Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

30 May 2019

Persediaan Raya ...

Almost none ... hmmm!!
Baju raya ... Mama, Ayahnya, Mr. Cool Muaz dan Amar masih tiada dalam radar.
Entah!! Semua cam tak kisah. Pakai jer lah mana yang ada. Motto dan tema tahun ni rasa nya. Hihi ....
Biskut raya? Yang doter tempah dah ada. Yang 'trademark' Rumah Biasa2... belum datang mood lagi. Ahh!! Sudah. Berapa hari lagi Mama wehh nak raya. Mana semperit, cornflakes madu dan marmar carries serta kek buah nya??
Entahlah ... Semenjak dua menjak ni fokus dah tak terarah ke situ. Tengok lah macamana!
Rumah Biasa2  ... seperti biasa hanya tukar bila perlu. Raya tak semesti semua harus baru. Janji bersih kawasan luar dan dalam rumah.
Yang fikir nak sedia, juadah pagi raya. Nak beli bawang, lada, garam, gula ....
Ayam, ikan, daging dah tempah siap2. Cuma nak pi ambil petang hari buat ketupat ...
Ehh!! Talking about ketupat ... Mama lupa, tak tempah lagi ....
(p.s. juadah wajib orang lama.)
Stop sini dulu deh my ramblings. Nak tempah ketupat dulu noo. Harap2 terima lagi. InsyaAllah.



25 May 2019

Aktiviti awal pagi ...

p.s.  .... Lamanya tak 'update' perihal Kebun Biasa2 kami.

Ingat tak pokok manggis cubaan tanam kali ke 4, 1 Jun 2018?
😭😭😭
Tak berjaya juga. Mati kejung dia. Bukan salah cuaca atau tuan dia tak cakna.
Tapi .... angkara lembu entah milik siapa, yg sering masuki pagar yg terbuka (bila terkadang2 alpa tutupnya). Yg tiap kali pilih pucuk2 muda pokok mangga, manggis, keledek dan pokok2 bunga yg ada.
Bisa gamaknya air liur depa, walau pun Mama cantas, bertunas tumbuh daun baru, kena makan lagi, cantas lagi ... campur musim kemarau, #4 k.o akhirnya.
Give up?!! No no no ...
Ayahnya refuse to surrender.
Minggu lepas beli lagi anak pokoknya.
Kejap tadi, Ayahnya dan Mr. Cool (yg baru sampai semalam utk cuti raya) dah tanam pokok manggis #5 (aka cubaan kali ke 5).
Sungguh, tiada daya dan upaya kami melainkan berserah 100% pada NYA. InsyaAllah.
Yang penting, 'Never say never' ...
Turut ditanam mengiringi pokok manggis, pokok sentul (santol @cotton fruits ikut Wikipedia). Yang ni Mama pilih yg buah dia besar2, Siam mari kata penjualnya.
Buah sentul 😍
(gambar Google) 
Juga anak pokok pisang tanduk.
Alhamdulillah dah selamat ditanam semua. Moga cuaca redup pagi ini, kemarau yg dah berlalu, berkat bulan Ramadhan yg mulia  ... tumbuh dan membesar bagai yg diidam. InsyaAllah. Aamiin.
Sementara itu, nak lapur juga 🤭:
Pokok durian belanda - kedua2 pokok tak henti berbuahnya.
Pokok gajus - tahun ini kali ke 2
Pokok gajus yg
ditanam diluar pagar
berbuah. Lebat sungguh.
Pokok2 betik - rasa nya tanah dikawasan kami memang sesuai untuknya. Subur dan lebat2 buahnya. Hingga pokok2 terpaksa di'support' batangnya agar tak tumbang.
Pokok rambutan dan mata kucing - sedang lebat berbunga.
Pokok limau nipis dan limau kasturi juga berbuah sokmo.
Cuma pokok kelapa dan kurma yg masih dialam remaja 😅😅
Pun sukanya ...
Makin diberi/dikongsi - makin berbuah lagi.
Itulah sifir sedekah  ...
Percayalah.
Dengan berlalunya kemarau, selepas Ramadhan dan Syawal, Mama merancang mahu bercucuk tanam sayur2an pula.
InsyaAllah  ...
Moga diberi NYA rezeki sihat buat kami berdua. Aamiin 

Nota: Semua ini Mama nukil untuk rekod bila pokok2 ditanam di Kebun Biasa2 kami  disekitar Rumah Biasa2 kami.

24 May 2019

Huawei .... Huwaaaa

Lagumano ni?
Mama ni baru je beli henpon Huawei awal tahun ni.
(p. s. Huawei yg biasa2 jer pon)
Tiba2 ...
Trump keluar perintah pulak!
Tuduh peranti Huawei buleh spy depa ... sekat guna applikasi Google dsbnya  ...
Ntah ada bukti ke apa.
Ayoyo  ...
Mama??
Ibarat kancil larr, tersepit!!
Gajah sama gajah berjuang!!!
Adehhh  ....
Nyesal xbeli Oppo ke, Realme ke, Vivo ke ari tu.
Mengapa lah pilih Huawei??!!
Xianzai zenme yang??
Huhu ...

19 May 2019

18 Mei ....

Tarikh yg ingin sangat dilupakan ....
Tapi juga tarikh yg perlu diraikan  ....
Dalam gembira hari lahir  dirai ...
Ada sendu tangis dilubuk hati ...
Beginilah setiap kali ...
Selepas 18 Mei 2009.
.
.
.
18 Mei  ...
Tarikh anak bongsu, Amar dilahirkan ke dunia  .... 16 tahun yg lalu.
Amar .... Mama sokmo doakan Amar jadi anak yg soleh, berjaya dan selamat dunia akhirat serta membahagiakan Mama dan Ayoh juga orang lain dikeliling adik.
.
.
.
18 Mei juga tarikh anakanda ke 2 Mama, Wan Mohd Munzir dijemput Ilahi 10 tahun yg lalu pada usia 25 tahun.
Dia sihat sahaja bila tiba2 demam 'on n off' selama seminggu sebelum meninggal (severe pneumonia with acute respiratory distress syndromes - itu yg tertulis dlm sijil kematian Angoh).
Remuknya hati kami semua hanya Allah yg tahu ...
Pun kami redha ...
Setiap kali tulis, ingat, cerita pasal Angoh .... Air mata pasti tumpah. Allahu. Ia luka yg tak pernah sembuh.
Allah lebih sayangkan Angoh.
(pujuk hati setiap kali ingati dia)
Al Fatihah ....
.
.
.
p. s. Masih ingat pada hari tu, Amar usia 6 tahun. Hanya dia yg tidak menangis, tapi pejam mata mulai jenazah sampai hingga disolatkan. Masa cium pun pejam mata. Waktu itu kami semua tenggelam dlm duka masing2. Sehari selepasnya Mama tanya kenapa Amar tak mahu buka mata tengok arwah buat kali akhir.
Amar beritahu dia tak suka tengok Angoh tidur lama2, tak gerak2, buat Mama nangis. Ketika Ayahnya pulang dari pengkebumian Angoh, baru Amar nangis teresak2. "Amar sayang Angoh" itu yg diucap berkali2 hingga terlena. Air mata semua yg ada tumpah kembali .... Ia kenangan yg berbekas dihati.

Ya Allah. Ampunilah dosa2 anakku dan damai kan rohnya di sana bersama2 orang yg beriman. Aamiin ....


13 May 2019

Berbeza sunggoh ...

Memang ketara sangat bezanya  ...
Berbuka dan bersahur zaman muda2 dengan zaman bersara ni (enak sikit dengarnya dari perkataan 'tua' 🤭)!
Dulu2 tak kisah  ... hentam semua apa yg nampak dimata, teringin dihati.
Air ais, berkabonat, kafein ke apa  ... tibai aja. Sedap pada deria bau dan mata  .... hati pun bermaharajalela.
Pedas (semestinya), lemak bersantan (the better), minyak selori (lagi sedapnyo).... goreng, gulai, bakar, salai, tumis, kukus .... no hal. Whatever  ..
A treat just because one whole day u puasa!!!
Itulah ambo aka Mama dulu2.
Laa ni? Cubalah ikut gaya tu.
Cerah masa depan lah jawab ya.
Meragam semua sistem 'klasik' ni ... hari berikutnya pasti tak selesa.
Terbantut agenda tadarus, tadabbur dan pendek kata 'punah' jadual yg dirancang/biasanya.
Sekarang ... Dua2 Mama dan Ayahnya kena 'hati2 dijalanraya'. Tak leh ikut nafsu dan rasa. Kena ikut 'akibat' pula.
Makan ... Minum ... Aktiviti ...
Not as before.
Apapun redho! Better be safe than regret later  ...
Pun ... Alhamdulillah!!!
Syukur masih boleh 'cheats' sekali sekali sekala. Haha  ...

p. s. Puasa bukan pesta makan ya!!
Berlapar dahaga ada yg tersiratnya. Carilah ilmu, dlm apa jua perkara. Barulah sempurna dan tercapai maksudnya. Bukan pak turut semata2!!!
Moga puasa tahun ini semakin baik dari sebelumnya. InsyaAllah. Aamiin.

Oh ya! Jom ikut resmi padi, semakin masak (tua) , semakin tunduk berisi (ilmu2 yg bermanafaat) gitu.

06 May 2019

Hari pertama Ramadhan 1440H ...

