
(p.s. setiap rumah yg kami pernah duduki pasti ada tempat ukur ketinggian anak2 ... tanda2 pensil ikut nama)
Begitulah menjadi ibu ... setiap peristiwa berbekas dihati.
Setiap perubahan anak2 dari lahir hingga dewasa ... dihayati dan diingati.
Ia kenangan abadi ... tidak boleh dibeli. Rugi kalau kesibukan jadi alasan utk malayani mereka. Tanyalah ibu kita atau mana2 ibu yg sudah tua ... pasti mereka dapat ceritakan semula kisah anak2 terutama sewaktu kecil seolah2 ianya sedang berlaku didepan mata ...
Terpancar sinar kasih dlm matanya dan riak wajahnya!
Pesan Mama buat anak2 ...
Bila sudah dewasa, berkerjaya, berjaya dan berkeluarga serta berkelana pula ....
Selalulah bertanya khabar ibu ayah di kampung.
Biarlah sekali air bah, sekali pasir berubah ...
Namun jangan sekali2 lupa asal usul kita,
Tangan yg membelai, menyuap makanan, membersih luka, menghalau nyamuk, mengemas bilik ... itu antaranya,
Mengesat air mata kerana kita ... lukakan hatinya.
Seorang ibu takkan pernah menceritakan rasa hatinya ... jauh sekali menzahirkannya didepan anak2, sekalipun anak2 bertanya.

Amar! Nanti Mama cari/reka resipi baru ya ...

No comments: