Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

22 December 2018

Girang bila jumpa kawan2 zaman sekolah ...

#Trobek:
Tahun 1977, Sekolah Menengah Zainab (all girls school ๐Ÿ˜)... tahun kami duduki MCE (skrg SPM) ... tahun akhir bersama2 dari ting.1 - ting. 5!! Tahun 'sweet 17', yg paling manis bg Mama!!
Dan selepas itu masing2 mula sibuk dgn pembelajaran, membina kareer dan keluarga. Masa itu tiada FB, Whatsapp dan sebagainya. Tak dapat nak 'trace' ... hanya tertanya2 ... di mana dia, dia, dia .... setakat itu sahaja.

#reunion:
Itulah kami kini ... yg majoriti dah berstatus 'pesara' ... 'mak mertua' ... dan yg paling seronok ... 'N E N E K' ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜.
Dah banyak masa terluang ... lalu pantang ada jemputan kenduri, aqiqah cucu, hatta sarapan pagi ... berkumpul dan berjumpalah kami ditempat yg disepakati.
Guess what?! It was as if we're 17 again ... oblivious of our surrounding ... talking, laughing, giggling, joking ... and most of all welfies. We swarm toward where photos are being taken. Hihi ...!!
When we meet, magically all else are forgotten ... stress, sadness, loneliness, problems, all sickness, body pains and aches!!
p.s. suami pun lupa ... hahaha!!!
Jangan kecam nooo kalau jumpa makcik2 baya Mama macam tak hingat diri ... hoha hoha ... gegak gempa ... posing sana posing sini. Sekali sekala jer ni.
Biarkan kami ... gembira selagi masih upaya ... buat pengubat hati ... dipenghujung usia begini.

#gambarkenangan:
#biargambarberbicara:

๐Ÿ‘† Kenduri anakanda N. Sah
09/12/2018
Anggerik Banquet Hall

Kenduri anakanda W. Raiha
15/13/2018
๐Ÿ‘†Taman Uda Murni๐Ÿ‘‡





12 December 2018

WW - Lembu sapo dia ...


Hi!! ... ๐Ÿฎ

Pantang pintu pagar tak tutup,
dua beradik ni pasti masuk meragut
rumput ...

Mama yg baru balik dr pasar,
nak jadi 'cows' whisperer' konon ... ๐Ÿ˜„

Amar sedang memerintahkah
lembu2 agar keluar ... ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

** Nota:
Bila lembu belaan dilepaskan melata ...
Bila pagar tak ditutup kerana dah terbiasa/lupa ...
Maka ... jadilah seperti contoh di atas.
Hampir hari2 datang kalau tuan dia lepas ...
Rumput, sayur, anak pokok, maupun pokok2 bunga ... habis dikebas.
Ditinggal pula 'baja' ... hadoii laa!!
Nak marah lembu? Pukul mereka?
Kesian pula ...
Lembu2 tak ada akal, tak berdosa ...
Tu ... tuan lembu tu haa!!!
Tak tahu, tak takutkah mereka?
Dosa haiwan ternakan menceroboh kawasan orang ... anda tanggung!
Anda makan, buat berjamu anak bini, keluarga, sanak saudara, semua (buat aqiqah, korban, kenduri kendara bagai ...) ... daging haram tu!!
Duit hasil jualan ... pun sama.
Haram juga!
Hanya dengan biarkan/lepaskan lembu2/haiwan ternakan melata ... menceroboh kawasan orang, makan segala mak nenek yg depa (lembu2 tu lah) suka ... tanpa diminta izin dahulu ... Allahu!! Beratnya dosa ...
Jadi darah daging dari sumber haram anda sekeluarga (Ya! Anda, demo, tuan punya lembu tu.)
Takutnya ... Naauzubillah ...

p.s. tanan perumahan kami masih dikelilingi kampung2 tradisional. Dah tanya rata siapa tuan. Tak ada yg mengaku/tahu. Hmmm ... kalau tangkap dan jual, dapat seribu dua nih. Hihi ... acah aja. Dosa ....







11 December 2018

Majlis 7 Disember 2018. Alhamdulillah ....

Syukur Majlis Tautan Ukhwah taman kami yg dirancang Jumaat, 7 Disember lalu ...
- berjalan lancar,
- cuaca elok hingga majlis selesai,
- semua aturcara ikut jadual,
- kehadiran memuaskan,
- jamuan 'potluck' berjaya,
- cabutan bertuah yg bertuah.
(Paling seronok sebab semua bertuah ... terima kasih kpd penyumbang2 yg sungguh murah hati ... sunggoh kami tak sangka)
Malam tu kami kongsi gambar2 semasa majlis digrup wassup Hawa taman kami ...
Yg tak dapat hadir minta diadakan lagi majlis seumpamanya ...
Seronok ajk2 yg bertungkus lumus jayakan majlis ni bila dapat 'responds' begini ...
Dalam perancangan 2019 nanti ...
Pelbagai agenda sedang dirangka dan diteliti ...
Moga diberkati dan dipermudahkan niat dan usaha kami ...
Moga mendapat kerjasama semua ahli ...
Moga tercapai apa yg diingini ...
Demi kebajikan dan kebaikan kejiranan kami ...
Agar kami saling kenal mengenali!
Agar terus utuh tautan ukhwah, silaturrahim taman perumahan kami.
Aamiin ....!!!

