Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)
Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

21 September 2021

Mini Sherpherd's Pie

When you're craving for western food, difficult to find one that suit your taste and thinking that it is difficult and laborious to make ... maybe this easy peasy mini version of Sherpherd's Pie might tempt you. Here is the recipe. 

Mini Sherpherd's Pie 

3 large potatoes - peeled & quartered 

1 tube minced chicken/meat

1/2 bottle Adabi's speghetti sauce

1/4 cup fresh/full cream milk

1/4 Adabi's chicken cube

2 tablespoon chilli sauce

1 cup mixed vegetables - carrot, corn, peas

1/2 holland onion - chopped

Salt, pepper to taste

Mozarella and Parmesan cheese 

1. Boil potatoes until cook and tender. Drain and mashed. 

2. Add grounded chicken cube, salt, pepper and milk. Mix well. Set aside. 

3. Saute onion, add minced chicken/meat, cook a while. Then add speghetti sauce, chilli sauce and salt. Cook until gravy boils, add mixed vegetables. Stir and let simmer until gravy a bit thick.

4. In mini pie tin foil, spread meat mixture, then top with mashed potatoes, and lastly sprinkle cheese generously.

5. Bake 190°C for 30 - 40 minutes, or until cheese melted and deep golden in color. Let cool for 5 minutes before serving. 

Enjoy!!! 


p.s. The above is Mama's version, no added veggies, but add chopped Ayam Mas mushroom sausages with a few adjustments (as usual) as per available ingredients in Mama's pantry and her likings 😅. Original version is by Atia Fathiah. Mama replaced the minced chicken with chopped chicken prepared for karipap *. Mama n Mr. Cool love them. Whilst Mr Dad and Amar ... they didn't bat an eye and couldn't care less. Haha!! They're forever karipap lovers  🤭🤭

Note:

* meaty parts of chicken like breast are least favoured in Rumah Biasa2. Usually Mama will chopped them into small parts and stored in few small containers to be used for making karipap, pizza, spaghetti, fried  mee/bee hoon/rice or in stir fried vegetables or soups. Sherpherd's or chicken pie too 😚😊

Till then .... #staysafeeveryone 


19 October 2019

Kek bermusim ...

Kek bermusim ... sebab guna buah2 an yg bermusim. Itu sebabnya. Tapi zaman sekarang, boleh aja buah2 tersebut dibekukan. Boleh buat bila2 masa aja bila terasa nak makan. Itulah teknologi yg dimanafaatkan ...
Pun ... Mama suka buat kek guna buah2an segar, dalam musimnya (kecuali kek buah) ... baru terasa keenakan buah2 tersebut.
Jom tengok resipi.

Resipi muffin durian ni guna isi durian yg terbaik dari kebun durian arwah Ayah 😍💖 (Al Fatihah buat Aboh).
Muffin Durian
Bahan2:
125 gm mentega/majerin
100 gm gula kaster (nak manis tambah sukat an sama dgn mentega)
2 biji telur
150 gm isi durian
115 gm tepung naik sendiri *
20 gm susu tepung *
1/4 sudu teh garam *
( * ayak bersama)

1. Panaskan oven 200°C
2. Pukul gula dan mentega hingga ringan dan gebu.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul hingga sebati setiap kali masukkan telur.
4. Masukkan isi durian dan pukul hingga sebati.
5. Kaupbalikkan campuran gandum, susu tepung dan garam tadi sedikit demi sedikit. Jangan terlebih gaul.
6. Sendukkan adunan ke dalam acuan muffin (hampir penuh).
7. Bakar 200°C pada 5 minit pertama. Kemudian kurangkan suhu kpd 180°C untuk 10 - 15 minit seterusnya. Keluarkan dan sejukkan.
* Kalau nak buat versi kek, bakar 170°C selama +/- 45 minit/masak.

Kek Mulberi Terbalik - 'history' nya dulu 😅🤭.
Selepas Mama cantas 3 pokok mulberi yg ada ditepi rumah, maka lebatlah buah2 yg keluar. Setiap pagi atau petang, kutip segenggam dan makan gitu aja. Sumber vitamin harian ☺️. Kadang2 beri pada jiran2 dan sesiapa yg bertandang. Kadang2 buat jem. Kadang2 terbiar, jadi rezeki burung kecil atau gugur gitu aja. Satu hari tu terasa nak cuba buat kek pula. Tak pernah cuba, lalu rujuk Mr. Google. Yg banyaknya buat tarts, pies dan muffins. Tak berkenaan Mama ... Akhirnya terlintas untuk buat ala2 Kek Nanas Terbalik, sebab pernah buat sebelum ni guna strawberi dan blueberi ... sukses 😄😋. Mulberi pun 'berries' jugak. Maka terhasilah Kek Mulberi Terbalik ini.

Kek Mulberi Terbalik 
Alhamdulillah. Kali pertama buat, Mama bawa ke majlis bacaan Yassin bulanan Persatuan Hawa TDS. Semua puji sedap dan lain dari yg lain kek ni. Mama pun cuba jugak, memang sedap (puji diri 😅😅) . Maka sempatlah buat beberapakali lagi sebelum habis buah mulberi bagi kitaran ni.
Amar beri 5 bintang dan masuk dlm senarai kek kegemaran dia (selepas kek coklat i.e. 😄😄).
InsyaAllah nak cantas pokok mulberi minggu ni. Dah rindu kek ni lg ...
Untuk resipinya, sila rujuk pada posting Mama bagi bulan Disember 2017 dan lihat post bertajuk Kek Nanas Terbalik (bertarikh 14 Disember 2017).
p.s. Maaf lupa dah cara nak 'copylink' post ... Huhu.

30 September 2018

Bila terjebak resipi viral ...

Pantang ada resipi viral ... kalau berkenan terjebak sama. Terkini kek pastri buah2an tu. Orang buat kek ... tapi seperti biasa ... derhaka. Versi muffin yg direka.
Kek@muffin pastri buah2an cubaan pertama
Pun Amar dan kawan2 cakap sedap ... licin bekal yg dibawa ke sekolah keesokan hari. OK lah tu bagi cubaan pertama.
Apa nak buat dgn lebihan buah2 strawberi dan blueberi satu masaalah juga. Bukan boleh disimpan lama2. Lalu men'Google'lah seperti biasa. Derhaka lagi!! Resipi asal kek. Tapi Mama buat versi kek cawan (dpt 12 biji) ... beri pada jiran. Balas bekas sayur lemak pucuk labu yg diberi dulu.
Dan adunan selebih dapat 3 biji versi muffin (kes nak cepat siap ... haha!). Sebab sedap ... nak simpan resipi.

Kek Pisang, Strawberi n Blueberi
Bahan2:
1 cawan strawberi - potong kecik2, gaul gula halus
1/2 cawan blueberi - gaul gula halus
1 biji pisang ranum - lecek (Mama guna 2 sbb kecik)
1 cawan gula kaster
2 biji telur (A)
1/4 cawan minyak sayuran/mentega cair
1 biji lemon - ambil parutan kulit (Mama ganti 1 sudu teh sunquick)
1 1/2 cawan gandum*
1/2 sudu teh baking powder*
1 sudu teh garam*
Secubit serbuk cinnamon*
* ayak bersama
1 cawan walnut - cincang (opt)
Cara:
1. Panaskan oven 180°C. Gris loyang.
2. Dlm mangkuk besar, pukul telur, minyak, gula, pisang, strawberri dan lemon parut hingga sebati. (Mama guna whisk jer).
3. Masukkan * bahan2 ayak tadi dan gaul sebati (jgn overmix).
4. Kaupbalikkan blueberi dan walnut.
5. Tuang ke dalam acuan. Bakar 45 minit - 1 jam/kek masak. Jika buat kek cawan, 25 - 30 minit/masak, perang sedikit bhgn atas.

p.s. Seperti kek2 yg berasaskan buah2an ... ianya lebih sedap keesokan hari.



15 September 2018

Jom jeruk ....

Sekarang ni ... disebelah sini, musim buah rambutan, cempedak, duku, langsat, dokong dan petai.
Selalu saja ada pemberian dari jiran, rakan dan sanak saudara.
Dek kerana kami bertiga aja ... sentiasalah ada lebihan ... 'supply' mengatasi 'demand'.
Dan inilah yg Mama lakukan ...

Jeruk petai yg adik bawa dlm 5 papan. Bersih petai, didihkan air dan celur petai sekejap. Jgn lebih dari 1 minit, nanti tak ranggup. Angkat kedlm bekas berisi air. Picit petai, sejukkan. Letak dlm bekas, air (sekadar tenggelam petai) + 1 sudu teh penuh garam, kacau sebati n tuang kedlm bekas berisi petai. Biar semalaman di luar sblm simpan dlm peti sejuk. Makin lama makin sedap.

Jeruk asam boi rambutan.
Tabur garam, sedikit gula, asam boi putih dan perah limau kasturi/limau nipis. Jika suka pedas, + hirisan cili padi. Gaul sedikit dan terus simpan dlm peti sejuk. Tak perlu air kerana rambutan akan keluarkan air nanti. Biarkan sekurang2nya semalaman.

p.s. jeruk asam boi ni memang 'versetile'.
Mangga muda, epal hijau,  kedondong, dan jambu batu antara yg pernah Mama buat. Rambutan tu pertama kali cuba buat. Sedap!! Kecur air liur ... hihi!!



14 December 2017

Kek Nanas Terbalik ....

Mula terjebak dgn Kek Nanas Terbalik ni setelah menonton 'Kids Baking Championship'. Bila lihat kek yg dibuat oleh Kaniyah Cary, berusia 11 tahun, Mama macam ... "Oh! Lawanya ... 😍". Terus jatuh hati dgn kek ini. Apalagi,  Google cari resipi, pun tiada yg berkenan ...
Tiba2 teringat Mama pernah nampak resipi ni dlm buku 'Bukan Sekadar Resipi' karya Roza Roslan. Bila jumpa resepi, ... terus cuba! Kebetulan ada sebiji nanas yg dibeli suami hari tu. Memang cantik dan sedap sekali ... suami pun turut memuji kerana dia memang suka kek2 yg berasaskan buah2an. Selepas kek tu habis, suami minta dibuatkan lagi. Kali ini Mama guna nanas dlm tin pula (sebagaimana resepi asal Pn. Roza).

Cubaan pertama ... nanas segar
Nanas dlm tin cantik tersusun

Resepi Kek Nanas Terbalik (Roza Roslan)

100 gm mentega
100 gm gula kaster (Mama guna 75 gm)
2 biji telur (A)
75 gm tepung naik sendiri
25 gm serbuk badam
2 sudu besar susu segar/buttermilk
1/2 sudu teh esen vanilla
Topping;
1 tin kecil kepingan nanas (bulat)
25 gm mentega
25 gm gula perang
25 gm cheery merah

Cara buatnya;

1. Cairkan mentega utk topping dlm bekas pembakar. Taburkan gula perang ke atas mentega cair dan susun kepingan nanas dan ceri di atasnya. Ketepikan. Panaskan oven 170°C.
2. Pukul mentega dan gula kaster hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan bahan2 lain dan gaul hingga rata dan sebati.
4. Tuang adunan perlahan2 ke atas dulang kek bersusun nanas tadi. Hati2 agar nanas tidak beralih.
5. Bakar selama 45 minit, atau hingga kek masak. Cucuk bhgn tengah dgn lidi, jika keluar licin bermakna kek telah masak.
6. Sejukkan kek di atas redai kek selama anggaran 30 minit sebelum terbalikkan bhgn atas kek dari tin pembakar ke atas pinggan hidang.

p.s. cubaan dgn lebihan strawberries dan blueberries juga menjadi. Lepas ini akan experimen dengan oren atau pisang pulak ... Kiwi pun mesti lawa nih. Mungkin letak sedikit warna hijau dlm adunan utk 'matching'kannya ... hmmm. 

Strawberries dan blueberries - meriahnya


13 December 2017

Kek Pisang yg 'scary' ...

Pisang yg dituai dalam N3 8/12/17 lalu sudah masak. Lalu kami manafaatkan sebagaimana agihan berikut;
1. Guru mengaji Qur'an
2. Jiran sebelah rumah
3. Jemaah masjid taman kami
4. Jemput pisang ...
Dan baki terakhir ... kek pisang (as usual is a must ... one of my favourite cakes)
Konon kali ni nak hias ala2 apam pisang. Hasilnya ...

Huhu .... 'scary' pulak kejadian hirisan2 pisang tu. Cam 'muka2 yg menakutkan' kan???. Lain kali tak nak dah hias macam ni. Rasa lucu pun ya jugak ... 😅😅

09 December 2017

Resipi ... donut ubi kayu dan bingka ubi kayu

Lanjutan entri Mama 5/12/17 lalu ...
Resipi diabadikan utk rujukan anak cucu ...

DONUT UBI KAYU

300 gm ubi kayu
400 gm gandum
2 biji telur
5 sudu besar susu debu
11 gm yis segera
1 sudu teh baking powder
5 sudu besar gula kaster
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh pelembut roti
100 gm marjerin
100 - 150 ml air (suaikan)
Cara buat:
1. Rebus ubi hingga empuk. Sejukkan dan lenyek halus.
2. Campur bahan2 lain kecuali air (pastikan yis dan garam tidak diletak bersekali - asingkan)
3. Dgn gunakan cangkuk roti, uli doh sambil masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga adunan lembut dan tidak melekat.
4. Bentukkan doh jadi bulat, tudung dgn 'plastic cling' dan rehatkan doh +/- satu jam atau doh naik 2x ganda.
5. Tumbuk doh dan bentukkan ikut suka. Letak atas dulang yg ditabur tepung gandum. Rehatkan lagi +/- 20 - 30 minit.
6. Panaskan minyak 'deep frying' dan goreng donut hingga kekuningan. Angkat, toskan dan hias ikut suka.

BINGKA UBI KAYU
(resipi dari blogger Norazlita Aziz N3 22/10/15 ... ubikayu parut tak perlu perah agar bingka lembut)

4 cawan ubi kayu parut
2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir/ gula merah (Mama guna nise@gula melaka - cairkan dgn santan dan tapis)
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning (Mama tak guna)

1. Panaskan oven 200°C
2. Masukkan semua bahan ke dalam loyang 7" × 7" /8" × 8"
3. Gaul/ kacau hingga sebati semua bahan. Gula hancur dan santan sekata.
4. Bakar 1 - 1 1/2 jam atau bahagian atas bingka keperangan.
5. Keluarkan dan sejukkan dahulu 3 - 5 jam sebelum potong/hidang.


p.s. bingka Mama jadi macam lempeng sebab Mama buat setengah dari adunan resipi di atas tapi guna loyang 7" × 7" juga. Amar kata sedap, 'crispy' ... haha

15 November 2017

Kerabu ayam ... kegemaran keluarga

Resipi lagi ... tapi jangan tak tahu. Ini resipi istimewa ... kegemaran keluarga.
Lauk yg tak pernah mengecewakan. Pasti bertambah2 warga Rumah Biasa2 kalau makan dgn nasi panas2. Juga cara terbaik nak suruh hero2 Mama makan sayur/ulam tanpa paksaan. Walaupun satu jer lauk ... ianya lengkap dengan sumber protin, sayuran, ulaman segar, kuah, serat dan mineral (haha ... ala2 pakar pemakanan pulak hari ini 😅)

Kerabu Ayam ... meriah, warna warni lauknya
(ini versi kurang pedas ... cili padi hijau)

Ia resipi yg senang. Resipi ini kuantiti bahan ikut suka hati. Nak lebih/kurang bahan yg mana ... pilihan/selera sendiri. Nak lebih ayam, nak pedas, nak lebih sayur/ulam, nak masin masam manis, nak kurang/lebih kuah ... terserah. Bak kata pepatah ... 'Tepuk dada tanya selera'.

Cara buatnya:
1. Potong ayam kecik2 (Mama suka lebihkan kaki, sayap ayam), bersihkan.
Rebus dengan hirisan halia dan bawang putih serta sedikit garam dan gula hingga empuk.
2. Sementara tunggu empuk, hiris nipis sayuran/ulam yg ingin dimasukkan ke dalam kerabu. Asas utama;
Serai, bunga kantan, tomato, bawang besar, cili padi dan jus limau nipis.
Sayuran; putik/baby jagung, celery, timun, kacang panjang, daun ketumbar, lada benggala (kuning, merah, hijau)
3. Bila ayam dah empuk, masukkan sayuran yg perlu dimasak sebentar - putik/baby jagung dan celery. Masak anggaran 2 minit.
4. Angkat dan ketepikan sebentar. Agak2 suam, masukkan semua bahan2 hiris dan jus limau nipis di atas. Perasakan dgn garam, gula dan sos ikan (opt.). Masukkan garam terakhir sebab sos ikan sendiri dan masin. (1 -2 sudu makan sos ikan sudah memadai utk 500 - 600 gm ayam). Kacau sebati dan sendukkan ke dalam mangkuk. Siap.

p.s. hidangan ni lebih 'special' kerana serai, cili padi, limau nipis dan bunga kantan adalah tuaian dari Kebun Biasa2 kami. Alhamdulillah ... organik semua.

13 November 2017

Kek Oren Idaman .... akhirnya

Sewaktu pergi ziarah cucu sedara terbaru sebelah suami ... kakak ipar hidangkan kek oren. Sedapnya ... tapi cucu2 kakak ipar tak minat. Kata mereka ...
"Nenek! Ini kek orang tua ... buatlah kek coklat!!"
Ha ha ha ... memang betul. Hanya kami yang tua2 (kebetulan waktu tu ramai juga sedara dan jiran2 datang ziarah cucu baru kakak ipar) saja menjamah kek oren tu. Warga muda lebih suka biskut dan puding.
Balik rumah teringat2 sedapnya kek oren tu. Nak makan banyak/tapau ... malu. Haha Apa lagi, rujuk En. Google lah. Pilih resipi konon yg paling senang (cara "blender' semua bahan) ... Tak jadi, tak sama baik rupa dan rasa. Tak puas hati, Google lagi ... resipi lain pula ... pun hasilnya tak seperti kek oren kakak ipar tu. Kecewa sangat!!
Terdesak (tua2 ni kehendak mengalahkan cucu pulak ... hehe), whatsapp kakak ipar minta resipi. Dapat resipi terus cuba ...
Allah Ya Allah ... semerbak sebuah rumah wangi bau oren. Puas hati tercapai hajat ... kek oren idaman.


Resipi Kek Oren SIL (sis in law)

160 gm mentega
120 gm gula kaster (versi kurang manis)
160 gm gandum *
1 sudu teh baking powder *
(* ayak bersama)
3 biji telur (A)
8 sudu besar jus oren/4 sb sunquick oren
1 sudu besar parutan kulit oren
2 sudu besar susu segar/cair (opt)

1. Panaskan oven 170°C, lenser dulang kek.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu sambil pukul sebati.
4. Masukkan gandum + b.powder sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
5.  Masukkan parutan kulit oren, jus oren dan susu. Gaul sebati.
6. Tuang ke dlm acuan dan bakar 45 - 55 minit/masak.

p.s. ... terima kasih K. Yah kerana layan permintaan adik ipar yg kempunan ni walaupun sibuk melayan kerenah 7 orang cucu2 ... 😊.




30 October 2017

Mengapa menyepi ....

Lama jugak menyepi ... bermula cuti Deepavali
Sibuk ... anak2, cucu2, menantu2 balik bercuti
Girang hati kami diRumah Biasa2 tak terperi
Besan dari Johor pun bertandang juga
Membalas kunjungan kami tempoh hari kata depa
Sambil nak kenal negeri Serambi Mekah
Seronok, murah, peramah ... itu yg mereka kata ... Alhamdulillah
Bila cuti habis ... semua balik asal
Bertiga kembali ... rindu pun menebal
Nak jadi cerita ... ayahnya demam, batuk, selsema ... maka sibuklah Mama jadi misi pula. Pesakit pertama tak kebah lagi, Si Bongsu pula dijangkiti ... bertambah kalut misi. Akhirnya dengan misi misi sekali rebah ... dah tua, antibodi tak kuat doh 😅😅😅
Sebaik rasa sihat ... nampak buah2 limau kasturi merimbun dipohon. Kutip2 dapat sebesen ... beri jiran2 tapi masih banyak yg tinggal. Lalu Mama operasi jeruk limau kasturi ... kira cam eksperimen kali pertama ... carian cara jeruk melalui Mr. Google seperti biasa. InsyaAllah dalam 3 minggu akan tahu hasilnya.


Cara buat: Limau kasturi basuh dan biar kering betul2 ... dipotong melintang 1/3 dr atas. Jangan putus ya. Buang biji dan masukkan asam boi (guna mangkuk utk tadah jus limau yg keluar). Letak dlm botol kering yg telah ditabur 1 sudu makan gula. Susun limau kasturi yg telah dimasukkan asam boi. Cukup selapis, tuang jus kasturi yg ditadah tadi dan tabur gula (dlm 2 sudu makan). Ulang proses hingga selesai ... pastikan tabur gula lebih sedikit utk lapisan paling atas. Tutup botol, tulis tarikh buat pd botol dan biarkan sehari. Hari kedua Mama dah simpan dlm peti ais ... Jgn lupa 'at least' seminggu sekali kacau/balikkan limau yg atas dan bawah, agar sekata jeruknya nanti.

Dapat 3 botol ... sebotol dah dikebas adik
Itu antaranya sebab menyepi seketika ...

p.s. Hmmm ... jeruk lemon yg dibuat akhir tahun lepas masih berbaki. Buat acar buah tentu sedap ni ... tak pernah buat tapi apa salahnya. Mr. Google kan ada .....



12 October 2017

Kerepek pisang tanduk ...


Pisang tanduk yg dituai awal kerana pokok induk sakit. Dua sikat, 10 biji semuanya ... kalau pokok tak sakit, tentu besar lagi buahnya.
Operasi kerepek pisang dgn sebiji pisang tanduk yg belum masak ...
Potong pangkal dan hujung pisang. Toreh memanjang sampai isi, 4-5 torehan agar senang kupas

Alat pemotong utk sagat pisang
Maaf dah 'seasoned' modelnya ...
Sebelum mula sagat pisang, panaskan minyak. Mama sagat dalam bekas dulu ... tak berani nak sagat terus dalam minyak panas. Goreng dlm 5 - 6 minit, masukkan air garam dlm 1 sudu kecil, kacau sampai bunyi berdesir hilang. Masak sebentar lagi dan angkat ke dalam bekas yg dialas tisu dapur utk serap lebihan minyak. Dah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara.


Inilah kerepek yg terhasil dari sebiji pisang tanduk. Resipi asal masukkan sedikit serbuk kunyit utk warna. Mama tak bubuh pun. Warna ori pun dah cantik sangat. Alhamdulillah menjadi kerepek pisang tanduk walaupun pertama kali buat. Krupp krapp krupp krapp ... ranggupnya. Tak sempat simpan dalam balang pun ... tangan Ayahnya, Si Amar dan Mama silih berganti ... sedar2 dah licin. 😄😄😄

p.s. Itu cerita petang semalam. Dan sudah tentu pisang tanduk yg berbaki akan dibuat kerepek lepas ni.
Resipi asal Mama Google. Dan yg paling berkenan resepi dari blog Ummi Waheeda: Bukan Sekadar Resipi (entri 5/12/2011). Tq dear.

20 September 2017

Karipap ....

Karipap ...
Kudapan kegemaran Mama.
Dulu2 beli ... dan biasalah bila yg dibeli ... acapkali kurang menepati piawaian selera
- kurang inti, pedas sangat, kurang perisa, ubi banyak pada daging/isi ayam, terlalu berminyak ... ada je yg tak kena.
Nak buat sendiri tak reti dan rasa susah, renyah ... itu pemikirannya. Huhu ...
Nak jadi cerita, satu hari (maaf 'history' sikit) ... arwah kakak ipar bertandang ke rumah. Dia bawak karipap yg dia buat sendiri ... sambil minta maaf kalau tak sedap sebab lama dah tak buat.
Apa yg melekat dihati Mama ialah ... kakak ipar yg dah berusia 60an, tinggal berdua dgn anak OKUnya, boleh buat karipap sendiri utk sarapan ... Mama yg muda ni (waktu itulah) ... tak pernah berani mencuba!!!
Itulah detik permulaan 'mahu cuba dan buat sendiri'  karipap dan apa jua juadah yg diingini. Terima kasih K. Wan Yah, beri inspirasi .... (moga roh arwah ditempatkan bersama org2 yg soleh. Aamiinn ...)

Yg tinggal .... karipap sarapan pagi ni
Sejak dari itu ... mulalah giat cari resipi dan cuba buat sendiri. Tentulah tidak terus suksess ya ... hihi. Selepas 'try n errors' ... akhirnya melekat dgn resipi doh karipap yg ini ... 'it never fails me'. Dah cuba resipi2 doh lain ... yg cairkan dulu majerin, yg guna air ais, macam2 ... tak berkenan. 'Lain padang, lain belalang' ... lain orang, lain selera kann ...
Dan yg 'best' buat karipap sendiri ialah ... intinya yg pasti mewah dan padat ... oksigen kureng 😄😄

Ini resipi doh karipap Mama;
250 gm gandum
70 gm majerin
- gaul dgn hujung jari /'rub-in' hingga berderai
70 - 100 ml air suam (suaikan)
secubit garam.
Gaul sebati semua bahan dan uli hingga jadi doh. Rehatkan dlm 20 minit, canai ... terap, bubuh inti (yg ni ikut suka masing2 ... resipi masing2 ... nak inti daging/ayam ka, ubi saja ka, kari ka kurma ka, sardin ka, ikan ka, telur ka ... ikut selera ya) ... pastu klim dan bila selesai. Goreng atau frozen.

p.s. tip tak melekat masa frozen, letak dulang karipap2 yg siap klim dlm 'freezer' +/- 5 minit atau beku sedikit. Lepas tu alih simpan dlm bekas tupperware/tipuware 😆.
** guna api kecil ya kalau nak goreng yg frozen ...

01 June 2017

Bila roti luput tarikh ...

Hari ini roti butterscoth yg dibeli sebelum puasa luput tarikh. Dari berkulat, terbuang ... sepagi Mama dok fikir bagaimana nak 'selamatkan'nya ... tak mau membazir terutama bulan mulia ni ...
Hanya dua opsyen jer yg Mama pasti warga Rumah Biasa2 ni suka ... lalu terhasillah:
Puding gula hangus roti butterscoth.
* Dlm acuan bulat letak 4 sudu gula dan panaskan dgn api kecil hingga gula cair n hangus sedikit. Angkat acuan, ratakan gula biar sekata. Ketepikan.
3 biji telur, 11/2 cwn susu cair, 1 cwn air, 1 sudu teh esen vanilla, 3 sudu susu pekat, 4 kpg roti butterscoth. Blender semua bahan dan tuang ke dalam acuan bergula hangus di atas. Kukus 35 - 45 minit. Angkat.


dan roti kering butterscoth.
* Potong ikut suka, bakar dalam oven 180°C, 15 - 20 minit. Lps 10 minit, terbalikkan roti ... bakar sampai kekuningan. Angkat dan sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara. Cicah kopi O sedap nih ...


24 November 2016

Brownies Nutella ....



Brownies Nutella ... pertama kali buat kerana kesian lihat 1/2 botol Nutella tak disentuh sesiapa setelah sekian lama ...
Dari terbiar dan luput tarikh ... Mama 'google' cari resipi guna Nutella yg paling ringkas dan mudah ... bagi Mama laa
Tuan empunya resipi Brownies Nutella ni dari blog 'nameeroslan.blogspot' bertarikh 07/10/2014 (malas nak 'link' 😷) ....
Ini resipinya;
200 gm Nutella
8 sudu makan tpg gandum
(Mama guna 3/4 cwn tepung naik sendiri)
2 biji telur (saiz M)
4 sudu makan susu pekat
Cara:
1. Tuang Nutella dan telur ke dlm mangkuk dan kacau sebati (dgn mixer/whisk/spatula)
2. Masukkan susu pekat, kacau sebati
3. Masukkan gandum, sedikit demi sedikit sambil gaul sebati hingga habis.
4. Tuang ke dlm acuan yg tinggi 1" tu (ikut suka bulat/empatsegi) ... yg dilenser sedikit mentega dan alas kertas kek atau boleh guna cawan kertas ... isi 3/4 penuh.
5. Bakar 200°C, 30 - 40 minit (acuan besar),
15 - 20 minit bg cawan kertas ... hingga masak. Tutup oven dan biarkan dlm oven selama 10 minit dgn pintu oven sedikit terbuka (utk effect kedut2 ... jika suka).
Siap .... cubalah!!!
p.s. terima kasih banyak2 tuan resipi ... sedap dan dapat pujian dr warga Rumah Biasa2 kami 😊👍

26 January 2015

Jeruk mangga asam boi yang tak sempat jadi jeruk ....

Orang dok heboh sedapnya jeruk mangga asam boi ....
Dalam FB, Whatsapp  .... ada je member kempen jeruk ni
Dek Mama ni bukan peminat tegar jeruk, colek dan yg seangkatan dengannya .... asam boi yg masam tu ... lagi la tak minatnya, buat derrkk ajalah.
Masa 8 kali berbadan dua (2X keguguran at 10 - 12 weeks pregnancy) .... asam boi, mangga, kedondong muda ... juga tiada dalam senarai mengidam Mama ... hanya Ayahnya yg lebih2, beli dan makan benda2 ni waktu Mama ditrimester awal mengandung.
Nak jadi cerita, suatu hari anak sedara suami datang ziarah sepupunya (doter Mama) .... bila dia dapat tahu doter dah berbadan dua. Siap bawa jeruk mangga asam boi yg baru berusia beberapa jam ... untuk bakal ibu katanya.
Yang bestnya ... dia tak guna mangga muda yg biasa2 tu ... yg masamnya Mama tak tahan ... sebaliknya dia guna mangga lemak (oghe Kelate panggil pauh lemak)  ... dan tahu kami tak suka pedas ... minus cili padi!!! Sambil borak-borak ... sambil ngap jeruk mangga asam boi yg dia bawa .... sedar2 licin sebekas yg dia bawa. SEDAPP HINGGA MENJILAT JARI ....
Lepas tu ... dah cam ketagih la pula. Boleh kata setiap minggu Mama buatnya ... dan memang tak sempat jadi jeruk pun ... habis lama bertahan lah sejam dua. Tu pun Mama sorok dulu ... biar asam boi tu serap elok ke dalam mangga tu ha!!
Resepi? Senang jerr .... mangga muda (ikut suka lah mangga apa, janji yg muda, baru crunchy bila ngapnya), serbuk asam boi secukup rasa, sedikit garam, asam boi putih 2 - 3 biji, ikut selera ... Mama omit gula sebab mangga @pauh lemak tu tak masam tapi lemak manis gitu ...
Mangga buang kulit dan basuh sebelum potong kecik2 (freestyle jg ... ikut suka nak besar, kecik, nipis, tebal ... ), letak dalam bekas, tabur garam, serbuk asam boi, asam boi biji ... gaul rata dan perap selama yg boleh. Jika guna mangga muda yg masam ... gaullah sesikit gula. Jika suka pedas ... raciklah cili padi secukup selera ....
Semalam ... Mama buat dua jenis. Mangga lemak muda dan jambu batu .... sold out sebelum sempat serbuk asam boi dan asam boi biji2 tu mesra dengan mangga dan jambu batu tu dan diambil gambarnya .... hahaha. Maaf ya no pictures ....
p.s. guna buah2an lain pun sedap juga ... nanas, kedondong, jambu air, epal hijau, limau bali .... itu antaranya. Rasanya kalau kita terbeli buah yg masam ... buat gini pasti laku. Tak membazir .... cubalah!!!

02 January 2015

Telur Jeruk dan bekas DIY kitarsemula botol air 1liter .... dan bantuan pasca banjir

Dua hari lepas Mak bawa 7 biji telur masin. Bekal banjir katanya ...
Pun adik cakap, tak 'masak' elok lagi. Tak berapa masin lagi yg dah rebus sebelum ni ....
Memandangkan Mak bawa 'kering'  ... Mama kena jeruk baliklah.
N3 pasal cara nak jeruk telur, sila rujuk sini
Yang nak dikongsi di sini  ialah satu lagi kegunaan botol air 1 liter .... boleh buat bekas jeruk telur.



Bersihkan botol.
Potong anggaran 19cm dari dasar botol.
Letakkan telur yg sudah dibersihkan, tuang air garam dan tutup dgn penutup cawan plastik yg jg dikitarsemula ...
p.s. boleh juga guna bekas ini untuk jeruk cili, mangga asam boi, betik muda ....

Itu antaranya ....

