Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

19 November 2019

Bila cucu bertanya ...

Teringat percakapan Mama dan Hilman, cucu berusia 4 tahun semasa kami ke Kuantan bulan lepas. Waktu ni Mama baru selesai solat subuh, dah dia baru bangun tidur.
Terus duduk atas ribaan Mama yg masih ditikar sembahyang. Tiba2 Hilman bertanya, 
Hilman: Mengapa rambut Nenek dan Atuk putih?
Mama (sambil senyum) : Sebab Nenek dan Atok dah tua ...
Hilman (muka sedih) : Hilman tak suka Nenek tua.
Mama peluk dan cium dia. Teringat Amar juga pernah berkata begitu. Tiba2 rasa sayu ... 
Kami berdua hanyut dalam fikiran masing2. Mama tak tahu nak jawab bagaimana. 
Tiba2 Hilman dengan wajah berseri2 kata, 
"Masa Hilman 'baby' rambut Nenek tak putih kan?!!"
Ahh! Pandainya ...
Mama senyum, angguk dan cium dia lagi. Dia peluk Mama erat, rasa bahagia ... 💜

Hilman - usia 1 tahun
p.s. Sila zoom baju Hilman tu 🤭



Nota:
Bila anak2 bertanya, dengarlah. Biar dia rasa dihargai. Jawablah soalannya biar pun biasa2. Namanya pun kanak2. Dunia ini penuh misteri bagi mereka. Perlu di explorasi. Perlu diujikaji ... Perlu jawapan pada setiap persoalan. Jika tak tahu, sama2 cari. Jangan bentak naluri ingin tahu ini. Kelak dicari jawapan sendiri pada dunia yg tanpa sempadan kini. 
Always be there for them now. Later on, they'll be there for you too. InsyaAllah ... 💖

18 November 2019

Bila 60 ...

Yup!! Dah masuk umur 60 Mama ni. Tahun ni 'officially' warga emas.
Dan ... memang terasa bezanya 50an dan 60an. Sedikit demi sedikit Allah snw tarik nikmat. Pun rasanya mulai masuki umur 40 dah start ... sebab mula kena pakai spek membaca masa umur 40an la.
Ingat lagi doa yg Ustaz pesan dibaca sebaik kita memasuki usia 40. Bersunggoh Mama baca weh ... betul lah 'life begins at 40'. Umur dewasa/matang.
Di usia inilah jugaNabi Muhammad saw terima wahyu, diangkat jadi Rasul.
Jadi, pada yg akan atau baru memasuki umur 40  ... Jom amal doa ini 💖:


Eh! Mengundur jauh bebenor ke belakang. Takper ... sebab sayang, Mama share lah apa yg Mama tahu.
Sharing is caring  😘😘

Sebenarnya nak cerita antara peristiwa lucu semenjak Mama dapat tittle warga emas ni.
p.s. Yang pakai minyak angin pagi petang, siang malam tu dah sinonim dah dengan Mama dan Ayahnya sekarang. Minyak wangi dan seangkatan dan tak ada dalam radar dah. Amar pun dah menegur, kuatnya bau minyak angin ... 😅😅😅. Dah tak kuat mana dan longgar segala tulang sendi ... Huhu.

Begini kejadiannya.
Minggu lepas, Mama sedang angkat kain petang tu. Amar dan kawan2, waktu tu pula sibuk dengan 'final preparations' untuk pertandingan top 12 Toyota Eco Youth 2019.
Ketika inilah Mama, Amar sedar sangat realiti nikmat pendengaran Mama dah semakin merudum 😅😅.
Apa tidaknya, Amar tanya lain, Mama dengar lain. Siap kuatkan suara tanya,
Mama: "Amar nak buat apa dengan daun betik? Bukan kah projek Amar ni nak kurangkan penggunaan beg plastik?"
Amar: Daun betik?!! (terpinga2)
Mama: (as usual kalut) Kalau nak daun betik, tu ha!! Banyak pun. Nak yg tua ka yg muda?
Amar :???? (masih terpinga2)
Mama : Amar nak ke tidak daun betik. Mama nak ambil sekarang ni. Esok pagi dah nak bertolak. Mana sempat nak ambil dah.
Amar: Amar nak buat apa daun betik Ma?
Mama: Eh! Dia pulak tanya kita. Dah tadi kan Amar cakap nak daun betik!
Amar: (baru 'tangkap' lalu ketawa terbahak2)
Bukan daun betik la Mama, 'double- tape', 'double-tape' .... 🤣🤣🤣🤣
Mama: Apa??!! (tak pasal2 Amar kena pukul berkali2 sambil ketawa bagai nak pecah perut).
Hadoiii!! Itulah ...

OK! OK! Tau ... Mama dah tua.
Cuba sebut kuat2:

Daun betik

Double-tape

(Ulang 2,3 kali)

Bunyi sama kan?
Kan???

Nota bela diri:
Amar pun salah jugak. Patutnya sebut 'double-sided' tape bukan 'double-tape'. 😁

17 November 2019

Sambutan Maulidur Rasul 1441H ...

Sabtu, 19 Rabiulawal 1441H (bersamaan 16 November 2019).

Alhamdulillah syukur cuaca baik telah mengiringi Persatuan Penduduk Taman Darul Salam (HAWA) dalam majlis sambutan Maulidur Rasul yg telah diadakan diperkarangan rumah Penaung persatuan, Cg. Yuganu pagi semalam.

Majlis dimulakan dgn ucapan Puan Pengerusi yg memaklumkan majlis ini sebagai aktiviti terakhir persatuan bagi tahun 2019.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat2 suci Al Qur'an oleh qariah jemputan, Ustazah Asma' bt Ali. Disusuli pula dengan ceramah "Kepentingan memahami dan menghayati Sirah Nabi Muhammad saw dalam mengurus keluarga" oleh penceramah jemputan Ustazah Rohani bt Mamat.
Ceramah selama satu jam itu kemudiannya disusuli dengan kuiz bagi merancakkan majlis dengan hadirin yang berjaya menjawab soalan2 diberikan cenderahati sebagai tanda kenangan.
Selepas pemberian cenderahati penghargaan kepada dua orang tetamu jemputan kami,  Ustazah Asma' telah mengetuai majlis berselawat beramai2.
Majlis disudahi dengan jamuan untuk semua yang hadir.



Nota:
Terima kasih kepada Cg Yuganu dan isteri, Kak Nik Normah kerana mengizinkan kami mengadakan aktiviti2 persatuan diperkarangan rumah mereka.
Terima kasih kepada ajk2 yang tidak pernah mengenal jemu dan penat lelah dalam menggerakkan persatuan ini tanpa ganjaran.
Terima kasih kepada ahli2 persatuan yang sentiasa memberi sokongan padu kepada setiap aktiviti2 yg dijalankan.
Terima kasih semua. 👍💖

p. s. Jom perbanyakkan selawat setiap hari, setiap masa. Saham kubur dan saham akhirat ni, pesan Ustazah Rohani. 😍

Allah humma solli wassalim 'ala nabiyyina Muhammad.
(Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw.)
- amalan 10x setiap kali lepas solat.