Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

30 August 2012

Siapalah dapat menduga ...

Semalam doter Mama call, beritahu tak dapat jumpa Ayahnya (yg berada diKL) ... for dinner coz working late after a week of cuti raya!
Siapalah dapat menduga ...
Pagi tadi Ayahnya call Mama, jumpa doter dan kawannya
Masa teksi yg Ayahnya naiki dan kereta kawan doter berhenti bersebelahan di traffic light pusat bandaraya ...
Hingga sempat bertanya khabar berita!
MasyaAllah ... itulah aturan DIA.

Raya lalu Mama dan Ayahnya disapa kawan lama ...
Kawan sekolah rendah dulu  ... dah jadi orang JB rupanya.
Masa sekolah punyalah nakal dan setakat Ting. 3 je persekolahan dia.
Siapalah dapat menduga ...
Kereta Nissan Fairlady kat masjid hari tu rupanya milik dia!
Sudah bergelar Haji dan bakal bapa mertua ...
Begitulah Dia merencana ... yg penting kita berusaha
Sesungguhnya betullah 9/10 rezeki itu dalam berniaga ...
Jika jujur, amanah dan takwa ... insyaAllah kekal lama, berjaya!
Businessmen Cina pun tabik pada dia.
Alhamdulillah ...

Pasangan itu sungguh ideal ...
Sentiasa romantik dan memang happy couple.
Ada kerjaya yg hebat dan anak2 yg baik dan menjadi semua
Dah bercucu pun mereka ...
Siapalah dapat menduga ...
Mereka berdua berpisah jua ... bercerai diusia senja
Aduhai ... terkejutya Mama. Sedih pun ya.
Roda kehidupan ... itu antaranya.

29 August 2012

Sekali air bah ...

Biasanya hari Rabu hari penkek ... utk sarapan
Selepas puasa lalu, ketara perubahan selera Amar
Gulai ayam ... tak bersentuh.
Penkek, waffles ... kegemarannya,
"Tak nak lah Mama. Adik rasa geli ..." (telahan Mama muak agaknya)
Pagi ... cukuplah susu + cornflakes atau roti bakar + scrambled eggs.
Senang buat dia ... Mamanya lagilah suka!
Siap pesan ... ayam goreng atau ayam pedas jer utk tengahari
Daging air asam dan tomyam kegemarannya pun dia tak mau lagi dah.
Sup ayam, daging kicap atau goreng masih relevan.
Mungkin Amar makin membesar ... maka seleranya juga turut bertukar.
Muaz dulupun pernah begitu. Kini dia makan semua ... apa saja yg Mama masak.
Selera menjurus ke arah dewasa ... ulam, budu, ikan rebus, sambal ... semua dia suka.
Tak hairanlah kini dia dah lebih tinggi dari Mama dan kakaknya.
Nak ukur ketinggian dia dah kena guna bangku kecil nampak gayanya ... huhu
(p.s. setiap rumah yg kami pernah duduki pasti ada tempat ukur ketinggian anak2 ... tanda2 pensil ikut nama)
Begitulah menjadi ibu ... setiap peristiwa berbekas dihati.
Setiap perubahan anak2 dari lahir hingga dewasa ... dihayati dan diingati.
Ia kenangan abadi ... tidak boleh dibeli. Rugi kalau kesibukan jadi alasan utk malayani mereka. Tanyalah ibu kita atau mana2 ibu yg sudah tua ... pasti mereka dapat ceritakan semula kisah anak2 terutama sewaktu kecil seolah2 ianya sedang berlaku didepan mata ...
Terpancar sinar kasih dlm matanya dan riak wajahnya!
Pesan Mama buat anak2 ...
Bila sudah dewasa, berkerjaya, berjaya dan berkeluarga serta berkelana pula ....
Selalulah bertanya khabar ibu ayah di kampung.
Biarlah sekali air bah, sekali pasir berubah ...
Namun jangan sekali2 lupa asal usul kita,
Tangan yg membelai, menyuap makanan, membersih luka, menghalau nyamuk, mengemas bilik ... itu antaranya,
Mengesat air mata kerana kita ... lukakan hatinya.
Seorang ibu takkan pernah menceritakan rasa hatinya ... jauh sekali menzahirkannya didepan anak2, sekalipun anak2 bertanya.

Amar! Nanti Mama cari/reka resipi baru ya ...

28 August 2012

Kesian pc saya ... ke saya?

PC, desktop atau senang cakap komputer meja (sebab kena letak atas meja, tak leh atas riba) Mama buat hal lagi ... tak mau dah baikpulih diri sendiri, tak leh 'start' ... lansung! Gamaknya serangan strok kali ni (kali ke 3), fatal kok! Kalau orang ... ya! Gelabahlah Mama nak 'up-date' blog ni. Laptop, anak2 punya ... depa pergi, bye-bye laptop2 juga. Ni 'up-date' guna tab ... terkedek2lah jawabbya. p.s. kenalah pakai spek membaca Mama dan menaip dgn penuh sopan santun dan berhati2 ... 'one word at a time', sbb kalau tersilap, susah bebenor nak ngoretkannya
Malas dah rasa nak hantar kat doktor PC, tp tiada pilihan sbb foto2 yg Mama simpan kat folder masing2 di desktop tu tak der salinananya ... kes asyik tangguh 'copy' kat 'pen-drive'  . Inilah padahnya ... anak2 syorkan beli dan simpan kat 'extenal drive' (betul ke sebutan ni?) ... pun bertangguh. Huhu!
Gamaknya dah 'high time Mama get myself my own laptop'. Hehe ... ada sapa2 nak sponsor?

25 August 2012

7 Syawal 1433H ...

Kembali ...
Tengahari tadi, anak2 dan adik2 Mama pulang semula ke kota.
Keadaan kini kembali spt sediakala ...
Mak, Mama ... yg ditinggalkan
Yg meninggalkan kg halaman
Sama2 sedih ... peritnya perpisahan.

Ikan Ori ...
Otw balik dari hantar anak2, singgah beli ikan
"Kak (he he rasa muda jap) belilah ikan ni. Semua ikan ORI!"
Aik, ada ka ikan tak ori .... spontan terpacul dari mulut ni!
He he .... ori tu 'fresh' dari Tok Bali bukan yg 'frozen' dr Siam.
Gitu rupenye ... balik rumah jd ikan 'frozen' gak akhirnya yg ORI tu ... huhu

Misteri biskut yg surut ...
Rumah kami tiada pengunjung raya ni
Sebab 'most of the time' kami berada di kg.
Balik utk tidur, amik baju & beri kucing makan!
Tapi hairan bin ajaib .... biskut2 raya yg Muaz simpan utk jamuan raya sekolahnya esok, semua tinggal separuh botol!!!
Rupa2nya ada tetamu yg singgah ...
Anak2 sedara yg ke Rantau Panjang bersama2 anak2 bujang Mama buat 'pit-stop' kat rumah kami. Haha ... berayalah mereka
Gitulah tamatnya suasana raya tahun ini ....
Dah boleh mula puasa sunat Syawal tapi jgn lupa puasa ganti!


23 August 2012

RAYA 2012 ... hari pertama

Keluarga Mama
 Kan Mama dah cerita yg tema kami (buat pertama kali)
HIJAU ... bagi Raya tahun ini.
Haha ... ia menjadi & terasa pelik sekali.
Nampak tak Ayahnya cam tak hepi ...
Hihi ... diakan tak suka warna tema2 ni.

Sayang Nenek ...
Anak2 Mama ... menzahirkan rasa sayang pada nenek mereka
Mok 'sporting' ... ikut aje apa yg cucu2 buat!! hehe ..

Ziarah Pak Do & Mak Do
Ini abang sulung arwah Abah ... seorang yg amat garang & tegas
Setakat pukul dgn tali ikat kerbau, perkara biasa ...
Kalau gagal laksanakan tugas yg diberikan.
Alhamdulillah ... anak2 Pak Do semua menjadi
Amat hormat mereka berdua suami isteri ... 
Kalau zaman sekarang ... gerenti Pak Do kena report, dera anak2!!!
Tapi Pak Do dah banyak berubah ... yg janggut putih, baju biru tu lah dia.
Pakar buat gasing masa muda2 ...

Ziarah Pak Cu Wi dan Mak Su
 Pak saudara bongsu kesayangan Mama ..
Orangnya kelakar dan 'happy-go-lucky' sokmo
Bekas askar dan tukang masak mereka ... 
Ini jugalah rumah pusaka peninggalan arwah datuk dan nenek Mama
Banyak betul kenangan indah masa kecil2 di sini
Jendela itulah yg Mama terjun, selamatkan diri ...
Dari tugas hidupkan api ... dapur kayu masa dulu2. Huhu ..

