Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

30 October 2018

Bersiaran semula dari Rumah Biasa2 ...

Hujan dari pagi tak reda2 ...
Masuk musim hujan dah kita.
Nak masak apa ya??
Gulai lemak keladi dan udang pemberian anak sedara suami masih ada ...
Kari ikan bawal tanpa santan semalam masih bersisa ...
Hangatkan saja jawabnya!
Cuma tambah ikan goreng ... cukup dah buat kami bertiga.
Bihun utk makan malam dah direndam.
Isi ayam yg dah dipotong kecik dah dikeluarkan ... nyah beku hujan2 ni makan masa.
Cuma perlu blender bawang lada dan potong sayur aje sebelum proses goreng atau buat sup ... belum putuskan lagi cara masaknya.
Nak tanya warga Rumah Biasa2 dulu ... seperti biasa.
Well!! Itulah cerita hari ni dari Mama ... setelah sekian lama 'berehat' (entah sibuk ke apa ... banyak tak ada 'idea/mood' sebenarnya)
Mr. Cool nak balik Jumaat ni ... seminggu 'break' katanya.
Bunga2 dah hati Mama ... 😊
Till then ... moga hari ini baik2 saja.
Wassallam ...

07 October 2018

Habis satu bab ...

Yup it's over ... PT3 is finally over!!!
Don't know who is more relieved ... Amar or me? Ha ha!! ...
Whatever ...
But for sure both of us are happy though. Until the day the PT3 results will be announced i.e. .... (debor pulok mikir hari tu 😅😅)
Amar dah mula tuntut janji ...
Janji nak pergi jalan2 ... keluar negeri kalaupun tak keluar negara.
Tak mau tunggu cuti penggal akhir tahun ... lambat lagi. Lain cerita.
"Hujung minggu tak apa Mama! Ayah!"
"Pergi dekat2 dulu ... ponteng sehari tak apa. Tahun ni 3 hari je Amar tak pergi sekolah ... MC"
* (teringat masa sekolah rendah dulu, dialah juara cuti. Pernah lebih dari 30 hari tak ke sekolah dlm tahun tu. Macam2 ... sakit betul dan pura2 sakit. Sakit psikologi kata doktor keluarga. Adalah punca tu ... cuba siasat, 'slow talk' dgn dia ... macam kawan. Mmg pun ... habis keluar rahsia. Tak buat kerja sekolah, hari cikgu garang, dan dibuli paling banyaknya. Mak Ayah kena peka ...!)
Kami pun rasa memang lama dah tak makan angin. Dok congak2 sambil selaras dgn jemputan kenduri/reunoin dari kawan2 yg jauh. Buleh 2 dlm 1 ...
p.s. Amar tak tahu lagi ni. Haha ...!!
Dah tua2 ni gitulah ... nak berjalan2 tu kalau boleh nak rangkum semua sekali ... ziarah anak cucu, sedara mara, gader2 dgn rakan lama, kenduri ...
Nak jimat masa, wang dan yg utama, tenaga!! Itulah ...
Dah pesan awal2 pada Amar. Kalau dia nak pergi tempat berlibur ... kena ajak abang2, kakak dia yg masih muda bertenaga. Kami berdua dah lepasi zaman tu. Jadi tukang hantar, bayar dan tunggu buleh la ... Nak join sama tak kuasa dah!!
Kesian pulak pada Amar. Jadi yg bongsu gitulah ... dapat mak ayah yg dah senja.
Melalut pulak Mama pagi2 ni ... kerja2 surirumah tak berpencen weh!!.
Till next entry/posting ... have a nice and fruitful day.
Assalamualaikum .....

06 October 2018

Tak payahlah menuding jari ...

Ketika berita bencana dan tragedi yg tidak dipinta berlaku ...
Gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah ...
Kematian syahid 6 penyelam dari Pasukan Penyelamat Di Air Bomba ketika operasi SAR ...
Dalam hiba tangis mereka yg terjejas, terlibat ...
Dalam kesibukan dan kepayahan operasi menolong dan menyelamat ...
Dalam curahan doa dan ucap selamat dari warga dunia yg turut simpati ...
Kedengaranlah kokok suara2 sumbang menghukum, mengkritik, menyalahkan itu ini ...
Bagai dia, tempat dia duduk suci, tiada dosa 'whatsoever'  ... jatuh hukum Allah tunjukkan amarah, kemurkaan dan balasan Nya pd orang2 yg buat maksiat, dosa di sana!!
Bagai pakar, bijakpandai, tengok dgn mata sendiri peristiwa yg berlaku agaknya ... canang operasi SAR tak ikut SOP ... bla bla bla!!
Sakit hati bila dengar dan baca mengenainya.
Astagfirullah!!
Siapalah kita untuk kata itu semua.
Menghukum peristiwa seperti ini bukan hak kita manusia.
Jangan mudah menuding jari ... menyalahkan itu dan ini.
Segala yg berlaku ... hanya Allah yg tahu!!
Ada hikmah disebaliknya.
Sudah ditetapkan Qadha' dan Qadarnya ... ajal maut setiap manusia.
Caranya?? Kitalah yg usaha menentukanya ... dalam iman atau sebaliknya.
Bila ingat mati ... kita tiada hati utk bicarakan mengapa begitu begini.
Ambillah iktibar dari setiap kejadian dan ujian ... itu sebaiknya!!
Wallahu a'lam ....

p.s. beremosi pulak Mama petang2 ni. Apapun Mama selalu cuba ingatkan diri ... "Nobody is perfect! So do you ..."


"Siapa yg beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata yg baik atau diam" (HR: Bukhari)