Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

24 July 2020

Apa ada di Kebun Biasa2 kami ...

Pagi, petang ... kami suka ronda2 keliling Rumah Biasa2 kami bila tak ke mana2.
Rasa tenang, rasa seronok ...
Rasa sejuk, rasa nyaman ...
Kicauan burung2 ... macam orkestra, bermacam lagu nya. 🤗🤗
Kebun Biasa2 kami ... memang biasa2 seperti namanya.
To others we stressed ... its nothing special. But to us, it's like our baby. Cherishing every progress they made, no matter how little. When they bear the fruits of your labour (tak susah mana pun 🤭🤭)... you can't help but grinning ear to ear, telling each other, taking pictures bla bla bla. Haha ...

Apa ada di Kebun Biasa2 kami?
Kami berdua (Mama dan Ayahnya) tanam pokok2 yg difikir perlu sahaja.
Dan yang kami nak makan, suka makan 😅😅
Serba sepohon ... rambutan, kelapa, gajus, limau purut, limau kasturi, limau nipis, belimbing buluh, mata kucing dan kurma.
Durian belanda ... Dua pohon. (Pemberian kawan dan adik bongsu).
Pohon mangga ... Jap nak bilang!
Belakang rumah, tepi kabin, tepi pagar. 1 2 3 4 5. Haa aa ... Lima pohon semua. 2 dah pernah berbuah, yg lagi 2 ... entah!! Yang satu lagi baru jer tanamnya. Pokok mangga sempena PKP ...
                             ~~~~~~
Nota:
Kurma sepohon dilaman rumah kami tu tiada dlm perancangan nak tanam sebenarnya.
2014 ... Mak Mama pergi lihat pokok2 kurma yg berbuah lebat di Bulatan Kota Bharu yg sedang viral ketika itu.

Mak kutip buah2 yg jatuh. Balik, beri Mama 2 biji. Buat kenangan katanya.
p.s. Masin mulut ibu ni. Percaya lah ...
Sebab Mama kata gitu?!
Tak tahu nak buat apa dengan 2 biji buah kurma yg Mak beri, Mama spontan tanam dalam pasu yg ada.
MasyaAllah bercambah sepohon. Pun Mama buat endah tak endah jerr.
Dua tahun pohon kurma tu hidup dalam pasu kecik. 2017 baru terdetik dihati nak pindah ke tanah. Itulah historynya pohon kurma yg ada dilaman depan rumah kami.
Kenangan pemberian Mak ... ❤️❤️❤️


Setakat ini dulu kali ni.
Jaga diri. Ikut SOP yg KKM saran.
Kita jaga kita ...
Moga wabak Covid19 semakin pulih dan segera berlalu pergi. InsyaAllah. Aamiin ...

22 July 2020

Berdebar ...

Data terbaru ini buat Mama berdebar2 ...


Baru aja terasa sedikit lega ...
Bila kes baharu Covid19 berlegar2 satu digit aja ...
Anak2 pun dah ke sekolah semula.
Tiba2 satu digit dah naik jadi dua digit pula.
Kluster2 baru timbul pelbagai pula.
Tersebar pula cerita2 Si Gelang Pink yang bebas, melata ... ditempat2 awam macam tak ada apa2.
Hadoiii!!
Jangan di tambah garam pada luka yg belum pulih weeiii ...
Parah jadi ya!!
Paham ke idok manusia jenis bodoh sombong ni kiasan Mama ...
Dah benar balik, datang Malasia ... ikut ajalah peraturan yg ada.
Dah beri kelonggaran kuarantin diri sendiri, tak sabar juga.
Betul la kata orang tua2, 'Sebab nila setitik, rosak susu sebalanga.'
Jenis tak fikir kesannya untuk jangka masa lama, kepada orang lain.
 'Sellfish'nya anda.
Elok jalan sini sana, macam tak ada apa2.
Geram nengok 'posts' di Facebook ... banyak 'ekor' rupanya yang tak reti bahasa (Mama is really piss off with their attitudes. Really!!!)
'Speechless'!!!!
Astagfirullahhal'azim ...
Tak pasal2 Mama pun ikut mengata.
Pun moga mereka sedar ...
Ini untuk kebaikan semua.

p.s. Keluarga mereka juga patut dipertanggungjawab untuk sedarkan mereka ni. Kalah Kluster Kayangan.
Tolonglah  ... Jangan heret Malaysia dalam kelompok penularan semula Covid19 .... Tolong beri kerjasama.

Kesian;
- frontliners
- anak2 yg baru bersekolah
- peniaga2 pasarmalam yg baru di benar beroperasi, dll .....
Paling kasihan,
- Mama dan semua Nenek2 dan Atok2 !!
Tertunggu2 kepulangan anak cucu menantu balik Raya Haji ni. Seminggu jer lagi.
Debar wehh!! Huhu ...



09 July 2020

Syukur ...

Rasa nak melompat gembira sebaik PM umum rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun 2020.
Maknanya dapatlah jumpa anak cucu menantu ... Rindu sangat2 dah pada mereka. Terutama cucu terbaru kami yg dah boleh merangkak kini (hanya lihat melalui panggilan video ... Lagi lah rindu! Huhu).

Dalam kami dok merancang pelan perjalanan nak rentas negeri, dapat panggilan dari doter.
"Ma, kami nak balik ni!!!"
Allahu. Gembira tak terkira hati!
Sebaik mereka sampai, terasa macam 'love story' ... Peluk cium penuh emosi.
Hari2 bersama penuh terisi.
Seolah2 'qadha' hari2 sewaktu PKP.
4 hari bercuti, cepatnya masa berlalu!

Selang 2 hari, anak no. 4 yg tinggal di Perak pula menyusul.
Anak yg sorang ni, perangai dia... dari zaman kolej, suka 'surprised' kan Mama. Tak beritahu bila dia nak balik  (takut Mama risau katanya). Tup Tup dengar orang bagi Salam, tersengih tercegat depan pintu ( ... dah anak 3 pun, masih begitu).
Rumah Biasa2 kembali berseri2.
Puaskan hati ... Itu, ini, ke sana, ke sini. Atok dan Nenek 'happy'.
Ayahsu kena buli 😁
4 hari bercuti, masih belum hilang rindu.

Semalam, Abang sulung mereka yg menetap di KL dan keluarga pula selamat pulang ke Rumah Biasa2.
Hati ibu ayah mana yg tidak gembira. Kepulangan anak cucu menantu yg amat didamba.
Rumah yg sunyi meriah kembali.
Segala rindu terlerai kini ...
Mahu dipenuhi segala hajat hati.
Ke sana ke sini. Pasti.
4 hari ... juga 4 hari. Mana memadai!!
Itu luahan hati.
Baik bagi mereka, juga kami ...
Tapi Itulah realiti.
Putaran roda kehidupan yg perlu dilalui.
Masing2 sudah berkerjaya, berkeluarga kini.
Giliran Mama dan Ayahnya kini, menjadi 'pelabuhan' ...
Sentiasa ternanti2, bilakah 'kapal2' kami akan berlabuh lagi dari kejauhan.

Nota:
Terima kasih Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim.
Di atas nikmat Mu yg tak mungkin dapat kami dustakan.
Kami yakin Engkau Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kami.
Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindunganNYA. Aamiin ....


p.s. Mama dan Ayahnya sebenarnya dah nekad jika anak cucu menantu tak dapat cuti, kami yg akan rentas negeri. Haha!! Tak kesampaian nampaknya hajat tu. Depa yg rentas dulu 😅🥰


05 July 2020

Hi!! I'm back ...

Wow!! Nearly 4 months hiatus ...
Betul2 ikut SOP Penjarakkan Sosial ni 😅😅😅😅
Itulah ... Mood ber'blog' ke laut dua tiga menjak ni.
Pun, blog ini tetap dihati.
Blog kawan2 tetap diikuti.
Mama jerr yg dok berteka teki ...
Macam jammed idea menulis ni.
Seperti bermula PKP hingga lah PKPP.
Kelamkabut tu dah reda kini.
Alhamdulillah.
Semalam, dok sembang dengan Ayahnya. Pasal pokok2 di Kebun Biasa2 kami ...
Sejarah dari mula tanam hingga hari ni.
Ralit juga lah kami mengimbas sejarah pokok2 yg masih berdiri ...
Dan juga yg tak menjadi.
Lalu terdetik dihati ...
Least Mama forgets (usia bukan menyebelahi kini)
Better updates my Kebun Biasa2 diary
For future reference, their very own story and history
Gracing our Rumah Biasa2 and providing us aplenty:
Cooling atmosphere, oxygen, fruits, shades, sanctuary for the birds and bees, not forgetting ... pleasant green scenery.
Tired mind and eyes remedy 🥰.
Well! That's all for now.
Got to start compiling notes for Kebun Biasa2 diary ...
Have a nice day everyone 💖

p.s. Harap semangat menulis Mama pulih sebagaimana doa dan harapan pulihnya wabak Covid19 ni.
InsyaAllah. Aamiin ...




08 March 2020

Ke mana tumpah kuah (Bab 1) ...



