Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)
Showing posts with label ipoh. Show all posts
Showing posts with label ipoh. Show all posts

20 September 2021

Borem ... Dalam Kenangan

Ayahnya kakitangan kerajaan, berpindah randah tu biasalah. Dan disetiap tempat yang kami menyewa, pasti akan ada kucing yang datang. Biasanya ia berakhir menjadi kucing belaan kami.
Ketika menetap di Ipoh, dua beradik, Borem dan Potam ditinggalkan ibunya didepan pintu rumah kami. Barangkali si ibu tahu kami pecinta kucing 😅.
Dua ekor ni kesayangan semua. Aktif, nakal, manja. Kami balik kampung setiap cuti sekolah, mereka ikut juga. Jauh juga perjalanan Ipoh - Kelantan. Tapi Alhamdulillah, mereka ok jer.
Bila kami pindah ke P. Pinang .... Manjit, anak Auntie Amar, jiran kami cadang tinggalkan saja mereka di Ipoh. Dia akan jaga. Jiran terdekat lain juga sedia nak jaga mereka. Sebabnya Potam dan Borem ni semua rumah jiran depa pergi, macam 2nd home mereka. Semua kenal mereka. Kami akur walau sedih sebab memikirkan tempat baru tiada taman yg lapang depan rumah. Tiada pokok untuk Potam dan Borem panjat (kegemaran mereka). Dapat tahu Potam dibela penyewa baru, Polis Din. Borem pula, dibela jiran kami, Cikgu Aziz.
Dan setiap kali ke Ipoh, kami pasti singgah lawat 2 ekor ni. Masih kenal kami, masih manja. 
(p.s. Potam mati dilanggar kereta setahun kemudian. Ditanam dibawah pokok kegemaran dia). 

Jun lepas Cikgu Aziz memberi perkhabaran sedih. Borem mati dalam tidur pada 04. 06.2021 😭😭😭. Ikut kiraan Mama, pada usia 15 tahun. Kalau ikut usia manusia, dalam 75 tahun gitu. Kali akhir Mama jumpa Borem ialah pada tahun 2014. Selepas tu anak no. 4, yang berkahwin dgn gadis Ipoh dan menetap di Setiawan kini, yang selalu updates pasal Borem. Bila PKP, terhenti berita, sehinggalah berita sedih dari Cikgu Aziz ni. 


My beautiful Borem ... Her latest pic.
(2006 - 2021)



In memory .... Potam and Borem
 

03 December 2018

Alahai Cucu : P. Puteh - Setiawan ...

Kami ke Setiawan Khamis lepas.
Ziarahi anak menantu cucu di sana.
Bila begini terfikir jugak ... alangkah bagusnya kalu depa semua dok satu negeri. Lain daerah tak apa ...
Bolehlah Atok dan Nenek borong lawat semua satu 'trip' aja.
Bukan apa ... lawat yg sini, teringat yg sana ... pergi yg sana, rindu yg dok tengah2 pula!! Nak lawat semua sekali harung dah tak terdaya ... minda sanggup tapi fizikal ... 'surrender'!!
Mana tidaknya ...
3 tempat berbeza ... Perak, KL dan Pahang ... tiada daya upaya dah nak 'repeat trip' utara, barat, timur dan selatan setiap kali bercuti macam zaman muda dulu. Huhu ...
Nostalgia: Teringat kami sekeluarga (tahun 2000 kalau tak silap) bercuti ke P. Pinang (bermalam), Perak, KL (bermalam), Negeri Sembilan dan Melaka (bermalam). Dari Melaka pulang ke Kelantan ikut Bahau -Pekan - Kuantan - Jabor/Jerangau - K. Berang - Setiu - P. Puteh.
Bila fikir sekarang ... 'amazing feats' sunggoh ... nak2 dgn anak2 masih kecil dan bersekolah, sumbat satu kereta (7 orang) ... 'the chaos, temper, tantrum and all' ... 😅😅😅
                          ~~~~~~

Alhamdulillah dua beradik ni suka buahtangan dari Nenek. Ralit betul mereka berkarya ... tak sedar gambar diambil Ayahsu mereka ... hihi. Cucu di Maran pun Mama belikan 'drawing board' ni juga. Boleh lukis, tulis dan conteng ikut suka serta padam bila2 masa. Moga bermanafaat ... In Syaa Allah.
3 hari 2 malam di sana sekejap terasa. Sebelum bertolak pulang,
kami singgah rumah besan diIpoh. Setiap kali singgah, kami pasti dijamu dengan juadah lazat yg beraneka. Kali ni ... pulut durian (durian Gopeng maklum besan) sajian utama. Allahhu ... sedap tak terkira!!
Cuaca di sana cerah sahaja. Sebaik memasuki Lebuhraya Timur - Barat, cuaca berubah. Hujan sepanjang jalan hinggalah sampai ke Rumah Biasa2 kami sekitar jam 6.30 ptg.
Alhamdulillah ...

p.s. yg tak sukanya bila ziarah cucu, rindu semakin kuat dari sblm pergi. Nak2 bila anak beritahu cucu mula bertanya mana Atok, Nenek dan Ayahsu ...huhu!! Bila telefon, cucu merajuk tak mau sembang ... pusingkan badan. 😢😢😢


20 February 2014

Ingat ikan, ingat Ipoh ...

Semalam hubby cuti rehat (tak rehat mana pun, ke hulu ke hilir urus itu dan ini  ... huhu), pagi2 pesan hubby beli ikan sementelah dia nak ke pekan beli suratkhabar.
Walaupun dah pesan jangan beli banyak (he has the knack of buying fresh fishes in bulks  ... geram tengok segar katanya)  .... dia balik dengan 3 kilo ikan pelbagai jenis (sikit tu  ... kalau ikut nak beli semua, katanya bila Mama komen beli banyak sangat untuk 4 beranak jer di rumah nih! .... huhu)
Bukan apa  ... Mama tak tahan bab menyiang dan membersih ikan jer ... sakit belakang, pinggang kalau dok berdiri lama2, statik tak ke mana2  ... kalau jalan2, shopping  ... ok jer (^__^)
Bila begini, rindu masa2 dok Ipoh dulu. Belilah ikan banyak mana pun, Mama tak kisah ... SEBABNYA: PENJUAL IKAN DI SANA SIAP SIANGKAN SEMUA IKAN YG DIBELI! TAK KIRA KECIK BESAR  ... oh! rindunya. Kat sini, sah semua orang pandang semacam (esp. penjual ikan) kalau Mama minta mereka siap siangkan ikan selayang (sardin), kembong, selar tuh ... ikan tenggiri, siakap, merah ... takper! Toksah nak mengada2 ... huhu. Masa dok Kepala Batas pun mereka tak tolong siangkannya ... hanya di Ipoh Mali!!!
Tu yg pertama kali Mama beli ikan kat sana, dok la tunggu, kenapa la lama sangat nak serah ikan yg Mama beli tu. Bila tanya, tunggu siang yg akak tu dulu kata mereka! Bila Mama lihat kiri kanan, semua penjual2 ikan dok menyiang ikan yg dibeli pelanggan  ... kecik besar, berderet dlm mangkuk plastik ... Q tunggu giliran ... hihi! Gitulah .. lain padang lain belalang ... kadang2 Mama cakap tak payah siangkan, 2 -3 kali mereka tanya, nak 'comfirm' betul ke makcik pelik ni tak moh ikan dia disiangkan mereka ... haha. Yup! Mama jadi makcik yg pelik  ...
Missing that and more (esp foods) when thinking about Ipoh.
Berbalik pada ikan yg dibeli hubby tu  ... ikan selayang aka sardin yg banyak sekali. Rebus utk PYO dah pasti, pastu rebus asam garam, nak goreng makan dengan pulut dan kelapa parut  ... feberet ni.
Haha  ... hanya ini yg tersisa, yg sempat diambil gambarnya. Pulut, kelapa  ... semuanya dah jadi sejarah. Walaupun nampak cam biasa2, tak lawa lalu ikan rebus asam goreng nih! Janganlah dipandang pada rupa ... sedapnya tidak terkata, pembuka selera bagi orang lama cam Mama nih  ... simple yet licking good kata omputeh!
Nak resepinya ke? Senang jer  ... 5 - 6 ekor ikan selayang (kembong, aya buleh jer), 2 - 3 kpg asam gelugor, garam, gula (nisan lg sedapnya) secukup rasa, sedikit air (jgn banyak, hilang manis ikan tu) ... dlm 1/4 cawan jer dan 1/2 sudu teh cuka makan (petua utk lebih sedapkan yg baru dapat dr besan Mama) ... Masukkan semua dlm periuk, tudung dan rebus dgn api sederhana hingga air kering (jgn kering sangat ya). Siap! Makan gitu saja pun sedap juga  ...

01 November 2012

Kenangan Ipoh ...Amar, Auntie Ammar dan Beauty

Auntie Ammar

Auntie Ammar ialah jiran kami semasa kami menetap diIpoh tahun 2006 - 2008. Dia berusia 80an dan tinggal bersendirian (suaminya dah lama meninggal). Anak perempuannya, Manjit setiap pagi & petang (semasa pergi & balik dari kerja) akan singgah ziarahi ibunya. Hujung minggu Manjit akan datang bersama anak perempuan tunggalnya, Navin. Biasanya mereka akan seharian di sini. Kadang2, Sarjit (anak lelaki bongsu Auntie Ammar, seorang peguam & duda) akan datang & bermalam 2 - 3 hari, selebihnya dia di Taiping. Cuti sekolah/umum menyaksikan anakcucu Auntie Ammar dari Johor, Selangor juga Australia balik ziarahi dia. Dan pastinya Auntie Ammar akan sentiasa senyum & ceria diwaktu2 begini. Dihari2 biasa,  Beauty (anjing yg Manjit jumpa ditempat kerjanya), kucing2 kami Borem & Potam serta sikecil Amarlah yg akan jadi peneman & penghibur Auntie.

Auntie Ammar dan Amar (ketika itu berusia 4 tahun) memang klik dari awal pertemuan. Auntie seronok sebab nama dia sama dgn nama Amar. Katanya 'Amar' bermakna 'kekal abadi' dlm bahasa Sikh. Setiap pagi, Auntie akan keluar ke laman depan rumahnya. Baca suratkhabar sambil lihat Amar main dan layan Beauty, Borem & Potam. Kadang2 Auntie datang rumah, bawa mainan & buku2 lama anakcucunya utk diberi pada Amar. Selalu nasihati Amar dan Muaz supaya hormat orang tua, ibubapa. Ingat Tuhan Allah, katanya. Setiap kali Mama tolong bawa dia ke bank/klinik, pasti ada coklat/biskut dibelikan untuk Amar. Kalau Amar tak sihat, dia pun turut risau. Ketika anakcucunya mula2 datang ziarahinya, Amarlah yg diperkenalkan pada mereka. Mereka pun teruja nak kenal Amar sebab Auntie selalu berceritakan perihal Amar pada mereka. Dan setiapkali mereka datang ziarah selepas tu, Amar pun turut tempias dapat buahtangan dari mereka.

Beauty

Beauty ialah anjing jalanan yg amat penakut, sedang sarat mengandung dan selalu dipukul orang kerana mencuri makanan. Kerana kesiankannya dan tidak tahan melihat Beauty diperlakukan sedemikian rupa, Manjit (yg memang sukakan binatang) telah membawa Beauty pulang, buat peneman ibunya yg tinggal sorang. Semasa dirumah Auntie, Beauty tlh melahirkan 12 ekor anak, semua hitam macam dia kecuali seekor berwarna coklat tua. Comel sungguh anak2 dia, tetapi manalah larat Auntie yg sudah berumur jaga Beauty + 12 ekor anak2 nya. Maka, demi masa depan mereka, Manjit hantar mereka untuk 'adoption'. Beauty yg kehilangan anak2 mula kerinduan. Dalam masa yg sama, Borem & Potam, 2 ekor anak kucing yg ditinggalkan ibu mereka didepan pintu rumah kami, yg tengah lasak asyik masuki rumah Auntie melalui jaringan pagar. Mengingati pepatah Ibarat anjing dgn kucing, kami tentulah risau kalau2 Beauty akan gigit anak2 kucing 2 ekor tu bila mereka asyik tersasar (tanpa disedari kami) ke dalam kawasan rumah Auntie. Rupanya, naluri kasih ibu & rasa rindu pada anak2nya menyaksikan Beauty tidak mengapakan2 Borem & Potam, tetapi hanya memerhatikan mereka berkeliaran & bermain keliling dia, sambil sekali sekali memarahi mereka dgn manja (jika mereka dah 'over' sangat! kacau ekor dan gigit2 dia ... hehe).

Manakala Amar pula, setiap pagi, pasti akan keluar ke laman dgn sarapan paginya (roti, sosej, biskut ... apa saja). Jika Auntie seronok melayan Amar pagi & petang. Beauty pula seronok dapat 'treats' dari Amar pagi dan petang (biasanya apa saja yg Amar makan, Beauty pasti akan merasa sama). Sayangnya Beauty pada Amar dizahirkan dgn melompat2 gembira, dan lari berpusing2 saat melihat Amar muncul. Jika Amar lambat keluar, Beauty akan panggil dgn salakan manja atau macam menangis. Kalau Amar dibuli Muaz atau Anas (sengaja hendak buat Beauty marah), Beauty akan menyalak2 garang, seakan2 mahu melompat pagar pemisah menyelamatkan Amarnya. Begitulah akrabnya Beauty dan Amar ... Bila Auntie Ammar meninggal dunia kerana sakit tua (Apr. 2008), Beautylah yg menjaga rumah tu ... Setiap pagi dan petang, Manjit akan singgah beri makanan pada Beauty, sambil lihat keadaan rumah yg ditinggalkan, juga mengambil bil/surat2. Suatu pagi, Manjit terserempak Amar sedang memberi separuh sosejnya pada Beauty. Sambil ketawa, Manjit kata, "Patutlah Beauty buat tak tahu jer setiap pagi dia hantar makanan, rupanya breakfast yg Amar beri lagi sedap! Kat belakang rumah tu kdg2 ada makanan tak bersentuh, dia simpan jer .." Kami sama2 tertawa dan Mama baru perasan Beauty akan ambil makanan yg Manjit bawa, gonggong dan bawanya ke belakang. Kemudian terus datang semula ke depan dgn lidah terjelir2, lari berpusing2 dan melompat2 girang depan Amar ... samaada mintak makanan lagi atau ucap terimakasih, Wallahhualam. 

p.s. rumah Auntie tu dah dijual dan Beauty sekarang tinggal dgn Manjit bersama2 dgn 2 ekor anjing dan 2 ekor kucing Manjit!! Potam dan Borem kami tinggalkan atas permintaan Manjit dan Makcik Dah sebelah rumah yg juga tinggal sendirian. Buat peneman dia, katanya. Potam dan mati tahun lepas, dilanggar kereta ... manakala Borem sekarang menetap dgn keluarga Cikgu Aziz (bersara) dan isteri, jiran sebelah rumah Auntie,  setelah Makcik Dah pindah tinggal dgn anaknya.