Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

18 October 2019

Menjalin ukhuwah jiran tetangga ...

Persatuan kami ibarat putik jagung ...
Masih muda, baru 11 bulan usia perjalanannya ... masih bertatih!
Pun ... Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan komitmen ajk yg dipilih serta sokongan padu dan kerjasama dari ahli2 ... pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan. Walaupun dana persatuan hanya berharap kepada yuran ahli RM2 serta yuran tahunan RM5 ... namun ahli2 tidak lokek menyokong dan memberi sumbangan samada dalam bentuk wang, tenaga dan barangan atau keperluan bagi menjayakan setiap aktiviti2 yang dirancang.
Terima kasih daun keladi Hawa Taman Darul Salam 💪👍💖. Moga sokongan dan ikatan ukhuwah kita berkekalan. Aamiin ...
Berikut 'updates' aktiviti2 pasca Syawal sehingga kini.

27 Jun 2019 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri


30 Julai 2019 - Program Jom Sihat dan Mesyuarat Agong Khas


19 September 2019 (Jumaat) -
Majlis bacaan Yassin bulanan dan Mesyuarat AJK bil. 5/19


Terbaharu sekali, Lawatan Hawa TDS ke Pengkalan Kubur dan Kota Bharu pada 12 Oktober 2019


Alhamdulillah semua program/majlis berjalan lancar. Semuga apa yg telah dijalankan dan bakal dirancang memberi manafaat dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim warga Taman Darul Salam. InsyaAllah ...

Nota:
Permohonan untuk mendapatkan Geran Komuniti 2019 telah dihantar kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Kelantan pada 3 September 2019 dan masih menunggu jawapan. Sama2 kita doakan agar permohonan kita diluluskan. InsyaAllah. Aamiin ...

No comments: