Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
25 June 2018
Sebab Mama tak beriya buat biskut raya tahun ni ...
Ini biskut raya yg Mama buat tahun ni ... sebalang biskut semperit kegemaran Ayahnya dan anak2. Biskut wajib setiap raya!
Hari ni, raya ke 11 ... dan ini lah sebabnya!! Tak buat pun sahih akan berbalang2 biskut raya pelbagai aneka yg masih berbaki!!
Biskut2 raya anak menantu bawa balik!! 😍😙
Kegemaran mereka dan kegemaran kami ...
Hari raya ... bukan makan sangat pun biskut/kek/juadah yang ada.
Yg lelaki ... sibuk berbual pelbagai agenda (post pilihanraya tajuk utama ... hihi)
Yg wanita ... hal wanita lah!! TST!!
Yg budak2 ... duit raya agenda utama of coz!
So and so ...
Ini lah 'appetiser' 'dessert' 'tea' 'snack' dan juga 'supper' Mama ...
Hadoiii .... tak bahaya ka????
p.s. Amar hanya minat biskut yg ada coklat. Ayahnya? Semperit, semperit, semperit ... haha!! Dan Mama ...
Dah bayangkan menadah telinga dengar doktor bebel ... ''why makcik why???!!" next appoinment nanti 😷
24 June 2018
Ronda kawasan rumah ...
Petang ni ronda kawasan Rumah Biasa2 ...
Rumput dah panjang semula ...
Lalang2 mula menjelma ...
Bunga kantan banyak juga, 2, 3 kuntum dah mekar kembang berbunga ...
Limau kasturi, belimbing buluh ... masak, gugur, terbiar merata ...
Eh!! Rambutan berbunga pula kali ke 2 ...
Pokok2 bendi, terung, cili ... rumput rumpai bermaharajalela ...
Hujan, panas, hujan, panas lepas raya ... cendawan2 pun tumbuh dgn banyaknya
Pun ... yg beracun sahaja dimana2
Nun bawah pohon mangga ... pegaga meliar melata
Alhamdulillah ... ulam percuma
Pokok nangka dan manggis ... 'still standing and thriving' ... masih muda remaja
Belakang rumah ...
... serai semakin rumpun
... kunyit pun dah berjasa. Daun2nya penyedap rendang raya
... 2, 3 pokok cili padi dah mula berbunga
... pokok kari pun dah berkali2 makan jasa
... pokok betik yg hampir tumbang, berbuah semula
... pokok2 mulberi!! Entah bila nak mula cantasnya
Ginilah antara aktiviti warga senja aka Mama ... suka ronda keliling rumah dan perhati pokok2 yg ditanam.
Buat apa yg perlu ikut kudrat yg ada ...
Letih ... semput ... rehat seketika ...
Sambil2 tu menghayati kehijauan suasana ..
Pun jangan sekali2 lupa ... semua ini kurniaan DIA ... Allah Yg Maha Esa ...
Amanah alam sekitar untuk kita!
MasyaAllah ... Subhanallah ... Allahhuakbar ...
p s. kicauan burung2 yg singgah ... pelbagai irama, jenis dan warna juga bonus buat Mama ... suka intai perhatikan gelagat mereka 😍

Pokok kegemaran burung2 Pokok ceri Malaysia @ kekut |
23 June 2018
Diari raya tahun ni ... hingga raya ke 7
Sarapan pagi raya di Rumah Biasa2 kami ...
1. Nasi bukhori ayam, dalca, acar dan sambal tomato
2. Lemang, ketupat lemak, rendang dan nise cair
3. Teh o, teh tarik
Seronok makan ramai2 ...
Lepas solat sunat hari raya, kami semua balik kampung. Ziarah 2 orang bapa saudara yg masih ada ... dah uzur dua2.
Kemudian ke rumah arwah mak mertua. Riuh dan meriahnya seperti arwah Mak masih ada. Setiap pagi raya, adik beradik suami yg masih ada serta anak2, cucu2, cicit2 masing2 akan berkumpul di sini. Penuh rumah dari ruang tamu hingga ke dapur, melimpah ditangga dan di bawah pokok rambutan ... Bergegar lantai kayu usang ... risau juga takut runtuh. (Itupun suami dah tukar lantai2 yg dimakan usia dan anai2 serta tambah tiang rumah di bawahnya 2 minggu sebelum raya).
Mak Mama ada bersama se awal pagi. Letih nampak dia ikut kami ke sana sini. Adik bongsu usai solat sunat raya, terus ke 'airport' jemput kakak dia (adik no 3 Mama). Hanya dia yg balik. Adik2 lelaki giliran sebelah isteri masing2 tahun ni. Raya ke 2/3 baru balik rumah Mak. Jadi Mak dan adik2 'lunch' rumah kami sebelum balik rumah Mak.
Raya ke 2 ...
- sarapan dirumah kakak ipar di Sg Petai.
- 'lunch' rumah kakak ipar di DS/4
Petang - layan tetamu yg bertandang
Mlm - bbq Rumah Biasa2 dan anak/cucu main bunga api/mercun
Raya ke 3 ...
- sarapan dirumah kakak ipar di Jln Tadika
- anak no 1 balik KL
- lepas zohor, anak no 3 dan no 5 balik Maran/Jengka
- anak no 4 beraya dan bermalam dirumah nenek isterinya di Kg Temangan
Tetamu tak putus2 dari pagi hingga petang. Mlm kami tinggal bertiga kembali ... keletihan ... juga kesunyian. Tiada lagi riuh rendah anak cucu menantu ... tidur bergelimpangan kecik besar depan tv (dah situ jer yg berhawa dingin ...)
Sarat sebak rindu menerjah kalbu.
Raya ke 4 ...
Back to normal ...
Raya ke 5 ...
- anak no 4 balik Ipoh.
- ke majlis kenduri kahwin ... 2 tempat.
Raya ke 6 ...
- tiada apa2 nak buat, pagi jalan2 ke KB. Masih banyak kenderaan dan jem merata2 tempat.
- layan sibongsu Amar yg ke'boring'an. Makan2 di Aeon dan 'shopping' apa yg perlu.
Raya ke 7 ...
- lepas subuh spontan abang ipar ajak ke Narathiwat, Thailand ... jjcm. Lama dah tak seberang sempadan ... teruja. Pergi 4 buah kereta semua. Sampai di Rantau Panjang buat 'border pass' sebab paspot dah k.o.!!
Ramainya orang keluar masuk Thailand ... jem dua2 jalan keluar masuk.
- kami sewa minibus ... senang. Anak sedara suami bawa ford ranger dia ... senang nak muat barang belian nanti. Masuk ke Thailand tengahari, maghrib dah masuk semula Malaysia ... express sunggoh!!
(InsyaAllah Mama cerita lain kali pengalaman di sana)
Sampai rumah pukul 11 lebih**....
Ambil barangan2 yg dibeli dirumah kakak ipar. Balik rumah ... tko semua. Haha ...
(p.s. ** sebab berhenti solat dan makan dulu ... ini pun ada cerita jugak).
7 hari beraya ... hari ni ada orang sibuk seharian siapkan kerja sekolah. Esok kan dah sekolah ... rambut tak gunting lagi Amar oiiii !!!
Itulah ...
InsyaAllah puasa 6 pulak.

10 June 2018
Kisah hari Jumaat .... tayar oh tayar!
Jumaat ... malang tak berbau. Setelah sessi beli belah baju melayu raya Amar (dan Mama 'terkenan' dan 'terbeli' sehelai jubah jugak walaupun tiada dlm senarai ...😅) serta barang2 keperluan dapur ... semasa memandu keluar dari pasaraya ke jalan utama, Mama telah tersilap dan 'termakan' sisi jalan sebelah kiri. Akibatnya ... bunyi geseran dan gegaran yg agak kuat dan menakutkan!! Terus berhentikan kereta dan minta Amar turun dan lihat ... dlm hati dok fikir habislah badan kereta!! Amar cakap calar sikit aja ... Lega!! Terus pandu balik dengan senang hati.
Sampai aje diRumah Biasa2 kami, turun dan lihat sendiri, sebab bunyi geseran dan gegaran tadi memang kuat dan mengerikan bagi Mama. Macam tak percaya hanya calar sikit aje!!
Dan inilah kejutan yg menanti Mama ....
😨😱
Mujur (buah mujur lagi ... 😷) Mama tak pandu laju2 tadi. Patutlah kereta belakang asyik dok bagi 'sportlight' jer!! Huhu ...
Terus panggil Ayahnya turun dan lihat. Panjang lebar jugaklah Mama kena soal siasat ... sebab teruk sangat sampai pancit dan 'total loss' tayar tu.
p.s. mujur (mujur lagi ... 😷) kereta Mama sendiri. Kalau kereta boss ... ya ampunn!!
Keesokan harinya, suami pergi tukar tayar. Sebelum pergi dia cakap kena potong elaun bulan depan sebab adalah dalam RM200 - 300 rega sebiji tayar. Mama pun percaya lah 100%. Sedih tapi akur elaun dipotong. Dah salah sendiri ...
Dan hanya sebelah petangnya baru suami cakap rega tayar yg ditukar sebenarnya cuma RM40 jer. Tayar 'second hand'. Rezeki Mama sebab tayar jenis tu dah tiada dlm pengeluaran dan stok kedai. Tiba2 ada seorang hamba Allah datang nak 'trade in' murah2 sebiji tayar 'spare' jenis tu kerana nak seragamkan dgn yg lain. Alhamdulillah!!
Pun Ayahnya bebel ... patutla kaum wanita kena tipu kalau bab servis, baiki, tukar tayar kereta mereka ni. Tak tahu apa2 lansung!! Percaya bulat2 apa yg dikata ...
Eh!! Itu kan kerja lelaki!! Kalau Mama tanya dia bab apa dan rega bahan2 untuk masak2 pun tentu dia tak tahu apa2 jugak. 100% percaya bila Mama minta duit belanja berapa, tiap kali pergi kedai. Kan!!
Itulah ....
Nampak gaya kena keluar dari lingkungan men'stereotype'kan kerja lelaki vs wanita zaman sekarang ... pun kita juga saling memerlukan satu sama lain. Mudahnya, kenalah saling bantu membantu ... 'gives and takes' ... belajar!!!

08 June 2018
Minggu terakhir Ramadhan ....
Kalau ikut sifir lumba lari masa sekolah dulu ... katalah 800 meter ... kira ini pusingan terakhirlah. Pesan guru sukan ... waktu ni kena tingkatkan momentum, semakin dekat garisan penamat ... semakin kuat pecutan. Tak leh toleh belakang dah! Fokus garisan penamat ... lari sehabis kudrat, pecut sepantas mungkin 100 meter terakhir.
Samalah juga dengan hari2 terakhir Ramadhan ni.
Tahu ... tapi!!!
- biskut raya, kek tak buat lagi
- rumah tak 'cuci2' lagi
- rumput tak mesin lagi
- bawang lada rempah ratus gula susu bihun ... rasanya kena tambah lagi
- daging/ayam/ikan/santan ... tak 'booking' lagi (berbuih dah pesan/ingatkan Ayahnya ... nanti, nanti ... )
- baju raya Amar tak beli lagi (jap lagi nak pergi. Minggu lepas dia sibuk 'exam' ... dah janji sakni)
Gitulah Mama ... tiap tahun skrip sama.
Setiap tahun 'nak sedia awal2' ... pun tak juga.
'Repeat', ulangtayang cerita sama ... makin tua makin lara.
Apa2 saja lah labu ... raya dah bukan agenda diusia begini ...
Minda hanya ingin bahagiakan insan2 tersayang ... selagi daya.
Bahagia mereka ... bahagialah Mama.
Itulah ...
Oh! Ya ...
Tahun ni giliran anak, cucu, menantu raya diRumah Biasa2 kami ... tak sabar. Seronok sangat ...
p.s. Qur'an dok khatam lagi ni. InsyaAllah sempat! Mujur (ada sokmo buah mujur) tak keluar dari garisan lagi ... nak pecut dah ni.

01 June 2018
Untuk rekod ...
Pokok manggis selamat ditanam suami awal pagi tadi. Ini cubaan ke 4 ...
Kata penjual, dlm 2 tahun setengah InsyaAllah berbuah. Buah jenis besar katanya. InsyaAllah ....
Dua anak nangka yg ditanan berdekatan seperti yg dipesan oleh tuan empunya pokok.
Terkini mengenai projek tanam sayur suka2 yg dimulai pertengahan Mac lalu.
Setelah 2 1/2 bulan, pokok2 terung yg tinggi dlm sekaki mula berbuah. Musykil jugak terung jenis apa sebab pokok cenonet jer ... entahlah buah sebesar mana nanti ... besar ni pun nak cecah tanah dah.
Manakala pokok2 bendi yg ditanam bersekali dgnnya dah beberapa kali dituai hasilnya dan masih lagi aktif. Alhamdulillah.
(Nampak tak pokok2 terung sebelahnya? Itulah beza saiz mereka. Hihi ...)
p.s. bayam hijau tak menjadi walaupun 2 kali cubaan menanamnya. Diganti dgn sawi ... pun macam tak berapa menjadi juga. Tengoklah macamana lepas puasa nanti.
Tanam untuk suka2 jer ... pun puashati sebab organik 100%.
Subscribe to:
Posts (Atom)