Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

20 November 2016

Ingat bini awak sorang je solat ...

Petang tadi singgah solat asar disurau di sebuah stesyen minyak ....
Waktu Mama masuk surau sebelah wanita ada seorang wanita, seorang anak perempuan (agak Mama usia 10 thn) dan anak kecil sedang menyusu ...
Si kakak solat sebelah Mama sementara si ibu ralit dengan henpon disebelah sikecil ...
Waktu Mama hendak angkat tangan untuk takbir ... tiba2 tanpa sebarang 'warning' ... tabir sebelah Mama terangkat dan ...
Terjengul seorang lelaki ... mula2 pandang Mama (dalam 3 saat kot), pastu pandang bini dia ...
Tanpa kata2 maaf kerana dah ceroboh bahagian wanita, terus tanya bini dia ... "dah solat ..." dan selamba turunkan tabir.
Mama? Tentunya terkejut yg amat!!!
Mujurlah aurat dah terlindung dgn telekung ...
Spontan Mama terkata, "Weh!! Apa selak2 tabir nih ..."
Mama terus pandang bini dia ... yg buat2 tak tahu, cepat2 pergi ambil wuduk ...
Mama istigfar banyak2 dan terus solat.
Usai solat ... si ibu masih solat dan si kakak duduk sebelah adik.
Terus keluar dari surau ... tapi tak nampak pulak wajah si suami penceroboh kat luar tu ...
Sepanjang perjalanan pulang, Mama tak cerita kat suami sebab dok teringat peristiwa di atas ... dok fikir
"What was he thinking doing the unthinkable thing like that??? ..."
Nak marah pun ye ... nak ketawa pun ya ...
Nak marah sebab cerobohi bahagian wanita secara tiba2 ... mujur Mama dah siap bertelekung masa tu ... hadoiii
Nak ketawa pun ya ... sebab nampak muka terkejut suami tu bila terpandang Mama yg juga muka terkejut dok pandang dia ... cam dalam drama pulak .... hadoiii
Tapi kan ... Takkan takleh fikir ... tabir disurau awam tu tujuan untuk jaga privasi dan aurat wanita bukan muhrim awak la ... hadoiii
Nasib baik Mama jenis 'cool' ... dibuatnya Mama menjerit tadi ... tak pasal2 awak dimalukan kerana cerobohi bahagian wanita ... hadoiii
Berapa banyak hadoiii laa ...
Tapi itulah ... apasal tak pesan awal2 kat bini tadi ... ni main selak2 tabir ... ingat ini rumah awak ke ... bini awak sorang jer dok solat ... geram wehhh!!!!
p.s. sebaik cerita kat che abam,
"Bakpo tok oyat tadi ..."

No comments: