Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

20 January 2019

Percuma ...

Anak2 dah pesan banyak kali kat Mama. Cakap jer tak mahu jika dapat panggilan dari Astro 'offer' apa2 tawaran 'special' sebab banyak kali juga lah Mama terjerat tawaran depa. Tapi kan  ... kali ni depa tawar 'decoder' baru yg boleh 'record' siaran yg diingini ... P E R C U M A!! Ya percuma (tak tau lah sebab apa). Tak perlu bayar se sen pun. Beri jer tarikh, depa datang pasang. Bila dengar percuma, Mama pun terus setuju. Bukan perlu sangat pun! Tapi sebab P E R C U M A ... 😅
Kalau anak2 tahu ni mesti depa 🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♀️.

Dan .... petang tadi si Rahim datang pasang dah. Mama ambil la peluang komplen ada siaran tak dapat tengok  ... asyik "no service" jerr. Bukan hujan pun!! Rahim baik. Ikut jer. Sekarang semua siaran dah ok. Percuma jer. Tapi lama jugak la Rahim dok 'gi mari' nak betulkan siaran tu. Kesian pulak.
Sebelum balik Mama hidang teh o ais limau dan bekalkan sebiji betik untuk Rahim. Percuma dari kami ...

p.s. nak habaq limau nipis dan betik tu dari Kebun Biasa2 kami. Nanti cerita lain kali apa berita Kebun Biasa2 kami.
.
.
.
And the happiest person is ... Amar 😍

10 January 2019

Tahun baru ... Anak Kerapu.

Tahun baru ... dah tak ada azam baru.
Tak perlu ... sekarang cuma ingin hari ini lebih baik dari semalam.
Tapi tahun hijrah baru2 ni ada berazam  ... berhijrah ke arah yg lebih baik. Insya Allah dah capai sedikit yg dirancang. Moga istiqomah. Aamiin!!

Tahun baru ... henpon baru. Yg lama tu kalau nak baiki, 'mahal tali drpd lembu' ... kena tunggu, tu pun ok ke idoknya belum tentu. Lalu beli yg baru, ... cuma ambil masa pulak la nak guna dan bersuaikenal dgn segala aplikasinya. Ni posting pertama gunanya ... asyik 'gohead n gostand' (ke depan ke belakang) la berkali2 nak betulkan ejaan dan yg berkenaan dgn ya 😒. Letih mata, jari dan minda. Gigihkan juga. Dah se jam rasanya. Huhu!!

Tahun baru ... dapat ilmu baru. Bila berjalan, rajin2 nikmati persekitaran kita. Ambil masa lihat sekeliling dan bertanya, banyak manafaatnya.
Kisahnya:
Semalam, Rabu  ... Mama dan Ayahnya 'berdating' pekena nasi dagang Terengganu di Restoren K. Ju Nasi Dagang, Tok Bali. Lama tak makan di sini, berselera dan bertambah pula hari ni. Nasi putih dan lauk pauk lain pun ada juga.
Lepas sarapan kami bersiar2 di pekan Kuala Besut. Sunyi kerana musim tengkujuh belum habis. Jika tidak sibuk dengan pelancung2 dalam dan luar negara yg ingin ke Pulau Perhentian atau Redang.
Sambil menikmati keindahan pantai, mata tertumpu pada aktiviti tepi pantai. 'Curious' sebab keadaan laut masih bergelora tapi ramai sedang buat sesuatu di dalamnya. Mama mendekati dan bertanya. Rupa2nya nelayan sekitar; secara berkumpulan; sedang menangkap anak ikan kerapu. Sumber pendapatan mereka musim ini kerana masih tak dapat turun ke laut lagi.
Anak2 kerapu ini akan dijual kepada penternak kerapu tempatan pada harga sekitar 50 sen se ekor. Purata pendapatan sekitar RM1, 000  dan boleh mencecah RM10, 000 semusim.

p. s. Mama dimaklumkan pada bulan November dan Disember aktiviti ini tidak dibenarkan di bawah Akta Perikanan, bagi melindungi kelangsungan ikan kerapu diperairan Malaysia dan elak benih dijual ke luar negara.

Laut masih bergelora.
Bukan mandi pantai tp menuai anak kerapu.

Menuai anak kerapu. Ranting2 kayu digoyang2 dalam bekas khas warna biru
spt gambar di bawah.

Hasil tuaian diserah utk diasingkan
anak kerapu dari anak ikan lain

Anak ikan kerapu

Ranting kayu diikat dan direndam dlm
air laut utk perangkap anak2 kerapu yg
berlindung/bermain di celah2 ranting. 

Nota: Induk kerapu akan melepaskan telur pada musim tengkujuh dan anak2 kerapu akan turun ke pantai untuk membesar.

Begitulah hukum alam yg diciptakan Allah snw. Sumber rezeki ada di mana2 setiap masa dan keadaan. Kitalah yg perlu memerhati dan belajar untuk memanafaatkanya tanpa meninggalkan mudharat demi anak cucu kita nanti juga.

02 January 2019

Rasa macam raya (memori) ...

28/12/2018 - 01/01/2019
Semua anak2 menantu2 dan cucu2 pulang ... kecuali Mr. Cool yg terpaksa hadapi 'final exams' semester ini hingga pertengahan January.
Bising, riuh rendah, gegak gempitalah Rumah Biasa2 kami ...
Bilik2 penuh berpenghuni ...
Dapur sentiasa beroperasi ...
Mesin basuh ... lewat malam pun berkhidmat lagi
Kucing kami ... Pyo dan Bambam entah ke mana lari awal2 lagi, menyorok sembunyikan diri 😂
Rumah macam tongkang pecah ... Cucu2 lah. Siapa lagi ...
Kesian jiran2 terdekat kami  ...
(kalau dok Jepun ... Sah kena saman - bunyi bising, gangguan + kacau ayam2 jiran, entah apa lagi ...)
Setiap kali balik, tak sah kalau Rantau Panjang, Warung Pok Mat Pulau Pisang, Kota Bharu, Pasar Minggu Kuala Besut, Pasar Malam Sabtu - tak dijejaki.
Kami pun of coz tumpang sekaki!!
Dan nasi Kak Wok, pulut pagi, che mek, kueh topi, pulut inti serta teh tarik Mama, adalah menu wajib setiap pagi.
(*Billah's Coffee juga satu kemestian anak2 menantu2 bila pulang ke sini)
Siaran TV ... Cucu2lah yg 'conquer', Ceria, Baby TV ... Hok tu jer yg dok selang seli. Kuasa veto cucu2, Atok pun 'surrender' ... Hihi!!
.
.
.
Lalu bila semua dah balik negeri ...
Bilik2 kosong kembali  ...
Suasana? Sunyi!!!
'Back to normal' kami ...
Bertiga kembali.
*Rasanya hanya PYO dan Bamban yg  'happy' ...
Bilalah pula nak suasana begini lagi ...
.
.
.
Pahit? Itulah realiti  ...
Roda kehidupan diusia senja begini ...
Yang pasti ...
Hari anak2 menantu2 cucu2 balik ke Rumah Biasa2 ini ...
Itulah Raya buat kami!!!

p. s. Missing them all sooo much already.