Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

05 June 2014

Kepada peminat ubi kentang ...

Bila cakap pasal ubi kentang .... kari (daging atau ayam), sup, kurma, kerutup, dalca .... adalah antara masakan Mama yg wajib ada ubi kentang.
Ubi kentang ni banyak khasiatnya (yg ni kena cari ... tanya Madam Google sendiri ... sori ) tapi yg pasti ia rendah kalori, tiada lemak, tinggi kandungan Vitamin C, zat besi, potassium dan serat.
Ya!! Makanan sempurna gitu  .... hinggalah kita sabotaj dia dgn mentega, garam, krim masam, keju, minyak yg berlebihan!!
Contoh: kentang putar, kentang goreng, wedges berkeju, potato chips  .... itu antaranya. 
(-__-')
Dan untuk makluman semua, terutamanya peminat2 ubi kentang  ....
Ubi kentang mengandungi toxin semulajadi yg dpanggil solanine yg berfungsi sebagai racun serangga semulajadi ubi kentang. Dalam keadaan biasa, ia selamat untuk dimakan. Ia juga faktor yg memberikan 'rasa ubi kentang' (flavour) yg unik tu. Kuantiti solanine meningkat sebaik dituai dan semakin bertambah jika didedahkan kepada cahaya matahari dan suhu yg melampau.
Ia akan hanya menyebabkan keracunan bila seseorang tu memakan ubi kentang secara berlebihan (5 - 12 kg sekali hadap ... ada ke??), ubi kentang yg mula bertunas (15 gm tunasnya  ... rasanya tak ada orang yg hanya makan tunas ubi kentang) dan ubi kentang yg telah rosak.
Tanda2 keracunan akibat memakan ubi kentang yg telah rosak dan bertunas ialah ... sakit kepala, keletihan, demam, cirit-birit dan kekejangan (cramps). 
Memasak, merebus, mengupas kulit ubi kentang tidak dapat memusnahkan solanine  ... 
Pun tak perlu panik dan nyahkan terus ubi kentang dari menu kita ... yg penting
... pilih yg segar, tidak rosak dan belum bertunas.
... jangan simpan dalam peti sejuk (huhu ...), simpan ditempat yg kering, tiada cahaya matahari, dlm beg kertas atau plastik berlubang dan dari masa ke semasa  ... buang yg rosak dan bertunas agar tak jejaskan ubi kentang yg lain.
... jgn basuh sebelum simpan, akan cepatkan proses rosak.
... jgn simpan bersama bawang sebab gas yg dikeluarkan bawang akan cepatkan proses ubi kentang rosak (dan vice versa).
... warna kehijauan bawah kulit ubi kentang ialah klorofil. Ini tanda ubi telah terdedah pada cahaya berlebihan. Bermakna terdapat solanine dlmnya. Jangan buang, tapi semasa mengupas, pastikan lapisan kulit dan isi yg warna kehijauan dibuang sepenuhnya.
... begitu juga kalau dah bertunas (baru bertunas, sikit2)  ... buang bahagian bertunas dgn pisau tajam Seelok-eloknya setebal mungkin dari mata tunas tu ... agak2 1/4 cm tebal. Tapi kalau banyak sgt tunasnya, tinggi2 doh, dah rosak, lembik dan ada bau tak enak ... buang sajalah.
Hmmm! Itulah antara sedikit ilmu Mama kongsi kat sini  ... khas buat peminat ubi kentang.
Satu lagi pesanan Mama  ....
Kita apa yg kita makan  ... bersederhana dlm semua perkara yg eloknya.
Moga bermanafaat. 

Sumber: 10 - Health, Sunday Plus, Sunday Star: November 8, 1998.

No comments: