Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

30 September 2014

Owh! Lusa dah Oktober ....

Dah mula rasa panik  ... rasa buat itu tak kena, ini tak kena  ...
Apa tidaknya  ... +/- dua minggu lagi rombongan cik kiah akan ke Ipoh!
Dan minggu berikutnya  ... cik kiah pula terima rombongan dari Ipoh!
Cik kiah tu Mama laa  .... cik kiah yg dah mula menggelabah!
Kad jemputan, baru siap cetak  ... syukur!
Pun nak pergi 'manggil' tu yg masaalahnya  ....
En Suami kan nun jauh di P! Tunggu dia balik cuti Raya Haji ni   ....
Masa tu  .... 'all out' kami, jelajah daerah (haha  ... huhu), ziarah sedara, rakan taulan  ... undang ke Rumah Biasa2 kami  ... majlis kesyukuran sambut menantu.
Yg jauh sikit, tak sempat ... kira jemput melalui telefon, SMS, FB, Whatsapp, WeChat  .... canggih gitu cik kiah ni! Hihi  ...
OK!OK! Kalau ikut 'checklist'  .... WIP banyak lagi nak urus. Minggu ni juga kena 'settle' urusan katering, sewa khemah, urusan dengan bakal besan, DIY jahit manik baju Mak dan adik sendiri  (terhegeh2 maklumlah expert sgt + mata yg rabun tua) .... Itu antaranya.
Biasalah  .... perempuan banyak fikir yg remeh temeh  ... tu yg kelamkabut!
Mujur ada Pn. Doter  ... urusan gubahan hantaran, bilik pengantin, 'siso' (goodies tetamu) ... dia yg uruskan. Mama tukang kritik!! Ala ala The Voice  gitu  ... hehe!
Nampaknya blog Mama akan 'take a break' seketika.
Eh! Gotta go now  ... tukang cat rumah & geng dah sampai tu!
Rumah Biasa2 pun nak 'baju baru' jugak  ...

p.s. Doakan agar semua urusan berkaitan perkahwinan dan kenduri sebelah besan dan Mama berjalan lancar dan dipermudahkan NYA. Insya Allah. Amiinn  ....

25 September 2014

Me and my blog ....

Mama (actually Mama's computer savvy sis) started this blog way back in 2007. We were in Ipoh then. Alas  .... after 2 entries, for no apparent reason, Mama stopped and totally forgot about it. Between 2007 - 2010, lots of things happened. But, things thats worth jogging down were safely captured in the ever faithful diaries and log books (they are my saviours in both happy and sad times. I poured my heart contents in them  ... ). We also moved from Ipoh to Penang and back to our state Kelantan.
It was only during our stay in P.Mas did Mama began actively blogging again. Purely out of boredom  ... and writing in diaries and log books not as interesting as blogging where you can draft, edit, links, post pictures, and choose whether to share it with the world or not. You can even categorise them under different labels if you wish. Mama was fascinated, captivated  ... endured even when the internet/broadband fools around with you. Popping in and out as they wish  ... choosing whether to be slow or fast  ... most of the time SLOW! And sometimes do the dissappearing act (esp when Mama fails to pay on time  ... huhu).
There are times, of course, that Mama wants to give up. Hang my towel and let it go, let it go  ...  I wonder why I bother to blog, spending time lugging over the PC (now the TAB), excitedly looking foward everyday to see how many visitors have visited my blog (thanks a zillion to those who had visited Mama's humble blog, left comments and whats not). You are the reason why I keep on blogging  ... knowing that somewhere, out there, someone is reading them  ... you all fuelled me to write more.
(p.s. for the first timer ever, fo the past few days,  more that 100 visitors visited Mama's blog daily. For unknown blogger like Mama, it is indeed an accomplishment. Mama was sort of ... surprised, astound  ... flabbergasted !!. ... really)
There are days, of course, when wanting to stop blogging, did cross Mama's mind. When writer's (blogger's) block came a visiting  ... haha. But then, Mama looks back at the reason Mama started this blog in the first place  ... is it not because ... "things that happend in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it  ..."???!!
So, Mama will persevere  ... for Mama learned a lot too  ... from my fellow bloggers. Sharing their happiness, grief, views and captured memories. Also, at my age, I am thankful I can still write and share a little of this and that around me. To give and take  ... sincerely, honestly, ethically.
Alhamdulillah!


23 September 2014

Mahu beli rumah banglo di Pasir Puteh, Kelantan?

4 buah banglo milik abang ipar Mama ini sudah siap sepenuhnya. Untuk dijual kepada yg berminat. Banglo2 ni terletak di Taman Darul Salam, Pasir Puteh, Kelantan. Nak tahu lokasi, cer tanya Google Map ... memang strategik lokasinya. Dekat sekolah, hospital, pasar borong, surau, stesyen minyak  ... itu antaranya.

Dua buah rumah banglo setingkat setengah (1 1/2):


Luas tanah: 6,329 (atas) & 5,662 (bawah) kaki persegi
Luas rumah: 2,800 (atas) & 2,508 (bawah) kaki persegi.
Bilik: Tidur (4), Bilik Air (4), Bilik Solat/'Study' (1), Stor (1)
Ruang: Tamu, Makan, Keluarga, Dapur

Ini pula dua buah rumah banglo setingkat:


Luas tanah: 6,006 (atas) & 6329 (bawah) kaki persegi
Luas rumah: 2,108 (atas) & 1,930 (bawah) kaki persegi
Bilik: Tidur (4), Bilik Air (3)
Ruang: Tamu, Makan, Keluarga, Dapur

Harga rumah: RM370,000 - RM495,000

Kepada yg betul-betul berminat, dan layak membeli rumah diKelantan , bolehlah hubungi En. Wan di talian 012 9887171, selepas waktu pejabat.

p.s. Mama tukang promosi aje, kalau anak-beranak, ipar-duai tak tolong, siapa lagi!? Tak gitu  ... (^_^)

22 September 2014

Amar ... Mama, susahkah jadi ibu?

Dua hari lepas, usai solat Isyak  ... Amar tiba2 datang dekat Mama.
Dengan suara rendah dan mata berkaca2, dia bertanya  ...
"Mama! Susahkah menjadi seorang ibu? Banyakkah beban yg ibu kena tanggung?"
Terkejut dan terkesima sebentar Mama.
Tak pasti apakah jawapan yg tepat, dlm masa yg sama tidak mahu Amar merasakan Mama terbeban menjadi ibu  ... ibu dia dan adik beradiknya.
"Adik! Menjadi ibu memang besar tanggungjawab. Tapi semua orang ada tanggungjawab masing2. Ayah lagi besar tanggungjawab pada keluarga  ... Dia ketua, Mama penolongnya. Kalau Adik, Bebe, Abe, Anas dan K.Cik tolong Mama dan Ayah, ringanlah beban kami."
"Macam Adik tolong beri kucing makan, basuh pinggan, angkat kain ke?"
"Yes! Tapi solat, belajar, mengaji Qur'an, mandi, ikut waktu yg dibenarkan main game tanpa perlu Mama beritahu pun tolong Mama dan Ayah juga".
Amar tunduk dan angguk2 kepala.
"Boleh Adik jadi anak yg begitu? Jadi anak yg soleh, yg gembirakan hati Mama dan Ayah?"
"Bagaimana nak gembirakan hati Mama dan Ayah?"
"Jadi budak yg baik, berdisiplin, amanah, suka tolong orang dan haiwan  ... buat apa yg Allah suruh, dan jangan buat apa yg Allah larang, walaupun Mama dan Ayah tak suruh,  jauh, tak nampak. Boleh?"
"Insya Allah Mama."
Sambil peluk Mama, Amar berbisik, "Adik sayang Mama".
"Mama pun sayang Adik. Mama bangga jadi ibu Amar, Muaz, Angah, Abe, Anas, K.Cik. Mama dan Ayah tak rasa terbeban sikit pun" sambil cium ubun2nya.
Tiba-tiba,
"Adik tak nak kehilangan Mama! Adik tak nak Mama mati!" sambil teresak2  ....
Rasa luruh jantung Mama seketika  ... tergapai2 mencari jawapan yg sesuai agar hatinya tidak tambah terluka.
Lalu yg upaya Mama beritahu Amar  ... tika itu, bahawa semua benda hidup akan mati. Kita semua milik Allah. Allah beri pinjam, jadi Allah ambil baliklah hak DIA, sebab dia sayang hak dia.
"Adik doalah tiap kali lepas solat agar kita sekeluarga dapat berkumpul semula disyurga".

p.s. bukan Adik sorang sahaja yg takut kehilangan Mama, keluarga tersayang  ....

18 September 2014

Bila dipuji ... katakanlah ... Amiinn! Alhamdulillah!

Lagi kebaikan PJJ (Pasangan Jarak Jauh) ...
Ia memberi ruang dan peluang buat Mama lebih berfikir  ... arah mana  halatuju perhubungan kami yg sudah melebihi 3 dekad ini.
Kadang2 pasangan lama cam kami nih, yg rasa sudah berada dizon selesa perhubungan, dah boleh 'baca' pasangan, ia buat kami jadi statik ... ditakuk sama ... "ia kata awak, ia jugalah kata saya" ... haha!
Betul juga pepatah lama  ... 'Sayangkan isteri, tinggal, tinggalkan  ...'. Ya, bila berjauhan dan bila bertemu kembali  ... rindu yg terpendam diluahkan dgn perasaan kasih sayang yg lebih ketara dari dahulunya.
Ingin lebih memberi dari menerima  ...
Masa kini betul2 jadi macam emas  ... mahal dan berharga. Itulah yg dirasa.
Lalu  ... Mama kini berpesan pada diri, juga pada semua suami, isteri, anak, menantu, (maaf ... belum bercucu), dan siapa jua yg baca N3 kali ini ...
Bila di puji suami/isteri ... "Yang cantik/segaklah hari ni!", toksahlah dok pura2 malu, meluat, benci konon! Lalu respon, "Alah! Ada udang sebalik mee lah tu ..", atau, "Takyahlah nak menipu ... cakap ajalah dah berkedut seribu!", atau apa2 juga jawapan spontan konon marah, tak mau dipuji (padahal suka sangat2). Ia mungkin buatkan yg memuji terasa hati, tawar hati, marah  ... malas nak puji dah lagi lain kali!
Jom! Lepas ni ... kalau ada yg puji begitu, begini  ... apa saja komplimen diberi  ... Aminnkanlah pujian mereka, cakaplah, dgn senyuman manis, "Terima kasih Ling! Aminnn! Alhamdulillah  ... Ling pun sama juga!"
Agak2 orang yg memuji tu suka tak? Rasa nak puji lagi tak?
p.s. jangan hanya harap pujian, berilah pujian bersesuaian keaadaan. 'Give and take'  gitu  ....
Senangnya menuai pahala diladang perkahwinan/keluarga kita. Memberi dan menerima seadanya ... kita tidak tahu berapa lama lagi mereka dipinjamkan kepada kita (vice versa). Hargailah masa bersama, semasa mereka ada (macam Mama, bila anak2 dah besar, kerja dan berkeluarga  ... memang terasa rindunya masa2 lalu. Mujur banyak kenangan/nostalgia yg dirakam bersama  ... bila buka album, ahh! those were the days  ...). Alhamdulillah!!

17 September 2014

Denggi dan ubat nyamuk alternatif ....

Hari tu, masa Mak Mama kena masuk wad kerana disengat tebuan ... ramainya pesakitnya akibat demam denggi. Masa di ER pun, pesakit sebelah Mak juga kena denggi. Yang sebelah dia pun... Dan menantu Mama yg kerja kat Hospital pun cakap, setiap hari, ramai pesakit yg datang untuk rawatan dan dimasukkan ke wad, adalah akibat demam denggi. Dia memang pesan sungguh2 kat kami agar pastikan kawasan rumah tiada air bertakung dan pasang ubat nyamuk waktu malam.
Jadi Mama harap kita semua  'Beringat sebelum kena'  kerana  'Mencegah itu lebih baik dari merawat'.
Bagi sesiapa yg kerja diluar (outdoor) atau ada aktiviti luar sebelah malam  .... seperti dibengkel, jual burger, penjual dipasar malam, memancing, BBQ, dsbnya  ... jom lihat cara elak gigitan nyamuk yg dipakai oleh adik dan anak Mama dibengkel dan warung burger masing2. Hanya perlu bekas telur  .... gunting mcm lingkaran ubat nyamuk dan bakar hujungnya.

p.s. jgn guna cara ni dlm ruang sempit, cam dlm bilik
... kang ada yg masuk spital sbb lemas dek asap. Juga,
letaknya ditempat lapang, jauh dr benda2 mudah terbakar.
Dan bagi dalam rumah/bilik  ... siapa2 yg alahan pada asap, ubat nyamuk letrik tu, boleh cuba cara adik Mama yg sorang lagi guna ...
Ya! Hanya belah dua buah limau nipis dan cucuk dengan bunga cengkeh. Cantik dan sedap baunya.


Itu antaranya .... jimat, berkesan dan mesra alam. Usahalah untuk kitar semula agar bumi kita yg semakin tua ini tidak terseksa dgn perbuatan kita juga. Ingat generasi anak cucu kita  ... bagaimanalah gamaknya bumi yg bakal diwarisi mereka. Masih bersihkan sungai, pantai ... masih bersisakah pokok2, hutan sumber oksigen kita dan makhluk Allah yg lainnya? Think about it ok!

Nota: Terima kasih Anum, Munif dan Anas  (^__^).

12 September 2014

Gembira ...

Gembira sebab cuti sekolah dah mula  ....
Bermakna  ...
Tak perlu susah2 sediakan bekal untuk anakanda (^__^)
Bukan apa  .... kadang2 poning den dok mikir menu apa untuk bekal Amar esok paginya
Dia  ... bawa bekal roti bakar tiap2 hari pun takpa
Mama yg kesian  .... cuba pelbagaikannya. Tu yg gembira  ...
Dapatlah berehat dari memikirkannya seketika  .... haha

Musim kenduri pun bermula  ...
Tak payah masak dah untuk tengaharinya
Pun bahaya  ... hari2 gulai, penyakit yg dok diam mau aktif semula
Awas ya! Terutama warga2 seangkatan Mama  ...
Darah tinggi, kencing manis, buah pingang, kolesterol  .... fuh! gerun dengarnya  ... apatah lagi kalau dah ada  ... penyakit2 yg sinonim dgn peningkatan umur  ... jaga2

Anak cucu yg jauh dimata  ...
Akan balik kampong ... berbondong2 ... timur, barat, selatan, utara
Mak Ayah kat kampong, dah bersedia
Marathon memasak apa jua yg anak cucu pinta  ...
Rindu  ... orang tua pada anak cucu mereka
Rindu ... anak2 pada masakan ibu, bonda
Terlerai ... bila cuti sekolah bermula

Ketahuilah anak2 nun diperantauan, tak kira di mana
Gembiranya ibu bapa yg sudah tua tiada terkira
Saat terima berita, panggilan  ... anak2 kan pulang bercuti
Pertanyaan apa yg ayah, mama mahu kamikan beli
Tidak kami ingini  ... cukuplah anak cucu balik ke sini
Itu lebih bererti  ...
Tiada galang ganti  ...
Penuh gembira ternanti2  ...
Saat bayang anak cucu melintasi  ... memasuki  ... laman rumah usang ini

p.s. Gitulah juga Mama bila anak call, "Mama! Mama perlu apa2 yg istimewa dari sini? Cakaplah, kami bawa balik nanti  ...". Mau saja Mama cakap, A, A dan A balik pun Mama dah syukur, 'happy'  ... Thats all I need, you all by my side  ... even for awhile. Its more than enough!
Frankly  ...

"Ya Allah! Permudahkan dan lancarkanlah urusan dan perjalanan pulang ke kampung, suami dan anak2ku. Jauhkanlah mereka dari bahaya, bencana, perbuatan khianat, hasad dengki, gangguan, fitnah, sihir ... makhlukMU antara langit dan bumi. Amiinn  ...."


09 September 2014

Diari, Papan putih dan smartphone ....

Nampak gaya kena balik cara lama  .... keluarkan semula papan putih dan diari ...
Yg pertama, utk catit apa jua yg perlu  .... tarikh kenduri, cuti, anak periksa, temujanji doktor, 'renew r/tax, insurance' kereta, dan apa nak buat/beli  .... nampak depan mata, baru tak lupa!!
Yg kedua tu  .... catit segala peristiwa; suka, duka, tragis, lucu, apa yg dibeli dan kosnya ... juga kadangkala luahan jiwa (stress reliever) ... sebab sekarang banyak sangat dah lupa  ... boleh rujuk kembali, 'refresh' memori yg dah cam line tenet sini juga ... Haha!!
Memanglah jika guna smartphone  lebih praktikalnya. Boleh bawa ke mana saja  ... kalu diari tu, boleh lagi letak dlm handbag gedebuk Mama ni ha  ... tapi, papan putih tu  ... jenuh nak usung merata! Silap haribulan, dihantar orang wad sakit jiwa. Kih kih! Lawak pulak Mama pagi2 buta ni. (^___^'). Tapi serius, bila usia melepasi 50 siri dan ke atasnya, smartphone  tu bagi Mama lah  .... is way too smart for me  ... smak dooh! kata oghe Kelate. Tak gheti Mama nak guna aplikasi2 yg canggih tu. Makan masa  ... buang masa pun ye ... asyik salah je!! Itulah  ....
Pun papan putih ni banyak kenangannya. Yang paling Mama ingat ialah tempat Mama catat duty rooster anak2 minggu berkenaan. Siapa kena buka pagar awal pagi, kunci pagar bila malam, buang sampah, beli sarapan, beri kucing makan, sapu laman  ... itu antaranya. Dan minggu depannya, tugasan tetap sama, cuma nama yg bertugas aja bertukar  ... baru adil sebab semua merasa buatnya. Jadi takder alasan tak nak buat, dan Mama boleh hukum yg mengelat  ... hihi. Bila anak2 1, 2, 3, 4  ... tinggalkan rumah sorang demi sorang! Papan putih tu tak lagi perlu  ... disimpan dibelakang pintu!
p.s. maaflah sebab entri kali ni bercampur aduk terma omputih  ... kadang2 lebih senang dan lebih tepat maksudnya bila guna perkataan Inggeris. Lupa perkatan dalam BM pun ya  .... malas buka kamus pun ya juga  .... ok! bye for now!  (mana ye Mama letak diari 2014 yg hubby beli hari tu ....????)

08 September 2014

Ini PYO dan anak-anak ....





Mereka makin besar  ....makin nakal, makin lasak, makin kuat makan!! (^__^'). 5 ekor, 5 karektor .... cam orang jugak!
BOO  ... paling cerdik! Pakar menyelinap masuk ke dalam rumah.
Kita letak dia ke luar dari pintu depan  .... pantas dia masuk semula ikut pintu tengah! Tutup semua pintu, letak ikut pintu belakang, ikut jendela dia usahakan. Hmmm  ...
TAM  ... paling nakal! Awas kaki2 yg bergerak! Dikejar, ditangkap, digit, dicakar   ... walaupun ditepis, larang, marah! gurau lah konon! Orang Kelate cakap, gura bewok!  haha  ... gurau kasar @ganas!
TEH  ... paling kecil tapi paling lasak. Kalau lumba lari, comfim dia menang. Juara memanjat pun ya  .... pokok betik, pagar, pokok jambu jiran sebelah  ... dan pokok besar depan rumah!! (p.s. yg ni, dia tak reti nak turun, mengieouww minta tolong. MENGAPA YE KUCING SUKA PANJAT POKOK TAPI TAK RETI NAK TURUN SEMULA!?)
MOJO ... kesayangan Amar. Paling macho, paling berani meneroka,  paling kuat makan, paling garang (bab makan jgn berani dekat atau sentuh makanan dia ... grrrr!!!). Tapi, paling manja pun dia  ... hihi
BAMBAM ... paling debab. Paling akhir bab  ... keluar sangkar, datang bila dipnggil, sudah makan! Lebih suka menyendiri, suka privasi  .. kalau diangkat, dipelok, kejang seluruh badan. Mengieow halus minta dilepaskan. Doter cakap, Bambam cam lembam, ... HKU (haiwan kurang upaya) .. Taklah, mana ada Bambam gitu  ... dia cuma slow sikit, pemalu!
Dan ibu mereka, PYO, sukanya  ... kini ada teman main kejar2, gurau senda, bawak balik entah apa2 (bulu burung, cicak, belalang, tisu, batang kayu  ...) untk anak2nya. Kadang2 dia pulak yg 'over excited' nya  ... berlebih2 galak dari anak2nya. Haha  ...
Walaupun 'havoc' dah rumah ni dgn kehadiran mereka, kadang2 rimas, marah bila semua masuk rumah  ... tapak2 kaki kecil merata2, langsir, kerusi, karpet jadi habuan mereka  ... bila ada orang mintak nak seekor, dua .. buat baka  ... ohhh! sayang, tak sampai hati nak pisahkan mereka  ...
Peneman kesunyian Mama  ... bila semua berpergian, tinggalkan Mama sorang. Tika itu, merekalah penghibur, penglipur lara Mama!!!!
Alhamdulilah  ...

03 September 2014

Minggu ini ....

Semalam  ... masih payah melepaskan, menelan perit PJJ. (-__-')
Hujan, ribut iringi hubby naiki bas  ... dan Mama semalaman dok risau,
... basah kuyupkah dia, kesejukkan kah dlm bas berhawa dingin tu, mungkinkah batuk yg dah reda berulang semula  ....
Alhamdulillah, panggilan awal pagi menidakkan semua!
Kata dia  ... entah hanya nak sedapkan hati Mama  .... ermmm!
Pun doa ajalah  ... agar O.K. di sana. Insya Allah.
.... Abe dan Anas, jenguk2kan ayah di sana ya.

Semalam  ... hujan ribut menyaksikan, betik no. 3 tumbang lagi buat kali ke 5 (mlm sebelum dah tumbang, kali ke 4, juga sebab ribut, angin kuat  ... tapi keesokkan harinya hubby dah 'restore'). Dek pohon dan buah2 yg besar dan lebat  ... tak daya Mama sorang diri nak selamatkanya, Mama dah 'give-up' sebenarnya.

Kedatangan Mak pagi ini telah selamatkan betik no. 3.  Mak cakap, selagi daya, usaha dan serahkan selebihnya pada Allah. Rezeki, hidup mati ditangan DIA  .... kita hanya perlu usaha sungguh2, doa dan tawakkal. Jangan mudah mengalah  ... walaupun ianya hanya sepohon betik, ia tetap benda yg bernyawa, rezeki kurniaan Allah, pada kita.
Itulah Mak Mama   .... bila dia nak buat sesuatu, tenaga, semangat, kesungguhannya .... 'trade-mark' dia. Mak pastikan siap, tiptop, no.1  .... fokus, No play-play  ... gitu!
p.s. tanda Mak dah sihat la tu, dari sengatan tebuan hari tu. (^___^).

Awal minggu, Mama dan hubby ke Kuala Terengganu. Walimatulurus anak perempuan boss baru hubby. Sementelah di sana, terus kami ziarah sahabat lama, pre-Walimatulurus anak perempuan dia 14/9 ni. Huhu  ... masih lagi kelamkabut urusan  'renovate' rumah yg tukang janji siap raya lepas  ... kesian dia. Moga sempat siap sebelum tarikh kenduri ... Ya Allah, lancarkan dan permudahkanlah urusan sahabat Mama ini.


Di Setiu, kami beli cempedak! Semalam goreng  ... sedapnya. Nak senang, Mama guna tepung goreng pisang/cempedak jenama Adabi. Tapi Mama campur gandum (ratio 2:1  ... 2 tepung Adabi, 1 gandum), dan sedikit serbuk kunyit utk warna. Ranggup dan tak berderai, sedang elok bagi Mama. Cubalah  ...

02 September 2014

Minggu Lepas ....

Bila 6126 sakit lagi  ...
Mama belajar urus sendiri, bawa dan tanya itu dan ini, pada pomen yg baik hati,
Yg sabar layan makcik ini, yg tak faham2 istillah bush, joint, multi-link, entah2 apa2 lagi ...
Tanya berulang kali ... sebab nak lapor kat big boss nanti!!
(p.s. nak 'claim' pun ya  ... hihi)

Bila Mak sakit  .... darah tinggi naik mendadak, lepasi 200 bacaan atasnya,
Akibat disengat tebuan, entah berapa ekor, yg serang dia selepas cuba selamatkan cucu BFF dia, 4 tahun usia, yg terlebih dahulu disengat mereka.
Kepala, belakang, lengan  ... bisa dan sakitnya, hanya Mak dan sikecil yg merasa ... hingga menggeletar seluruh badan, menahannya.
Tak keruan Mama dan semua yg ada diwad kecemasan melihatnya.
Alhamdulillah  ....
Semalaman diwad, dijaga dn dipantau doktor dan misi yg bertugas, Mak dan sikecil tak apa2, dapat balik keesokan harinya.
Terima kasih pada semua doktor, misi, petugas, pengawal di wad ER dan wad perempuan, wad kanak-kanak diHospital Tg. Anis, Pasir Puteh  ... hanya Allah yg membalas khidmat cemerlang anda.
p.s. tak lupa petugas, pemandu ambulan di Klinik Kesihatan Gaal, yg memberi rawatan awal kepada mereka berdua.

Pun, kedua2 Mak dan 6126 masih belum sihat sepenuhnya.
6126 perlu masuk wad lagi  ... masih ada 'parts' bersabit sendi yg perlu diganti  ....
Mak pun, perlu ke klinik lagi. Periksa darah (sebab hari tu cam kandungan gula sedikit tinggi), serta rawatan susulan yg lain, jika perlu.
Dan  ...
Bila semua ada dirumah  .... 'tab' yg satu ni tak henti kerjanya. Bertukar tangan sokmo.
Semua nak guna  ... yg jadi mangsa, Mama!
Dan blog Mama ni. Biasalah, mengalah bukan tandanya lemah  ...
Tapi kalau mereka semua suka, gembira  ... Mama pun lagi gembira!!!
Itulah  .....