Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

21 November 2018

Aktiviti diusia senja ....


Semalam seharian berada di sini ... Dewan Majlis Daerah P.Puteh. Guru Qur'an kami, kami panggil K. Mat, telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul dan Bacaan Al - Qur'an Muslimah. Di sini anak2 murid beliau dari pelbagai kelas pengajian telah berkumpul beramai2. Seronok dapat berkenalan dgn rakan2 Muslimah Qurani lain ... terutama yg dah lanjut usia tetapi masih gigih mendalami Al - Qur'an tanpa jemu. Mereka ini ada yg datang bertongkat, berpimpin dan berkerusi roda. MasyaAllah ... usia bukan penghalang. Satu suntikan semangat buat Mama ... 
Antara aktiviti2 yg diadakan semalam ialah ... Tilawah Qur'an, berzanji, nasyid, sirah Nabi, Selawat serta jamuan dan cabutan bertuah (kemuncak acara yg amat meriah dan menceriakan sebelum bersurai).
Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan selesai seperti yg dijadualkan.

Sebahagian dr lebih 200 muslimat yg hadir
Mama dan AJK Kebajikan/Sambutan
dimeja pendaftaran
...🌹🌹🌹...


Ini pula perjumpaan pertama ajk kaum hawa taman perumahan kami, TDS (Tmn Darul Salam). Terkejut juga Mama bila dilantik jadi ajk. Apapun bila memikirkan tujuan perjumpaan untuk adakan satu unit khas yg menjaga kebajikan dan ukhwah kaum hawa taman kami, Mama iyakan kerana ia satu niat yg murni dan elok sekali.
Mesyuarat ke 2 esok nak bincang adakan perjumpaan pertama kaum hawa TDS melalui program Maulidul Rasul serta bacaan Yaasin dgn konsep 'potluck' minum petang. Moga niat ikhlas kami direstui dan berjalan lancar. In Syaa Allah.

Alhamdulillah ... moga diusia senja ... masa, tenaga dan buah fikiran dapat dimanafaatkan sebaik mungkin. Minda dan fizikal yg aktif diusia begini perlu bagi kesihatan minda (elak myanyuk) dan fizikal yg makin lemah kadar metabolismanya (punca penyakit). Itu yg doktor saranankan. Pun ... aktiviti perlulah sesuai dengan peningkatan umur. Yg penting amal gaya hidup sihat sedari muda ... ingat tu anak2 menantu2 cucu2 Mama. 😚😚😚

p.s. Ini pula hasil aktiviti cucuk tanam Mama. Seronok lihat pokok cili merah lebat buahnya. Dah bilang buahnya ... hihi!! Ada 27 biji semuanya. Alhamdulillah ... hanya tunggu masak dan petik sahaja. In Syaa Allah!!

terpaksa ikat dahan ... takut patah!


07 November 2018

WW ... Alahai Cucu!!







Bertabahlah anak menantu Mama semua ....
p.s. been there ... asam garam menjadi ibu bapa 😊😁😅

02 November 2018

Kebun biasa2 ... laporan terkini

Bekalan terung dan bendi (sayur kegemaran) tanam sendiri dah putus ... pokok yg ditanam bulan Mac, mula berbuah akhir Mei, telah memberikan kami bekalan tanpa putus hinggalah bulan Oktober lepas. Dah cabut pun pohon2 yg tua ... belum fikir nak tanam apa. Biarlah tanah2 tu rehat dan baikpulih zat nutrien sendiri. Namanya pun berkebun secara organik.
Lagipun musim hujan dah mula ... rehatlah dulu. Sayur binahong@ceylon spinach serta pegaga jepun pemberian kawan dah buleh tuai. Sedap buat ulam/salad atau tumis. Pokok2 cili padi, serai, pandan, kunyit, bunga kantan, lengkuas, pegaga kampung, limau nipis, limau purut dan limau kasturi pula sentiasa beri bekalan yg berterusan. Nak makan ... petik je. 'Fresh from the tree and no pesticides'! Jangan jeles ...
Tahun ni, rambutan berbuah lebat buat pertama kali. Petik dgn tangan jer sebab pokok renek lagi. Masih tak tahu rambutan jenis apa ... tak kisahlah. Janji manis dan jenis lekang isinya.
Ayam jiran tu ingat Mama nak beri depa makan
Pokok betik yg hampir tumbang tempoh hari, berbuah lebat kini. Bekalan Vitamin C kami ...
Alhamdulillah. Dan sepohon lagi baru berputik, berbuah pertama kali. Yang ini jenis bulat, bukan memanjang seperti yg ni. Mama suka 😊.
Pisang emas ada setandan atas pohon tu ... setelah sekian lama tak ada hasil dari pokok2 pisang yg ditanam.
Pokok mata kucing kami ... dah nampak bibit2 buahnya. Pelik juga berbunga lebat sangat dan berbuah musim sekarang ni. Ke memang sekarang musim dia? Pelik kan??! Tak kisahlah ...
Ubi keledek, ubi badak putih dan unggu jauh lagi perjalanannya. Hihi ... tahun depan lah kot merasa hasilnya.
Pokok durian belanda sedang lebat berbunga ... In Syaa Allah moga begitu jugalah buahnya nanti. Aamiin ...
Itulah antara keadaan terkini Kebun Biasa2 yg bukan luarbiasa kami. Cukuplah untuk makan sendiri ... Seronok tanam dan tuai apa yg nak makan.

p.s. cuma pokok2 mangga jer yg masih belum berbuah sebagaimana sepatutnya. Kena cari baja buah organik lain gamaknya ... ke ada cara nak gertak mereka supaya berbuah??

01 November 2018

Suka datang rumah Makcik ....

Itu yg kawan2 Amar beritahu ... setiap kali mereka bertandang ke Rumah Biasa2 kami.
Mereka datang untuk main 'game' ... PS3 PS4 ke apa.
Selalu berempat ... kadang2 berenam.
(p.s. tak menengok citer korea lah Mama 😅😅)
Tak apa lah ... sekurang2nya Mama dapat kenal hati budi kawan2 dia masa mereka main bersama ...
Yg sorang tu siap mak ayah datang hantar dan ambil ... lega gamaknya mak ayah dia sebab datang rumah kawan yg ibu ayah (kami lah tu ... warga pencen) ada di rumah.
Ibu bapa kawan2 Amar yg lain pun dah biasa ... kadang2 bila mereka perlu 'outstation' luar negeri, samaada Amar dan yg lain temankan di rumah dia atau dia dan kawan2 'sleepover' Rumah Biasa2 kami.
Dan begitulah juga Amar ;vice versa; ketika kami terpaksa tinggalkan dia waktu hari sekolah.
Yg 'suka' datang tu sebab selalunya Mama akan sediakan kudapan untuk mereka bila 'break' utk solat asar (Ayahnya akan 'warning' awal2 bila azan berhenti. Solat dulu ... lani tak payah warning dah. Mereka dah terbiasa ... faham)
Menu kudapan mereka biasanya ...
Pizza; speghetti; sandwich; donut!!
Kadang2 bihun goreng dan jemput2 ...
Itu yg suka datang tu ... hihi.
Takper ... seronok masak dan lihat mereka makan ramai2 ... tak pernah tak 'sold-out'!!
Puashati masak utk anak2 remaja ni ...
Moga persahabatan mereka kekal hingga dewasa ... Aamiin ... In Syaa Allah ...
**(seperti kawan2 abang2 dan kakak Amar ... hingga kini masih ingat kami tiap kali mereka balik kampung atau kami ke tempat mereka. Alhamdulillah)