Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

27 November 2014

Amar ... a lesson learned?

Last week of schooling for 2014
Amar was extra extra quiet ... when his Ayah fetched him from school
The whole afternoon  ... was spent in his room
Any mother would know something is not right
But Mama pretended and let him pour it out when he feels alright
True ... later in the evening, when nobody else in sight
Amar held out his record book, head down and a heavy sigh!
As Mama opened the book  ....
He cupped his face and cried!
His shoulder heaved up and down
"Adik menyesal Mama. Adik minta maaf sebab hampakan Mama!"
Hmmm!! ....
1A 3B 1C  .... no 12/34 ....
Mama thinking: not bad! His elder brothers did worse than him in their primary years but they fared well finally in their collage years! Learning from their many mistakes ....
That night, Amar got an earful from his Ayah!
Later his Ayah told Mama of Amar's promises
Mama? The pacifier for the umpteen times ...
A shoulder to lean on in time of sorrow
But with conditions ... of course!
I SHALL NOT REPEAT THE SAME MISTAKES !!
I SHALL LEARN FROM THEM ...
AND WITH THAT LESSON LEARNED ...
I SHALL MOVE ON A NEW AND MUCH STRONGER, WISER ... ME!
Insya Allah Adik. Insya Allah ....
Till 2015 then ....


Pemergian ....

Assalamualaikum  .... lamanya Mama membiarkan blog ini sepi tanpa berita.
Bukan 'give up', merajuk atau apa2 .... Cuma selama menyepi, banyaknya peristiwa terjadi. Suka, duka, sedih, gembira  ... Ia berselangseli. Lain yg dirancang, lain pula yg terjadi  ....
Itulah  ... perancangan manusia begitu begini.
Namun ... perancangan Allah Yg Esa ... itulah yg terbaik sekali.
Jika pahit .... siapalah kita untuk menduga hikmahNYA.
Semestinya yg dikurnia itu ... terbaik buat kita.
Cuma cepat lambat aja kita nampak sebabnya ....

Mama mulakan penyepian sekian lama dgn berita duka!
ALLAHU AKBAR ....
Tanggal 2 Safar 1436H (25/11/2014) hari Selasa jam 9 pagi ....
Bonda tercinta suami Mama pergi menemui Ilahi.
Pergi secara tiba2, tidak sakit mahupun uzur sebelumnya
Pada usia 95 tahun ... sebaik selesai sarapan pagi dan mandi!
Sesak nafas tiba-tiba ...
Subuhnya, elok dia melafazkan Al Fatihah dan mengucap syaddah ketika Abang Ipar yg menjaganya pinta ...
Senyum melambai tangan ketika mereka suami isteri melangkah ke masjid subuhnya
Siapalah menduga ... itulah senyuman terakhirnya
Mok! Panggilan anak cucu semua ... kini tiada
Selamat disemadikan disebelah kubur suaminya
Yang pergi 55 tahun lebih dulu darinya ...
Ketika Mok hamil 4 bulan pada suami Mama ...
Ibu tunggal yg cekal membesarkan 8 orang anak sendirian.
Menoreh getah, membuat padi, bercucuk tanam ... apa saja
Demi sesuap nasi dan persekolahan anak-anaknya
Alhamdulillah! Semua anak-anak Mok berjaya ...
Juga anak-anak yg mengembirakan dia hingga ke akhir hayatnya
Moga roh Mok tenang dan damai di sana ...
Dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yg soleh/solehah.
Amiinn ....
AL FATIHAH ...
MEK SOM BIN SENIK @ MEK SOM IBNI MEK HITAM



07 November 2014

Musim periksa pula ....

Lepas kenduri menyambut menantu ... Mama tarik nafas lega.
Alhamdulillah! Lepas lelah seketika.
Seketika aja  ... musim periksa pula datang menyapa.
Amar  .... peperiksaan akhir tahun  ....
Seperti biasa, emaknya yg lebih tension dan gelabahnya.
Si Anak Bongsu ni  ... buat derrk aja. Ulangkaji ikut 'time' dia  ...
Seminggu kami, penghuni Rumah Biasa2, dipaksa bangun jam 4 pagi.
Gara2 Amar nak ulangkaji utk periksa  ... punyalah kuat bunyi dering jam yg
 dikuncinnya ... (@___@')
Itulah  .... kerenah Amar setiap kali nak hadapi peperiksaan penggalnya, barulah  berfungsi jam 'Angry Bird' miliknya!!
Selesai Amar, SPM Muaz pula menyambut batonnya.
Dan Mama .... no prize for guessing how I am feeling each day till all papers are over  ...
Anak2 sebelum ni, Ayahnyalah yg hadir Solat Hajatnya  ...
Tapi tahun ni, Mama 'takeover'  .... 1st time ever!
Moga usaha, keringat dan penat lelah pihak sekolah dan guru2 yg bertungkus lumus menyediakan anak didik mereka utk SPM hingga ke saat akhir di berkati Allah SNW dan membuahkan hasil yg diharapkan. Insya Allah, Amiinnn  ....
Mama pula, mestilah guna senjata yg Allah SNW beri  ... DOA! DOA! DOA!

GOOD LUCK TO US!!!

p.s. bukan Muaz sahaja yg menanti hari 'last paper  .... merdeka!
Tak sabar nak gi Cuti2 Malaysia  ...

01 November 2014

Pokok pisang yg malang ....


Ini pokok-pokok pisang yg ditanam bulan April lalu  ... stlh 6 bulan berlalu ...
Tak sama tumbesarnya  .... ikut jenis pisang kot!
Pisang abu, ambil dari tanah abang ipar sebelah tu ... dulu kebun, kini sdg dibina rumah buat anaknya.
Manakala pisang emas dan pisang lemak manis,  jiran sebelah yg beri  .... nampak ok, menjadi.

Tapi pokok pisang abu ni, yg ditanam jauh dari yg lain  .... 
Di bawah tu daun2 yg dicantas
sebelumnya ... pucuk muda baru
dah tiada ... huhu
Agak malang sekali ... dek daun pelepah mudanya acapkali ...
Jadi santapan lembu2 yg pantang lupa tutup pintu pagar, berpestalah mereka  ... lepas tu tinggalkan 'hadiah baja' buat Mama!
Entahlah lembu2 siapa  ....
Elok pelepah daun tumbuh semula ... Mama pun sama gembira
Tengok2 enak aje lembu2 tu dok makannya ....
Kira macam ulang tayang episod sama  ....
Bukan sekali dua, berkali2  .... bila Mama alpa seketika tutup pagarnya .... muncullah mereka , entah dari mana??
Hari ni paling nak marahnya. Minggu lepas, kesian dia  .... habis daun patah tertimpa masa kerja2 turunkan khemah kendurinya  ...
Mama cantas dan semalam elok berdaun pelepah barunya ...
Tup! Tup! Pagi tadi  .... gondol dkerjakan lembu2 tu! Grrrrrr!!!!
Lembu2 tak berdosa, tak bodoh!
Cer teka siapa yg berdosa dan bodoh kalau Mama tak redha Pokok Pisang Malang Mama asyik jadi mangsa????

p.s. N3 kesian + geram + marah!!!