Membilang hari ....
Raya tak lama lagi ... biskut raya tak buat lagi
Kalau beli ...
of course mahal, lawa rupa sedapnya belum gerenti
Buat sendiri lebih puashati
Tapi ... malas pulak dah tua2 ni.
Membilang hari ....
Anak2 diperantauan pulang beraya ... tak kisah berapa hari cuti
Berangan nak masak itu dan ini
Makan sama2, bercerita, berkumpul sama2 .... sukanya hati
Kena
stock dah keperluan dapur ni ... dekat raya pasti jem lagi
Membilang hari ....
Dalam suka anak2 pulang bercuti
Mahu saja di 'bekukan masa' ... hanya berkisar masa cuti raya
Sebab habis raya ... semua kan kembali bekerja nun jauh diibukota
Termasuklah Ayahnya .... dah habis tempoh tangguh kerja
Dari P.Mas ke Putrajaya ....
dlm hati memang tak rela
Berjauhan diusia senja .... missing you already dear!
Membilang hari ...
Garisan penamat Ramadhan kian menghampiri
Kita sudah sampai dizon memecut rupanya kini
Jom pakat kumpul stamina berbaki, agar dapat melepasi
Ramadhan kali ini, dgn catatan lebih baik dari tahun sebelum ini
Ini perlumbaan dgn diri sendiri ...
Entah tahun depan dapat berjumpa dan berlumba lagi
Memperbaiki catatan amalan sendiri
Meraih redha Ya Rabbi.
Ayuh pakat ramai2 manafaatkan Ramadhan yg berbaki
Kumpul sebanyak mungkin ganjaran yg Allah janji
'Tok sei' jadi orang yg merugi
Mohon diampunkan dosa2 ... ibubapa, suami, anak2, mertua, adik-beradik, sanak saudara, jiran dan rakan taulan, guru2, muslimin, muslimat ... juga diri sendiri!!
Abu Hurairah RA meriwayatkan drpd Rasulullah SAW. Baginda bersabda,
"Telah dtang kpd kalian bulan Ramadhan,
bulan penuh berkat yg di dalamnya Allah mewajibkan
puasa, pintu-pintu syurga dibuka,
pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan diikat.
Didalamnya ada satu malam yg lebih baik dari seribu bulan.
Barangsiapa yg tidak mendapat kebaikan (Ramadhan),
sungguh dia telah rugi."
HR: Ahmad
Dalam riwayat lain, baginda bersabda,
"Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir.
Jika kamu berasa lemah dan tidak mampu,
janganlah kamu mengabaikan tujuh malam terakhir."
HR: Muslim