Alhamdulillah kami di Rumah Biasa2 tidak bersahur bertiga ...
Kali ini anak2 dan keluarga masing2 yg dok Maran dan Setiawan balik menyambut puasa bersama2  ...
Semestinya Mama dan Ayahnya gembira.
Amar?!!  Tahan jerr la dek anak2 sedara gegak gempita berlarian dan asyik nak masuk bilik dia.
"Camner nak study ni Mama. Minggu ni minggu exam!"
"Jawabnya kena bangun pagi sebelum sahur lah. Itu jerr waktu bertenang mereka 😅😅"
Petang ni Mama tak payah buat apa2, masak nasi jerr. Kami nak ronda bazar Ramadhan. Tak Sah kalau balik tak pekena kuih muih lauk pauk tempat an kita. Hari pertama kuih muih, lauk pauk dan pelbagai jenis air 'fresh' belaka.
Itu kata mereka!!
Alahai anak2. Gitula mereka melayan kita. Tapi Mama pula macam rasa terkilan, tak lengkap kalau tak masak untuk anak2. Dah terbiasa ...
Ayahnya dah pesan, toksah rambang mata. Beli yg perlu jerr.
Tak tahu lah Mama. Kalau ikut kes2 lalu, dalam beringat .... penuh meja juadah berbuka.
Jangan membazir sudahlah anak2, menantu2  ...

p.s. Ingat pada mereka2 yg susah di sini dan juga di merata dunia. Terutama umat Islam yg tertindas di Palestine, Somalia, Syria, Rohingya, China, Sudan ... itu antaranya.

Bersyukur lah kita hidup dinegara yg subur, bebas, aman damai dan tiada bencana alam yg serius.
Moga puasa tahun ini lebih baik dari tahun2 sudah. InsyaAllah  Aamiin  ...





05 May 2019

Lapuran aktiviti sebelum bulan puasa ...

Alhamdulillah syukur segalanya berjalan lancar ...

1. Program Jom Jalan Hawa TDS

Bergambar beramai2 dan
sessi panaskan badan

Jom Jalan 😍

Posing di'check point'
(wajib 😂) 

Jamuan ringan dan ramah mesra

2. Perjumpaan dengan ROS (Registry of Societies - Jabatan Pertubuhan Pendaftaran)



3. InsyaAllah Ramadhan akan terisi dengan aktiviti2 bermanafaat pula.

RAMADHAN KAREEM semua. Maaf sekira ada salah dan silap ...

04 May 2019

Bukan kali pertama ...

Ke bukan pertama kali??
Biaq pi lah. Bukan cikgu BM nak tengok pun 🤭🤭
(p. s. Anak2 yg masih sekolah tu, kalu terbaca pi comfirm dgn guru BM ayat mana yg betul ya!! Makcik tak mau bertanggungjawab deh. Camca marba sekali ni N3 Makcik)
OK! Balik ke topik pagi ni. Ceritanya  ...

Nak makan ubi rebus. Sedar2 dah jadi ubi bakar!! Huhu  ...
Kes yg berulang2 dan makin kerap kejadiannya.
Minggu lepas 2 kes.
- ikan rebus jadi ikan bakar!
- bubur nasi  ... TKO. Tak dapat diselamatkan terus.
Periuk2 yg terpaksa dilupus  ... eiii banyak lar juga.
Faktor usia kah? Atau Mama dah tersampuk dimentia (Naauzubillah).
Jika memasak, tinggal sekejap untuk jemur kain, jawab panggilan talipon, orang datang, dsbnya  .... dlm kata lain, alpa sekejap jerr .... alamatnya LUPA TERUS!!! Tau2 bau hangit menusuk hidung, memenuhi ruang dapur dan makan. PERNAH sekali  ... dek lama sangat, berkepul2 asap memenuhi dapur kerana isi dlm periuk dah terbakar!! Syukur sempat sedar dan padamkan api.
Bahaya kan ...
Dalam dok beringat2 pun alpa jugak.
Itulah penting doa dan zikir minta tidak berlaku apa2 yg memudaratkan, jauhkan bahaya dan bencana setiap hari. Jangan dilupa sama sekali. Moga kita semua dalam perlindungan NYA sentiasa. Aamiin.
Ni nak cerita kes yg lebih teruk dan bahaya dari Mama punya.
KY (nama dirahsiakan) rebus ikan. Suami KY ajak KY ke Narathiwatt. Jadi berpergiaanlah mereka selama 8 jam ke sana dan balik semula. Sebaik buka pintu rumah, bau hangit menyengat hidung. KY terus jerit,
"Ya Allah!! Ikan rebus  ...!"
Berkepul2 asap didapur. Periuk dah merah membara. Ikan? Toksah cerita. Dan seterusnya, pasang telinga, diam seribu bahasa dengar bebelan sang suami. Tapi sempat jugak lah menjawabnya,
"Mujur KY rebus guna api kecik jerr"
Sakit perut kami ketawa bila KY cerita.
Beritahu KY lagi bila kami soalsiasat dia, memang tak ingat langsung pasal rebus ikan masa nak keluar rumah, masa dok shopping2 sana, masa dlm perjalanan pergi dan balik. Hatta masa dok makan Tom yam ikan dan beli ikan segar maupun ikan kering kat sana.
Bahaya!! Memang bahaya penyakit ni. Pahtu nok buat guano??
Any solutions??
Atau demo pun gitu juga  ....

Nota:
Jika periuk atau kuali terbakar,
- jangan panik
- jangan curah air
- tutup kuali/periuk dgn tudung periuk utk padamkan api.
- tutup api dapur
- jangan sekali2 angkat periuk/kuali yg panas utk letak kedlm sinki.
- buka jendela/pintu/ventilator/kipas (selepas dapur ditutup, api dipadamkan)