Pendaftaran

Bacaan Yasin

Sumbangan2 utk cabutan bertuah

Cabutan bertuah ...

p.s. Mama gembira diusia sebegini masih dapat menyumbang serba sedikit buah fikiran dan tenaga. Moga diberi NYA kesihatan yg baik untuk ini. Aamiin ...




05 December 2018

LUSA ...

Lusa ...
Majlis tautan ukhwah khusus untuk kaum hawa taman perumahan kami dirancang lepas Jumaat
Gusarnya Mama dan ajk2 yg ditugaskan utk majlis ini.
Bukan risau tentang persediaan berkaitan majlis ....
Tapi risau dengan musim hujan
Dua tiga hari ni asyik hujan siang malam ... berhenti sekejap2 saja
Kalau lusa hujan lebat ... risau ramai tak dapat datang.
Jangan tanya kenapa buat musim hujan ...
Itu saja masa yg terluang ... cuti sekolah ...
Nak sesuaikan waktu dan masa luang semua ... mana mungkin!
Kesnya samalah juga dengan mereka2 yg mengadakan kenduri kahwin musim ini (di Pantai Timur lah) ...
Ia risiko yg perlu diambil ...
Begitu juga kami ... ambil risiko yg sama bagi perjumpaan pertama semua hawa di sini.
Apapun yg terjadi nanti ...
Berserah kepada NYA.
Nawaiitu kami baik ... demi ukhwah dan kebajikan kaum hawa taman perumahan kami. Kalau boleh nak kenal semua ... tuannya, keluarga mereka. Mahu saling tolong dan membantu bila perlu.
Bukankah jiran2 itu orang yg terdekat dengan kamu ...??

p.s. teringat majlis kahwin anak sulong Mama pada musim begini pada 25/12 dulu. Minggu tu hujan mencurah2 ... kawasan2 rendah mula banjir. Pun pada hari kenduri, cuaca elok sekali hingga ke petang. Alhamdulillah ... syukur sangat. Malam tu hujan kembali. Begitu juga keesokan harinya ... Allah Ya Allah!! Begitulah perancangan dari NYA.
Lusa ...
Kami berserah pada NYA ...
Persediaan sebaik mungkin telah diusahakan.
Doa moga cuaca elok2 saja dan majlis berjalan lancar dan berjaya. Tawakkal ... kerana hanya DIA Yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kita. Aamiin ...
In Syaa Allah ...

03 December 2018

Alahai Cucu : P. Puteh - Setiawan ...

Kami ke Setiawan Khamis lepas.
Ziarahi anak menantu cucu di sana.
Bila begini terfikir jugak ... alangkah bagusnya kalu depa semua dok satu negeri. Lain daerah tak apa ...
Bolehlah Atok dan Nenek borong lawat semua satu 'trip' aja.
Bukan apa ... lawat yg sini, teringat yg sana ... pergi yg sana, rindu yg dok tengah2 pula!! Nak lawat semua sekali harung dah tak terdaya ... minda sanggup tapi fizikal ... 'surrender'!!
Mana tidaknya ...
3 tempat berbeza ... Perak, KL dan Pahang ... tiada daya upaya dah nak 'repeat trip' utara, barat, timur dan selatan setiap kali bercuti macam zaman muda dulu. Huhu ...
Nostalgia: Teringat kami sekeluarga (tahun 2000 kalau tak silap) bercuti ke P. Pinang (bermalam), Perak, KL (bermalam), Negeri Sembilan dan Melaka (bermalam). Dari Melaka pulang ke Kelantan ikut Bahau -Pekan - Kuantan - Jabor/Jerangau - K. Berang - Setiu - P. Puteh.
Bila fikir sekarang ... 'amazing feats' sunggoh ... nak2 dgn anak2 masih kecil dan bersekolah, sumbat satu kereta (7 orang) ... 'the chaos, temper, tantrum and all' ... ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
                          ~~~~~~

Alhamdulillah dua beradik ni suka buahtangan dari Nenek. Ralit betul mereka berkarya ... tak sedar gambar diambil Ayahsu mereka ... hihi. Cucu di Maran pun Mama belikan 'drawing board' ni juga. Boleh lukis, tulis dan conteng ikut suka serta padam bila2 masa. Moga bermanafaat ... In Syaa Allah.
3 hari 2 malam di sana sekejap terasa. Sebelum bertolak pulang,
kami singgah rumah besan diIpoh. Setiap kali singgah, kami pasti dijamu dengan juadah lazat yg beraneka. Kali ni ... pulut durian (durian Gopeng maklum besan) sajian utama. Allahhu ... sedap tak terkira!!
Cuaca di sana cerah sahaja. Sebaik memasuki Lebuhraya Timur - Barat, cuaca berubah. Hujan sepanjang jalan hinggalah sampai ke Rumah Biasa2 kami sekitar jam 6.30 ptg.
Alhamdulillah ...

p.s. yg tak sukanya bila ziarah cucu, rindu semakin kuat dari sblm pergi. Nak2 bila anak beritahu cucu mula bertanya mana Atok, Nenek dan Ayahsu ...huhu!! Bila telefon, cucu merajuk tak mau sembang ... pusingkan badan. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข