Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

10 December 2015

Kehebatan Sedekah .... yakinlah

Ini janji Allah snw berkenaan sedekah yg ikhlas dalam Surah Al An'am, ayat 160 yg bermaksud;
"Barangsiapa membuat satu amal kebajikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amalnya (balasannya)."

Dan ia berlaku pd Mama. Niat menceritakan ini bukan untuk menunjuk2 atau berbangga dgn apa yg Mama buat ... tapi sebagai paksi dan bukti betapa Allah snw tidak pernah memungkiri janji ....

Beberapa bulan lepas, adik bongsu maklum pd Mama peti sejukbeku dikedai dah rosak dan tak boleh baiki lg (dah baiki pun beberapa kali sebelum ni dan memang 'heavy duty' penggunaannya ... untuk simpan isi2 ikan yg siap disiang bagi tujuan buat keropok lekor) ...
Dalam hati terus terdetik nak bantu sebanyak RM500/- (itu je yg mampu bagi surirumah sepenuh masa cam Mama ni ... hasil tabungan) tp tak maklum lg pada adik.
Dua tiga hari Mama dan adik ke kedai2 sekitar untuk tanyakan kos sebuah peti sejukbeku yg baru ... dan semestinyalah harga bayar ansuran hampir 2X ganda harga tunai. Adik memilih untuk bayar ansuran kerana duit yg ada tidak mencukupi ... lalu Mama beritahu dia, beli tunai sahaja ... Mama beri RM500/- dan dia cuma perlu tambah selebihnya. Akhirnya kami jumpa kedai yg tawarkan harga yg amat murah dan mampu berbanding kedai2 lain bagi jenama dan kapasiti muatan yg sama. Alhamdulillah!!!
Tak lama lepas tu ... suatu petang, suami Mama beritahu ...
"N ... abang dah masukkan RM5K dalam akaun Tabung Haji N. Sedikit hadiah dari duit ganjaran pencen yg abang terima."

p.s. memang Mama terkejut sangat sebab Mama tak minta pun.
Mama beri RM500/-, Mama dpt RM5K >>>>> 10X ganda !!!
MasyaAllah! Alhamdulillah! ...
" Maka nikmat Allah manakah yg kamu dustakan? " (ayat yg diulang berkali2 dlm surah Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) .... Allahuakbar!

09 December 2015

Antara dilema dan harapan ....

Tahun depan Amar akan ke tingkatan 1. Kami (Mama dan Ayahnya), berkira2 agar Amar ke sekolah berdekatan sahaja. Siang ke sekolah, malam ke kelas tahfiz di masjid pekan kami. Dah pun merisik dgn ustaz di sana ... dah ok, tunggu nak mulakan sahaja ...
Pada masa yg sama, Amar turut dapat tawaran menduduki ujian utk ke sekolah agama bagi program tahfiz modul ulul albab (IMUA) ... sekolah berasrama penuh!
Perasaan kami berbelah bagi .... dilema menggamit hati
Antara sayang melepaskan sibongsu pergi,
Dengan harapan agar ada Tahfiz dari zuriat keturunan kami.
Sudah terfikir ... peritnya bila Amar tiada disisi ... tinggal berdualah kami nanti .... sunyi!
'Selfish'kah kami?!!! Lebih pentingkan soal hati ...
Akhirnya kami akur ... biarlah Amar yg putuskan sendiri ...
Ini masa depan dia ... juga harapan kami ...
Lagipun Amar begitu yakin ingin mencuba peluang yg diberi ...
Peluang sebegitu hanya datang sekali ... alim ulama dulu2 ... kecik2 dah dihantar mengaji, mencari ilmu ... jauh, sendiri ...
Aduhai!! lemahnya kami.
Hari ujian ... yg datang 600 calon2 skor 5A. Tempat yg ada ... 180 sahaja!!!
Kami berserah pada NYA ....hanya DIA Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik buat setiap hamba NYA
Jika sudah tertulis rezeki ini milik Amar ... In sya Allah berjaya!
Jika bukan .... maka rancangan pertama kami di atas akan dilaksana ... mungkin itu yg terbaik juga ... kami redha!

p.s. Imbas kembali:
Mama mengandungkan Amar, sibongsu semasa berusia 43 tahun. Usia yg berisiko sebenarnya .... pada ibu dan anak. Dan semestinya Mama risau .... risaukan sangat bayi dalam kandungan dgn pelbagai kebarangkalian yg negatif!!!
Lalu ... mulut dan hati sentiasa basah dgn pelbagai zikir dan doa.
Doa agar agar dikurniakan zuriat yg sempurna (tidak cacat), sentiasa bersyukur, agar zuriat dlm kandungan sentiasa dipelihara ...
" ..... Ya Allah, keluarkan dia dari perutku dgn mudah dan selamat.
   ..... Ya Allah, jadikan dia sihat yg sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.
   ..... Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya utk membaca Al-Qur'an dan hadis ..... "

Itu antaranya ...  doa2 Mama.

17 November 2015

Amar .... keputusan misi 5A

Seminggu sebelum keputusan UPSR keluar ... Amar resah
Asyik dok cakap ... subjek Matematik dan BM Penulisan susah
Dua hari sebelum D-day ... "Adik rasa tak dapat 5A. 4A 1B je rasanya Ayah."
Semalam ... "Kalau Adik dapat 3A 2B macamana? Mama marah?"
Begitulah resah, gundah, risau, cemasnya Amar menanti hari keputusan UPSRnya .... yakni hari ini.

p.s. Mama pernah tulis mengenai Misi 5A Amar dulu ... kalau nak 'refresh' kembali, rujuk sini (^__^)

Pun tak kami biarkan kegusaran Amar melemahkan semangatnya ...
Dari  Mr. Cool, abang idola Amar : "Soalan percubaan biasanya lebih susah dari ujian sebenar ... relax!!"
Dari kakak (aka K. Ros Upin Ipin Amar) : "Dapat 5A ... Kcik gerenti!"
Dari Ayahnya : "Insya Allah dapat yg terbaik. Amarkan budak baik"
Mama : "Mama tak kisah Adik dapat berapa ... Adik dah usaha. Kalau tak dapat, masih ada peluang lagi di Ting. 3 ... jangan putus asa." (panjang lebar le kalau maknya ...)

Dan ... pagi tadi. Di dewan sekolahnya ... berdebar jugak Mama masa guru2 masuk bawa slip keputusannya. Alhamdulillah .... Amar berjaya capai misi 5A dia .... bersama-sama 35 pelajar2 lain sekolahnya. Tahniah Adik!!!
Terima kasih tak terhingga buat guru2 yg gigih bertungkus lumus siang malam, cuti pun korban ... demi anak didik mereka. Terbalas sudah penat lelah mereka. Tahniah cikgu2 ...
Terima kasih juga kepada adik beradik penulis komik Afiq dan Nazry ... sumber inspirasi Misi 5A Amar.

p.s.s. Sebelum tu Mama cuba dapatkan keputusan melalui sms .... dah balik rumah .... 3 jam selepas tu baru dapat sms maklum Amar dapat 5A. (-__-') Itulah lajunya internet kita ... dah basi berita!!!

16 November 2015

Bila nenek menyanyi .....

Mama selalu konfius Rukun Iman dengan Rukun Islam ...
Tapi dgn mengingati lagu Rukun Islam yg Allahyarham P. Ramlee nyanyi ....tak konfius lagi .... Alhamdulillah!!
Dulu dan sekarang begitulah Mama. Bila ada anak2 dan semasa anak-anak tengah membesar, masih di alam persekolahan, lagu2 nasyid beginilah yg menjadi rujukan ....Bila?
Bila mereka tanya Rukun Islam, Rukun Iman ... bila mereka konfius, tak berapa ingat atau yakin. Juga  nama 25 Nabi, 10 Malaikat serta tugas2 mereka, biodata dan sejarah hidup Raulullah S.A.W, bulan2 Islam, doa munajat ... ayat2 lazim , zikir, selawat ... kumpulan nasyid seperti Raihan, Hijaz, Saujana, Rabbani  ketika itu adalah solusinya ...
Selepas itu ... penyelamat dlm peperiksaan!!!!
Itu maklum dari anak2 Mama  ... serta kawan2 mereka juga.
Terbayang pula Mama kepala mereka terangguk2 dan mulut kumat kamit lagukan nasyid2 yg berkenaan .... (^__^)
Selain sebagai sumber rujukan ... ia juga sebagai hiburan keluarga, kami ramai2 nyanyinya ... dirumah, dalam kereta .... perjalanan jauh tak terasa.
Dan sejak ada cucu, Mama@Nenek dah menyanyi semula. Habis lagu kanak2 dalam memori Mama jadi nyanyian buat Hilman, Nu'man bila mereka bertandang ke Rumah Biasa2 kami .... suka lihat mereka gembira dan ketawa dengarnya ....
Pok Amai2, Anak Nabi, Saya sicomel, Adik Rajin Belajar, 123, Nenek Sakti, Kereta Baru, .... itu antaranya (banyak lagi nih dalam stok Mama .... tunggu cucu2 ya)
Nenek gembira, cucu gembira .... tapi rasanya warga Rumah Biasa2 Mama dah sakit telinga .... suara, lagu, pitching yg entah ke mana ... hihi .... sabor je lah ya!!!!

16 October 2015

Apa ni .....