Melihat gambar Amar dan kawan2 (yg ditugaskan sebagai Fasilator2) ... usai Kem Kepimpinan Muda bg murid2 SK Jelor hujung minggu lepas, terpancar aura setiakawan dan keakraban mereka berlima.
Mama kenal semua; pernah bermalan di Rumah Biasa2 banyak kali; menemani Amar ketika Mama dan Ayahnya perlu berpergian tanpa Amar dek kekangan aktiviti sekolahnya.
Dah rasa macam anak2 sendiri depa ni. Antara geng tetap futsal dan outing (gi mari/derak kata oghe Kelate) Amar.
Tiba2 terfikir!!
Hmmm! Terperasan macam ada 2 kem. Kem 'peramah/outgoing' (Kem A) dan kem 'kurang peramah/reserve' (Kem B) dalam keluarga kami.
Kem A ~ Ayahnya, Angah (Arwah no. 2 son), Anas (no. 4) and Amar) bongsu, no. 6).
Kem B ~ Mama, Abe (no. 1), Kcik (no. 3) and Muaz (Mr. Cool, no. 5)
Yupp!! Selangseli gitu.

Yg dari Kem A senang bergaul dan kawan2 merata. Baru kenal dan macam kenal lama. Tak kekok/relax 'blend-in' majlis apa pun. Pergi mana2, ada je kawan/kenalan dia. Tidak akan hampakan kawan2 bila diperlukan.

Yg Kem B pulak, berat mulut, kekok, lebih senyum dan anggok bila dimajlis yg tak biasa. Tanya satu, jawab satu. Kawan tak ramai tapi setia, rapat hingga tua. Pendiam tapi ringan tangan, suka menolong.

p.s. Pun dari segi raut wajah pulak, rata2 yang mengenali kami kata anak2 dari Kem A, mirip Mama. Manakala dari Kem B, mirip Ayahnya.
MasyaAllah! Subhanallah!!

Itu dari segi sosial dan raut wajah sahaja. Personaliti dan perangai ... lain2 belaka.
6 anak 6 peel. What's work with no. 1, not necessarily works with the other 5 ... 😅😅.
Now my children, 3 whom have kids on their own now, are reaping what they did to me and their dad 😂😂😂. Good luck dearest sons, daughter. Mama and Ayahnya always open for consultations. 😊😊
Mr. Cool and Amar, please learned from them. 🤭🤭

Itulah, walaupun acuan sama, setiap anak adalah berbeza. Ada putih, ada sawo matang, ada tinggi, ada rendah, ada peramah, ada pendiam, ada berani, ada berhati2, ada penglipur lara, ada yg sentimental. Itu sebahagiannya ...
Amanah dari Allah semua. Ujian buat ibu bapa.
Carilah ilmu, sabar banyak2 dan Jangan luput doa buat mereka sentiasa, Jangan bezakan anak2 yg Allah kurnia kelebihan dari yg dikurnia kekurangan. Rezeki masing2 ... semua dalam perancanganNYA, ada hikmah belaka.
Moga kita sentiasa redha dan bersyukur. Aamiin ...
Take care everyone  ♥️

05 March 2020

Updates terkini ...

It's March already.
Time sure do flies fast ...
And for the umpteenth time ... Mama lets this blog 'bersawang', without any news or updates.
Did try ... But stopped halfway.
'Buntu'!!
Should tell or not ...
Always 'gitu'.
Right now, free with nothing to do.
Whilst in my faithful Myvi, aircond on and waiting for hubby, who unexpectedly bump into his old schoolmate, are chatting (in Cool Blog Cafe) excitedly Mama guess from their expressions and gestures 😆🤭(this will take some times for sure 'cos Mama just saw them ordering something 😂😂😅), decided to peek into me blog. Yupp... better do something.
Waiting is 'PENANTIAN ADALAH SATU PENYIKSAAN' ... been 20 minutes already lo!!!
~~~
Itu story tengahari tadi. Semasa keluar beli itu dan ini dengan Ayahnya.
Kadang2 bila dah selesai misi keluar ke pekan, ada saja lencongan spontan!!
Orang pencen gitu la ....
Masa bukan isu ....
Duit juga, OK lah tak semput macam dulu2 ...
Cuma tenaga ... Huhu!!
Pun ... Alhamdulillah diberi NYA kudrat, masih upaya ke hilir ke hulu
- Ziarah anak, menantu, cucu
- Belajar mengaji, ilmu agama yg tak sempat dulu
- Ke majlis2 ilmu
- Bertandang rumah sanak saudara, rakan taulan bila perlu
- Ber'dating' makan diluar jika malas masak, 'me n you' ❤️
Itu antaranya nikmat2 usia senja yg syukur sangat2 masih diberi peluang oleh Allah Ya Rabbul 'Alamin.

Enough rambling for now.
Reality is a scary lot nowadays.
Actually Mama 'pening' and tired, fed up pun ada with our country current  politic's scenario. Moga Allah lindungi kita rakyat jelata dari mereka yg tamak haloba. Aamiin
And the scary Covid-19 ... Please take extra care and caution, stay healthy and safe. Come school hols, just halt oversea vacations for the time being.
Lastly ....
Hanya pada NYA kita berdoa dan berserah. Moga kita dlm rahmat, perlindungan dan kasihNYA sentiasa. Aamiin ....