Ziarah kubur Abah dan Angah ...
kubur mereka berdekatan!
Baru hanya sekali Mama berani ziarahi kubur mereka berdua ..
Raya tahun lalu ... tahun ke 2 mereka meninggal dunia
Ya ... Mama tidak kuat menahan sebak dan hiba ...
Maafkan Mama, Abah dan Angah ...
Tahun ini Mama tidak upaya untuk ke sana
Tidak mahu kesedihan Mama sebabkan semua yg lain turut hiba
Ketahuilah ... kalian berdua sentiasa dlm ingatan Mama
Doa dan sedekah tak pernah Mama lupa
Setiap masa ... 
Al-Fatihah

21 August 2012

Kemenangan ...

1 Syawal ... hari yg dinanti2kan setelah sebulan berpuasa
Hari keluarga dan sanak saudara berkumpul ... jauh dan dekat
Berkumpul dirumah keluarga ibubapa atau yg paling tua ...
Suasana yg tak terkira seronoknya dan meriahnya!
Dan bermulalah juga ... rumah terbuka raya!
Habislah diet sebulan ya ... hehe 
Yang paling tersentuh dijiwa,
Tahun ini keluarga yg sekian lama bersengketa ... kembali bertaut semula
Sungguh tidak terduga ... 
Bahagianya dapat berkumpul bersama semula seperti dulu2 ...
Bersama2 menjamu selera, biarpun  hidangan tak seberapa.
Saling bermaaf2an dan lupakan kisah yg lama, sambil mengesat airmata!
Kemudian bergelak ketawa, bergambar lucu, 'sporting'nya ... tua dan muda.
Ya ... sememang ianya satu kemenangan yg nyata!
ALHAMDULILLAH.
Pun begitu AWAS!! Syaitan dan kuncu2nya yg baru terlepas dgn dendam membara ...
Makin berkobar mahu merosak anak2 Adam dan heret kita bersama2nya ke NERAKA!!
NAAUZUBILLAH ... !!
Menyambut Syawal tak semudah yang disangka ...
Ianya perlu dibatasi adat sopan dan tuntutan agama!
Moga Ramadhan yg berlalu dan Syawal yg diraikan ... 
Bertambah bersemarak rasa kehambaan Pada NYA jua ...
Apapun ... yang paling pasti, 
Kanak2lah yg paling bahagia ... membilang duit2 Raya (^_^)

Buat apa belakang pintu tu dik? Haha ..

17 August 2012

SALAM AIDILFITRI ...

Baju dan persiapan raya dah awal2 disiapkan ...
Biskut raya dan menu juadah lebaran dah pun dibereskan ...
Para perantau dah mula pulang ...
Suasana dikampung mula girang ...
Selamat tinggal ... Ramadhan! (-_-)
Syawal kian menggamit perasaan ... 

Buat semua yg pernah singgah diblog ini,
Iklhas dari Mama seisi keluarga


Semuga Syawal kali ini membawa kebahagiaan

15 August 2012

Akhirnya ...

Asalnya 'patchwork' ini  memakan masa '3-negeri-nak-siapkannya'
(Kelantan, Perak, P.Pinang)
Baru semalam Mama jahitnya setelah sekian lama ...
Dok simpan kerana tak pasti nak buat apa dengannya.
Akhirnya jadi alas meja ... sambut hari raya. 


Ini pula biskut2 raya Mama ... yg sempat siap petang tadi.
Dan ini jugalah kuih berbuka puasa petang ni ... hihi!
Akhirnya ... datang juga mood buat sekut!!
p.s. tak tahulah sempat raya ke tidak ni ... huhu


AKIBATNYA...

Tak bayar bil ... broadband
Dok bertangguh. Udahnya tak boleh on internet
Blog, FB ... nanar jgklah, itu ajelah hiburan
Bagi org tak kerja cam Mama ni.

Biskut Raya ...
Masih bertangguh juga buatnya ... ntah
Cam takder mood jer. Walhal semua bahan dah lama sedia!
Balang2 kosong ... tetap kosong, ciannya.

Mercun bunga api ... sapalah yg sinonimkan dgn raya.
Cam tak sah kalau tak mainnya ...
Yg sedihnya, orang dok terawikh, kita sibuk main mercun
Duduk dkt sempadan, mercun bunga apinya boleh kalahkn yg olimpik punya ...
Mau tersasul bacaan Iman Imam Tua ... punyalah kuat dentumannya
Bab terkejut tu toksah cerita ... kalau ada yg jenis melatah? Opocot!!
Tak serik2 ler sbb yg masuk paper, spital
... putus jari,buta mata, maut pun ada ...
bukan dia .... orang lain ...
dia berhati2, berjaga2 ... expert dah!
Siapalah kita untuk menduga ...
Ada cop SIRIMkah mercun2 itu?
Ada gerenti 100% selamat digunakan?
Kalau defektif, boleh minta ganti rugi ke?
Aduhai  ...
Jgnlah dekat nak raya .... suka bertukar duka!