Dulu masa Mak sihat, kalau Mama ada urusan yg lebih sehari di luar daerah, Mak lah yg akan datang bermalam dirumah kami .... tolong temani anak2 yang masih bersekolah. Adik bongsu Mama hanya datang sebelah petang untuk bermalam ... selepas tutup kedai keropok lekor dia .... esok, awal pagi ... selepas hantar anak2 yg bersekolah ke sekolah masing2 ... dia terus balik ke rumah Mak ... buka kedai. Begitulah selalunya ... Mak akan jaga sibongsu Amar dirumah kami. Tengahari adik pergi ambil diaorang ... hantar balik ... pulang rumah utk berjualan sampai petang. Begitulah setiap kali.
Ini cerita Mak yang 'terkena' dgn amalan Mama yg satu ni. Mengomel sehari (adik dan anak cakap ... hihi). Hari tu Mak nak masak, awal pagi2 buka peti, keluarkan bungkusan lauk untuk 'defrost'. Bila Mak nak masak, buka bungkusan tu, jerit  ... "Eh! Apa ni?"
Rupa2nya Mak terambil bungkusan yg Mama letak sisa perut2 ikan, ayam yg disiang sebelumnya. Mama amal letak sisa2 perut ikan dan ayam dlm beg plastik (3R - kitarsemula) dan simpan dlm petiais, bahagian 'feezer'. Cara Mama elak bau busuk sisa2 perut ikan, ayam yg kalau buang dlm tong sampah, lupa nak buang segera dan keesokan hari baru buangnya,  cerr teka rumah bau apa?!! Perfume, Fabreeze sebotol besar pun belum tentu hilang semua bau yg semerbak tu ... dan lalat2 pasti datang ... itu Mama paling tak suka, pantang ... lalat2 berkeliaran dlm rumah .... nak pula yg besar hijau tu .... eeee!!!
Manakala ikan dan ayam yg dah disiang, Mama simpan dalam bekas2 aiskrim (3R - kitarsemula) .... siap bahagi2kan elok sekali masak bagi satu bekas. Senangkan kerja ... 'defrost'kan aja dan tak perlu letak balik semula kalau semua dilonggok sebekas ... tak elokpun begitu dengarnya.
p.s. Yang ini pun masaalah juga, selepas anak2 (beberapakali) dan Mak terkena ... ingat aiskrim, buka2 ... ikan, ayam dalamnya. Hihi .... kesian Mak, bebel tak sudah dia. Lepas hari tu, Mama asing, ... bekas2 ikan, ayam, daging dan seumpama di tingkat bawah 'freezer'. Aiskrim, sosej, pizza dan makanan dinginbeku lain ... bahagian atas ... 'settle'!!
Yang ni rasanya Mama bukan keseorangan ... haha

13 October 2015

Tak pernah begini .... Terbiar 4

Suatu petang, dua hari lepas ..... ketika tu Mama dan Ayahnya sedang berehat diberanda selepas penat cuci Kebun Biasa2 kami yg terbiar sekian lama. Tiba2 Ayahnya bersuara, "Ehemm! Rasa2 ada tak N lupa apa2 yg penting sehari dua ni?"
"Lupa benda penting? Hmmmm ...." sambil garu kepala dan cuba ingat apa bendanya. Sah penting sebab Ayahnya sampai ingatkan Mama tu ... Puas fikir, tak leh 'recall' .... 'blank'!!!
Bila Mama geleng kepala, angkat bahu ... tanda lansung tak ingat apa dia benda yang begitu penting ... Ayahnya pun bisik kat telinga Mama ....
Terus Mama cakap sori berkali2 pada Ayahnya.
Ya Allah! Sunggoh Mama lupa! Dan Ayahnya, buat muka merajuk ... kecik hati gamaknya. Bila cakap 'alternatif'nya ... siap cakap, "Tak payah la ... terlewat doh!" Huhu ....
Tak pernah Mama begini ... sepanjang 33 tahun mendirikan rumahtangga, tak pernah sekalipun Mama alpa ... tarikh istimewa 09/10 .... pasti Mama yg pertama 'wish' padanya;

"HAPPY BIRTHDAY DEAR ...."

Tahun ni, buat pertama kali ... Mama lupa terus. Anak2 pun sama .... sorang pun tak ingat. Ayahnya buat2 (entah sungguh ... huhu) merajuk bila Mama ajak raikannya ... 'belated' ... hanya Mama dan dia.
Katanya, Mama dah sibuk dengan cucu2, dah tak ingat kat dia. Dan anak2 pula ... yg sulung ... sibuk dgn keluarga baru, doter dan no. 4 ... leka menimang anak pertama, Mr. Cool ... demam dan 'final exam', Amar .... as usual, 'birthday' dia je yg ingatnya ... jadi buat kali pertama, Ayahnya rasa 'terbiar', walaupun sebelum ni dia tak kisah sangat pun pasal 'birthdays' ni. Mama je yg lebih2nya ... buat itu dan ini utk raikannya. Bila tahun ni sunyi sepi, tiada yg peduli ... tu yg dia perasan gamaknya. Kesian pula ....
p.s. memang Mama lupa sungguh! Tak ingat lansung bulan Oktober tiba ... dok fikir ni, camner nak 'ganti' hari yg dilupakan tu ... S.O.S .... Any ideas ..... (~_~')

10 October 2015

Terbiar 3 ....

Kronologi;

April lepas, kami ada 8 ekor anak kucing dari 2 ibu, PYO dan TEH (juga kisah TEH sakit dan PYO yg jadi ibu tumpang utk 5 ekor anak TEH). Alhamdulillah mereka membesar dgn baik ... kesemua kucing kami ketika itu berjumlah 12 ekor.
Bulan Jun kami kehilangan ABE yg mati tiba2 ... tidak lama lepas tu PINGU, NICK dan AWE pula hilang pada suatu malam hujan lebat. Puas cari tak jumpa. Tinggallah BIG, ELLA, GOJI dan TAM ...
Tanpa disangka, TEH yg baru pulih dari sakit 'termengandung' lagi ... huhu. (p.s. Memang dok 'planning' nak kasi bila dia pulih dan lebih berisi ... krukk krukk) Bulan Julai, TEH beranak ... 4 ekor semuanya. Campur tolak ... yg ada kini jumlahnya 12 ekor kembali. Dan Alhamdulillah! Kali ini,TEH pandai jaga dan menyusukan anak2nya.

Bermula episod Terbiar ...

Julai .... doter Mama melahirkan cucu pertama kami.
Cucu + doter dlm pantang + bulan puasa + raya = masa Mama pada kucing2 'almost zero' .... Hanya sempat sedia ikan rebus utk mereka. Selebihnya Amar yg beri makan (Amar pun ... pagi, petang, malam ada kelas ... UPSR)
Ogos .... Syukur ada insan yg ingin ambil TEH dan keempat2 anak2nya (yg comel sangat ... huhu). Walau berat hati nak beri, terpaksa berpisah juga kerana dok fikir dari mereka terbiar tiada lagi masa untuk Mama tumpu dan main2 dgn mereka setiap pagi dan petang .... biarlah mereka bersama insan yg akan sayangi mereka sepenuh masa. Selamat Tinggal TEH dan anak2 ... moga disayangi tuan baru.
Dan pada 09/08/15 ... cucu kedua  Mama selamat dilahirkan. Bergegas kami ke Ipoh .... tinggalkan doter dlm pantang dengan Mak dan adik.
September ... Amar UPSR, perkahwinan kali ke 2 anak pertama Mama (duda ... bukan tambah cawangan ...), menantu dan cucu ke 2 habiskan pantang di rumah kami, Raya Korban ....
Kemudian, Mr. Cool Mama 'suspected' denggi nun jaun di Puncak Alam .... (tak keruan Mama fikirkan dia, wassup ... call ... setiap masa. Harapkan Abang dia ajalah yg tengokkan dia ... terima kasih Abe dan Leen). Bila begini ... mahu saja Mama dan Ayahnya berada disisi dia ... tapi apakan daya, ketika itu yg di sini pun perlukan kami juga ... cucu2 dan ibu2 mereka. Alhamdulillah tak melarat demamnya ...cuma masih lengoh2 badan ... dan 'miss' 4 kertas periksa 'final exam'.
Oktober .... rancakkan Mama ber'blogging' semula! Tanda ... everything is almost back to normal. Hasil 'terbiar' .... PYO dan MOJO sakit ... tapi dah pulih semula. Itulah al-kisahnya .... bila Mama celaru, tumpuan pada kucing2 haru biru .... rasanya cukuplah 7 ekor yg ada nih. PYO, BAMBAM, MOJO, BIG, ELLA, TAM dan GOJI .....
p.s. sori tak leh upload foto depa ... masaalah teknikal (^__^')


07 October 2015

Terbiar 2 .....

Selama senyap dari ber'blogging' kurang lebih sebulan tu .... banyak benda yg terbiar di Rumah Biasa2 kami.
Yang ketara sekali ... Kebun Biasa2 kami. 'Total neglect'!!! Dah macam mini safari pulak .... pokok2 cili Mama nampak separuh, yg atas jer. Nak kutip cili2 pun takut ... takut pacat, u-l-a-r .... eeeiii!!!!
Tengok dari jauh jer ... siram pun dari jauh, setakat sampai air yg dipancut tu .... huhu. Sejak kes Si Tamtam bermain2 dgn ular selar (sbb Ayahnya cakap masa dia pergi halau, kepala dia kembang cam cobra ... nasib baik tak cederakan Tamtam yg kejap kuis, kejap undur ... besarlah juga ular tu. Dah lari ke dalam semak tanah sebelah. Tapi Mama dah fobia ...)
Bunga2 jepun yg pelbagai rupa dan warna yg kawan Mama beri tu .... pun terbiar ... hajat nak pindah-biak ke pasu2 (yg dah lama beli) tak jadi2 ... pun hati terhibur lihat bunga2 yg ada berkembang setiap pukul 10 pg. Terapi hati (^__^)
Bunga2 lain juga terbiar .... rumput dah merajai kawasan mereka. Sabarlah bunga2 .... nanti Mama 'free' ya!
p.s. risau juga, kalau Ayahnya tiba2 rajin nak merumput 'kawasan Mama' ( kawasan bentuk 'L'  tepi , kiri hingga ke belakang rumah ) .... banyak kali dah kes dia cabut, tebas pokok2 herba dan bunga yg Mama semai, tanam. Alasan dia ... dah serupa rumput rumpai jer. Mama pun entah berapa kali 'perang dingin' akibat nya ... hihi. Yg terbaharu, sebelum raya korban .... dia operasi diam2, tak mau Mama 'supervise' kalau dia masuk kawasan Mama. Dan ... habis pokok kunyit yg Mama dok angan2 nak guna buat rendang daging raya korban nanti. Bila tanya ... mati2 dia kata tak ada pun pokok kunyit kat situ ... walhal Mama yg tanam, takkan tiba2 hilang gitu ... pagi tadi masih di situ ... pun Ayahnya masih berkeras. Dia yakin tiada pokok kunyit pun di situ!! Yg lucunya, petang tu dia beriya2 ajak Mama ke belakang rumah, tunjuk, "Tu pokok kunyit. Ada kat situ ...." sambil sengih cam budak darjah 1. Memang ada pun, masih berbekas cam baru tanam, dah layu .... beralih tempat pulak tu. Siap kata Mama silap lihat pagi tadi ... Geram sungguh!!! Doter cakap ... nampak Ayahnya cari benda dlm timbunan rumput rampai yg dia cabut dan kumpul depan rumah sekejap tadi. Hahaha ... kesian pulak. Garang sangat ke Mama ni??!!!
Wah! Terpanjang pulak kisah p.s. kali ni ... hehe
Nampaknya kisah kucing2 Rumah Biasa2 yg terbiar kena cerita lain kali ... tunggu episod - Terbiar 3.
Bersambung .......


06 October 2015

Oh! Amar .....

UPSR dah lepas .... jadi sekolah pun buatlah macam2 aktiviti lepas UPSR untuk warga2 darjah 6 ni. Kan dah tak perlu belajar lagi ....
Selain lawatan, ceramah itu dan ini, tengok filem, ... aktiviti berbentuk pertandinganlah yg banyak sekali.
Tanding sukan, rekacipta logo kumpulan, kelas paling cantik, paling bersih, syarahan, nyanyi, nasyid, pantun, debat, melukis, gubahan, memasak .... itu antaranya.
Dan yg paling lucu ... dalam pertandingan buat sandwich ... sementara ahli kumpulannya pilih bawa roti, keju, garam gula, bawang, pinggan, sudu garfu, limau nipis, cili merah, tomato .... Si Amar pilih bawa ikan sardin 3 tin, timun batang 2 dan sebotol serbuk lada hitam!!!
Nak ketawa ada, geram pun ada .... ye lah, sardin setin sekarang bukannya murah ... X 3 tin!!! Hadoiii ...... dan Si Amar tetap tak faham mengapa Mama ni kecoh sangat pasal pilihan bahan2 yg perlu di bawa i.e.  sardin 3 tin, timun batang 2 btg dan serbuk lada hitam yg dia sanggup bawa tu  ..... apa perlunya sardin tu bahagi 3 org @ setin sorang bawa ...... (©__©)

p.s. pun kumpulan dia dapat tempat ke 2 (senyum simpul Amar) .... tapi sebotol lada hitam (jenama Aji Shio ... flavoured black pepper) tak balik-balik sampai hari ni ... hahaha

04 October 2015

Terima Kasih ADV ....

Selamat tinggal ADV ... Proton Wira hadiah dari suami .... khusus antaranya untuk ulangalik hantar Muaz ke sekolah, ke pasar, ke klinik ...
Alhamdulillah .... selama 11 tahun bersama kami ... turut sama berhijrah dari Pasir Putih, Ipoh ke Kepala Batas, Pasir Mas, dan akhirnya ke Pasir Puteh, Kelate .... ia kenderaan yg tak banyak kerenah. Mama selesa menggunakannya.

Lalu pada 01/08/15 .... ADV terpaksa Mama lepaskan .... sedihnya. Berat sungguh hati bila suami tanya ... "Ada beberapa 'potential buyers' minat nak beli ADV ... macamana?" Sebelum ni pun kami dah bincang, dari ADV tidak digunakan sangat (kerana Mama sudah ada WQN ... yg lebih ringan dan sesuai dgn penambahan usia Mama ni .... jg duit titik peluh Mama sendiri), lebih baik dia berjasa dgn tuan baru yg akan gunakan khidmatnya sentiasa. Lalu ... hari itu, tarikh atas tu ... berpindahlah milik ADV kepada puan baru ...dengan resminya. Sayu hati lihat ia berlalu pergi ... dipandu penuh hati2 puan barunya.
(p.s. Mama pilih pengganti Mama puan juga ... Mama rasa itu lebih balik buat ADV)

Terima kasih ADV .... kerana pernah menjadi sebahagian dari kenderaan yg pernah berbakti kpd keluarga kami .... (-__-,)



02 October 2015

Lama tiada khabar berita ....

Diam ... itulah Mama kebelakangan ini
Bukan merajuk dengan sesiapa ya (merajuk dgn tenet yg bak kura2 mungkin jgk rasanya ....)
Sebulan lebih tanpa cerita ... banyak ingin diabadikan buat kenangan bersama .... Mama- anak - cucu ... semestinya
Entah mana nak mula cerita ...
Yg pasti berita gembira ....
Ramadhan ... cucu pertama lahir ke dunia
Syawal ... cucu ke dua menyusul pula
Kedua-dua putera ...
Zulhijjah ... bertambah dua cucu ... cucu segera kata Ayahnya (^__^)
Anakanda sulung Mama yg lama duda selamat diijabkabul dgn pilihan hatinya ... yg punyai dua anak, puteri dan putera ... itu alkisahnya
Amar juga dah merdeka! Haha ... UPSR dah selesai, lega!!!
Sekarang dua cucu yg masih kecil ada di Rumah Biasa2 kami ... seronok tak terkira Nenek dan Atuknya
Tapi .... seronok ni tak lama
Tahu .... jadi sebelum mereka ikut ayah ibu masing2 berkelana
Nenek akan 'make sure' kasih sayang sepenuhnya tercurah pada mereka .... biar berbekas dihati selemanya ....
OK .... nak tatang cucu-cucu pula
(^___^) ......

01 August 2015

Terbiar ...

Kesian ....
Itu saja yg dapat Mama katakan pada Kebun Biasa2 kami ...
Terbiar ... semenjak Ramadhan ... semenjak kehadiran cucu!!
Semak ... rumput rampai sampaikan setinggi paha
Sampaikan tenggelam kangkung, pokok cili cabai, limau kasturi yg sedang bertatih ...
Bendi, petola, terung ... tidak terkutip ... masak, tua, dipokok begitu saja
Ramadhan ... masaknya tidak seberapa ... sekali sehari saja makannya
Sahur ... kuah saja yg disentuh ... isi, sayur ... tengok saja
Jiran pun tak mau bila ditanya ... sayuran bukanlah menu utama
Ayam golek, percik, daging bakar, ikan sumbat lada ... itu seleranya
Kuih muih manis2, air 2 - 3 jenis penuh jug ... itu yg diterkam dulu semua
Kehadiran cucu ... menambah lara pada Kebun Biasa2
Hujan pagi atau petang atau malam sepanjang bulan puasa ...
Tak menjirus ... tak jenguk keliling rumah lah jawabnya
Intai gitu2 je ikut jendela ... sekali sekala ... sambil geleng2 kepala ... itu aja (-__-')
Pokok mempelam, manggis, limau nipis dan rambutan yg ditanam sebelumnya ...
Pun terbiar ... tak dibaja bagai sepatutnya
Syawal ... sibuk dengan rumah terbuka pula ... puasa 6 dan ziarah/kenduri sini sana
Bila Sang Ular ... kecik aja ... tersilap masuk rumah ... pun sekejap cuma ...
(p.s. tika itu Mama amat terkejut ... menjerit panggil Ayahnya ... Sang Ular pula terus keluar semula ... terkejut jgk dia gamaknya ... haha)
Barulah kerja2 memesin rumput, semak samun dilaksana (3 hari baru siapnya ... punyalah tebal depa)
Baru nampak segala sayuran yg dah uzur tanpa perhatian ...
Pokok2 yg kurus tak cukup makan ...
Pisang yg ranum dipokok, yg hampir tumbang ...
Haiwan bisa, menjalar pun tidak dapat bersarang ...
Mata pun sedap memandang ...
Semangat berkebun dah terasa kembali mendatang ...
Insya Allah ...
Tak terbiar Kebun Biasa2 ... selepas ini, berbudi pada bumi semula.



31 July 2015

The waiting ...

In between Ramadhan and Syawal 1434 H .... the mood to blog seemed to fade away
Though Mama did so many times logged into me blog ... alas Mama just ends up logging out of it again and again ... the ideas were there ... but putting them into words seems so hard ... the umphh just isn't there!!
The blog isn't alone ... when Raya was around the corner, biscuits making that was once the norm,
i.e. family favourites ... 'semperit', 'marmar carrie', 'cornflakes madu', and 'melting moments nestum'  that usually would be in their separates bottles by the end of Ramadhan ... 3 each at the most ... none were insight!! ... the oven was the happiest Mama presumed ...
Tho' Amar did request the simplest of the batch ... 'cornflakes madu' ... the sought after by all  'anak saudara' ... even that fail to make Raya appearance this year. Leaving many frustrated.
The reason ... the waiting, the anxiety, suspense of waiting for my full-term daughter to deliver her 1st newborn .. my 1st 'cucu'.
When the mind is unwilling ... the heart follows ... the body obeys ... WOW!!
The tension was sooo great that it outshone everything else ... 'puasa' and 'raya' take the backseat ...
Alhamdulillah ... on the morning of 14th Ramadhan 1434 H, my 1st grandson was born.
But ... mind you, being a grandma @ Nenek ... is a different mind game ... mind you
Ramadhan and Syawal after this ... will never be the same again.
There's sunshine even when it rains .... (^__^)

p.s. when Mama thoughts the stress is over with Mohamad Hilman's birth ... grandson no 2 ... at 35 weeks, gave us all a scare with false contraction before and after Raya. Naughty naughty no. 2 ... and Nenek is on alert again and forever praying for your safe and healthy delivery comes August ...
p.s.s. Ayah Su Amar did get his 'cornflakes madu' after all ... i.e. 3 days after Raya ... after promising that he and Ayah De Muaz ... will do all the baking processes themselves. Mama just prepared the basic ingredients. ... hehe.

19 June 2015

Ramadhan 1436H .... hari ke 2

Hari ni berbuka bertiga  .... janggalnya terasa
Minda Mama bukan di sini ... tapi di sana
Teringat anak2  .... berbuka bagaimanakah mereka
Hanya Whatsapp penghubung .... bercerita
Yg dah kerja ... masih sangkut dlm jem jalanraya ...
Semalam berbuka dlm kereta  ... hari ni pun sama
Tersangkut dikerongkong bila dengarnya ...
Mr Cool Mama ... lega dengar ada bazaar Ramadhan dekat asrama
Hari pertama, beli nasi lemak, ayam goreng .... RM4/- semua. OK la ...
Hari ni ... sunyi tanpa berita.
Mama masak lauk ala kadar aja ... seperti hari biasa2
Bezanya ... ada kuih dan khurma
Dah setuju dengan Ayahnya, Amar juga ...
Makan biasa-biasa, tak mahu membazir
Fikir mereka yg susah, derita ... nak sahur pun tiada apa
Berbuka pun sama .... kita di sini bagai pesta
Tiap kali Ramadhan menjelma ....
Insya Allah .... itu bukan kita
Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna ... lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.

SELAMAT BERPUASA ANAK-ANAK! MENANTU MAMA ..... PEMBACA SEMUA!
SAMA2 KITA TINGKATKAN AMAL DIBULAN PENUH BARAKAH DAN MULIA

..... Ramadhan Kareem .....

09 June 2015

Bila tiada, baru terasa ...

Besok genap seminggu Muaz ... Mr. Cool Mama bergelar mahasiswa
Pelajar IPTA  .... menjejak menara gading nun jauh di sana
Dari cerita dia ... seronok, suka berada di PA
Walaupun ini kali pertama dia duduk asrama, jauh dari keluarga
Yang terlebih rindu, risaunya ... MAMA!!
Dia 'assistant' Mama ... orang kanan, boleh arah apa saja ...
Tukang beli sayur, ikan dan barangan runcit ... tak kira masa.
Tukang beri makan 'anak2 berkaki empat' yg amat manja dgn dia.
Tukang buang sampah, bakar sampah ... dia juga.
Tukang kunci pintu, jendela ... setiap malam, tugas tetap dia.
Kadang2 tolong jemur, angkat kain ... kerap juga la.
Kadang2 kena siram sayuran dan pokok2 bunga ...
Kadang2 tolong beli suratkhabar, bayar bil untuk Ayahnya.
Selalunya dia yg teman Mama 'shopping'  ... 'my helper'
Tolong Amar buat kerja sekolah ... bila Mama xtahu jawapannya!
Juga kerja2 rumah yg perlu ketinggian, tenaga orang muda ... kami cari dia ...
Hmmm .... masa dia ada, tak perasan banyak juga peranan dan tugas dia.
Yang nampak dimata ... suka tidur, main 'game', melukis, baca komik dan tengok tv jer
Yang ketika dia buat 'derrkk' dan lambat jawab panggilan kita
Itulah .... sekarang siapa yg lebih terasa?
Muaz ... Mr. Cool Mama semestinya gembira ...
Bak kata kawan sebilik dia di PA ... MERDEKA!!!!
p.s. Amar dah mula kena 'takeover' kerja2 abangnya yg senang2 dulu ... dah merungut, 'Lambatnya Adik nak masuk U!!' (^__^')



24 May 2015

Bertiga semula ....

Dulu  .... masa mula2 kahwin, tak sabarnya untuk bertiga.
Tak sabar nak menimang cahaya mata ....
Kini ... setelah 32 tahun berlalu (cepatnya masa berjalan),
6 cahaya mata kemudian .... (dgn seorang demi seorang tinggalkan sarang)
Kami .... di Rumah Biasa2 ini ... tak lama lagi akan dari berempat menjadi bertiga semula
Bertiga kali ini ... bukan yg diinginkan ...
Bila difikirkan, sudah mula rasakan peritnya ... 'reluctant'!!
Bakpo pulok??!!
Anakanda ke 5/6 ... Mr.Cool Mama ... berjaya ke IPTA.
Awal Jun nanti daftarnya ... sekarang tengah kelamkabut
.... isi orang, buat pengesahan salinan sijil2, pemeriksaan kesihatan (terpaksa klinik swasta sbb hospital kerajaan awal Jun baru dapat temujanjinya ... too late already), beli barang2 keperluan duduk asrama (kali pertama buat dia, Mama dah mula risaunya ... as usual) serta keperluan2 lainnya.
Jun ... bulan puasa nanti ... tinggalah kami bertiga
Ayahnya, Amar dan Mama!
(.... pasti akan teringat kat Muaz kala berbuka ... huhu)
Putaran hidup ... itulah apa yg Arwah Abah dan Mak pernah rasa dan tempuhinya ... kini giliran kami pula.
Mujurlah sibongsu Amar baru 12 tahun usia ...
Tapi ... kalau UPSRnya cemerlang, dapat tawaran ...
Tak dapat bayangkan ...
Kami, Mama dan Ayahnya ... tinggal berdua  'in the end'
Seperti mula2 kahwin dulu ... ??!!
p.s. rasa nak nangis pulak bila fikirkannya ... huhu

21 May 2015

Menuai hasil ....

Akhir Mac dimusim kemarau kami di Rumah Biasa2 mula bercucuk tanam sayuran
.... dgn ilmu bertani yg 'almost zero'
.... dgn azam 'belum cuba belum tahu'
.... dgn belajar dari 'trial and error'
.... dgn lafaz Basmallah, Selawat, Zikrullah, usaha dan Tawakkal
Alhamdulillah .... sememangnya tidak sia-sia berbudi pada tanah
Petola, bendi, kangkung, bayam hijau .... sudah membuahkan hasil
Setakat ini
.... tak perlu beli sayur dipasar
.... tak perlu risau 100% bebas kimia
.... tak perlu ke gym dikebun cenonet ni pun berpeluh sakan
.... tak perlu garu kepala dan poket sayur naik rega
Setiap pagi dan petang Mama pasti jenguk Kebun Biasa2
Musim kemarau yg terik, menjirus agenda utama
Kawal rumpai dan serangga pun kena buat juga
Banyaklah juga bertanya dgn En Google ... bila ada tak kena
Dan jadi macam orang bercinta pun ya
Sentiasa fikirkan pasal tanaman kami yg sekangkang kera
Teruja, gembira ... dengan setiap tunas, bunga, putik dan buah yg ada
Dapatlah jiran tetangga turut merasa ... sayur 'free' sekali sekala
Walaupun hasilnya taklah seperti yg Cameron Highlands punya
Sekurang-kurangnya sayur kami  'fresh' baru petik punya ....
Sekarang hujan dah mula turun setiap petang ...
Alhamdulillah ... kuranglah sikit tugas menyiram
Dan kangkung dan bayam hijau semakin berkurangan
Insya Allah nak semai sawi dan bak choi pula ... nanti petang
Tanam yg suka makan je ... yg senang2
p.s. terung dah berputik, pokok2 cili membesar elok (suspen sebab tak tahu cili apa ... main semai jerr ... yg tumbuh tu lain2 bentuk dan warna daunnya ... teruja sungguh Mama). Ishkk! Kalau bercerita pasal tanaman ni meme tok habih ....
p.s.s juga ralat tak dapat tunjuk gambar ... tab buat hal. One of the reasons too why long time no posts ... hehe


22 April 2015

PYO .... 8 is enough!

Dalam entri lepas, rujuk sini , Mama dah ceritakan perihal PYO dan TEH beri kami 8 ekor anak kucing ... serta pasal Tam dan Boo yang mati kerana penyakit misteri. Pasal kerisauan Mama bagaimanalah nak jaga kucing2 tu nanti ... ramai sangat kan?!!
Seminggu lepas tu ... kerisauan Mama bertambah! TEH tiba2 jatuh sakit ... tak mahu makan minum ... tak mahu susukan anak2nya yg 5 ekor tu ... walaupun puas Mama dan anak2 usaha (samapai tahap paksa) Teh menyusukan anak2 yg masih belum terbuka mata dan luruh pusatnya ... yg menangis kelaparan ... kesian sungguh!
TEH semakin kritikal setiap hari ... jatuh kasihan kami melihat TEH siksanya nak menyusu anak ... apatah lagi nak bersihkan anak2nya maupun diri sendiri. Air susu dah tiada sebab tak makan minum ... TEH tinggal rangka. Hinggalah suatu hari ... dia tak mau lansung dekati anak2nya ... terbaring saja ... makan minum bersuap, paksa!
Lalu mati kutu kami memikirkan anak2nya ... 4 ekor, sebab seekor dah Mama ambik masa TEH mula2 jatuh sakit ... letak dgn anak2 PYO (masa PYO tiada ... mujur PYO ok ... walaupun mula2 curiga, cium sini sana ... mungkin ada bau lain selain dari anak2nya), untuk ringankan beban TEH.
Awalnya ... Mama dan doter usaha berikan susu dn botol yg dibeli dikedai kucing ... dgn 4 ekor anak kucing yg kehausan tahap kritikal ... samai naik menangis kami ... sebab anak2 tu dah macam tak keruan laparnya. Gagal 100% usaha tu ... Hanya PYO jalan penyelesaiannya ... Bila anak2 PYO dah tidur kekenyangan ... doter dan Muaz operasi letak seekor demi seekor anak2 TEH pada susu PYO. Walaupun PYO ad mendengus marah mula2nya ... doter dan Muaz juga berjaga2, takut PYO ngap anak2 kucing tu ... Alhamdulillah! Misi berjaya ... lena kekenyangan serta tak bergerak pun masa PYO bersihkan badan mereka yg dan bau semacam (hihi ... sebab dah lama ibu mereka tak bersihkan). PYO pula ... punyalah banyak minum air lepas tu .... mana tak dahaganya, menyusu 8 ekor anak dan cucu ... letih wooo!!
Jenuh jugakla membuat pusingan menyusu ... takut aa yg tak dapat. Melihat kelapan2 mereka bergomol berebur susu ... dengan PYO berleter marahi manja ... lucu aa, kesian pun ya!
Masuk sebulan ... susut sungguh badan PYO ... walaupun hidangan special kami sediakan ... PYO ni jenis ibu yg amat penyayang ... makan sedikit, tak sempat habis ... terus kembali ke tempat anak cucunya ... panggil2 mereka .... dan apa yg kami takuti berlaku juga ... seekor anak PYO mati (19/4) .. kecik sangat, tak cukup zat, kalah dgn yg lain gamaknya. Genap sebulan seminggu usia mereka, Mama putuskan beri 'solid food', makanan khas utk anak kucing ... 2 kali sehari, utk ringankan beban menyusu PYO. Kesian tengok ... sebab mereka makin membesar, tiap kali menyusu, berebut cam aksi gusti lagaknya ... tolak menolak, cakar mencakar .... adoiii!!!
Misi Mama ... nak gemokkan dan montelkan mereka ... mesti ada yg geram nak 'adopt'  nanti. Tak tau lau sampai hati ke idaknya ... dah seronok dan geram lihat mereka main dan bergomol sesama mereka ... terhibur lihat telatah mereka ....
Weh! Panjangnya entri kali ni ..... (^__^')
p.s. berita baik .... TEH dah makin pulih. Hari tu ingat dah nak mati ... tinggal tulang dan kulit aje ... lalat penuh hurungi, semut merah pun ...  luka bernanah lagi. Tapi ... she's a fighter, panjang umur lagi ... selera dah kembali, dah boleh berlari dan bersih diri sendiri. Syukur!

