Amar - merungut kenapa 'orang itu' (hihi ....) suka sangat tegur dia itu dan ini! Boring ... macam la dia tu 'perfect' sangat!!
'Orang itu' yg terdengar rungutan kuat yg disengajakan Amar jawab dgn kuat dari bilik dia (hihi ...), sebab sayang! Kalau tak sayang, lantaklah nak buat apa ... biar rosak sampai tua!!
Amar pandang Mama, muka mencuka ... juihkan mulut, 'busy body la ... tengoklah Mama!'
Sebelum perang mulut meletus, kurus puasa, Tok Hakim Mama pun bersuara ....
"Adik, betul! Tegur tandanya sayang ... dan kalaupun orang yg Adik tahu memang suka cari salah orang cakap begitu begini pada kita, mungkin ada betulnya. Takder angin mana pokok nak bergoyang! atau orang goncang (sblm Prof Amar beri pembolehubah lain .. huhu). Kadang2 Allah tegur kita melalui orang lain, kejadian/peristiwa tertentu (sebab Allah sayang kita) ....
Bila orang kata begitu dan begini pada kita, kita mesti rasa marah, melenting dan nak balas balik kan??!! Sabar dulu, cuba 'relax n chill' sekejap. Cuba fikir, betul ka apa yg orang kata? Jika ya, terima hakikat tu dan cuba baiki diri kita . Jika tidak, pahala percuma utk kita!!
Tapi biasanya ..... Adik selalu nampak kalau kawan2 buat salahkan? (Angguk). Itulah ... tapi salah diri sendiri, jarang kita sedar kalau orang lain tak tegur. Ye ke tidak? Hmmm .... Jadi, siapa yang rugi? (Tunjuk diri sendiri ...).
Tapi Mama, kadang2 ada kawan cakap depan orang lain, malukan kita, fitnah kita!! Rengus Amar, masih tak puas hati! Ustaz cakap, bulan puasa, syaitan iblis kena rantai! Tapi mengapa orang masih buat jahat, nakal, tak dengar kata, tak puasa, tak solat, macam2 yg Allah larang?
Soalan cepumas .... entah betul ke tidak jawapan Mama nih, (p.s. kena buka buku kitab lepas ni ... atau rujuk Tanyalah Uztaz/Ustazah lepas ni) ...
Jawapan Mama .... itu maknanya nafsu dalam diri orang tu lebih kuat dari iman. Orang kata, ikut nafsu ... nafsu dia dah jadi hamba syaitan, nafsu yg suka buat apa yg Allah larang. Nafsu yg ikut bisikan2 syaitan sebelum ini, mungkin selama2nya, walaupun syaitan dirantai bulan puasa .... sebab tu kena lawan dan didik nafsu agar suka yg baik2, ikut yang Allah dan Nabi Muhammad saw suruh. Sebab tu Mama dan Ayah larang itu dan ini, tak ikut semua kemahuan Adik ... nak didik nafsu Adiklah!!
Makan khurma, minum air dan sedikit kuih masa berbuka, solat maghrib berjemaah dulu .... baru makan menu utama ... pun cara nak didik nafsu juga ...
Terkebil2 tapi angguk.
"Adik tahu! Berhenti sebelum kenyang ...!!!"
Itu antara adengan hari pertama puasa buat Amar dan 'orang itu' .... (^___^).
NOTA: Sebab itu penting ibubapa doakan agar anak2 diberi kefahaman dalam beribadah dan beragama. Amalkan .... Insya Allah, mereka kelak terbimbing ke arah itu. Macam kena faham kenapa 5 X 2 = 10, 1 + 1 = 2 ..... gitulah.
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
30 June 2014
25 June 2014
Sebelum Ramadhan 1435H ... perkhemahan, persediaan
Senarai keperluan Amar bagi perkemahan unit beruniform sekolah dia minggu lepas ...
Sebelum perkhemahan ... punyalah teruja dan 'looking foward' kerana ini pengalaman pertama kali dia bermalam dalam khemah, dengan rakan2 ... ditanah lapang, jauh dari keluarga.
(p.s. Mama yg lebihnya .... sedia itu ini, pesan itu ini, risau kalau begitu, begini .... )
Selepas perkhemahan ... hitam legam muka dan lengan, demam terus keesokan harinya (sun stroke agaknya .... topi yg dibekal, tak pakai pun kata dia ....). Malam kedua katanya tidur didewan sekolah semua .... sebab sorang budak lelaki histeria setelah balik dari tandas lps isyak (dia gi sorang2 walau cikgu dah pesan ... pergi ramai2) dan ramai nampak 'pocong' duk bergolek cam tidur atas padang dekat khemah mereka malam dekat waktu tidurnya ... (nak join sama gamaknya, huhu).
Ini rumusan Amar tentang perkhemahan pertama dia;
- Tak seronok tidur dalam khemah .... ramai sangat + sesak + rimas dan panas!! Mujur malam kedua tidur dlm dewan .... selesa + ada kipas pula.
- Makanan ok, guru yg masaknya .... murid tolong kupas bawang, kacau jer.
- Pertandingan dan persembahan malam akhir ... 'best!!' Dikir barat paling Adik suka.
- 'OVerall' ... ok la.
Dan ini pula .... antara sebahagian persediaan isi rumah Rumah Biasa2 nak sambut kedatanga Ramdhan yg mulia dan barakah. Sekiranya ada salah silap, terkasar bahasa .... maafkan Mama ya. Semoga kita sama2 dapat meraih keutamaan Ramadhan kali ini. Moga kali ini kita berjaya melepasinya dan meraih sebanyak mungkin ganjaran dan pahala yg dijanjikan oleh Allah SWT. Insya Allah.
18 June 2014
MUAZ. ... kisah hari lahir ke 17
Semalam hari lahir Muaz! Ke 17 ...
(cepatnya masa berlalu ... huhu)
Awal2 dia dah cakap ... 'no cakes and candles, eating outside .... please!'
Yup!! Dia dah remaja ...
Maka bermesyuaratlah Mama, KCik dan Ecu .... macamana nak raikan hari lahir Mr. Cool Mama nih. Yg lain dari yg lain ....
Akhirnya sepakat raikan dgn BBQ ...
Err! Pilihan yg mungkin ... pertama dan akhir ... hihi
100X lebih baik tiup kek, order sate ... kalu macam ni
1/2 jam pertama ... nak hidupkan api
Baju lawa, perfume .... dah tak ada lagi
Bau asap dan calitan arang sana-sini ...
Panas, peluh ... rimas ...
Dahlah hidung dan mata berair tak sedar ...
Terbatuk2 .... mata berpinar ... haha
Tambah pula sotong, udang yg buat lalat2 teruja ... nak join sama
Pun ... parti yg berjaya juga akhirnya
Muaz gembira ... especially bila Mama keluarkan daging yg diperap
Special buat dia ...
His favourite ... Mama tahu, just like his arwah brother, Angah (Al-Fatihah)
Apapun parti harijadi lain-dari-yg-lain, BBQ yg berjaya ... walaupun tanpa kek dan kelamkabut awalnya.

SELAMAT HARI LAHIR MUAZ
Moga berjaya dunia akhirat Moga jadi anak yg soleh dan bahagiakan Mama dan Ayoh Stay happy and cool always!! |
17 June 2014
Kebun Biasa2 bila nak jadi Kebun Luarbiasa ... huhu
Bila lihat taman dan laman rakan sekolah dan blogger Hani (Aku kah Itu?) .... wah! memang irihati sungguh. Jeles sungguh .... bilalah dapat pergi melawat, santai2 dengan dia sambil hirup kopi o beng + sekali sekala cicah biskut pingpong sambil tanya khabar dan nostalgia cerita lama .... sambil cungkil petua2 berkebun darinya. Hihi! Hmmm! puasa dekat dah. Tak sempat gamaknya ...
(p.s. Hani, anak balsam banyak tumbuh ni ... hendak cakap le. Sifu Cikgu Dah mesti marah ni ... sebab pokok durian belanda yg dia beri hari tu tak tanam2 lagi ... huhu)
Bila lihat laman Mama .... huhu, baru perasan .. cam gurun sahara.Takder pokok2 hiasan, maupun bunga2an .... asyik dok sibuk laman belakang ... betik, pisang, serai, kunyit. Herba semuanya ...
Dan yg terkini .... pokok kari (beli kat pasar minggu), selasih (kakak ipar yg beri) dan sireh (kidnap kat rumah sewa doter ... tp dah minta izin awal2 dari tuan rumahnya).
Bunga yg ada ... bunga kertas dlm pasu yg beli kat Kepala Batas dulu (yg dok setara tu, hidup segan mati tak mau), pokok aloe vera yg jiran diIpoh, Manjit beri (yg ni subur sekali, dah beranak pinak, biak sana sini), kaktus Cameron Highlands, bunga kamunting cina dan keembong (balsam). Yg paling senang tumbuh belaka ... huhu.
Mak Mama yg dah lepasi 7 siri pun masih giat tanam itu ini. Hobi dia dari muda lagi ... macam2 pokok bunga dan herba ditanamnya. Cili saja, macam2 kaler .... lawanya. Kalau ke mana2, pasti bawak balik bunga sepasu dua, batang pokok entah apa, biji benih penuh begtangan dia ... Idak menurun pada anak dia yg ni nampak gayanya. Setakat nak laman gitu gini, kalau tak usaha ... mana jadinya. Tahu! Mahu! ..... dok tapi, tapi, ...
Kebun Biasa2 konon!! ... tak layak panggil kebun pun!
p.s. N3 marah kat diri sendiri ...
(p.s. Hani, anak balsam banyak tumbuh ni ... hendak cakap le. Sifu Cikgu Dah mesti marah ni ... sebab pokok durian belanda yg dia beri hari tu tak tanam2 lagi ... huhu)
Bila lihat laman Mama .... huhu, baru perasan .. cam gurun sahara.Takder pokok2 hiasan, maupun bunga2an .... asyik dok sibuk laman belakang ... betik, pisang, serai, kunyit. Herba semuanya ...
Dan yg terkini .... pokok kari (beli kat pasar minggu), selasih (kakak ipar yg beri) dan sireh (kidnap kat rumah sewa doter ... tp dah minta izin awal2 dari tuan rumahnya).
Mak Mama yg dah lepasi 7 siri pun masih giat tanam itu ini. Hobi dia dari muda lagi ... macam2 pokok bunga dan herba ditanamnya. Cili saja, macam2 kaler .... lawanya. Kalau ke mana2, pasti bawak balik bunga sepasu dua, batang pokok entah apa, biji benih penuh begtangan dia ... Idak menurun pada anak dia yg ni nampak gayanya. Setakat nak laman gitu gini, kalau tak usaha ... mana jadinya. Tahu! Mahu! ..... dok tapi, tapi, ...
Kebun Biasa2 konon!! ... tak layak panggil kebun pun!
p.s. N3 marah kat diri sendiri ...
PYO ... dah jadi ibu
Wah! Pagi ni broadband tetiba super laju ....
Jadi ambil peluang tayang 'cucu2' Mama yg baru seminggu usia ....
5 ekor (©_©) semua .... belum bernama!
p.s. rupanya bukan Si Oren bapaknya .... (-__-')
PYO ... sejak ada anak, ginilah aktiviti utama dia. Ke tanah, kejar burung serangga .... tiada dlm kamus lagi dah. Keluar bilik untuk makan minum dan 'nature's call' aja. Tak mau main macam dulu lagi dah ... keluh Amar.
Biasanya waktu petang, beginilah cara rehat PYO ... ehemm!!! atas kabinet baru @ raya ... haha! Ambil peluang tayang kabinet baru! Apalaa Mama ni .... hihi
Jadi ambil peluang tayang 'cucu2' Mama yg baru seminggu usia ....
5 ekor (©_©) semua .... belum bernama!
p.s. rupanya bukan Si Oren bapaknya .... (-__-')
'Outing' pertama dari 'hideout'mereka |
PYO ... sejak ada anak, ginilah aktiviti utama dia. Ke tanah, kejar burung serangga .... tiada dlm kamus lagi dah. Keluar bilik untuk makan minum dan 'nature's call' aja. Tak mau main macam dulu lagi dah ... keluh Amar.
Biasanya waktu petang, beginilah cara rehat PYO ... ehemm!!! atas kabinet baru @ raya ... haha! Ambil peluang tayang kabinet baru! Apalaa Mama ni .... hihi
16 June 2014
AMAR ... Adik pun
Mama sedang memberitahu doter dan menantu .... antara petanda perkahwinan itu ok ialah bila kita rasa gembira dan tak sabar nak pulang ke rumah setiap hari lepas kerja. Kita tak rasa stress, malas, terpaksa .... tapi 'looking foward' bersama keluarga.
Doter dan menantu angguk2 ... 'tangkap' mesej yg cuba Mama sampaikan. Muaz pula mengiyakan dgn mengatakan memang dia rasa tak sabar nak balik rumah setiap hari lepas sekolah. Teruja nak makan apa yg Mama masak hari ni ....
Dan Sibongsu Amar tak mahu ketinggalan ....
"Adik pun ....!!! Rasa nak balik cepat2 ..."
Sementara semua ketawa, Amar muncung panjang bila Ayahnya kata,
"Takyah sekolah lagi sedap kan Amar??!!"
Tapi cepat2 Ayahnya menambah lagi,
"Ayah dulu pun sama juga .... masa umur Adik"
Baru Amar senyum .... bahawa Ayah pun sama geng dia.
Dan mulalah Ayahnya bercerita zaman dia kecik2 dulu ....
Muaz ... 'whatever', mula dah 'suatu masa dahulu ....' tapi pasang telinga juga, tak berganjak ke mana2 ... haha
Amar .... suka sangat dia dengar cerita2 lama. Cerita zaman dulu katanya. Ayahnya lagilah teruja .... bla bla bla ....
*** Cherish the moments dear (^__^)
07 June 2014
Oh Betik No 4 ...
Baru 4 jun lepas cerita pasal betik no 4 ....
Risaukan buah2 yg "overload" berbanding pohonnya.
Pagi semalam ... kerisauan Mama jadi kenyataan.
Hujan lebat semalaman + angin kencang .... + silap posisi tiang penyokong gamaknya .... rebah dia!
Pun, tanpa bertangguh ... inilah keadaan terkini setelah misi menyelamat Mama dan Ayahnya pagi yg sama ...
Usaha dan harap tindakan kami berhasil selamatkan ia ... Insya Allah.
p.s. buah2 yg gugur di hulurkan kepada jiran2 .... ada nak celur cicah budu, buat sayur air, sayur lemak cili padi, kerabu .... yg penting dimanafaatkan. Alhamdulillah .....

05 June 2014
Kepada peminat ubi kentang ...
Bila cakap pasal ubi kentang .... kari (daging atau ayam), sup, kurma, kerutup, dalca .... adalah antara masakan Mama yg wajib ada ubi kentang.
Ubi kentang ni banyak khasiatnya (yg ni kena cari ... tanya Madam Google sendiri ... sori ) tapi yg pasti ia rendah kalori, tiada lemak, tinggi kandungan Vitamin C, zat besi, potassium dan serat.
Ya!! Makanan sempurna gitu .... hinggalah kita sabotaj dia dgn mentega, garam, krim masam, keju, minyak yg berlebihan!!
Contoh: kentang putar, kentang goreng, wedges berkeju, potato chips .... itu antaranya.
(-__-')
Dan untuk makluman semua, terutamanya peminat2 ubi kentang ....
Ubi kentang mengandungi toxin semulajadi yg dpanggil solanine yg berfungsi sebagai racun serangga semulajadi ubi kentang. Dalam keadaan biasa, ia selamat untuk dimakan. Ia juga faktor yg memberikan 'rasa ubi kentang' (flavour) yg unik tu. Kuantiti solanine meningkat sebaik dituai dan semakin bertambah jika didedahkan kepada cahaya matahari dan suhu yg melampau.
Ia akan hanya menyebabkan keracunan bila seseorang tu memakan ubi kentang secara berlebihan (5 - 12 kg sekali hadap ... ada ke??), ubi kentang yg mula bertunas (15 gm tunasnya ... rasanya tak ada orang yg hanya makan tunas ubi kentang) dan ubi kentang yg telah rosak.
Tanda2 keracunan akibat memakan ubi kentang yg telah rosak dan bertunas ialah ... sakit kepala, keletihan, demam, cirit-birit dan kekejangan (cramps).
Memasak, merebus, mengupas kulit ubi kentang tidak dapat memusnahkan solanine ...
Pun tak perlu panik dan nyahkan terus ubi kentang dari menu kita ... yg penting
... pilih yg segar, tidak rosak dan belum bertunas.
... jangan simpan dalam peti sejuk (huhu ...), simpan ditempat yg kering, tiada cahaya matahari, dlm beg kertas atau plastik berlubang dan dari masa ke semasa ... buang yg rosak dan bertunas agar tak jejaskan ubi kentang yg lain.
... jgn basuh sebelum simpan, akan cepatkan proses rosak.
... jgn simpan bersama bawang sebab gas yg dikeluarkan bawang akan cepatkan proses ubi kentang rosak (dan vice versa).
... warna kehijauan bawah kulit ubi kentang ialah klorofil. Ini tanda ubi telah terdedah pada cahaya berlebihan. Bermakna terdapat solanine dlmnya. Jangan buang, tapi semasa mengupas, pastikan lapisan kulit dan isi yg warna kehijauan dibuang sepenuhnya.
... begitu juga kalau dah bertunas (baru bertunas, sikit2) ... buang bahagian bertunas dgn pisau tajam Seelok-eloknya setebal mungkin dari mata tunas tu ... agak2 1/4 cm tebal. Tapi kalau banyak sgt tunasnya, tinggi2 doh, dah rosak, lembik dan ada bau tak enak ... buang sajalah.
Hmmm! Itulah antara sedikit ilmu Mama kongsi kat sini ... khas buat peminat ubi kentang.
Satu lagi pesanan Mama ....
Kita apa yg kita makan ... bersederhana dlm semua perkara yg eloknya.
Moga bermanafaat.
Sumber: 10 - Health, Sunday Plus, Sunday Star: November 8, 1998.
04 June 2014
Penenang jiwa yg resah ...
Memang perasan posting Mama kebelakangan ni makin menurun ...
Dari 12 (Jan), ke 8 (Feb) .... dan terakhir 5 (Mei). Dan Jun dah pun seminggu
berlalu ... huhu.
Banyak perkara yg berlaku dlm tempoh N3 terakhir hingga sekarang. Yg baik dan mengembirakan ... Alhamdulillah. Syukur!
Musibah dan dugaan ... redha dan tabah. Subhanallah!
Apa jua, sentiasa ingatkan diri bahawa Allah swt Maha Pencipta dan Penguasa atas segala urusan yg tersembunyi dan terbuka. Itulah .... (p.s takder kena mengena dgn Mama dan hubby ye ... hihi. We ... cool!)
Dan spt biasa, sebab paling utama yg buat 'fed-up' nak berblog ialah ... jalurlebar yg tak selebar mana pun!!! ##@@!!!$$$÷÷++----???? ... tu dia eh! Lepas geram.
Apa pun, pokok2 yg biasa2 di keliling Rumah Biasa2 kami (yg ditanam sendiri), walau tak sesubur dan secantik yg dari C.Highland tu ...
Hidup, membesar dan membuahkan hasil ... sudah memadai dan cukup menenangkan hati ini!
Lihat aja pohon kunyit yg Mama dah lupa pun bila semainya .... tiba2 muncul dimerata tempat .... ohh! 'Timing' yg sedang elok ... puasa, raya ...
Ini pulak pohon betik no. 4 .... buah yg ini jenis memanjang. Tak sama dgn yg 3 pohon sebelum ni (yg dah berkali2 merasa hasilnya .... baik Mama sekeluarga, sanak saudara, jiran dan kawan2).
Juga 'over' lebat buahnya .... pohon dah senget. Moga mampu bertahan dgn kayu sokongan tu ... huhu.
Terima kasih Ya Allah atas nikmat dan kurniaan Mu.

Subscribe to:
Posts (Atom)