Sebab malas nak makan jem puasa2 ni kalau ke bandar PM,
Mama hello anak kat KL, minta tolong bayarnya  ... secara online
Hehe ... TK Abe. Sekali sekala guna kuasa IBU ... tak per ye!!
Gembiranya ... dapat bersiaran semula.
Tiba2 ada mood nak buat biskut raya .... (^_^)

12 August 2012

Rumah ... Ogos 2012

Diam tak diam dah masuk bulan ke 7 pembinaan Rumah Biasa2 kami.
Dalam rumah ... 90% dah siap kerja2 'plaster' dinding.
Tinggal bilik2 air jer ... sedang giat disiapkan
Bila dah begini ... kelihatan agak luas juga Rumah Biasa2 kami! (^_^)


Disamping itu, kerja2 memasang siling dahpun dimulakan semalam.
(sepatutnya mula lepas raya ... tapi lagi cepat lagi baik kan!)
Baru Mama tahu tidak mudah rupanya memasang siling kapor ...
Ini baru asasnya ... tak lawa lalu ... hehe!
Tukang siling cakap ... sekurang2nya perlu 3 minggu untuk siapkannya
InsyaAllah ... balik raya nanti anak2 boleh lihat sendiri progresnya
Bolehlah beri cadangan  nanti bagaimana mahu 'kemasan2'nya kelak!


Diluar ... pemasangan siling bawah atap dah siap sepenuhnya.
Ada lebihan siling ... hmmm! Nak buat apa dgn lebihannya ya?


Kami puashati dengan kerja2 mereka semua sehingga kini.
... Tukang rumah, tukang paip, tukang 'wiring', tukang siling ...
Lebih cepat dari yang dijangka. Alhamdulillah ...
Terima kasih semua!!
Tak sabar nak duduki rumah sendiri ....
Dah khayal nak buat itu dan ini ...
Nak tanam macam2 pokok keliling rumah!
Ya Allah! Makbulkanlah niat dan hajat kami ini.
Permudahkan dan lancarkanlah perkara2 berkaitannya Ya Allah ...
Amin Ya Rabbal 'Alamin ...

10 August 2012

Ingin jadi yg terbaik ...??

London Olimpik 2012 bakal berakhir ...
Rata2 para pemenang juga semua peserta mengatakan ...
Laluan ke Olimpik amatlah sukar ... apatah lagi untuk meraih pingat2nya
Bukan mudah untuk berjaya hingga setakat itu
Terlalu banyak pengorbanan yg dibuat ... bukan calang2 orang yg sanggup buatnya.
Cukuplah sekadar melihat kepada para Olimpiad kita ...
Datuk Lee Chong Wei, Khairul Annuar, Pocketrocketman Azizulhasni Awang, Pandela, Yeoh Ken Nee ... itu antaranya
Acapkali kita baca betapa rutin harian mereka amat jauh berbeza dgn kita
... semua kena berjadual dan dijaga rapi
... tiada kompromi!!
Seperti juga menjadi 'Best Students' ... membaca, latihtubi, ulangkaji, masa padat berisi
Kalau setakat ... pergi sekolah, buat homeworks, tuition hujung minggu ... tidak memadai
(lainlah jika dikurnia Allah s.n.w otak genius ... tak payah study)
Menjadi seorang 'Hafiz' ... juga tak terkecuali
... bukan boleh makan ikut sukahati, yg syubhah pun kena hati2
... jadual ketat, disiplin tinggi, pengabdian tak berbelah bagi
... hati mesti bersih dan suci ...
Jadi ... takutkah kita untuk berkorban sedikit?
10 malam terakhir Ramadhan kali ini?
Kalau masa belajar dulu sanggup bersengkang mata ... study untuk paper hari esoknya
Tak bolehkah ulanginya lagi ?
Bukan untuk siapa ... untuk kita umat Muhammad s.a.w yg tidak panjang usianya
Seperti umat2 yg terdahulu ... yg beratus tahun usia mereka.
Ya ... Malam Lailatul Qadar. Malam seribu kurnia.
Malam yg dinisbahkan segala ibadah dan amal kebajikan
... seperti melakukannya sebanyak 1,000 bulan (kira2 83 tahun ++)