20 April 2015

Ragam penyewa rumah sewa ....

Ini cerita dari kawan Mama ....
Perihal rumah pusaka ... dari terbiar tak berpenghuni (kerana semua adik beradik, masing2 dah ada keluarga dan rumah sendiri) ... diputuskan untuk diberi sewa.
Duit sewa nanti ... semua setuju disedekahkan kepada masjid, anak yatim, fakir miskin atau apa saja yg boleh menjadi sedekah jariah pada kedua-dua arwah ibu dan bapa.
Setiap bulan ... urusan kutip dan sedekahkan sewa diamanahkan kepada ibu saudara yg tinggal bersebelahan rumah pusaka
Segalanya berjalan lancar ... hinggalah suatu hari penyewa beritahu nak pindah ... dapat kerja tempat lain.
Tak kisahlah sebab dah ada yg merisiknya ...
Sebelum beri penyewa baru ... emak saudara kawan Mama pun naiklah ke rumah tu, setelah sekian lama ... semenjak diberi sewa.
Terus telepon kawan Mama ... datang segera!!!
Sambil ketawa kawan Mama cerita ...
"... banyak juga barang2 peninggalan arwah mak dan ayah yg kami biarkan dirumah tu. Katil, kerusi, meja, periuk belanga, pinggan, mangkuk, gelas, cawan, sudu senduk, langsir, itu antaranya ... kira beri sewa 'semi-furnished' ...
Masa penyewa pertama pindah, ada juga beberapa barang yg hilang ... pun kami anggap mereka tersalah ambil. Maklumlah dah bercampur aduk dgn barang sendiri ... lupa gamaknya. Halal ajalah ...
Tapi penyewa yg ini, yg baru pindah tu .... habis licin diangkut sekali barang2 dalam rumah tu ... langsir lusuh pun dia sapu. Marah betul mak saudara ... menyesal kerana tak jenguk masa diaorang dok pindah barang. Patutlah guna lori ... masa mula2 masuk rumah guna van jer ... (-__-')"
Itu alkisah cerita penyewa yg tak hirau hukum halal haram ambik barang orang ... barang2 pusaka pulak tu, yg ada banyak 'sentimental values' pastinya. Pun kawan Mama ni jenis 'happy go lucky' ... dia dan adik beradiknya tak marah pun pada penyewa yg angkut barang2 peninggalan arwah mak ayah mereka. Halal ... kira cam sedekah juga ... pahala buat arwah mak ayah mereka.
p.s. sempat lagi dia berseloroh ... lepas ni kena beri sewa 'unfurnished' lerr ... dah kosong, takder apa2 lagi. Murah sikit .....hahaha (itu kawan Mama yg ketawa!)

16 April 2015

Bila tua setahun lagi ...

12 April ... my besday ... meniru ayat zaman ini
Melepasi batas 55 ... ketara injakan setahun pada diri
Tahun lepas dan tahun ini ...
Bangun pagi ... sudah terasa 'stiff', sakit, sengal2 segala sendi2
Kini ... tidak boleh lagi terus berdiri ... kena regangkan, panaskan segala saraf yg 'jammed' malam tadi
Serba sedikit senaman ringan dulu ... baru lega memulakan hari
Mata dan telinga bagai berkomplot kini ...
Kalau mahu cakap dengan Mama ... tak 'eyes to eyes'  lagi
Mulalah cakap lain, dengar lain ... salah interpretasi
Punca 'rasa hati' ... terutama dengan anak2, yg kerapnya ... suami
Yang juga 2 X 5 .... hihihi
Selera ... tak seindah dulu lagi
Singgang ikan, ikan bakar, budu + tempoyak + cili, ulam2an, kerabu dan sayur lemak atau tumis juga yg berkenan dihati ...
Metabolisma pun dah mula melarikan diri ...
Tau2 banyak baju2 dah tak muat lagi ...
Kalau makan daging ... sah lekat celah gigi!!!
Memasak ...
Menjahit ...
Mengemas rumah ...
Dah mula culas ... ikut mood yg datang dan pergi sesuka hati
Berkebun pula yg minat kini ....
Pun ... cubalah 'over' cangkul itu dan ini
Alih @ angkat pasu ke sana ke sini
Berlama sedikit diterik matahari ...
Mau pening 1/2 hari ... sakit urat sendi 2 - 3 hari
Anak2 mula pok pek pok pek ... meleteri
Mama yg dah tua ... dan semakin jadi macam Mak kini
OH! NNOOO  .... !!! Its that scary ... but its also a reality
Bear with it Honey ... dearest children of mine ... with me
Sooner or later ... we all will be heading that same way, same wit, same uncertainty ...
Of growing old ... hopefully gracefully ...

p.s. Kisahnya pagi semalam: ... Kesian Amar, keterujaan nak sarapan penkek dan mapple syrup kiriman Mak Langnya berkecai ... dek Mama yg ingat2 lupa resipi penkek yg dan buat banyak2 kali tanpa gagal sebelum ni .... Penkek yg dibuat Mama pelik semacam ... yg sahnya, ia bukan penkek yg biasa Mama buat sebelum2 ni. Sorry ya dik! Nanti Mama 'refresh' balik memori ni ... mungkin sebab agak lama jugak tak buat penkek! (Alasan ... huhu)

25 March 2015

Jangan lekas putus asa .... Mama dan Amar

Tajuk yg terkena batang hidung Mama sendiri ....
Dan jadi contoh, pengajaran buat Amar ... yg semakin hari macam semakin lemah 'fighting spirit' dlm menghadapi 'letihnya jadi budak darjah 6' (kata dia buat sekian kalinya ....), yg 'moyok, tak bersemangat sokmo' setiap pagi untuk ke sekolah.
Sekarang kan musim kemarau ... panas terik yg membakar
Bila tengok kebun kakak ipar menghijau dengan pelbagai sayuran ... sawi, bendi, bayam hijau, kangkong, kacang panjang, cili ....
tumbuh subur di tanah anaknya sebelah Rumah Biasa2 kami ... Mama pun suruh Ayahnya buat batas ... bersemangat nak menanam sama ... ajak Ayahnya ke pasar beli benih2 yg serupa
Lalu bertanam lah kami ... Ayahnya, Muaz, Amar .... semua dikerah Mama ... (-__-')
Pagi petang kami siram dan jenguk batas2 tu (Mama lah yg lebihnya)
Panas terik cuaca toksah kira ... kering sokmo batas setiap petangnya
Ada juga rasa curiga ... buleh tumbuh ke benih2 ni kalau lihat pada cuaca yg panas membara ... tapi bila lihat kebun kakak ipar elok menghijau ... pun batas dia tiada teduhan juga ... harapan kembali berbunga ...
Masuk minggu ke 2 ... tak nampak2 pun tunas apa2 ...
Esoknya ... lusanya ... juga tiada apa2
Lalu Mama 'give up' ... seharian hari tu tak menyiram
Ayahnya kata ... kita tunggu April pula ... cuaca dah ok gamaknya
Tup tup .... pagi semalam, saja Mama ronda kat batas2 tu
Terkejut, teruja ... banyaknya tunas2 menghijau menjenguk keluar
Sini ... sana ... satu dua tiga ... bilang Mama. Seronok tak terkira ..
Petang tu tunjuk pada Ayahnya, Muaz dan Amar ... semua teruja
Bersemangat nak buat batas lain pula ... tanam apa ya!!!
Itulah ... terasa malu pada diri sendiri ... terlalu mudah mengalah ...
Lupa bertawakkal pada NYA ...
Lupa .... segalanya adalah dengan kehendak NYA jua
Kita usaha, tawakkal ... doa
Ada rezeki ... syukur padaNYA
Jika tiada ... usaha lagi ... jika tak berjaya juga
Yakin ... setakat itu rezeki kita ... DIA Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kita ...
p.s. Amar ... jom kita ambil iktibar darinya.
Jangan cepat mengalah!!
Ingat pesan Tok Wan;
"Bukan senang hendak senang, bukan susah hendak susah"
Be positive Stay Positive Think Positive ....

23 March 2015

Kawan yg lucu ....

Mama ada dua orang kawan yg lucu ...
Seorang dari zaman sekolah menengah, dan seorang dari zaman kolej ...
Mama guna terma 'zaman' sebab 'waktu itu' sudah lama berlalu ...
Lucunya kawan2 Mama ni bukan dari perwatakan dan tindak tanduk mereka ... bukan!!
Tapi bila mereka bercerita ... apa saja ... entah mengapa, jadi lucu pula ... walaupun cerita mereka tu kadangkala cerita keperitan, kesusahan, dugaan, tragis, drama dalam kehidupan ...
walaupun muka dan riak wajah mereka selamba, serius, bersungguh2 ... ketika bercerita
Mama yg dengarnya pula rasa lucu dan nak ketawa ... omputeh kata 'can't be helped' ... automatik nak ketawa ... bukan sengaja.
Betul! ... Mama bukan sengaja nak tertawakan dia ... dan dia pun tak kisah Mama ketawa ... lagi bertambah rancak dia buka cerita. Kadang2 ketawa sampai keluar air mata, sakit perut dibuatnya. Adoiii!!! .... haha ... gitu sekali lucunya kawan Mama berdua ni bila 'buka cerita' ... kalah Maharaja Lawak ... pendapat Mamalah!
Memang mereka berdua 'kaya' cerita ... yg rasa Mama, boleh dibuat drama bersiri kat tv tu haa. Mama gerenti ramai yang ternanti2kan sambungannya ... tanyalah kawan2 lain yg mengenali mereka ... pasti semua angkat tangan tanda setuju ... 'agree' dgn Mama.

Dan Mama juga pasti ... setiap kita ada kawan2 begitu ... yg tak kisah kongsikan cerita hidup mereka ... yg suka lihat kawan2 terhibur, ketawa ... hilang 'stress' seketika ... yg melihat, walau sesusah dan seperit mana dugaan dlm hidup dia sebagai hadiah dari Allah S.N.W. untuk gandakan pahala, tingkat martabat hambaNYA disisi DIA. Sebagai pangajaran dan pengalaman berharga perjalanan kehidupan. Yg. sentiasa positif biar se negatif mana situasi melanda. Itu yg Mama tahu ... dan kawan begini bagi Mama seumpama 'Penglipur Lara' ... walaupun itu cerita hidupnya ...

p.s. gembirakan, bahagiakan, tolong, nasihati kawan walaupun pahit pun dapat pahala juga kan .....!!! (^___^)



18 March 2015

Mimpi ....

"Damainya tempat itu. Dengan pemandangan dan suasana yg unik, cantik dan aneh bak alam fantasi ... Mama dan anak2 gembira sangat ... riang bersiar bersama2.
Abe, K.Cik, Anas, Muaz, Amar dan dia ... yg Mama rindu sekian lama ... Angah! Masing2 sibuk ber'selfie, welfie', amik gambar dgn pelbagai aksi. Angah pun sama. Dia guna henpon Mama  ... merakam saat2 gembira bersama. Bila Mama minta henpon ... nak ambil gambar pula ... dia beri dgn senyuman manis yg menampakkan gigi2 putih elok bak tlh dipakaikan 'braces' sebelumnya ... yg menyepekan kedua2 matanya bagai terpejam seperti selalunya, tanpa bersuara walau sekali pun ... hanya wajahnya ceria dan berseri-seri ... senyum sokmo ...."

Deringan jam mengejutkan Mama. Hampir subuh rupanya ... bayangan wajahnya masih bermain dimata ... yg mula berkaca2. Mimpi rupanya!!! Ini kali ke 2 Mama mimpikan dia ...  setelah hampir 6 tahun (18/05/09) Angah meninggal dunia.

"Ya Allah ... kau bahagiakanlah dan damaikanlah rohnya di sana, lapangkanlah kuburnya, ampunkanlah dosa-dosanya, tempatkanlah rohnya dikalangan hamba2 Mu yg beriman. Amiinn amiiinn ya rabbal alamin."

p.s. mungkin Mama tiba2 teringat dan rindukan Angah kerana petang semalam, semasa mengemas kotak2 lama ... Mama terjumpa gambar pasport terakhir Angah ... menangis sorang2 dlm bilik ... tak beritahu siapa2. Dan seperti biasa, Mama dah berwuduk dan baca ayat2 suci serta amalan sunnah Rasulullah S.A.W. sebelum tidur. Jika itu jelmaan Angah semalam ... terima kasih Allah kerana hadirkan dia dlm mimpi walau seketika.



17 March 2015

Sedih + Gembira + Risau ....

Sedih dulu ...
Tak sampai dua minggu Tam mati ... dek penyakit misteri
Kali ni Boo pula menyusul pergi ...
Dia yg paling aktif, berani, kaki jalan ... 'tomboy' versi kucing
Kalah Mojo dan Bambam ... 2 tomcats yg suka main aja
Juga misteri .. tiba2 moyok, tak mau makan ... puas suap, pujuk ... sikit je dia buleh makan ... mengiauw bila dibelai ... nak cakap sakit gamaknya.
Dan pada 11/3/15, sekitar jam 3 petang ... Boo tinggalkan kami selama2nya
Walaupun sedih ... lega kerana berakhir sudah penderitaan Boo
Tiada lagi Boo ... yg pantang pintu atau jendela terbuka
Dialah yg pertama menyerbu masuknya ... suka amat main nyorok2 bwah kerusi meja ... dgn Muaz, Amar .. yg pura2 kejar dia
Moga Tam dan Boo bahagia ... before and after ...

Gembira;
Dalam masa yg sama ... 2 'mak buyong kucing' di Rumah Biasa2 ...
Ibu mereka, PYO dan Teh ... siputeh yg 'petite' antara 3 (Tam, Boo, Teh) ... menunggu masa
Pagi 15/3/15 ... PYO, ibu mereka selamat beranak ... 4 ekor semua
Pun seekor mati ... tinggal 3
Keesokkan harinya, 16/3/15 ... sekitar jam 3 ptg pula
Teh selamat melahirkan ... 5 ekor anak kesemuanya ... ok belaka

Bab seterusnya ... Risau:
Honestly ... Mama dah pening kepala ...
4 ekor yg ada + 2 pendatang asing (Mama namakan si Milo dan Oren) ... + 8 ekor anak kucing yg baru lahir tu
... bagaimanalah nanti nak urus mereka ... risau takut kacau rumah jiran tetangga ... nak tinggalkan kalau nak makan angin ke mana2 ... 
dah mula congak, mengira2 ...
Ada sapa2 minat ka ... lepas tempoh menyusu Mama iklan ya ...

p.s. Mama suspek si Milo tu bapak anak2 kucing tu ... sebab semua hitam macam dia ... (-___-')

06 March 2015

Nasi goreng yg paling sedap ....

Masih terbayang nasi goreng tu ....
Nasi goreng biasa2 ... yg dipesan Muaz (tika itu berusia 9 tahun)
Di sebuah restoren di Batu Melintang, Jeli ...
Ketika itu kami dalam rombongan 2 buah kereta, mahu kembali ke Ipoh .... selepas raya kalau tak silap.
Batu Melintang ni ibarat 'pittstops' sebelum memasuki hutan Lebuhraya Timur-Barat.
Berhenti rehat dan beli 'snacks' buat bekalan atas kereta nanti ... biasalah bila ada anak-anak bersama.
Tiba2 Muaz mengadu lapar ... nak makan nasi goreng!
Hanya Muaz yg nak makannya ... yg lain cuma pesan minuman.
Bila nasi goreng sampai ... nak jadi cerita, masing2 ingin cuba ... sebab sedap sangat baunya, nampak pun sedap!!
.... lalu berpusinglah nasi goreng itu keliling meja bulat ... mula2 Muaz, lepas tu Ayahnya, Mama, K. Cik, M. Lang mereka, Angoh, Anas, Abe dan balik pada Muaz semula ... setiap orang rasa sesuap .... sedap!!!
Dan dari sesuap ... berpusing lagi jadi dua suap .... tiga suap ... Bergilir2 hingga habis... Licin sepinggan ... sebiji pun tak tinggal. Sayur, bawang goreng, telur .... sapu bersih!!! Hahaha ....
p.s. kami perasan tuan kedai dan pekerjanya asyik pandang kami (masa tu kami je pelanggan mereka ....) Mungkin mengharap kami tambah pesanan lagi ... mungkin fikir kami kedekut ... takder duit .... entahlah .... hihi
Kami sendiri pun sambil makan sambil ketawa pada diri sendiri juga waktu tu ...
Memang dok dilema, nak pesan ke tidak sepinggan dua lagi. Sebab rasa macam tak cukup jer ... sedap sangat nasi goreng tu ... hahaha
Udahnya ... tak tambah pesanan ... memikir kena tunggu lama ... jauh lagi perjalanannya ... hihi
Tapi yang pasti .... itulah nasi goreng yg paling sedap pernah kami rasa dan makan. Mungkin sebab se pinggan kongsi ramai2 ... makan bersama ... jadi seronok. Rasa mesra sangat!!!

Betullah sabda Rasulullah S.A.W. berhubung makan beramai2 dalam satu bekas (eg talam):
"Makanan untuk seorang mencukupi 2 orang, dan makanan untuk 2 orang mencukupi untuk 4 orang, demikian pula makanan untuk 4 orang mencukupi untuk 8 orang."  (HR: Jabar r.a.)

Pengajarannya?
~ memupuk sifat pemurah & bertimbangrasa
~ makanan sedikit jika dimakan beramai2 boleh mencukupi & mengenyangkan
~ dapat jauhi sifat kedekut & bakhil sesama manusia & makhluk lain

04 March 2015

Balsam ..... in full bloom


Mama's balsams .... Aren't they beautiful ....



p.s. in the process of harvesting their seeds ... sorting them according colors ... as per Mama's friends' request.



02 March 2015

Tam ... rehatlah sayang

Dah dekat sebulan Tam sakit .... tak tahu sakit apa. Badan yg montel dah tinggal tulang. Akhir2 ni, jalan sikit ... tercungap2 macam lelah pula. Dah bawa pergi klinik haiwan, dah makan ubat, supplemen lagi. Kadang2 lalu makannya, kadang2 tak mau dia ... gitulah. Doter dan Muaz lah yg paling ambil berat ... beri ubat, makan bersuap ... belai dan bersihkan Tam.
Semalam, sekitar jam 3.30 petang, seperti biasa, doter nak beri Tam makan. Tiba2 doter menjerit ...
"Mama! Muaz! Tam ... Tam dah mati ...."

Kegemaran Tam .... kotak
Bergegas kami semua .... memang ya. Tam dah tiada!
Doter dah berjuraian air mata ... Mama pula tak sanggup nak lihat lama2 ... sedih! Tiba2 teringat pada kucing2 kami sebelum2 ni yg telah tiada ...  Kopi, Popo, Mr., Milo, Chi, Sri, Nestum, Horlick, Vanilla dan Potam.
Jika dulu Amar menangis teresak2 bila kucing kesayangannya mati (ceritanya klik sini ), kini dia pula yg tanya Mama, Mama rasa sedih, nak nangis ke?
Bila begini ... serik! Rasa tak nak bela kucing lagi ... tak sanggup hadapi bila kehilangan mereka. Rasa gitu sokmo, tapi bila kucing datang rumah ... tak mampu nak halau, apatah lagi buang mereka.
Tam ... jodoh kita hanya sehingga semalam ... Mama harap kasih sayang kami semua selama ini memadai. We miss you already ...
(-__-,) .... kini tinggal Mojo, Bambam, Boo, Teh dan PYO (ibu mereka)

Masa kecik ... Tam suka main
'hide n seek'


p.s. Muaz dan Amar lah yg uruskan tanam Tam bawah pokok besar depan rumah ... di bawah pengawasan Ayahnya. Takut juga nanti kubur Tam kalau tak cukup dalam, nanti dikorek binatang liar.

TAM : 06.06.2014 - 01.03.2015

01 March 2015

Hot days are here .... again.

Its been hot! hot! hot! lately ... the weather i.e.
February ... has been minus the rain
The grasses are starting to wear autum hues ... sort of
The trees are forever dropping leaves ... much to Amar's dismay (he is in charge of fallen leaves ... haha)
The playful felines too are feeling the heat ... seen resting most of the time ... active only when the sun started to go down
Mojo, Boo n Teh ...
Alhamdulillah for the winds ... making hot days more bearable ... signaling kite flying season is here ...
There is always the good and the bad sides of extreme weathers ...
To think just barely two months ago ... the heavy rains and tsunami-like flood that hit us  ...
How then,  we were wishing them to just stop and recede ... and now?!!
We are wishing the rains would come and stayed a bit longer ... queching the thirsty earth and plants ... filling the slowly receeding water levels
Finally ... its how we treat mother earth ... how we adapt to mother nature ... how we show our faith and thanks to Allah The Creator
Well! ... Did we?
Lets ponder .... muse ... think .... wonder ... whatever
Lets also never to stop praying ... for Allah The Merciful's blessing, guidance and forgiveness.

21 February 2015

Bila jenguk belakang rumah ....


Kehadiran setandan pisang pada salah satu pokok2 pisang yg ditanam bulan April tahun lepas hanya disedari pabila jiran sebelah rumah beritahu tak lama lagi, dapatlah kami makan pisang yg ditanam sendiri. Iniah dia ... pisang abu2 pertama kami. Happy Sangat!!!



Dan hari yg sama juga, salah sepohon nanas yg ditanam hari yg sama dengan dengan pokok2 pisang tu juga sudah berbuah. Gembira sungguh. Ini nanas sulung Mama  ..... tak jemu hari2 jenguk depa ... hihi


Nothing can describe the happines on seeing the plants that you sow with your own hands bearing the fruits of your (so-and-so .... hehe) labour. Tho' our Kebun Biasa2 (our teeny weeny backyard) ... is nothing to boost about, when you harvest your very own lemon grass, tumeric, pandan leaves, chillies, spring onions, mint leaves, papayas .... you know you're eating pesticdes free organic harvest ... pure bliss indeed.

20 February 2015

Cuti lagi .... Soalan cepumas dari Mama

Wah! Rupa2nya dah dekat sebulan Mama tak bersiaran ... cuti tanpa berita ... huhu
Alasan? Nak dengar? Perlu ke?
Catitlah juga agar tak salah faham ... (camlah blog Mama ni femes sangat ... haha)
Gini ceritanya ... biasa malas, tak ada mood bila ...
1) Line internet ibarat iklan biskut yg 'kejap ada, kejap tiada'! ... terbantut mood nak blogging. Apa tidaknya, nak log-in pun memakan masa ... nak publish lepas tu ... lagi haru menunggu nya
(-__-')
2) Dan kisahnya, tab yg satu ni ... rebutan warga Rumah Biasa2 ... dan biasalah Mama mengalah, banyak kerja lain nak buatnya ... bila semua orang dah tidur, baru tab free ... dah takder maknanya ... sebab dah tua2 ni dah tak larat nak berjaga ... solely for blogging purpose ... mata tak mau buka lama2 ... itulah!
3) Sejak Ayahnya pencen ... ke mana2 asyik nak berdua. Ikut ajalah,  jadi co-pilot ... temani si Dia ... yg pasti makan percuma ... haha.
Gitulah antaranya alasan Mama
p.s. ... lepas ni pun, kalau lama tak bersiaran ... sebabnya lebih kurang sama ... faham2 je lah. Abandon it? No no no ... tidak dalam masa yg terdekat ni. Jangan risau ya  ... (perasan lagi Mama ya ..)

Cuti Raya Tahun Baru Cina ...
Kalau anak2 tak balik kampung beraya, mak ayah yg akan pergi bercuti rumah anak2 pula ... itu lumrahnya.
Dan bagi si ibu, tak kira di mana, memasak makanan dan kueh muih kegemaran anak2 sudah pastinya.
Kalau anak2 tak pinta pun, ibu rela hati masakkan juga.
Seronok sangat lihat anak2 menjilat jari ... puji lazatnya ibu masak!
Kalah KFC ... hihi
p.s. ... ibu/isteri tahu saja makanan/kuih-muih kegemaran anak2/suami dia. Soalan cepumas Mama;
.... tahukah anak2/para suami ... makanan/kuih-muih/minuman kegemaran ibu/isteri anda?

Kasih ibu/isteri ... pasti dahulukan masak makan kegemaran suami dan anak2 .... keinginan sendiri tolak tepi. Hanya kalau dia bersendiri, atau teringin sangat, baru dia masak masakan yg dia gemari ... just observe and see ...

SELAMAT BERCUTI DAN HATI2 DIJALANRAYA ....

26 January 2015

Jeruk mangga asam boi yang tak sempat jadi jeruk ....

Orang dok heboh sedapnya jeruk mangga asam boi ....
Dalam FB, Whatsapp  .... ada je member kempen jeruk ni
Dek Mama ni bukan peminat tegar jeruk, colek dan yg seangkatan dengannya .... asam boi yg masam tu ... lagi la tak minatnya, buat derrkk ajalah.
Masa 8 kali berbadan dua (2X keguguran at 10 - 12 weeks pregnancy) .... asam boi, mangga, kedondong muda ... juga tiada dalam senarai mengidam Mama ... hanya Ayahnya yg lebih2, beli dan makan benda2 ni waktu Mama ditrimester awal mengandung.
Nak jadi cerita, suatu hari anak sedara suami datang ziarah sepupunya (doter Mama) .... bila dia dapat tahu doter dah berbadan dua. Siap bawa jeruk mangga asam boi yg baru berusia beberapa jam ... untuk bakal ibu katanya.
Yang bestnya ... dia tak guna mangga muda yg biasa2 tu ... yg masamnya Mama tak tahan ... sebaliknya dia guna mangga lemak (oghe Kelate panggil pauh lemak)  ... dan tahu kami tak suka pedas ... minus cili padi!!! Sambil borak-borak ... sambil ngap jeruk mangga asam boi yg dia bawa .... sedar2 licin sebekas yg dia bawa. SEDAPP HINGGA MENJILAT JARI ....
Lepas tu ... dah cam ketagih la pula. Boleh kata setiap minggu Mama buatnya ... dan memang tak sempat jadi jeruk pun ... habis lama bertahan lah sejam dua. Tu pun Mama sorok dulu ... biar asam boi tu serap elok ke dalam mangga tu ha!!
Resepi? Senang jerr .... mangga muda (ikut suka lah mangga apa, janji yg muda, baru crunchy bila ngapnya), serbuk asam boi secukup rasa, sedikit garam, asam boi putih 2 - 3 biji, ikut selera ... Mama omit gula sebab mangga @pauh lemak tu tak masam tapi lemak manis gitu ...
Mangga buang kulit dan basuh sebelum potong kecik2 (freestyle jg ... ikut suka nak besar, kecik, nipis, tebal ... ), letak dalam bekas, tabur garam, serbuk asam boi, asam boi biji ... gaul rata dan perap selama yg boleh. Jika guna mangga muda yg masam ... gaullah sesikit gula. Jika suka pedas ... raciklah cili padi secukup selera ....
Semalam ... Mama buat dua jenis. Mangga lemak muda dan jambu batu .... sold out sebelum sempat serbuk asam boi dan asam boi biji2 tu mesra dengan mangga dan jambu batu tu dan diambil gambarnya .... hahaha. Maaf ya no pictures ....
p.s. guna buah2an lain pun sedap juga ... nanas, kedondong, jambu air, epal hijau, limau bali .... itu antaranya. Rasanya kalau kita terbeli buah yg masam ... buat gini pasti laku. Tak membazir .... cubalah!!!

24 January 2015

SIAP ....

"Mama! Nak makan laksa penang lah hari ni ..."
Brooommm .... ikan, segala jenis daun, laksa, bawang lada
Tong tang tong tang .... SIAP!!!
"K. Noor, rasa nak makan speghetti la ...."
Brooommm .... daging cincang, speghetti, sos pasta, bawang rempah
Tong tang, tong tang .... SIAP!!!
"Mama! Nak penkek pagi esok ..."
Buka pantri, buka peti .... tonh tang tong tang ... SIAP!!
"Yang ... ni sotong abang beli. Rasa nak makan sotong celup tepung pulak hari ni ...."
Tong tang tong tong .....  SIAP!!!
Well ... itulah antara ... senario minggu ini. Masak 'on request'

p.s. Sebenarnya otak buntu ... jawabnya entri merapu ....


15 January 2015

AMAR .... minggu pertama sekolah 2015

Tahun ni Amar dah Darjah 6  ....
Cepatnya masa berlalu. Masih teringat hari pertama persekolahan dia ... di Sek. Keb. Lati, Pasir Mas.
Dek tak pernah pun dihantar belajar ke tadika, Mama yg lebih cuaknya ... dapatkah dia suaikan diri nanti.
Sebaik hantar dia ke kelas, sebaik loceng tanda pembelajaran beemula ... sebaik Mama (dan ibu-ibu lain) melangkah keluar dari kelasnya ... Mama sempat paling kat dia, lambai tangan dan beri isyarat akan ambil dia pukul 1 nanti ... dan tika itu Mama lihat matanya bergenang jua, mengerdipkan matanya berkali2 (agaknya menahan diri dari menangis ... sebab Ayahnya dah pesan, anak lelaki mesti kuat!) dan dari celah pintu biliknya Mama sempat intai, dia palingkan muka dan kesat mata berkali2 .... Tghari tu, pukul 12 Mama dah sampai sekolah (mak budak2 darjah 1 lain pun 2 X 5 dgn Mama jugak ... haha.) Intai dari jauh ... rupanya Amar pun asyik pandang luar, cari Mama gamaknya. Masa beratur nak keluar kelas, dan lepas cium tangan cikgu ... laju dia (Mama too ... hihi) meluru peluk Mama. Hari pertama sekolah ...
Hari pertama Darjah 6, Amar muncung jer balik dari sekolah.
Naik kelas Elit, kawan lama di Kelas Bestari .... tak best! Takder kawan, cikgu2 semua garang .... nanti ada kelas tambahan petang dan malam!
Hari kedua .... sedikit ceria. Dua orang kawan dari kelas lama pun sekelas juga. Lega sebab dia tak perlu jadi Ketua Darjah lagi ... kelas pun bawah sekali ... tak perlu turun naik tangga galas beg seberat guni beras 10 kg.
Hari ketiga ... semakin ceria. Dah dapat ramai kawan baru ... ada baik, ada 'gengster' (^___^')
Hari keempat ... dah mula bersemangat. 'Adik mesti dapat 5A. Kalau tak dapat macam rasa tak berguna!'  luah Amar masa makan malamnya. Nak belajar dan ulangkaji hari2 ... Alhamdulillah, dia buat apa yg dia kata .... incredible! Dan dia juga dilantik jadi Naib Pengerusi Kelab Bola Baling ... tahniah!
Hari kelima ... tak sabar2 nak ke sekolah pagi ni. Belum pukul 7 dah minta Ayahnya hantar dia. Ini bukan lagi Amar yg manja sebelum ni ... cam matang sikit pada pandangan Mama.
p.s. Amar beritahu, hari kedua Guru Kelas maklum, siapa tak datang sekolah ... "Cikgu akan pergi cari ke rumah! Cikgu dah ada semua alamat murid2 di sini (borang biodata diri dan keluarga) yg kamu hantar tadi!"
Haha ... patutlah Amar 'insist' nak juga ke sekolah walaupun batuk dan selsema. Siap nak pakai 'mask' tutup hidung dan mulut lagi. Patut Cikgu begini ada masa dia mula2 bersekolah lagi. Tidak la Amar jadi pemegang cuti terbanyak ... tak ke sekolah ... keluarga ni. Terima kasih Cikgu!! (^__^)

13 January 2015

Cerita sikit ... bila banjir dan selepasnya

Alhamdulillah ... lega
Whatsapp grup kami kembali ceria ....
Sudah boleh bergurau jenaka semula ... usik mengusik mesra
Setelah sekian ketika ...
Bagaimana cemas, kalut saat banjir besar melanda negeri tercinta
Ini lebih kurang kronologinya ... dari grup whatsapp Mama
Cam 'live' dari tempat bencana ...
Lapuran masing2 keaadaan getir dgn berita air mula naik
Mula2 cerita kemas barang ke tempat tinggi dan selamat
Kemudian 'up dates' pula keadaan paras air yg makin naik sini sana
Ramai yg 'cought off guards' kerana tempat yg air tak pernah naik, tiba2 maklum air dah sampai kawasan mereka ... mendadak pula
Yg mendengar turut cemas, risau ... arah mereka pindah, selamatkan nyawa ... 
Kemudian kerisauan dan debaran kami berganda, bila beberapa rakan senyap terus dgn whatsapp terakhir .... air dah naik ke tangga rumah (walhal sebelum2 ni tak pernah ... )
Tegang seketika ruang whatsapp kami ... ternanti2 berita, tertanya2 bagaimana keadaan mereka ... entah di mana berada
Selamatkah? Makankah? Sihatkah?
Terasa 'helpless' dan risau yang amat keadaan mereka bila berita kat tv, media cerita kawasan berkenaan terus terjejas ... rumah bangunan tenggelam semua!!
Bila banjir surut ... dapat berita gembira. Alhamdulillah mereka selamat dan sihat semua ... menjadi pelarian banjir buat kali pertama dalam hidup mereka ... menumpang pusat penempatan banjir, rumah rakan, saudara ... asal selamat aja
Pun berita sedih juga .... habis musnah harta benda, tak dapat selamat belaa ... semua! termasuk kereta ... 
Terkejut, terkedu mereka saat pulang semula ke kediaman yg berselut merata ... tak pernah mengjangka begini sekali banjir melanda ... musibah dari NYA ... tapi redha ... pasti ada hikmah disebaliknya
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
Whatsapp kami berkisar bantuan pada rakan2 yg terlibat pula
Juga jiran2 mereka ...
Bantuan material, sokongan moral dan doa .... agar mereka sabar, tabah dan kuat hadapinya
Pasca banjir menyaksikan rakan2 yg tak terlibat ... jauh dn dekat ... berusaha sedaya mungkin hulur pertolongan dan bantuan ... agar yg berat dapat diringankan ... mana yg terdaya dek kemampuan dan kudrat ...
(p.s. ada yg datang 'the first available flight', yg melalui darat ... redah dan cari jalan yg dapat dilalui ... nekad, yg tak dapat datang ... 'moral supports', hantar kiriman bantuan melalui saudara,sahabat yg balik melawat ... yg dekat, jadi pemacu ziarah sahabat, yg berkuasa dan berpangkat ... pastikan bantuan dihulur dgn cepat! Itu lah erti sahabat ....)
Walaupun masih banyak kerja membersih, mengemas dan pulihkan kembali keadaan rumah yg rosak ... syukur mereka sudah boleh tersenyum dan ketawa sedikit sekarang. 
To that ... we ZS'77 the Glam Golden Girls ... will always be united in helping friends in need ... Insya Allah.

03 January 2015

Pencen sebelum waktu .... 5115

Lawakan angka 5115  ...
Tarikh bertunang? bernikah? hari lahir? no. kereta?
Hahaha  .... bukan, bukan, bukan dan bukan!!!
Ia tarikh pilihan suami Mama bersara!
Bukan bersara wajib (kakitangan gomen 60 la ...)
Tapi bersara pilihan ..., cam usia wajib bersara dulu, satu ketika!
Semalam ... hari terakhir dia dipejabatnya.
Bercampur baur perasaan ... itu yg suami cerita.
Yang pasti .... sedih nak tinggalnya.
Ya lah ... bermula di usia 22, 33 tahun bekerja ... 55 bersara!
(p.s. fuh! angka2 lawa belaka ... tak perasan pun sebelumnya ... hihi, jgn pula pi beli toto, no. ekor ... berdosa!!!)
Rata2 yg kenali dia kata ...
Sayangnya .... Tak nyesal ke?!
Gaji ribu2 .... dah pencen, tinggal 1/2 ... anak ada 2 lagi belajar, tak takut ke?
Dah tua ... biasa kerja pejabat, larat ke nak angkat cangkul, bercucuk tanam, kerja sendiri cari rezeki???
Memang ... semakin dekat tarikh bersara, hati mula diusik curiga ... betul ke pilihan bersara awal ni? Takut bosan nanti ...
Kalau perempuan (cam Mama yg berhenti kerja sblm umur option bersara ... no pencen ma!), tak boring ... ada saja kerja rumah nak buatnya. Tok tek tok tek ... gerok sokmo, ado jo kijo, kata oghe Kelate.
Lelaki ... lain pula. Kerja rumah secara tradisi bukan kerja mereka ... itu didikanya. Berkebun, bela ayam itik, lembu kambing? Rasanya ... no hope here! Hihi ...
Pun Mama yakin ... rezeki ada dimana2, yang ada pun dah cukup sangatnya. Sedehana ... itu kuncinya.
Mama sebenarnya 'looking foward' Ayahnya bersara .. ada macam2 program dalam minda nih!
Pun sebenarnya ... suami dah pun di 'sunting', dapat beberapa 'offer' kerja ... cuma nak pilih je, itu maklum suami tercinta
Itulah ... Adoii!!, entah dapat laksana ke idoknya program2 yg Mama berkira2 bila Ayahnya bersara??!!
Huhu ... nama je bersara, macam tak jer!!!

02 January 2015

Telur Jeruk dan bekas DIY kitarsemula botol air 1liter .... dan bantuan pasca banjir

Dua hari lepas Mak bawa 7 biji telur masin. Bekal banjir katanya ...
Pun adik cakap, tak 'masak' elok lagi. Tak berapa masin lagi yg dah rebus sebelum ni ....
Memandangkan Mak bawa 'kering'  ... Mama kena jeruk baliklah.
N3 pasal cara nak jeruk telur, sila rujuk sini
Yang nak dikongsi di sini  ialah satu lagi kegunaan botol air 1 liter .... boleh buat bekas jeruk telur.



Bersihkan botol.
Potong anggaran 19cm dari dasar botol.
Letakkan telur yg sudah dibersihkan, tuang air garam dan tutup dgn penutup cawan plastik yg jg dikitarsemula ...
p.s. boleh juga guna bekas ini untuk jeruk cili, mangga asam boi, betik muda ....

Itu antaranya ....

Pun ikut suka nak letak apa ... asam keping, garam, serbuk kunyit, serbuk kari  .... apa2 je



Nota:
Alhamdulillah bantuan kepada mangsa2 banjir di Kelantan datang mencurah2 dari semua pelusuk negara .... pun pasca banjir lebih memerlukan bantuan terutama dalam fasa mencuci kediaman, pejabat, sekolah, tadika, masjid, kedai .... hatta jalanraya .... dan membuang barang2 yg musnah, tak boleh guna. Kasut 'pua chu kang' laris, paling diperlukan semua yg mahu meredah selut dan elak benda2 bahaya, tajam yg tak nampak dek mata ... terlindung dlm selut tebal di mana2. Sapa2 yg nak bantu ... tanyalah mereka 'on the ground' dan mangsa2 banjir jika boleh .... mereka lebih tahu apa yg sangat diperlukan waktu ini .... ikut keadaan dan masa.

01 January 2015

Selamat tinggal 2014 .... Selamat datang 2015

SELAMAT TINGGAL 2014 ...
2014 diakhiri dengan ujian banjir laksana tsunami di sini
Sanak saudara, rakan taulan yg beberapa hari terputus hubungan ... risau menanti berita .... selamatkah mereka? di mana mereka? sihatkah? makan minum, tidur pakai ... ok kah?
Kini terjawab sudah!!!
Apa yg kalian lihat di tv, media massa, mukabuku, whatsapp dan sebagainya ... benar belaka!! Itu sebahagian cuma ... realitinya lebih dasyat dan tak terjangkau minda
Namun yang merasa ... lebih hebat peritnya
Mama tak mau cerita ... kalau boleh datanglah sendiri
Lihat dengan mata kepala .... pasti mengalir air mata
Pasca banjir yang lebih derita ... ramai yang perlu bermula semula
Semua harta musnah belaka ... kesian lagi bila ada yg tinggal hanya tapak rumah aja ...
Moga mereka tabah dan redha dengan ujian ini
Takziah buat mereka semua ...
Juga kepada penumpang, krew pesawat Air Asia  QZ8501 serta keluarga mereka ... moga tabah dan redha.
Siapalah yg tahu apa menanti ditahun 2015 ini ...
Bagi Mama yg dah tua ni .... tak mau lagi menghitung hari
Hanya ingin setiap saat, minit, jam, hari yang berlalu pergi ...
Akan lebih terisi, lebih baik lagi ...
Insya Allah!!!!
SELAMAT DATANG TAHUN 2015 ....

p.s. baru hari ni rasa lega, banjir dah surut ... reda. Sebelum ni tak ada entri sbb tak gamak, takder mood ...  nak cerita pasal cuti Mama, pasal kami 'stranded' tak boleh balik Kelantan, pasal kami redah juga balik ... tawakkal padaNYA ... ikut Kuantan, Terengganu ... dek risaukan situasi banjir yg begitu teruk melanda. Alhamdulillah selamat sampai Rumah Biasa2 ... tengoklah macamana ... mungkin akan cerita untuk nostalgia bersama keluarga.