Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

09 July 2020

Syukur ...

Rasa nak melompat gembira sebaik PM umum rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun 2020.
Maknanya dapatlah jumpa anak cucu menantu ... Rindu sangat2 dah pada mereka. Terutama cucu terbaru kami yg dah boleh merangkak kini (hanya lihat melalui panggilan video ... Lagi lah rindu! Huhu).

Dalam kami dok merancang pelan perjalanan nak rentas negeri, dapat panggilan dari doter.
"Ma, kami nak balik ni!!!"
Allahu. Gembira tak terkira hati!
Sebaik mereka sampai, terasa macam 'love story' ... Peluk cium penuh emosi.
Hari2 bersama penuh terisi.
Seolah2 'qadha' hari2 sewaktu PKP.
4 hari bercuti, cepatnya masa berlalu!

Selang 2 hari, anak no. 4 yg tinggal di Perak pula menyusul.
Anak yg sorang ni, perangai dia... dari zaman kolej, suka 'surprised' kan Mama. Tak beritahu bila dia nak balik  (takut Mama risau katanya). Tup Tup dengar orang bagi Salam, tersengih tercegat depan pintu ( ... dah anak 3 pun, masih begitu).
Rumah Biasa2 kembali berseri2.
Puaskan hati ... Itu, ini, ke sana, ke sini. Atok dan Nenek 'happy'.
Ayahsu kena buli 😁
4 hari bercuti, masih belum hilang rindu.

Semalam, Abang sulung mereka yg menetap di KL dan keluarga pula selamat pulang ke Rumah Biasa2.
Hati ibu ayah mana yg tidak gembira. Kepulangan anak cucu menantu yg amat didamba.
Rumah yg sunyi meriah kembali.
Segala rindu terlerai kini ...
Mahu dipenuhi segala hajat hati.
Ke sana ke sini. Pasti.
4 hari ... juga 4 hari. Mana memadai!!
Itu luahan hati.
Baik bagi mereka, juga kami ...
Tapi Itulah realiti.
Putaran roda kehidupan yg perlu dilalui.
Masing2 sudah berkerjaya, berkeluarga kini.
Giliran Mama dan Ayahnya kini, menjadi 'pelabuhan' ...
Sentiasa ternanti2, bilakah 'kapal2' kami akan berlabuh lagi dari kejauhan.

Nota:
Terima kasih Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim.
Di atas nikmat Mu yg tak mungkin dapat kami dustakan.
Kami yakin Engkau Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kami.
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindunganNYA. Aamiin ....


p.s. Mama dan Ayahnya sebenarnya dah nekad jika anak cucu menantu tak dapat cuti, kami yg akan rentas negeri. Haha!! Tak kesampaian nampaknya hajat tu. Depa yg rentas dulu 😅🥰


1 comment:

mokja said...

Macam disini. Sebaik rentas negeri dibenarkan,anak nombor 2 balik jenguk kampung halaman. Rindu tak tertahan berkurung dikondo berbulan. Kesini ke sana kami pi jalan2 dan makan2. Ni dok tunggu si nombor3 pula. Yang lain depa kata kami balik raya...so tak sabar nak main dgn cucu2 pula.