Sabda Rasulullah s.a.w.,
"Carilah Lailatul Qadar itu pada sepuluh terakhir. Jika kamu merasa lemah dan tidak mampu, jangalah kamu mengabaikan tujuh malam yang terakhir."
(HR: Muslim)

Moga kita tidak lagi melakukan kesilapan Ramadhan yg lalu ... kerana mensia2kan dan membiarkan ia berlalu ... kerana keluar darinya sebagai orang2 yg rugi ... melenggang dengan tangan kosong! Kerana jika kita keluar sebagai pemenang ... ianya ibarat menjadi manusia yg disucikan dari dosa2, seperti bayi yg baru lahir dari rahim ibunya.

Diriwayatkan daripada Hasan r.a., dia berkata,
"Sesungguhnya Allah telah menjadikan bulan Ramadhan sebagai tempat perlumbaan bagi hamba-hambaNya. Mereka berlumba sepenuh ketaatan dan meraih keredaanNya. Lalu sebahagian orang berlumba dengan gigih hingga mereka mencapai kejayaan, dan sebahagian lagi tertinggal di belakang hingga mendapat kekecewaan. Maka sungguh menakjubkan sikap orang-orang yang bersenda-gurau sambil tertawa pada hari di mana orang-orang yang berbuat baik meraih kemenangan dan orang-orang berbuat kejahatan ditimpa kerugian."

Nostalgia Balik Raya ...

Pastinya perantau2 (termasuklah anak2 Mama) tidak sabar menanti saat balik beraya.
Begitulah juga mereka2 (termasuk ... yours truly) yg menanti kepulangan mereka.
Ianya satu perasaan yg sukar digambarkan ... betullah,
'Penantian Satu Penyiksaan'

Teringat Mama pertama kali mula bekerja dinegeri orang ... KL.
Tahun pertama ... tak biasa, seminggu nak raya baru nak beli tiketnya. Sah takder ... dah habis! Murlah dapat tiket bas tambahan. Katanya bertolak pukul 9.00 mlm di sebelah stesyen minyak depan Pudu Raya, pukul 10.00 mlm baru bas tiba ... bas sekolah rupanya. Yg ada muncung pulak ... bas lama. Huhu ...
Terpaksa naik juga ... walaupuh harga tiket jauh lebih mahal dari bas express biasa.
Mujurlah tunang ada bersama ... hilang takut seketika. 
Walaupun tak jem kat Karak cam sekarang ... jalan dulu ... Cam ular sawa kena palu ... bas cam tak rak nak dakinya. Dahlah penumpang lebih muatan (ramai yg berdiri ... barang toksah cakap, melimpah2 dikaki).
Sepanjang pendakian di Karak, Mama rasa seperti menahan nafas, meringankan badan dan macam dok tolong tolak bas tu biar terus ke depan ... penumpang2 lain pun gitu juga gamaknya. Tak putus2 doa jgnlah mati enjin ... si pemandu punyalah tekan enjin ... terbatuk2, mengerang-mengaum, cam dah nazak pun ada ... gitulah perasaan Mama bunyi enjin bas sekolah tu. Kesian sungguh ... Melepasi Karak bagai nak rak. Selepas itu 60 - 70 km/sejam je kelajuannya (tak pe lah, asal bergerak ke depan dan selamat sampai!). Itulah kali pertama dan terakhir Mama naik bas tambahan balik raya. Serik!!!
Tahun kedua ... masih tak belajar dari pengalaman lalu. Tiket habis lagi! Mujurlah rakan sepejabat, senegeri beli kereta baru ... nak balik tayang kat kampung aku. Laju kami (baru kawin masa tu) offer diri ... boleh gilir2 memandu, kenen suami. Alhamdulillah ... merasalah balik kg naik kereta baru, Fiat Super Mirafiori 1.6 (kalau tak silap). Hahaha ... sampai sudah kawan saya tu tak beri suami pandu. Orang kata sayang kereta baru pertama ibarat sayang bini (lebih lg kot! hihi) ... melepas suami merasa pandu kereta 'dlm plastik' (baru!). Kat manalah Ariffin Che Mat sekarang? Berapa orang anak dah ... ke dah dapat menantu? 
Tahun ketiga dan seterusnya (anak pun bertambah juga ...) ... Dari Volkswagen, Datsun SSS, Toyota, Honda ... balik beraya ke kampung adalah suatu perjalanan yg dinanti2kan. Seronok juga kadang2 memeningkan. Terkenang kerenah anak2 dalam kereta, dan perhentian2 yg terpaksa ... nak kencing, nak muntah, nak buang air besar, ayahnya acah nak tinggalkan kat tengah2 hutan sbb tak mau henti kelahi  ... hehe. Itu antaranya. Bila masuk sempadan negeri ... berderai sorak gembira mereka. Kalaulah boleh diputar semula jarum masa ... biarlah mereka nak kelahi sepanjang perjalanan pun ... tak apa, asal kami semua bersama lagi, satu keluarga ... kembara bersama2. 
Kini ... Roda pusingan kami di bawah pula. Menjadi penunggu setia ... anak2 pulang beraya. Dan roda akan berpusing lagi ... mereka pun kan punya keluarga sendiri ... kan kelak jadi penanti macam kami. Rasa apa yg Mama dan Ayahnya lalui sekarang (merasai bagaimana Mak dan arwah Abah menunggu kami 5 beradik pulang beraya ...). Itulah realiti kehidupan ini. Jadi usahlah berkira2 ... bahagiakanlah ke dua ibubapa, selagi hayat mereka masih ada.

"Ya Allah! Kau selamatkan dan permudahkanlah perjalanan pulang anak2ku dan semua perantau ke destinasi masing2. Jauhkan mereka dari bahaya dan bencana, gangguan dan fitnah, perbuatan khianat dan sihir serta hasad dengki. Amiin ...."


08 August 2012

Bila dipanggil ... berapa cepat jawabnya?

Masa sekolah dulu2kan, kalau guru2 panggil, Mama mesti
... cepat2 jawab. Takut kena marah!
Kalau Mak panggil ... lagi la cepat Mama sahut.
... kalau tak jawab segera, alamatnya kena pulas telinga + ceramah 'anak derhaka'. Huhu ...
Bila dah kerja, kalau Boss panggil ... cepat bebenor Mama ke biliknya dia.
"Ye Boss, ada apa?" sambil dada berdebar2, takut ada yg tak kena ...
Dah kawin, ada anak ... Mama pastikan kalau anak2 panggil Mama,
... cepat2 Mama jawab panggilan mereka. Mama tak mahu jadi ...
"Seperti ketam ajar anak berjalan betul" ~ expect anak2 segara jawab panggilan kita tp kita 'mekdunno' jer panggillan mereka.
Suami panggil? Of coz la kena jawab dgn segera, dengan lemah lembut pula ...
Kan 'Syurga bawah tapak kaki suami'?!
La ni ... panggilan henpon (yg melekat kat tangan sokmo)
Woh! laju jawabnya ... nak2 lagi kalau memang panggilan yg dinanti2kan. Hehe!
Itu antaranya ...
Tapikan ... (malu jugak nak cakap ni)
... Ada satu panggilan yg Mama agak liat jawabnya ...
~ Jarang2 jawab segera ...
~ Kadang2 jawab lewat sikit ... dan
~ Yg paling kerap ialah jawab 'ikut-suka-hati-bila-senang-nak-jawab'
Masa muda2 dulu ... ada juga kadang2 tak jawab lansung!!
Astagfirullah ...
p.s. Kira cam jawapan kepada teka-teki P.Ramlee dlm filem apa yer?
Lupa, tapi tekateki/jawapan dia ada perkataan ... Ramai ... Kadang2 ... Jarang2
(tak silap tekateki pasal beristeri 1- 4)
Nak tahu panggilan siapa yg Mama maksudkan?
Panggilan Azan!!!

07 August 2012

Takder modal ... hehe

Pagi ni otak cam beku ... kaku ... jammed!
Tak der idea nak tulis apa kat blog Mama ni
Hati rasa nak tulis sesuatu ...
Tapi  kosong ... kosong ... kosong ... (nyanyi sikit!)
Omputeh kata 'writer's block'!
Ye lah tu ... Toksah dok nak khayal 'writer's block' sampuk awak ...
Banyaklah bendanya dah awak tulis ... huhu
Ok ok ... dah nak jadi merapu nih!
Baik Mama pergi basuh botol2 lama tu ...
Yer tak yer jugak! 
Dah boleh mula buat biskut raya nih ... 
Amar dan Muaz pun asyik dok tanya ...
"Bila Mama nak start buatnya?"
...  Biskut cornflakes, semperit, marmar carrie, kalau rajin ... tart nanas!
Nanti bolehlah Mama tayang kat blog biskut2 tu!
Hmmm!! That's a good idea .... (^_^)  


05 August 2012

Berpantang ajal sebelum maut ...


Awal pagi  ni, setelah beri kucing2 makan ...
Mama dok lah menyapu sampah kat porch rumah.
Tiba2 nampak Popo, Sri dan Mr cam jumpa sesuatu  ... 
Kat rumah jiran sebelah ... Sesuatu yg pelik tapi 'intresting'!!
Dan ianya bergerak2 ...
Kopi (mak mereka) hanya 'supervise' dari jauh!


Mama ambil spec ... dan kamera. Senario menarik nih! 
Rupa2nya ... seekor ikan puyu tergedik2 nak melepaskan diri.
Heran jugak ... dari mana datangnya ikan ni?
Agak besar ... sedang elok buat ikan bakar tawar,
buat cicah dgn ulam dan budu!
hehe ... ke situ pulak!


Popo dan Mister cuba berkali2 nak tangkap dan gigit ikan tu...
Tapi ikan puyu tu memang a fighter!
Terkebil2 dan terpisat2 dua ekor tu kena libas dgn ikan puyu ... haha
Agaknya sebab kucing2 Mama dah kenyang, mereka lebih ke arah
... nak main2, bukan nak makan ... curious pun ya
(walhal ianya survival bagi ikan puyu tu ...)


Kucing2 Mama masih 'blurr' bahawa ikan tu akan terlepas ...
(ketika ini Mama yakin ikan tu akan berjaya lepaskan diri) 
Nampak tak kesungguhan ikan tu .. 


Alhamdulillah ... akhirnya berjaya jatuhkan diri ke dalam parit
(walaupun cetek ...)
Mr cuba sedaya mungkin nak tangkap ikan tu
Tapi ... keadaan sekarang adalah 'advantage' utk ikan tu ...
Kesudahannya, ikan puyu tersebut berjaya meloloskan diri ke parit besar depan rumah  ... 
Hendak seribu daya ... Usaha tangga kejayaan ...

sekian! 

04 August 2012

Mahu jadi jutawan segera ...

Wah! Tawaran yg lumayan .... siap tak mahu weh!
Semua orang ingin jadi kaya ... terutama kaya harta!
Tapi kan ... kaya harta banyak juga masaalahnya.
~ tidur tak lena ... takut pencuri/penyamun/perompak
~ ramai orang nak minta derma ... hehe
~ takut anak bini maupun diri sendiri kena culik
~ takleh nak sewenang2 makan kat warung2 tepi jalan & huhahuha dgn rakan2 ... status kena jaga!
~ bila mati ... tinggal semua harta, tak boleh bawa sekali
~ silap haribulan, dok seksa dalam kubur sebab depa dok berebut harta tu ...
Itu antaranya ...
Pernah dengar/tengok iklan ...
Kalau join perniagaan diaorang,
Kalu dulu bawa basikal buruk ... gerenti dapat beli kereta mewah dua bulan kemudian!
Pastu iklan kereta ... beli kereta Raya baru, dapat rebate hingga RM5,000 woo
Pastu dapat point untuk servis percuma lagi ...
Kalau betuah dalam cabutan bertuah pulak ... dapat macam2 lagi
... dari pakej percutian, peralatan rumah, henpon terkini ....!
Dan iklan beli satu percuma satu tu ... toksah cakaplah.
Dekat2 Raya ni ... macam2 iklan offer itu dan ini ... memang tergodalah!
(p.s. bagi yg tak kerja cam Mama ni ...yg dok suspen ialah hubby ... hehe)
Tapikan semua di atas perlukan modal, fulus, $$$$ ....

Ni Mama nak cerita, cara nak jadi Jutawan Segera ... lebih2 lagi bulan puasa, dekat nak Raya.
Tak perlu modal apa2 ...
Ya tawaran dari Allah s.n.w. ... PERCUMA! Setiap masa ...

Dari Ibnu Mas'ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiap yg membaca satu huruf drpd kitabullah (Al-Quran), maka baginya satu kebajikan. Dan satu kebajikan akan digandakan dgn sepuluh kali ganda. Saya tidak mengatakan 'Alif, Lam, Mim' itu satu huruf, tetapi 'Alif' itu satu huruf, 'Lam' itu satu huruf dan 'Mim' itu satu huruf."
(HR: Bukhari, Tirmidzi dan Hakim)

Nak lebih lagi? Ni dia ringkasan pahala membaca Al-Qur'an;

1 huruf 10 kebajikan (tanpa wuduk)
1 huruf 50 kebajikan (dengan wuduk)
1 huruf 100 kebajikan (dalam solat)

MasyaAllah ... senang2 Allah s.n.w. nak beri kita, hambaNya kekayan melimpah ruah ...
Nak2 dibulan Ramadhan yg mulia ni ... pahalanya lagilah berganda2!
Tak teringin? Tak tergoda?
Haa .. Jangan tak tahu, baca Al-Qur'an pun ada statusnya.
Jom semak ...

~ Yg Lalai - membaca 0 - 9 ayat setiap malam
~ Yg Ingat - membaca 10 - 49 ayat setiap malam.
~ Pemelihara - membaca 50 - 99 ayat setiap malam.
~ Setiawan - membaca 100 - 199 ayat setiap malam.
~ Jayawan - membaca 200 - 299 ayat setiap malam.
~ Jutawan - membaca 300 - 1,000 ayat setiap malam.

Agak2 kita berstatus yg mana ye???
(p.s. Ikut semakan Mama, surah Al-Baqarah terdiri dari 286 ayat!)

03 August 2012

Muaz feeling the heat ....

One night, after breaking fast, Muaz blurted out,
"Mama! Tomorrow PMR mock exam again ... " and grinned at me sheepishly.
I just kept quiet. Knowing Muaz ... our  'Mr.Cool' ... he'll be OK!
However ... the next morning, after kissing my hands before going to school ... he's seemed a bit worried.
I look at him. The big ? must be too obvious on my face ...
"I'm okay Ma. But what if I didn't get all A's this round?"
Opps ... that's not a good sign. I must have frown and my face must be full of ??? because before I can say anything comforting Muaz added,
"I regrets scoring all A's in previous exam ... now everybody are expecting us, previous mock exam scorers, to do it again!. I can see that if anyone of us we failed to maitain it... the teachers and GB for sure will give us their non-stop lectures! Boringla ...!"
My poor  'Mr.Cool'  is feeling the heat of being in the list of 'school's-chosen-one-to-score-all-A's'.
The teachers' and school's great expectation, pride and name is at stake ....
For Muaz, Mama just have this to say ...
"DO THINGS NOT TO PLEASE OTHERS BUT TO PLEASE YOURSELF. TO PROVE to yourself first YOUR WORTH! ... I AM WHAT I AM ... I CAN DO IT!!"
Good Luck my dear!
Just ignore the A's and do your very best!

Cerita Amar:
Rupa2nya Amar baru habis peperiksaan bulanan (p.s. dia tak beritahu pun ...!). Patutlah hari tu dia tanya Mama dan Ayahnya (berasingan ...),
"Kalau Adik tak dapat nombor 'top 10' kali ni, Mama/Ayoh tak sayang lagi ke pada Adik?"
Wah! Pandai betul Amar berpolitik sekarang ... sepatutnya guna 'marah' bukan 'sayang'!
"Of coz sayang, kan anak. Tapi ... marah tetap marah kalau markah menurun!!!"
Yang ini Mama dan Ayahnya sepakat.
Amar mengeluh panjang ... tak kompiden lah tu. Haha ...
Kalau Mama cakap kat dia, "Adik ni ... kuat sangat main game sekarang!"
"Mama! Kalau Adik tak main ... Adik mesti teringat nak makan dan minum je ..."
Sah! Amar memang pandai politik sekarang ... (^_^')

02 August 2012

Orang Lain Kena Tolong belikan ...

Bila nak kahwin, kita boleh tempah sendiri Set Perkahwinan atau pakejnya ...
Bila dekat nak bersalin, kita beli sendiri segala peralatan dan barangan bayi ...
Juga Set Bersalin ... untuk diri sendiri.
Ketika nak menunaikan Fardhu Haji .... kita pun buatlah persiapan2
~ hadiri kursus haji, beli kepeluan haji .... kita upaya buat sendiri.
Pendek kata, selagi ada kudrat dan usaha, memang banyak perkara yg kita upaya buat sendiri!
Tapi yg satu ni ... set ini
Kena minta orang lain yg tolong beli ... !!!
Pun pesanlah ... yg akhir ni, nak gunakan duit sendiri ...


Bersama-samalah kita tingkatkan amal
Ramadhan yg tinggal 18 lagi ...
InsyaAllah.