Pun ikut suka nak letak apa ... asam keping, garam, serbuk kunyit, serbuk kari  .... apa2 je



Nota:
Alhamdulillah bantuan kepada mangsa2 banjir di Kelantan datang mencurah2 dari semua pelusuk negara .... pun pasca banjir lebih memerlukan bantuan terutama dalam fasa mencuci kediaman, pejabat, sekolah, tadika, masjid, kedai .... hatta jalanraya .... dan membuang barang2 yg musnah, tak boleh guna. Kasut 'pua chu kang' laris, paling diperlukan semua yg mahu meredah selut dan elak benda2 bahaya, tajam yg tak nampak dek mata ... terlindung dlm selut tebal di mana2. Sapa2 yg nak bantu ... tanyalah mereka 'on the ground' dan mangsa2 banjir jika boleh .... mereka lebih tahu apa yg sangat diperlukan waktu ini .... ikut keadaan dan masa.

03 September 2014

Minggu ini ....

Semalam  ... masih payah melepaskan, menelan perit PJJ. (-__-')
Hujan, ribut iringi hubby naiki bas  ... dan Mama semalaman dok risau,
... basah kuyupkah dia, kesejukkan kah dlm bas berhawa dingin tu, mungkinkah batuk yg dah reda berulang semula  ....
Alhamdulillah, panggilan awal pagi menidakkan semua!
Kata dia  ... entah hanya nak sedapkan hati Mama  .... ermmm!
Pun doa ajalah  ... agar O.K. di sana. Insya Allah.
.... Abe dan Anas, jenguk2kan ayah di sana ya.

Semalam  ... hujan ribut menyaksikan, betik no. 3 tumbang lagi buat kali ke 5 (mlm sebelum dah tumbang, kali ke 4, juga sebab ribut, angin kuat  ... tapi keesokkan harinya hubby dah 'restore'). Dek pohon dan buah2 yg besar dan lebat  ... tak daya Mama sorang diri nak selamatkanya, Mama dah 'give-up' sebenarnya.

Kedatangan Mak pagi ini telah selamatkan betik no. 3.  Mak cakap, selagi daya, usaha dan serahkan selebihnya pada Allah. Rezeki, hidup mati ditangan DIA  .... kita hanya perlu usaha sungguh2, doa dan tawakkal. Jangan mudah mengalah  ... walaupun ianya hanya sepohon betik, ia tetap benda yg bernyawa, rezeki kurniaan Allah, pada kita.
Itulah Mak Mama   .... bila dia nak buat sesuatu, tenaga, semangat, kesungguhannya .... 'trade-mark' dia. Mak pastikan siap, tiptop, no.1  .... fokus, No play-play  ... gitu!
p.s. tanda Mak dah sihat la tu, dari sengatan tebuan hari tu. (^___^).

Awal minggu, Mama dan hubby ke Kuala Terengganu. Walimatulurus anak perempuan boss baru hubby. Sementelah di sana, terus kami ziarah sahabat lama, pre-Walimatulurus anak perempuan dia 14/9 ni. Huhu  ... masih lagi kelamkabut urusan  'renovate' rumah yg tukang janji siap raya lepas  ... kesian dia. Moga sempat siap sebelum tarikh kenduri ... Ya Allah, lancarkan dan permudahkanlah urusan sahabat Mama ini.


Di Setiu, kami beli cempedak! Semalam goreng  ... sedapnya. Nak senang, Mama guna tepung goreng pisang/cempedak jenama Adabi. Tapi Mama campur gandum (ratio 2:1  ... 2 tepung Adabi, 1 gandum), dan sedikit serbuk kunyit utk warna. Ranggup dan tak berderai, sedang elok bagi Mama. Cubalah  ...

21 August 2014

Agar-agar merah ... rahsia sedapkannya

Kini membuat agar-agar sudah semudah A, B, C!!
Jika dulu  ... agar-agar tali perlu direndam dulu (sekurang-kurangnya 3 - 4 jam) sebelum masaknya  ... kena pastikan betul2 larut sebelum masukkan gula  ... baru elok cantik jadinya.
Kini  ... kat pasaran ada pelbagai versi.
Ada agar2 sebuk  ... maupun agar2 segera (instant jelly).
Ada yg putih, tanpa warna, perisa dan gula. Ada juga yg sebaliknya ... pelbagai perisa, warna dan dah ditambah gula.
Tak payah susah-susah nak masaknya, hanya perlu tambah air, ikut jer arahan kat paketnya  ...
Tak lama pun masa nak masaknya  ...
Nak lembut sikit, tambahkan air sekitar 100 - 200 ml, terlampau banyak kan lembik pula!
Agar-agar jenis ni memang elok dan cantik tekturnya.
Pun  ... memasak, apa jua masakan ... pasti ada rahsia, untuk lebih sedapkannya. Hatta agar-agar merah biasa-biasa ini juga.
Mama baru tahu, raya lalu ... dari salah sebuah rumah terbuka yg kami jadi tetamu (biasalah orang perempuan  ... nak tambah ilmu)
Rupanya hanya tambah ... esen pisang  .... beberapa titik, menaikkan aroma agar-agar merah, sedapnya lain sekali dari biasa. Mama dah cuba ... memang ya!!!
Nak makan 'plain' gitu aja, atau tambah koktel buah-buahan, atau tuang susu cair sejuk atasnya, atau susu cair yg telah dimasak + sedikit tepung kastad/jagung utk pekatkannya sedikit (ini kegemaran Mama)  ... boleh belaka.

p.s. cuma nak pesan, ikut sunnah, elok jangan amalkan gandingan  susu dengan buah-buahan ... demi kesihatan.
p.s.s. tak pasti pulak jika rahsia ini terpakai untuk agar-agar lain! Hmmmm!!  ... agar-agar santan, cincau + laici, cermin, pelangi ... sedap ke jika titiskan esen pisang  ni ye???? Nantilah Mama cuba .....

06 August 2014

Angel Hair Spaghetti .... new kid in the block

Towards the end of Ramadhan, the two kids requested spaghetti for ifftar. Pheww!! After 26 days of tom yam, singgang ayam, bbq chicken, fried chicken, ayam masak merah, ayam kicap, ayam kunyit, ayam percik  .... yupp, they  (Muaz, Amar) are chicken lovers  .... 
Mama having had enough of cooking chicken ... (-__-'), welcome the change in menu with open arms!!!
Out Mama went shopping for spaghetti and its accomplice (hihi  ...). Instead of regular spaghetti, Mama opt for 'angel hair spaghetti' ... upon daughter's recommendation.
Alhamdulillah! A sold-out that day, and honestly, since that day ... regular spaghetti is a 'bye-bye' for good  ... unless of course angel hair spaghetti is out of stock at Mama's regular supermarket.
Really, its much lighter and has 'bihun-like' texture, except a little thicker. Tak muak kata oghe Kelate  ....
Mama's basic pasta sauce is here and this time Mama adds minced meat (Ramly's brand), the whole 2 piece of them, after the part tomato sauce began to bubble. Mama also adds a bottle of Adabi's 350 gm pasta sauce (any flavour) for additional ummphh! and let it simmers (medium flame) until the meat cooks before adding the rest. Add enough water if you wish .... Mama did, for we like our spaghetti with plenty of pasta sauce ... ala 'laksa' maa  ....
p.s. yesterday we had Angel Hair Spaghetti too  .... Mama mia!!

02 July 2014

Lazatnya ... Roti Daging Bersosej ala Lasagna

Akibat kesilapan percaturan membeli roti yg maxi bukan mini 2 hari sebelum Ramadhan  .... udahnya 3/4 roti masih tak terusik masuk hari ke 2 puasa. Tarikh luput entah bila (sebab tab yg ada tarikh luput awal2 buang  .... ).
Lalu pilihan terbaik ialah buat lasagna roti (p.s. puding roti takder peminat kat Rumah Biasa2 selain Mama  ... huhu). Kali ni Mama campur daging cincang dengan sosej ayam (sebab daging cincang tu ada sekeping jer) dan guna sos pasta Adabi (kes tak rajin nak buat sos tomato sendiri  ...)
Dapat dua bekas, tapi yg kedua tu, dek lapis akhir pes daging bersosej dah tinggal cenonet, Mama tambah hirisan sosej perisa lada hitam utk meriahkannya  ....
Satu bekas beri doter yg berbuka dirumah mertua
Dengan lasagna roti ni, inti apa pun menjadi  .... ayam, tuna, veggies .... selain daging dan sosej. Ikut kreativi dan mesti berani mencuba, experimentasi  ....
Ini resipi Mama, lari sikit dari yg pernah buat sebelum ini. Biasalah  ... improvise sana sini.

Bahan asas;
Roti (Mama guna Gardenia) secukupnya
Bahan celup;
1 1/2 cawan susu full - cream (Mama guna Dutch Lady)
2 biji telur saiz sederhana
- Mama tak tambah garam sebab sos pasta dah cukup perisa, dan roti pun elok masinnya.
..... pukul bersama hingga sebati, ketepikan.
Bahan tabur;
Kepingan keju cheddar (Mama guna Cheesedale) secukupnya, dan
Keju parmessan parut .... ikut suka nak banyak mana.
Bahan pes;
1 keping daging cincang (Mama guna Ramly)
3-4 batang sosej ayam (Mama guna Pertima) - potong kiub kecil2
1/2 cawan sos pasta (Mama guna Adabi)
3 ulas bawang putih - mayang halus
2 biji bawang merah - mayang nipis
sos tomato dan sos cili secukup rasa (opt)
garam, gula secukup rasa
- tak perlu tambah oregano, parsley sebab dlm sos pasta dah ada.
1. Tumis bawang merah dgn sedikit minyak masak/minyak zaiton dn api sederhana hingga agak berkaramel/garing.
2. Masukkan sos pasta, sos tomato dan sos cili. Kacau.
3. Masukkan daging cincang dan tambah sedikit air. Masak hingga daging agak empuk.
4. Masukkan bawang putih dan sosej. Kacau dam masak hingga kuah agak pekat dan sosej masak. Tambah garam, gula secukup rasa, biarkan sebentar dan tutup api. Ketepikan.
Proses buat lasagna roti  ....
1. Sapu acuan dgn mentega. Celup roti kedlm adunan susu + telur, dan letak dlm acuan.
2. Tuangkan adunan pes pasta + daging + sosej secukupnya agar melitupi roti. Letakkan kepingan keju (Mama carik2kan sedikit agar rata).
3. Ulang proses 1 dan 2 hingga habis. Lapisan atas sekali, atas kepingan keju, tuang lebihan bahan celup (jika bersisa) dan tabur keju parmessan, mozarella (ikut suka).
4. Bakar 180 - 190 C selama 25 - 30 minit. (Mama punya lapisan roti hanya 2 lapis. Jika lebih, mungkin kena bakar lebih lama sedikit  .... +10 - 15 minit lagi).
Sedap dimakan panas2, waktu berbuka  selepas makan khurma dan minum air. Solat maghrib dulu, lepas tu boleh makan menu utama  .... nasi serta lauk-pauk yg ada. Baru bertenaga nak solat terawih pula  .... jgn kenyang sangat udahlah. Kang berlengkar cam ular sawa .... kekenyangan, terawih pun ke mana!!!
Eh! Terbebel pulak Mama ni. Hihi  ....