Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

04 May 2019

Bukan kali pertama ...

Ke bukan pertama kali??
Biaq pi lah. Bukan cikgu BM nak tengok pun 🤭🤭
(p. s. Anak2 yg masih sekolah tu, kalu terbaca pi comfirm dgn guru BM ayat mana yg betul ya!! Makcik tak mau bertanggungjawab deh. Camca marba sekali ni N3 Makcik)
OK! Balik ke topik pagi ni. Ceritanya  ...

Nak makan ubi rebus. Sedar2 dah jadi ubi bakar!! Huhu  ...
Kes yg berulang2 dan makin kerap kejadiannya.
Minggu lepas 2 kes.
- ikan rebus jadi ikan bakar!
- bubur nasi  ... TKO. Tak dapat diselamatkan terus.
Periuk2 yg terpaksa dilupus  ... eiii banyak lar juga.
Faktor usia kah? Atau Mama dah tersampuk dimentia (Naauzubillah).
Jika memasak, tinggal sekejap untuk jemur kain, jawab panggilan talipon, orang datang, dsbnya  .... dlm kata lain, alpa sekejap jerr .... alamatnya LUPA TERUS!!! Tau2 bau hangit menusuk hidung, memenuhi ruang dapur dan makan. PERNAH sekali  ... dek lama sangat, berkepul2 asap memenuhi dapur kerana isi dlm periuk dah terbakar!! Syukur sempat sedar dan padamkan api.
Bahaya kan ...
Dalam dok beringat2 pun alpa jugak.
Itulah penting doa dan zikir minta tidak berlaku apa2 yg memudaratkan, jauhkan bahaya dan bencana setiap hari. Jangan dilupa sama sekali. Moga kita semua dalam perlindungan NYA sentiasa. Aamiin.
Ni nak cerita kes yg lebih teruk dan bahaya dari Mama punya.
KY (nama dirahsiakan) rebus ikan. Suami KY ajak KY ke Narathiwatt. Jadi berpergiaanlah mereka selama 8 jam ke sana dan balik semula. Sebaik buka pintu rumah, bau hangit menyengat hidung. KY terus jerit,
"Ya Allah!! Ikan rebus  ...!"
Berkepul2 asap didapur. Periuk dah merah membara. Ikan? Toksah cerita. Dan seterusnya, pasang telinga, diam seribu bahasa dengar bebelan sang suami. Tapi sempat jugak lah menjawabnya,
"Mujur KY rebus guna api kecik jerr"
Sakit perut kami ketawa bila KY cerita.
Beritahu KY lagi bila kami soalsiasat dia, memang tak ingat langsung pasal rebus ikan masa nak keluar rumah, masa dok shopping2 sana, masa dlm perjalanan pergi dan balik. Hatta masa dok makan Tom yam ikan dan beli ikan segar maupun ikan kering kat sana.
Bahaya!! Memang bahaya penyakit ni. Pahtu nok buat guano??
Any solutions??
Atau demo pun gitu juga  ....

Nota:
Jika periuk atau kuali terbakar,
- jangan panik
- jangan curah air
- tutup kuali/periuk dgn tudung periuk utk padamkan api.
- tutup api dapur
- jangan sekali2 angkat periuk/kuali yg panas utk letak kedlm sinki.
- buka jendela/pintu/ventilator/kipas (selepas dapur ditutup, api dipadamkan)


1 comment:

mokja said...

Bahaya sunggoh penyakit lupa ni. Teringat drama perhangat kuah laksa hari raya pertama rumah jiran adik. Menakutkan juga.