Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

17 February 2011

Saya yang beruntung ...

Alhamdulillah ...akhirnya sampai juga saya ke Jakarta/Bandung setelah sekian lama mendengar tentang `syurga membeli belah' ini. Terima kasih buat suami atas hadiah Ulangtahun Perkahwinan ke 28 yang sungguh bermakna. 2 hari di sana yg penuh dengan aktiviti `shopping'. Habis tempat yg kawan/kerabat saran dijejaki hingga sakit lutut yg dah nak `expire' ni, lenguh kaki berjalan, sakit tangan serta belakang menjinjit barangan belian, kering tekak & letih mulut tawar menawar, mata pedih melilau & menerobos setiap gerai/sudut yg ada barang2 jajaan dan maraton membelibelah hanya berhenti bila Rupiah yg di bawa kehabisan, baru terasa lapat & dahaga ...!! Itulah penangan membeli belah di Bandung dan Jakarta.

2 hari di sana terasa macam orang berada. Mana tidaknya, setiap kali berbelanja mesti dalam angka `ratusan ribu' (Rupiah). Ahh ... merasa juga menjadi Jutawan, hehe!! Senangnya kita, berkenan aja terus beli. Rasa nak makan, tiada masalah ... pesan aje! Letih berjalan? Panggil sahaja teksi/beca dan arah saja ke mana tujuan. Lenguh2 badan? Kat hotel nanti boleh cuba pakej spa & urutan.

Tapi realiti kehidupan di sana jauh bedanya, ramai yang merempat dan terpaksa berjuang demi sesuap makanan. Luluh hati melihat kanak-kanak kecil comot & berkaki ayam meminta sedekah, mengambil upah menjual suratkhabar, mengelap sepatu, menjual cenderahati dsbnya. Anak2ku, sesungguhnya beruntung kamu dilahirkan sebagai rakyat Malaysia. Rata-rata pekerja-pekerja gedung/gerai jualan di sana terutama remaja menyuarakan hasrat ingin ke Malaysia mencari rezeki kerana "Udah ramai teman-teman yang bekerja di Malaysia senang banget!!". Saya cuma mampu menasihatkan mereka agar datang secara `halal' supaya tiada masalah kelak. 

Persaingan yang sengit dalam meneruskan kelangsungan hidup mungkin menyebabkan mereka menjadi begitu tabah dan sabar .... Saya berkata begitu kerana  mengikut pemerhatian saya sepanjang berada di sana, rata-rata para pengguna jalanrayanya (yg kami lalui); baik yg bermotor maupun pejalan kaki; amat berhemah, bertolak ansur dan sabar dijalanraya. Mereka tidak lokek `memberi jalan' pada pengguna yg lain, samada untuk melintas jalan, membuat `U-turn', `parking' dan berhenti mengambil/menurunkan penumpang. Tiada `double-parking' dan memberhentikan kenderaan sesuka hati. Siapa-siapa boleh jadi `polis trafik' bila ada keperluan; pengawal hotel/bank/kedai, penjaja di tepi jalan, `co-pilot' bas/lori, hatta penumpang teksi sekalipun; dan pengguna-pengguna jalaraya yg lain akur memberi jalan/ruang. Tiada pekikan hon, marah-marah juga bahasa dan isyarat xxx. Kagum sungguh!!!
Deretan rumah  - Bandung

2 hari yang menyeronokkan yg telah membuka mata serta hati saya. Betullah pepatah orang-orang lama kita;

"Rajin Berjalan Luas Pandangan"

Kalau ada sumur diladang, boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang, ingin saya ke mari lagi

Tips untuk lawatan seterusnya (he2 ...);

1. manafaatkan masa melalui jadual penerbangan pergi & balik
2. rancang masa membeli belah/lawatan
3. amalkan `rajin bertanya' ...
4. pastikan hotel dekat dgn tempat yg ingin di tujui  
5. bawa pakaian yg boleh `mix n match' - minimakan bagasi
6. bawa sedikit bekalan makanan & minuman segera
7. bawa ubat2an yg perlu

No comments: