Begitulah juga mereka2 (termasuk ... yours truly) yg menanti kepulangan mereka.
Ianya satu perasaan yg sukar digambarkan ... betullah,
'Penantian Satu Penyiksaan'
Teringat Mama pertama kali mula bekerja dinegeri orang ... KL.
Tahun pertama ... tak biasa, seminggu nak raya baru nak beli tiketnya. Sah takder ... dah habis! Murlah dapat tiket bas tambahan. Katanya bertolak pukul 9.00 mlm di sebelah stesyen minyak depan Pudu Raya, pukul 10.00 mlm baru bas tiba ... bas sekolah rupanya. Yg ada muncung pulak ... bas lama. Huhu ...
Terpaksa naik juga ... walaupuh harga tiket jauh lebih mahal dari bas express biasa.
Mujurlah tunang ada bersama ... hilang takut seketika.
Walaupun tak jem kat Karak cam sekarang ... jalan dulu ... Cam ular sawa kena palu ... bas cam tak rak nak dakinya. Dahlah penumpang lebih muatan (ramai yg berdiri ... barang toksah cakap, melimpah2 dikaki).
Sepanjang pendakian di Karak, Mama rasa seperti menahan nafas, meringankan badan dan macam dok tolong tolak bas tu biar terus ke depan ... penumpang2 lain pun gitu juga gamaknya. Tak putus2 doa jgnlah mati enjin ... si pemandu punyalah tekan enjin ... terbatuk2, mengerang-mengaum, cam dah nazak pun ada ... gitulah perasaan Mama bunyi enjin bas sekolah tu. Kesian sungguh ... Melepasi Karak bagai nak rak. Selepas itu 60 - 70 km/sejam je kelajuannya (tak pe lah, asal bergerak ke depan dan selamat sampai!). Itulah kali pertama dan terakhir Mama naik bas tambahan balik raya. Serik!!!
Tahun kedua ... masih tak belajar dari pengalaman lalu. Tiket habis lagi! Mujurlah rakan sepejabat, senegeri beli kereta baru ... nak balik tayang kat kampung aku. Laju kami (baru kawin masa tu) offer diri ... boleh gilir2 memandu, kenen suami. Alhamdulillah ... merasalah balik kg naik kereta baru, Fiat Super Mirafiori 1.6 (kalau tak silap). Hahaha ... sampai sudah kawan saya tu tak beri suami pandu. Orang kata sayang kereta baru pertama ibarat sayang bini (lebih lg kot! hihi) ... melepas suami merasa pandu kereta 'dlm plastik' (baru!). Kat manalah Ariffin Che Mat sekarang? Berapa orang anak dah ... ke dah dapat menantu?
Tahun ketiga dan seterusnya (anak pun bertambah juga ...) ... Dari Volkswagen, Datsun SSS, Toyota, Honda ... balik beraya ke kampung adalah suatu perjalanan yg dinanti2kan. Seronok juga kadang2 memeningkan. Terkenang kerenah anak2 dalam kereta, dan perhentian2 yg terpaksa ... nak kencing, nak muntah, nak buang air besar, ayahnya acah nak tinggalkan kat tengah2 hutan sbb tak mau henti kelahi ... hehe. Itu antaranya. Bila masuk sempadan negeri ... berderai sorak gembira mereka. Kalaulah boleh diputar semula jarum masa ... biarlah mereka nak kelahi sepanjang perjalanan pun ... tak apa, asal kami semua bersama lagi, satu keluarga ... kembara bersama2.
Kini ... Roda pusingan kami di bawah pula. Menjadi penunggu setia ... anak2 pulang beraya. Dan roda akan berpusing lagi ... mereka pun kan punya keluarga sendiri ... kan kelak jadi penanti macam kami. Rasa apa yg Mama dan Ayahnya lalui sekarang (merasai bagaimana Mak dan arwah Abah menunggu kami 5 beradik pulang beraya ...). Itulah realiti kehidupan ini. Jadi usahlah berkira2 ... bahagiakanlah ke dua ibubapa, selagi hayat mereka masih ada.
"Ya Allah! Kau selamatkan dan permudahkanlah perjalanan pulang anak2ku dan semua perantau ke destinasi masing2. Jauhkan mereka dari bahaya dan bencana, gangguan dan fitnah, perbuatan khianat dan sihir serta hasad dengki. Amiin ...."
No comments:
Post a Comment