Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

20 January 2019

Percuma ...

Anak2 dah pesan banyak kali kat Mama. Cakap jer tak mahu jika dapat panggilan dari Astro 'offer' apa2 tawaran 'special' sebab banyak kali juga lah Mama terjerat tawaran depa. Tapi kan  ... kali ni depa tawar 'decoder' baru yg boleh 'record' siaran yg diingini ... P E R C U M A!! Ya percuma (tak tau lah sebab apa). Tak perlu bayar se sen pun. Beri jer tarikh, depa datang pasang. Bila dengar percuma, Mama pun terus setuju. Bukan perlu sangat pun! Tapi sebab P E R C U M A ... 😅
Kalau anak2 tahu ni mesti depa 🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♀️.

Dan .... petang tadi si Rahim datang pasang dah. Mama ambil la peluang komplen ada siaran tak dapat tengok  ... asyik "no service" jerr. Bukan hujan pun!! Rahim baik. Ikut jer. Sekarang semua siaran dah ok. Percuma jer. Tapi lama jugak la Rahim dok 'gi mari' nak betulkan siaran tu. Kesian pulak.
Sebelum balik Mama hidang teh o ais limau dan bekalkan sebiji betik untuk Rahim. Percuma dari kami ...

p.s. nak habaq limau nipis dan betik tu dari Kebun Biasa2 kami. Nanti cerita lain kali apa berita Kebun Biasa2 kami.
.
.
.
And the happiest person is ... Amar 😍

No comments: