Semalam genap 36 tahun usia pernikahan kami ...
Dan seperti biasa, pasangan hidup Mama selama 36 tahun ni tak sedar pun tarikh 'special' tu ... haha!! Bila tanya tarikh hari ni beberapa kali .... lama baru dia ingat.
"Hari Nikah kita ... !!" Itu je ... no rancang2 raikan ke apa!! Dan hari berlalu seperti biasa ... 😅😅😅
Sebenarnya Mama dah 'immune' dah. Dah 'expect' tu dari dia. Dari ulangtahun perkahwinan pertama lagi dia 'terlupa' ...
Of course for the first few years Mama merajuk ... muncung seharian, sedih sebab tak ingat 'anniversary' ... tak der nak 'wish' ke apa, nak 'celebrate' ke ... kita jer yg lebih2. Beli kad, kek, hadiah bagai ... dia? Sekuntum bunga pun idoknyer ... tu belum besday lagi ... hahaha!!!
Bila kita mogok ... pandai pulak dia memujuk ... ajak 'dinner' dan kata2 "tak perlu ada hari special sbb setiap hari bersama adalah special" (tu dia ehh ... power sunggoh. Cair ke'merajuk'kan ... hihi. Maaf DBP reka perkataan sendiri ... 😅😅)
Itulah ... dah 36 tahun bersama. Dah sama2 tua ... dah beruban ... dan boleh baca 'each other' ... dah tak kisah itu semua.
Ada anak2 menantu2 cucu2 yg sayang dan ingat pada kita pun dah syukur sangat2. Alhamdulillah!
Apapun, ini untuk kami ....
ANNIVERSARY ( a poem by me);
So be it ... 11 February every year ...
Is just a date to remember ...
The day we 'Nikah' and you gave me 'Mahr' ...
A marriage gift, nothing is more special ...
Honeymoon, Anniversary ... whatever ...
Never was in our vocabulary ... doesn't matter ...
To be able to grow old together ... healthy and wiser ...
Is enough a gift to ask for ...
And may we be together till Jannah is another ...
Thank You Allah for giving us each other ...
We are not perfect and tho' our marriage is like a roller coaster ...
We are grateful ... we think we fared quite well ...
(p.s. so far n till the death do us part ... InsyaAllah)
Happy Anniversary Dear ... ❤❤❤
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
Showing posts with label Jodoh. Show all posts
Showing posts with label Jodoh. Show all posts
12 February 2018
30 October 2014
Kenduri (Bhg. II) - Syukur
Kami dari Kelantan bertolak lepas solat Jumaat (17/10/14) ke Ipoh. Konvoi 2 buah kereta (menantu dan adik). Perjalanan ke Ipoh, penginapan dan urusan semasa di sana, 'smooth sailing' kata omputeh. Pun, kami diuji dalam perjalanan pulang ke Kelantan.
Kami bertolak dari Ipoh jam 4 ptg, hari Ahad, usai majlis perkahwinan sebelah pengantin perempuan. Terus balik kerana dua anak Mama bersekolah esok harinya. Minta kebenaran tak ke sekolah cuma utk hari Ahad. Lagipun banyak urusan yg perlu dibuat untuk majlis menyambut menantu sebelah kami Sabtu 25/10 nanti ....
Perjalanan pulang suami ikut sama. Dia bercuti hingga Isnin .... lega! Kami singgah sebentar di Gerik jam 6 ptg. Isi minyak kereta dan perut. Hujan renyai2 mengiringi perjalanan kami merentasi hutan disepanjang Lebuhraya Timur-Barat. Sebaik melepasi Tasik Banding, dlm kegelapan malam, malang tak berbau. Kedua2 kereta kami tidak dpt mengelak lubang yg agak dalam ditengah2 jalan. Dentuman agak kuat mengiringi sebaik kenderaan kami 'terjun' ke dalamnya. Tayar depan sebelah kiri tiba2 berbunyi semacam ..... Masakan mahu berhenti ditengah2 hutan tebal, dlm kegelapan malam begini! Takutt!!! .... binatang liar, orang2 yg berniat jahat, dirempoh kenderaan lain kerana gelap dan bahu jalan yg sempit bukanlah kawasan yg sesuai utk berhenti .... BAHAYA!!!
Lalu kami teruskan perjalanan dgn bunyi tayar semakin kuat dan pelik kedengaran dgn setiap km .... dgn kerisauan dan macam2 yg bermain difikiran .... dgn doa2 yg tak henti2 ... dgn harapan cepat2 sampai dikawasan perhentian .... dgn harapan kenderaan menantu (yg baru dibeli, tak sampai seminggu) tiada kerosakkan yg memudaratkan .... dgn pelbagai andaian dan debaran dgn setiap detik perjalanan.
Tidak lama kemudian, kami nampak cahaya yg terang dibahu jalan. Tanpa fikir panjang, kami terus saja berhenti di hadapan mereka. Rupanya van yg membawa 7 orang pengakap terpilih dari sekolah2 seluruh Terengganu dan 2 orang guru + 1 pemandu (mereka dlm perjalanan pulang dari Jambori Pengakap Kebangsaan di Perlis, tak silap Mama), berhenti menolong penumpang sebuah kenderaan yg terjunam ke dalam parit yg agak dalam disebelah kanan jalan. Mereka sedang menunggu ambulan, polis dan 'tow truck' tiba. Alhamdulillah! Lega dan gembira tak terperi kami.
Sungguh tak diduga pertolongan dariNYA. Anak2 pengakap inilah yg bertungkus lumus (dgn bimbingan guru mereka) menolong menukar tayar yg bocor kedua2 kenderaan kami. Bila ambulan, polis dan 'tow truck' sampai, kerja2 tukar tayar dah selesai. (p.s. Syukur juga kerana pemandu kereta hanya cedera ringan dan keluarganya yg lain tidak apa2).
Sebaik selesai semua, guru mereka menolak sedikit upah yg kami hulurkan. Katanya ikhlas menolong, dan akan dicatit sbg aktiviti dan merit kpd anak2 pengakap ini. Juga pengalaman berharga buat mereka. Lalu Mama hulurkan dua bekas kek perkawinan sebagai tanda terima kasih tak terhingga kami. Allah jua yg membalasnya. Tak habis disitu, guru mereka ajak kami konvoi sekali .... lebih selamat katanya. Bila mereka berhenti di Perhentian Puncak Titiwangsa, kami putuskan utk teruskan perjalanan. Hon pada mereka dan lambai tangan dlm kegelapan dan kedinginan malam .... terharu seketika.
Alhamdulillah. Kami selamat sampai akhirnya jam 12 mlm. Sebaik memasuki laman Rumah Biasa2 kami, barulah Mama boleh bernafas lega seperti biasa ....
p.s. Esoknya menantu bawa kereta ke kedai tayar. Alhamdulillah rim ok, tak apa2. Cuma tayar aja yg rosak teruk, kena ganti baru. Dan! Rupanya tayar belakang sebelah kanan pun bocor juga. Terpijak nut, entah bila .... Memang syukur sangat2 kami tak apa2, kenderaan menantu dan adik pun tak rosak apa2 ....
Kami bertolak dari Ipoh jam 4 ptg, hari Ahad, usai majlis perkahwinan sebelah pengantin perempuan. Terus balik kerana dua anak Mama bersekolah esok harinya. Minta kebenaran tak ke sekolah cuma utk hari Ahad. Lagipun banyak urusan yg perlu dibuat untuk majlis menyambut menantu sebelah kami Sabtu 25/10 nanti ....
Perjalanan pulang suami ikut sama. Dia bercuti hingga Isnin .... lega! Kami singgah sebentar di Gerik jam 6 ptg. Isi minyak kereta dan perut. Hujan renyai2 mengiringi perjalanan kami merentasi hutan disepanjang Lebuhraya Timur-Barat. Sebaik melepasi Tasik Banding, dlm kegelapan malam, malang tak berbau. Kedua2 kereta kami tidak dpt mengelak lubang yg agak dalam ditengah2 jalan. Dentuman agak kuat mengiringi sebaik kenderaan kami 'terjun' ke dalamnya. Tayar depan sebelah kiri tiba2 berbunyi semacam ..... Masakan mahu berhenti ditengah2 hutan tebal, dlm kegelapan malam begini! Takutt!!! .... binatang liar, orang2 yg berniat jahat, dirempoh kenderaan lain kerana gelap dan bahu jalan yg sempit bukanlah kawasan yg sesuai utk berhenti .... BAHAYA!!!
Lalu kami teruskan perjalanan dgn bunyi tayar semakin kuat dan pelik kedengaran dgn setiap km .... dgn kerisauan dan macam2 yg bermain difikiran .... dgn doa2 yg tak henti2 ... dgn harapan cepat2 sampai dikawasan perhentian .... dgn harapan kenderaan menantu (yg baru dibeli, tak sampai seminggu) tiada kerosakkan yg memudaratkan .... dgn pelbagai andaian dan debaran dgn setiap detik perjalanan.
Tidak lama kemudian, kami nampak cahaya yg terang dibahu jalan. Tanpa fikir panjang, kami terus saja berhenti di hadapan mereka. Rupanya van yg membawa 7 orang pengakap terpilih dari sekolah2 seluruh Terengganu dan 2 orang guru + 1 pemandu (mereka dlm perjalanan pulang dari Jambori Pengakap Kebangsaan di Perlis, tak silap Mama), berhenti menolong penumpang sebuah kenderaan yg terjunam ke dalam parit yg agak dalam disebelah kanan jalan. Mereka sedang menunggu ambulan, polis dan 'tow truck' tiba. Alhamdulillah! Lega dan gembira tak terperi kami.
Sebaik selesai semua, guru mereka menolak sedikit upah yg kami hulurkan. Katanya ikhlas menolong, dan akan dicatit sbg aktiviti dan merit kpd anak2 pengakap ini. Juga pengalaman berharga buat mereka. Lalu Mama hulurkan dua bekas kek perkawinan sebagai tanda terima kasih tak terhingga kami. Allah jua yg membalasnya. Tak habis disitu, guru mereka ajak kami konvoi sekali .... lebih selamat katanya. Bila mereka berhenti di Perhentian Puncak Titiwangsa, kami putuskan utk teruskan perjalanan. Hon pada mereka dan lambai tangan dlm kegelapan dan kedinginan malam .... terharu seketika.
Alhamdulillah. Kami selamat sampai akhirnya jam 12 mlm. Sebaik memasuki laman Rumah Biasa2 kami, barulah Mama boleh bernafas lega seperti biasa ....
29 October 2014
Kenduri (Bhg I) .. di Pasir Putih dan Pasir Puteh, nama sama negeri berbeza
Alhamdulillah!
Syukur pada NYA kedua-dua majlis di Ipoh, Perak dan Kelantan berjalan lancar.
Syukur kerana cuaca yg baik, makanan yg sedap dan mencukupi.
![]() |
| Majlis di Pasir Putih, Ipoh Sebelah pengantin perempuan ... keluarga kami berposing sakan SYUKRAN! |
Sekali lagi kami DIY gubahan hantaran yg bertemakan 'putih, krim & ringkas'!
Ia idea doter Mama ... guna bekas sediaada. Tak mau membazir katanya.
Inilah hasil gandingan DIY Mama dan doter.
Rupanya lagi susah nak gubah yg ringkas tapi sedap mata memandang.
Terasa mcm 'too simple' ... pun kami memikirkan faktor jarak jauh ke Ipoh.
Ini pula majlis diRumah Biasa2 kami ....
Riben2 kertas 'crepe' utk ceriakan suasana putih khemah.
Macam 'pesta sukan' kata hubby .... hihi
05 May 2014
Cincin tanda ... Dari Pasir Puteh,Kelate ke Pasir Putih, Ipoh
Ini kena 'undur' ke belakang ... (tak ingat tahunnya ... huhu), tapi Mama ingat masa tu kat Ipoh dan Anas beriya-iya minta Mama buat 'open-house' raya untuk kawan-kawan dia.
"Buat nasi dagang Mama ...!!"
Ngupenya (loghat Perak sikit) Anas nak kenalkan kami, keluarganya pada 'Si Dia' yg turut sama dalam ramai-ramai kawan persekolahan dia tu ...
(Anas hanya 'hint' kat Mama hanya selepas kawan-kawan dia balik .... pun tika itu, nasihat Mama, dua2 belajar dulu hingga habis, baru boleh 'serius')
Alhamdulillah ... dua2 dah tamat belajar. Anas dah setahun bekerja ... dan FH pula, baru tamat, konvo pun dok lagi ... InsyaAllah, rezeki ketentuanNYA ... dah usaha, adalah tu!!
| 01 Rejab 1435H |
Buat WMA dan FH, bagaimana pesanan Mama pada K.Cik (kakak Anas) dan MH semasa mereka bertunang dulu di blog Mama ;sila baca N3nya sini ; begitu jugalah pada WMA dan FH.
p.s.
Terimakasih buat rombongan dari KL yg memberi sokongan moral kepada kami berlima dari Kelate.
Terimakasih tak terhingga buat keluarga FH yg meraikan kami begitu mesra dan hidangan yg sedap sungguh. Semua pihak kami memujinya ... yg ladies suka pecal the most!! (beritahu mak FH ya ... nak resipi)
Moga ikatan keluarga dan ukhwah yg terjalin, kekal selamanya ... Amiinn.
13 March 2014
Jika sayang ....
If you love something, set it free ...
If it comes back, it is yours ...
If it doesn't, it never was ...
... meredah lautan rumahtangga tidak semudah yg disangka ... laut tidak selalunya tenang, bahtera tidak selalunya tip-top, nahkoda adalah insan yg punya perasaan dan kelemahan, begitu juga jeragan dan anak buahnya ... sama saja, 2 X 5, kalau bahtera tak dikawal selia dan servis sokmo, kalau nahkoda tiada penambahan ilmu didada mengharungi lautan yg tak menentu perubahan iklim dan cuaca, jeragan dan anak buah pun dok statik jer ilmu yg ada .... kuatkah menongkah dan meredah badai gelora nanti, jitukah persefahaman nahkoda dan anak kapalnya ... itu antara kisahnya.
Pun ... jika putus sblm belayar, jika karam dilautan bergelora ... sabar .... dan syukur. Sesungguhnya Allah SNW lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita ... jgn bersedih!!
... Penampilan yg selalu ceria, tuturkata yg lembut, dan akhlak yg baik akan melahirkan simpati orang lain. Atas dasar inilah Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;" Segala sesuatu yg diringi dgn kelemah-lembutan, maka akan menjadi baik. Dan segala sesuatu yg tanpa kelemah-lembutan, maka akan menjadi buruk." Lebih kurang sama dengan, jika kita mahu orang sayangi kita, kita hendaklah terlebih dahulu menyayangi ... jika mahu orang hormat kita, kita perlu hormati mereka terlebih dahulu .... etc. Jangan harap balasan, ikhlas dalam memberi, bersyukur dalam menerima. Hanya harapkan balasan dan ganjaran dari Allah Yg Maha Esa.
p.s. berfalsampah pulak Mama setelah seminggu menyepi dan lupa pulak sumber rujukan Mama ... N3 ini lama dah bersawang dlm 'Draft' sebenarnya ... dekat 2 tahun ada. Moga boleh dijadikan halwa minda ... dan,
SAMA2LAH KITA DOAKAN AGAR ALLAH BERI PETUNJUKNYA DALAM USAHA PENCARIAN MH370 .... moga cepatlah terungkai misteri kehilangannya, agar terjawab segala persoalan, lalu terlerai siksanya sebuah penantian .... YA ALLLAH YA RAHIM YA KARIM ... PERMUDAHKANLAH! Amiinn ....
18 June 2013
Hubby and I ....
How time flies ...
Minggu lepas kereta Mama tiba2 meragam aircondnya. Musim panas membara macam skrg, pastu tengahari teng teng adalah time amik Muaz n Amar balik dr sekolah! ... xder aircond jawabnya cam ayam golek dlm ovenlah lah weii ...!!! Dan melayanglah dlm 1/2 K ... (bilalah nak cukup tambang g umrah kalu gini ... huhu)
... Maka membonceng naik motorsikallah Mama dan Ayahnya masa nak g amik kereta yg dah siap repair tu. Dek dah lama tak naik motorsikal ni: ... dulu zaman muda2, baru kawin ... anak sorang dua ... perkara biasa ... ketempat kerja ... Kini dah senja2 ni, punyalah Mama 'hang-on', peluk erat2 Ayahnya ....
Dan yg Ayahnya, punyalah 'jahat', sengaja konar leper kat selekoh2 di jln kg tu ... lagilah erat Mama peluknya! Haha ... kalah Mat n Minah rempit .... kihkih!
p.s. romantik pulak rasanya naik motosikal ni. Iyelah ... kalau kelahi laki bini, mesti tak lama. Sebab bila membonceng berdua mesti kena pegang juga, mesti duduk rapat2nya (agar motosikal x 'moteng' kata oghe Kelate ... stable!!) ... masa nak turun tu, at least kena pegang jg bahu hubbynya ... kan!! Haa ...
btw ... kalau dulu naik motosikal, peluk pinggang Ayahnya ... slim melim, leper dan sasa gitu. Lani??? Bulat berisi, cam bantal peluk jer ... cushy2 gitu, esp tang perut tu ... hihi. Jgn marah Ayahnya ... (^_^)
Kita dah tua ... how time flies!!!!

08 April 2013
Nasihat selepas 'Aku terima nikahnya ....'
"Perkahwinan adalah satu jalinan hubungan serta komitmen antara dua pasangan iaitu lelaki dan perempuan yg mempunyai seribu satu perbezaan." - HAMKA
Memang benar sekali ungkapan di atas. Dua insan dari dua acuan didikan dan kebiasaan, kini bersatu di bawah satu bumbung ... pasti berlaku pertembungan/perbezaan amalan dan pendapat ... lalu, anggaplah perbezaan itu sebagai pelengkap kepada kehidupan kekeluargaan yg bakal dibina bersama ... tahu komitmen dan tanggungjawab masing2 ... saling percaya dan memaafkan ... dan paling penting!! Banyakkan berSABAR dan DOA! SABAR dan DOA! SABAR dan DOA! agar ALLAH SNW kekalkan kebahagiaan dan keharmonian dlm rumahtangga. Pada setiap masa, esp bila masaalah melanda ... jgn jemu dan berputus asa dengan NYA. Itukan senjata kita, umat Muhammad s.a.w.
"Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan."
- Surah Al-Mukmin:60
p.s. jgn terpedaya sgt dgn cerita dongeng, 'and they live happily ever after', sebab yg selepas 'after' tu lah yg kena sungguh2 usaha dapatkan 'happily ever after' ... lalu kata2 hikmah HAMKA di atas. Mama dan Ayahnya yg dah 30 tahun kawin pun masih 'tergigit lidah', masih kdg2 'tak faham' ... itulah ... Biasanya, bila salah sorang sudah tiada, perbezaan, kekurangannya (krohh! krohh! ... hihi), rajuk marahnya ... itulah yg kita akan paling 'miss'nya ... syukurlah dan hargailah selagi masih ada bersama.
12 November 2012
Rupanya tak sama goreng nasi dgn goreng bihun ...
Sejujurnya semasa Mama baru kawin ... memang tak pandai masak. Masa anak dara sunti bukannya jenis nak masuk ke dapur tolong Mak ... sampai arwah Abah tegur, baru ke dapur. Sebab Mama banyak tanya, Mak pula jenis buat kerja bak lipas kudung, tak suka diganggu bila buat kerja ... tu yg Mak selalu suruh, "Gi baca buku dah ler. Kejap lagi siap, marilah tolong hidang ..." Skrip yg sama , diulang tayang tiap kali Mama menyibuk di dapur ... hehe. Habis2 Mak suruh kupas bawang halia, tumbuk rempah, kacau gulai di atas dapur ... takpun balikkan ayam/ikan goreng dlm kuali (tu pun asyik dok tanya Mak dah boleh balik ke tidak? ... huhu). Gitulah antara penyebab Mama tak pandai masak (+ malas, tapi sekarang pandai dah!)
.
Mottonya: sabarlah dlm mendidik anak2. Bila mereka banyak bertanya, maknanya mereka mahu tahu, mahu betul2 faham ilmu yg sedang dicurahkan ...
Ni cerita nasi goreng pertama kali Mama masak selepas kawin:
Suatu hujung minggu suami beritahu, "Masaklah nasi goreng pula pagi ni. Asyik bihun goreng jer tiap minggu. Hari tu B bawa nasi goreng yg isteri dia buat ... sedap sungguh!" Berderau darah Mama! Huh! Rasanya semua isteri akan rasa tercabar bila suami puji masakan orang lain kan!! Begitulah Mama. Lalu dengan penuh semangat, masuk ke dapur goreng nasi buat suami tersayang. Suami siap puji 'sedapnya bau' bila bau tumisan menusuk memenuhi ruang rumah sewa pertama kami yg kecil tu ... Siap hias2 dengan hirisan timun, tomato dan daun bawang lagi ... Masa tengok rupa nasi goreng tu, wajah suami cam ada benda tak kena, tapi dia diam jer. Sebaik suapan pertama ... suami terus komen (dia ni jenis jujur, cakap tak berlapis ...), "Apasal lembik jer nasi goreng ni? Lainlah dgn yg pernah makan ... cuba rasa!" Takyah cerita apa yg berlaku selepasnya ... hahaha. (nak tau jugak? selepas hujan, mendung seharian KL ari tu ... hihi)
Besoknya masa dipejabat, Mama pun mintaklah resipi nasi goreng dari kawan Mama yg memang pakar memasak. Mintak dia ulas step-by-step cara masaknya. Sebab kita baru kawin, taklah malu sangat kan ... Selepas selsesai penerangan barulah Mama sedar di mana silapnya nasi goreng Mama semalam. Patut le, selepas tumis bahan2 tumbuk, masukkan ayam/sotong/udang ... Mama masukkan air spt nak goreng mihun tu. Dan bila agak2 pekat kuahnya, terus masukkan nasi. Mau tak lembik kawan tu .... harharhar. Itulah ... memasak pun perlukan ilmu, bukan main taruk jer, walaupun ikut resipi. Tak sama rupanya goreng nasi dengan goreng bihun ... huhu!!
p.s. kadang2 kita perlu belajar dari kesilapan dan pengalaman ...
16 April 2012
Cincin Tanda ...
| 22 J'Awal 1433 Hijrah |
Pun begitu, ingatlah ... mendapat 'lesen bertunang' bukan spt mendapat 'lesen memandu'.
Masih tidak sah 'lesen' tu utk bebas berdua2 ... masih 'terhad' batas perilaku!!!
Ianya cuma;
~ tanda setuju & akujanji untuk berkahwin dgn bersaksikan keluarga kedua2 pihak.
~ tanda 'I'm serius with this relationship'
~ tanda pihak perempuan 'not available anymore'
~ tanda kedua2 mereka kena bersedia dgn ilmu berumahtangga
~ tanda sijejaka kena mula memikirkan jaminan kewangan bakal keluarga
~ tanda mak ayah kena bersedia dgn $$$$ utk kenduri kendara (huhu ...)
Itu antaranya ....
Dan yg pentingnya ... ingat pesan Mama ni ~ JANGAN PANDANG BELAKANG!!
???? Ada hantu ke?
Takderlah ... Mama cuma takut kalau asyik dok pandang belakang lagi ...
Nanti ternampak 'options' lain ... ????
Ye lah ... nampak bunga2 dan kumbang2 lain yg lebih cun/hensem. Hehe ...
Almaklumlah dah 'terikat' ... 'darah manis', dugaan sikit pun terasa lebih (p.s. been there dear ...)
Kira cam medan ujian ... ujian mata, telinga, hati dan perasaan.
Salinglah berusaha menjaga/mengawal diri dan perasaan masing2 selama tempoh ikatan janji ini.
Yang pasti ... syaitan itu sentiasa berusaha utk menyesatkan kita.
Terutama pasangan yg dilamun cinta, agar terpalit agenda 'jenayah akhlak' mereka.
~ belum kawin, dibisikkan agar dekat2, rapat2
~ dah kawin, diapi2kan agar jauh2, bercerai-berai
Waspadalah ...
27 March 2012
SOAL HATI ...
Lagu ini suami dedikasikan khas buat saya kerana dia tidak pandai dgn kata2.
Semasa ulangtahun perkahwinan kami yg ke 5 (kini dah 29 tahun).
Jom kita hayati lirik lagu ... (p.s. saya x pandai upload U-Tubenya ... boleh tengoknya, lebih syahdu!)
Lalu lirik di atas saya hayati kembali ...
Setiap kali suami berceritakan tentang kawan2 sebaya dia yg berubah hati ..
Terpaut pada wanita jauh lebih muda, ada baya anak sendiri ...
Tanpa mengira isteri orang ... lagilah anak dara sunti!
Suami cuma mengatakan, dia takut untuk mengata ... mengapa itu semua terjadi?
Mungkin ada sebabnya ... hanya yg empunya diri mengerti!
Dia takut terkena dirinya ... siapalah dapat menduga? Ini soal hati ..
Tapi ... dia mahu saya yakin, dia tak mahu itu semua terjadi.
Dia menghargai perkahwinan kami ..
Dia tidak rela kehilangan kasih sayang saya & anak2 di usia senja begini.
InsyaAllah ... dia setia!
InsyaAllah ... jawab saya!
Semasa ulangtahun perkahwinan kami yg ke 5 (kini dah 29 tahun).
Jom kita hayati lirik lagu ... (p.s. saya x pandai upload U-Tubenya ... boleh tengoknya, lebih syahdu!)
Headwind - Segalanya Mungkin
Malam siang kulalui dgn debaran dihati
Pengalaman teman2 membuat ku rasa bimbang
Di dalam kehidupan
Segalanya ... berkemungkinan
Hari ini aku tahu kau tak meragui ku
Kerna telah jadi bukti ku setia pada janji
Tetapi esok hari
Tak tahu apa kan terjadi
Ku ingin pertahankan .. sebuah kejujuran
Inginku bersamamu ke akhir hayatku
Namunku tak berani
Berjanji dengan pasti
Kita hanya merancang
Tuhan yang menentukan
Jangan kau salah mengerti
Dengan pengakuan ini
Usah disalah tafsirkan
Bukan ku tak sayang ...
Ku mahu kau menginsafi
Dalam kehidupan ini
Segala berkemungkinan
Itu terjadi ...
Setiap kali suami berceritakan tentang kawan2 sebaya dia yg berubah hati ..
Terpaut pada wanita jauh lebih muda, ada baya anak sendiri ...
Tanpa mengira isteri orang ... lagilah anak dara sunti!
Suami cuma mengatakan, dia takut untuk mengata ... mengapa itu semua terjadi?
Mungkin ada sebabnya ... hanya yg empunya diri mengerti!
Dia takut terkena dirinya ... siapalah dapat menduga? Ini soal hati ..
Tapi ... dia mahu saya yakin, dia tak mahu itu semua terjadi.
Dia menghargai perkahwinan kami ..
Dia tidak rela kehilangan kasih sayang saya & anak2 di usia senja begini.
InsyaAllah ... dia setia!
InsyaAllah ... jawab saya!
11 February 2012
29 tahun bersama ...
Hari ini 11 Ferbruari
Ulangtahun Perkahwinan ... Saya dan Dia
Tipikal dia ... jarang raikan
~ besday ke, anniversary ke
Tapi ... 'its no big matter'
~ saya dah biasa
Tak rai bukan makna tak cinta
Cara dia ... berbeza!!!
29 tahun bersama ~ bukankah itu testimoninya ....
Saya pula, tipikal wanita ... suka merai, memberi
Lalu, saya buatkan 'special'
Kek Buah ini ... kek kegemaran dia!
Happy Anniversary My Dear !!
Maaf, tak reti saya nak 'link'kannya ~ masih merangkak)
~ besday ke, anniversary ke
Tapi ... 'its no big matter'
~ saya dah biasa
Tak rai bukan makna tak cinta
Cara dia ... berbeza!!!
29 tahun bersama ~ bukankah itu testimoninya ....
Saya pula, tipikal wanita ... suka merai, memberi
Lalu, saya buatkan 'special'
Kek Buah ini ... kek kegemaran dia!
Happy Anniversary My Dear !!
p.s.
Resepi ini saya ambil dlm N3 bulan 18 Ogos 2009 blog http://dzanariah.blogspot.com/'dzanariah.blogspot.com'
Resepi ini saya ambil dlm N3 bulan 18 Ogos 2009 blog http://dzanariah.blogspot.com/
Resepi yg bagi saya amat senang buat & gerenti sedap
Sebab ~ suami puji woo(Hepinya saya)
p.s.s.
~ suami kata manis, jd lain kali kena kurangkan gula.
~ saya guna 100 gm aje buah2an campuran tu (sbb itu aje yg ada masa nak buat)
p.s.s.
~ suami kata manis, jd lain kali kena kurangkan gula.
~ saya guna 100 gm aje buah2an campuran tu (sbb itu aje yg ada masa nak buat)
06 January 2012
Rumahtangga ... Ladang pahala
Kejutan pertama seorang isteri ketika memulakan alam rumahtangga di rumah sendiri (sewa);
~ kain sarung, bulat di atas sejadah!!
~ tudung ubat gigi, tergolek dlm sink!!
~ pintu almari, ternganga minta ditutup!!
~ tuala basah, tersangkut kat kerusi!!
Abang!!!!! (jerit manja tapi dlm hati dah jadi singa ... baru2 kawin kena kontrol ayu, sopan santun!! Bukankah itu yg memikat dia dulu??)
Tapi ... bila ianya berlarutan, tahap kesabaran pun menipis. Nak2 dah berbadan dua ... ada alasan untuk sabitkan kemarahan (hehe).
Beritahu sudah, kias sudah, bebel pun sudah ... bolehke isteri marahkan suami? Bukankah berdosa tinggikan suara pada suami?
Gitulah antara asam garam kehidupan awal berumahtangga.
Pertembungan dua insan yg berbeza didikan, suasana latarbelakang keluarga, serta kebiasaannya ... yg tiba2 bersatu, tinggal sebumbung!!
Biasanya isterilah yg banyak 'undang2nya' (hehe), ... pas tu memendam rasa pun kerana 'undang2'nya juga (huhu) ...
Tidak betah menerima hakikat diri sebenar pasangannya, banyaknya yg tidak disangka (masa bercinta mmg semua indah belaka), mcmlah dirinya sempurna!! (tetapi org lelaki jarang bersuara ... malas cari nahas percuma, haikkk!!)
Usahlah kita cuba/memaksa dia berubah ... buat U-turn tergesa2, bahaya!!
Biarlah jika dia bahagia gitu ... lepas laku, bebas di rumah sendiri
Inilah ladang pahala wanita yg bergelar isteri ... Maka,
~ Kutiplah pakaian/tuala bersepah ... sidailah. Pahala untuk kita!!
~ Tudunglah balik ubat gigi, agar tidak dimasuki semut/lipas. Pahala untuk kita!!
~ Tutuplah pintu almari (bukan susah pun, sambil lalu, kuis je dgn siku!). Pahala untuk kita!!
~ Kutip & susunlah suratkhabar/majallah yg bersepah dilantai. Pahala untuk kita!!
Banyaknya ... (memang banyak jika kita sabar, ikhlas & redha ...)
Jadi, bila ada anak2 nanti, kita sudah berpengalaman diduga.
Maka, didiklah anak2 untuk biasakan diri bersih, kemas, teratur & disiplin ...
~ sidai tualanya diampaian
~ susun balik suratkhabar sesudah dibacanya
~ letak dlm sinki, pinggannya sesudah makan
Ucaplah Alhamdulillah & terima kasih padanya, pasti suami bangga dihargai ... berkobar2 nak tolong lg!
(Benda2 gini kecil buat kita, tapi besar untuk dia. Ini soal kemachoan, harga diri lelaki ~ org kita mmg di 'train' gitu, sejak dulu2). Hargailah dia setiap kali buat benda2 kecil (dimata kita) ini (^_^)
(p.s. kalau kita perli, 'confirm' lepas ni dia tak tolong lagi ... ego lelaki!! Ingat tu.)

"Nasihat yg diulang2 akan jadi amalan
Amalan yg diulang2 akan jd sikap
Sikap yg diulang2 akan jd tabiat
Tabiat yg diulang2 akan jd budaya"
Oh ya ... jangan pula lupa, bila suami dah pun mula ringan tangan, tiba2 ...~ sidai tualanya diampaian
~ susun balik suratkhabar sesudah dibacanya
~ letak dlm sinki, pinggannya sesudah makan
Ucaplah Alhamdulillah & terima kasih padanya, pasti suami bangga dihargai ... berkobar2 nak tolong lg!
(Benda2 gini kecil buat kita, tapi besar untuk dia. Ini soal kemachoan, harga diri lelaki ~ org kita mmg di 'train' gitu, sejak dulu2). Hargailah dia setiap kali buat benda2 kecil (dimata kita) ini (^_^)
(p.s. kalau kita perli, 'confirm' lepas ni dia tak tolong lagi ... ego lelaki!! Ingat tu.)
Sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud;
"Allah tidak memandang dengan pandangan rahmat kepada seorang isteri yg tidak bersyukur kepada suaminya ketika dia tidak tahan hidup bersamanya." (HR Abdullah bin Amir)
p.s. Kalau saya rasa marah/kecewa yg amat pada suami, saya cepat2 ingatkan diri;
~ balasan azab Allah s.n.w. pada isteri yg derhaka
~ syurga di bawah tapak kaki suami
~ saya dulu banyak berdosa, rumahtangga adalah peluang saya, ladang pahala saya utk saya tuai sebanyak mungkin pahala, insyaAllah dpt kontra dosa2 lama!
Itu antaranya ...
p.s.2. Jika saya tersasul juga ... (Adik tak leh brek (brake), kata Amar), saya akan cepat2 minta maaf dari suami. Kita takkan tahu bila kita/dia akan dipanggil NYA. Saya tidak mahu jadi isteri derhaka ...
"Marah bermula drpd kejahilan, dan berakhir dgn penyesalan"
(Pemikir Greek ~ Phythagoras)
p.s.3. panjang pulak tazkirah jumaat kali ni ... maap ya!
19 December 2011
Kek Alunan Kasih ...
Abe,
Tahu tak 28 tahun yg lalu, masa Mama mula mengandungkan Abe, Ayahlah yg paling sibuk bertanya, ketika masuk bulan ke 2 usia perkahwinan kami, "Tak rasa pening2, mabuk2 lagi ke?" (pandainya dia, mesti kakak2 kat ofis dia yg turunkan ilmu tu). Pastu, sibuk Ayah belikan mangga muda (konon2 untuk Mama), kemudian dia sediakan pencicahnya: kicap + gula + cili padi (org Kelantan kata ~ colek!). Dia ajak Mama makan, tapi Mama memang tak suka benda2 masam ni. Jadi Mama tengok sajalah Ayah makan, begitu berselera sekali. Boleh kata hampir tiap2 hari Ayah beli & makan colek, asam boi, jeruk buah2an. Mama? Tak teringin sedikit pun. Rupa2nya itulah antara tanda2 awal Mama sedang berbadan dua. Ayah yg mengidam dulu ... (^_^).
Mengidam? Hmmm ... Mama cuma teringin sangat nak makan buah durian belanda (tiba2 je padahal sebelum ini bukannya suka sangat buah ni!). Sampai sudah tak dapat ... agaknya sebab itulah masa kecik2 Abe asyik meleleh air liur je (agak2 aje). Kebetulan ketika itu, ada 3 orang yg status 'Mak Buyong' kat ofis Mama. Kami memang kuat makan, dan merupakan pelanggan tetap warong mamak kat Sg.Wang Plaza. Hari2 Mama tak jemu makan ketam goreng, dalca & sambal belacan. Patutlah anak Mama ni suka sangat kari ....
Yang peliknya, Mama tak boleh bau & pandang apa jua jenis masakan dari mee. Mama mesti rasa nak muntah kalau terbau atau terpandang. Pernah kawan semeja order mee bandung, Mama makan sambil pejam mata ... betul! Itu 'Dislikes' Mama. 'Likes' pula ialah susu, buah2an dan Coca Cola (bukan kempen tau ...). Pernah satu ketika, Ayah belikan Pepsi sebab kedai tu tak ada minuman kegemaran Mama. Mama merajuk panjang ... kecik hati & sedih (bila teringat, nak ketawa pula ...). Mujurlah Ayah diamkan & biarkan aje ... (p.s. tgh malam tu, Mama curi2 minum masa Ayah sudah tidur. Sedap pula ... hehe). Mama masih ingat bagaimana Mama akan lihat & tenung lama2 mereka2 cantik/hensem, yg berkulit putih mulus, agar anak Mama kelak pun gitu .. entah siapalah yg beri petua tu (^_^'). Itu antaranya ... kerenah & kenangan masa mengandungkan Abe.
Hari ini, genap usia Abe 28 tahun. Dah besar panjang, dah bermisai berjanggut (dan dah tinggi dari ayah pun ...). Tapi di mata & hati Mama, Abe tetap Abe, anak Mama. Kalau Abe sedih, Mama pun sedih, risau bila Abe sakit, gembira bila Abe berjaya, resah bila Abe diperjalanan, rindu bila berjauhan ...
Begitulah hati seorang ibu, sentiasa memikirkan anaknya, walaupun mereka sudah besar, sudah bekerja, hatta sudah berumahtangga, beranak cucu pun ... akan fikirkan anaknya sehinggalah dia menutup mata.
Abe,
Mama gembira kerana tahun ini dapat sama2 rai Hari Lahir Abe, (setelah sekian lama, semenjak Abe dewasa). Terima kasih. Mama buatkan kek hari lahir khas buat Abe. Ia kek biasa, asal Kek Marble kegemaran Abe, tapi Mama ubah sedikit, jadikannya Kek Alunan Kasih.

Selamat Hari Lahir buat anak sulung Mama...
Mama doakan yg terbaik sentiasa buat Abe, dunia & akhirat!
11 December 2011
Rumahtangga 1 - Apakah hala tujunya?
Cuti sekolah maknanya kenduri kahwin, ia seakan sinonim. Semalam, dua rakan saya bergelar ibu mertua ... Seorang dapat menantu lelaki, seorang lagi dapat menantu perempuan. Dan semestinya pengantin baru ini tak perlu susah2 membeli perkakasan dapur seperti set pinggan mangkuk, barangan elektrik, cawan & gelas serta yg seumpama kerana, itulah hadiah2 yg paling banyak mereka terima. Jadi, saya pilih beri hadiah yg berbeza, hadiah buku berkaitan alam rumahtangga. Moga2 mereka berdua dapat manafaat darinya, itu doa & pengharapan saya ...
Dulu2, masa saya kahwin ... tidak perlu pergi kursus perkahwinan. Pesan Ayah dan Mak,
"Habiskan belajar dulu, kerja, barulah fikir pasal 'berdua' ..."
Oh ya ... pandai masak & khatam Qur'an juga antara pra syaratnya (perempuan). Bagi jejaka pula, sebaik ada kerja, cukup belanja, dan ada calon pula ... maka, 'dunia ini ana yg punya ...' ha ha!!. Ketika itu, pendidikan mengenai berumahtangga tidak ditekankan sangat. Tetapi, kebanyakan pasangan lama, bahagia hingga ke anak cucu, hingga ke akhir hayat! Kenapa ya????
Mungkin kerana, kami dulu bila kahwin, niatnya ialah 'untuk selama2nya, ...' itu saja. Bak 'wedding vows' omputeh, 'for better or worst, for richer or poorer, in sickness and health, to love & to cherish, until death do us part'. Iaitu, susah senang akan tetap diharungi bersama. Itu pengharapan 'mutual' kami, walaupun tidak dizahirkan dgn kata2, perbuatan melakarkan semua ...
Maka, saat sebuah rumah tangga Muslim terbina, ianya bermakna segala urusan duniawi yg berkaitannya, apabila dilakukan sebagaimana ajaran agama, dgn niat yg baik & ikhlas pula, maka bertaburanlah biji2 ibadah & pahala untuk dikutip & dikumpul bersama. Rugilah mereka2 yg kini bergelar suami atau isteri mensia2kan peluang yg ada ...

"Dan antara tanda-tandaNya (Allah) ialah Dia (Allah) menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung (tenteram) kepadanya, dan dijadikaNya (Allah) antara kamu perasaan kasih (Mawaddah) dan sayang (Rahmah). Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." - Surah Al Rom, Ayat 21
![]() |
| (kad jemputan kawin kami, yg kami 'design' sendiri 28 tahun lalu ...) |
Teringin nak buat kad jemputan 'Ulangtahun Perkahwinan' pula .... (^_^')
26 November 2011
Berdua ...
Kami memulakan kehidupan sebagai suami isteri dgn menyewa rumah di Gombak. Pada awalnya, rumah kami hanya ada tilam 'single', sebiji kuali & periuk yg semuanya dipinjam dari kakak ipar. Selebihnya, bantal, selimut, almari pakaian 'single', dapur 'single' & pinggan mangkuk adalah kepunyaan saya semasa tinggal bujang. Suami tiada apa2 kerana tinggal dgn abangnya (yg kami pinjam tilam, kuali & periuk tu). Alas kami ialah sebidang tikar mengkuang pemberian mertua. Itulah peralatan asas kami selama beberapa bulan pertama hidup berdua. Sedikit demi sedikit kami membeli apa yg perlu. Tapi kami bangga kerana ianya titik peluh kami & ianya satu kenangan nostalgia yg tidak pernah jemu kami 'rewind' baik kepada anak2 maupun semasa kami berdua. Kenangan terindah susah payah kami membina syurga rumahtangga!!
Saya masih ingat, tv 14" pertama kami ... seronoknya ada tv, walaupun '2nd hand' & terpaksa letak atas lantai aje! Kemudian kami beli set sofa yg jiran kakak ipar nak jual, dgn harga RM150.00. Bila kami pindah ke Kuantan, sofa tu kami beri pada rakan2 bujang suami (yg banyak membantu ... itu kisah lain pula). Tetapi kami simpan meja kecil 'side table' sebagai kenangan (kini tempat tv utk 'game' Muaz & Amar). Kemudian kami beli peti ais, RM200.00 ... tapi tak lama sebab 'freezer' asyik dipenuhi ais beku (masa tu 'defrost' secara manual). Akhirnya terpaksa beli yg baru, secara ansuran. Peti ais tu kami bawa ke Kuantan & bila pindah ke Kelantan, kami jual pd budak SKS pejabat saya dgn harga RM100.00 (sbb dia tak nak saya beri secara percuma - harga diri seorang anak muda yg baru bekerja walaupun elaun cuma RM500.00).
Mula2 kerja, kami naiki bas mini. Bila saya mula mengandung, suami merasakan amat berisiko menaiki bas mini (sapa2 yg pernah naik akan tahu ...). Lalu dia membeli sebuah motorsikal (juga 2nd hand) secara ansuran (suami kenal tauke kedai sbb semasa 'student' dia pembeli tegar motorsikal '2nd hand' kat situ utk jual pd 'students' baru, 'business' guna duit biasiswa, sbb tu ada duit nak kawin awal ... hehe). Jadi bila lihat pengguna2 motorsikal berhenti dihentian bas, stesyen minyak, bawah jejambat tatkala hujan ... terkenang kami juga pernah begitu dulu. Satu hari, ketika kesesakan pagi di Jalan Pudu (depan jel Pudu), suami terlanggar belakang kereta Merc! Motorsikal kami terbalik, saya yg sedang sarat mengandung anak sulung tergolek dijalanraya. Mujurlah semua kenderaan 'standstill' masa tu ... ramailah yg menolong Mak Buyong ni. Drebar Merc tu yg paling 'concern', tak marah pun belakang keretanya kemek, tetapi sibuk menanyakan perihal saya ... (antara perkara seronok bergelar Mak Buyong!!)
Rezeki kami, tidak lama selepas insiden itu, abang suami hendak menjual VWnya (yg suami pinjam masa pergi rumah sewa saya ketika bertunang dulu ...). Apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang, kami membelinya tanpa banyak berkira. Itulah kereta pertama kami, VW dgn nombor plat BAB 7788 (sampai sekarang masih dok menyesal kerana menjualnya). Kami bayar separuh tunai (hasil jualan motorsikal) & bakinya secara ansuran juga.
Bila perut saya makin membesar, membasuh kain secara 'manual' amatlah susah. Jadi terpaksa juga membeli mesin basuh (yg paling murah yg jenis 'semi-auto', pun terpaksa ansuran) walaupun sudah terasa perit perbelanjaan tinggal diibukota dgn gaji (walaupun berdua) yg tak seberapa. Itu belum lg ber 3, ber 4 dan seterusnya ...
Kami bersyukur kerana berjaya melepasi cabaran peringkat awal perkahwinan. Fasa mengenal hati budi, kelebihan & kekurangan pasangan pilihan hati. Bohonglah jika kami tidak pernah bertekak & selisih faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tetapi, berkahwin pada usia muda telah mendewasakan kami berdua. Dalam tempoh itu, kami belajar erti kesabaran, tolak ansur, tanggungjawab & kesederhanaan. Dan yg paling penting ialah ... saling memberi & menerima, seadanya.
Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit Dahulu, Bersenang-senang Kemudian.
20 November 2011
Aku Nikahkan Kamu ....
Kami kahwin pada usia 22 tahun. Baru beberapa bulan bekerja. Ketika kawan2 sebaya ghairah dgn rancangan melanjutkan pelajaran lagi (dalam & luar negara), entah mengapa kami berdua memilih untuk menamatkan zaman bujang pada usia begitu muda??? Saya tiada jawapan, tapi saya pasti inilah jodoh pertemuan yg telah Allah tentukan. Yg saya tahu ialah, ianya tidak susah bagi saya memutuskan untuk menerimanya mula2 sebagai tunangan, kemudianya sebagai suami. Saya rasa dia pun begitu juga. Kami sama2 bersetuju! Dan yg paling penting, restu dari kedua ibubapa saya & ibunya (bapanya meninggal ketika SiDia masih dm kandungan ibunya).
![]() |
| SiDia dan Tok Imam, Ayah berkopiah putih, kiri sekali ... |
Pada akad ke 3, saya sah menjadi seorang isteri. Ketika itu, macam tak percaya status saya sudah beralih, dari seorang anak kepada seorang isteri!! Dan saat itu jugalah, segala tanggungjawab & amanah yg ayah pikul selama 22 tahun kini beralih sudah kepada SiDia ... Semasa meminta izin saya, mata ayah berkaca2, ada getar dalam suaranya. Ayah mana yg tidak risau melepaskan puteri yg dijaga bagai menatang minyak yg penuh, kpd lelaki lain. Akan terbela & terjaga kah anaknya dgn SiDia nanti, mungkin itulah yg belegar2 dihati ayah ketika itu .....
Majlis kenduri kahwin saya semestinya meriah. Apa tidaknya, saya anak sulung ayah. Maka habis saudara mara, rakan kenalan (jauh & dekat, lama & baru) sebelah ayah & ibu dijemput. Rakan2 saya & SiDia juga. Dan, atas persetujuan ibunya, kami gabungkan kenduri kedua pihak. Maka sanak saudara, rakan taulan sebelah SiDia, sibongsu ibunya juga dijemput sama. Meriah sungguh!! Kan saya sudah cerita yg SiDia adalah jiran seberang jalan aje, maka sepelaung ajelah jaraknya. Itulah juga cara menguar2kan ketibaan rombongan pengantin lelaki ... "Cik Ani!!! Kami nak datang berarak dah ni ...!!!!" (p.s. Hehe .. betul berlaku begini, bukan rekaan!)
![]() |
| Nampak tak atap rumah seberang jln tu? Itulah rumah mertua ... |
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya;
"Pilihlah tempat yg baik untuk keturunan kamu, dan berkahwinlah dgn yg sekufu"
(HR Ibn Majah. Al-Darukhutni & Al-Hakim drpd Aisyah r.a.)
14 November 2011
Alam Pertunangan
Berikut kenangan berapa peristiwa yg paling saya ingati sepanjang menempuh alam pertunangan:
Perubahan
Sudah sekian lama hasrat ini terpendam. Bila sudah menjadi tunangan orang, rasanya inilah ketika yg sesuai untuk perubahan itu. Satu keputusan yg agak janggal ketika itu, tetapi hati sudah nekad dan syukur ada K.Ani (PA Boss kami), mentor yg sentiasa memberi dorongan dan sokongan. Dia jugalah yg banyak membantu saya dalam merealisasikan hasrat ini. Pada hari saya melakukan perubahan tersebut, ditakdirkan semasa pulang dari kerja & menunggu bas di Perhentian Bas Kelang, bertemu SiDia Tunangan. Sudah 2 minggu kami hanya berhubungan melalui telefon dan sudah lama dia tidak datang ke rumah kerana tugasan luar daerah yg kerap. Lalu saya menegur dia dengan perasaan yg berbunga2 dan tertanya2 apakah SiDia Tunangan akan menerima perubahan ini? Alangkah kecewanya apabila dia tidak pun memandang saya, sebaliknya memberi jawapan & senyum kepada Zah, teman sepejabat saya. Dan dia terus berlalu .... Zah terkedu dan cuba memujuk.
Malam itu, SiDia Tunangan telefon, beriya2 dia memohon maaf. Katanya dia amat gugup sekali apabila seorang gadis ayu bertudung menegurnya. Betul ... dia tidak menyangka sama sekali gadis itu ialah saya, walaupun hatinya berdetik bahawa suara itu semacam biasa dia dengar. Bila berada jauh dan diperhatikan, barulah dia sedar bahawa tunangannya telah berubah ke arah yg dia memang dambakan. Dia amat2 bersyukur atas perubahan itu dan lega kerana telah lepas satu amanah yg bakal dipertanggungjawabkan ke atasnya kelak, iaitu 'menutup aurat' bila sah jadi suami isteri nanti.
Pinjam Sekejap
Teman dan ketua rumah sewa saya ialah seorang artis terkenal ketika itu. Menyewa bersamanya memberi kami peluang untuk kenal dan dekati beberapa artis lain yg datang ke rumah. Namanya Noreen Noor!! Walaupun dia seorang selebriti, dia amat menjaga tingkah laku dan bukan sembarangan orang lelaki dapat datang ke rumah sewa kami. Neneknya pun tinggal serumah dgn kami. SiDia Tunangan dikecualikan kerana sudah menjadi tunang saya. Waktu ziarah hanya siang hari, hujung minggu dan terhad di ruang tamu. Saya menyenangi peraturan itu.
Suatu hujung minggu, seawal pagi sebuah kereta Porsche 'parking' diseberang jalan hadapan rumah. Pemiliknya, seorang artis juga (tapi sudah suami orang) sedang berdiri ditepi kereta sambil menghisap rokok. Noreen beritahu kami bahawa artis tu nak jumpa dia, tapi Noreen enggan dan memang sudah beritahu artis tersebut jangan datang & jangan ganggu dia. Jam demi jam berlalu, artis tu masih di situ. Puntung2 rokok bersepah di bawah, Noreen dan kami mula gelisah (sebab tak dapat keluar rumah). Tiba2 kami terdengar bunyi enjin kereta yg amat 'familiar'. Dari jauh kami nampak kereta VW tersengguk2 menuju ke rumah kami. Tiba2 Noreen berkata,"Muni (nama manja dgn kawan2 je), pinjam tunang awak sekejap!" dan sebaik SiDia Tunangan menghampiri pintu pagar rumah, Noreen meluru keluar, buka pintu pagar dan isyaratkan SiDia Tunangan 'parking' bawah porch. Noreen terus tutup pagar rumah, buka pintu kereta dan dgn aksi lentuk manja, jemput SiDia Tunangan masuk ke rumah dan tutup pintu rumah! Dari dalam dapat kami saksikan artis tersebut memijak2 baki rokoknya dengan penuh geram, masuk dlm kereta Porsche, tutup pintu kereta dengan kuat dan memecut pergi dgn laju.
Pecah berderai ketawa kami, sementara SiDia Tunangan masih tercegat, terkebil2 hairan + pelik dgn gelagat kami, juga dengan layanan istimewa yg tiba2 dari Noreen tadi. "Terima kasih banyak2 Wan. You saved my day! Lucukan, VW vs Porsche, mau tak marahnya ... hahaha". Kesian SiDia Tunangan, dipergunakan tanpa sedar. Tapi selepas diceritakan semua, SiDia Tunangan turut ketawa dan selamba kata, "Wah ... saya dah jadi hero hari ni!". Hari tu kami dijamu masakan 'special' Noreen.(p.s. Noreen memang pakar masak).
Bukan Pilihan
Setiap orang mesti pernah ada bapa saudara kesayangan. Biasanya bapa saudara ni anak yang bongsu dan masih belum kahwin. Dan setiap kali pulang kampung, bapa saudara feberet akan layan dan ikut saja apa kehendak kita kan! Jadi bila bapa saudara kesayangan bertunang atau kawin, kitalah orang yg paling kecewa kerana selepas itu bapa saudara ini akan berubah & tidak dapat melayan kita lagi seperti dulu. Begitu jugalah N dan bapa saudara kesayangannya, yakni tunangan saya.
Semestinya saya bukan calon pilihan N buat bapa saudaranya. Semuanya jelas ketika saya diajak turut sama ke NS oleh K.Jan (kakak ipar tunangan). Mula2 kami singgah dirumah sepupu K.Jan yg juga kakak kpd teman sepermainanan saya. Selepas itu, ziarahi N (masih belajar dimaktab perguruan). Dirumah sewanyalah N telah zahirkan rasa tidak puashati terhadap pilihan bapa saudaranya ini. Sambil memandang tepat kepada saya, secara berjenaka dia kata kawan dia ini (sambil memeluk kawan yg dimaksudkan) lebih cantik, baik dan sesuai & sepadan dengan bapa saudaranya itu. Semua ini dikatakan secara terbuka, dihadapan semua, dan sudah tentunya saya amat terasa ketika itu. SiDia Tunangan tidak tahu peristiwa ini kerana dia tidak ikut sama. Lama juga saya dan N tidak sehaluan walaupun selepas kawin. Akhirnya saya sedar bahawa N bertindak begitu ketika itu kerana terlalu sayangkan bapa saudaranya dan hanya mahukan yg terbaik buat dia. Kini saya telah diterima sepenuhnya oleh N, mungkin kerana dia juga akhirnya sedar & tahu bahawa saya juga menyayangi bapa saudaranya itu setulus hati, sebagaimana dia.
11 November 2011
JODOH ...
11.11.11
Semestinya ramai pengantin baru pada tarikh yg begitu cantik & simbolik ini. Buat sepupuku, Sumi (nama manja) & pasangan, SELAMAT PENGANTIN BARU. Juga semua pengantin yg memilih tarikh ini untuk mendirikan rumahtangga. ... moga bahagia hingga ke akhir hayat.
Suatu ketika, 29 tahun yg lalu;
Berita ibarat "ribut tiada, angin pun tiada ... tiba2 pokok bergoyang" sedang hangat tersebar. Ya ... desas desus, khabar angin yg menyatakan SiDia akan masuk meminang saya bertiup kencang. Perasaan saya ketika mendapat khabar itu dari sepupu saya, Yah (moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya & tempatkan dia bersama2 orang2 yg soleh) ialah ~ terkejut, marah & malu!!! Apa tidaknya, saya dan SiDia bukannya ada apa2, kawan sekampung aje. Dan saya zahirkan kemarahan kepada ke dua ibu & ayah. Lalu ayah cadangkan saya sendiri bersekemuka & minta penjelasan dari SiDia. Ibu pula menjadi orang perantaraan untuk menyampaikan hasrat tersebut. (p.s. SiDia ni jiran seberang jalan saya).
Maka pada hari Khamis minggu berikutnya, selepas waktu pejabat (saya baru bekerja & SiDia sedang menunggu keputusan 'final year exam' U dia) saya berjumpa (buat pertama kali hanya berdua) dengan SiDia. Perasaan gugup, berdebar, malu & takut silih berganti. Tapi kemarahan lebih menguasai hingga saya berani meminta SiDia menjelaskan keadaan sebenar. Rupanya kemarahan & keberanian tidak bertempat saya itu telah memakan diri. SiDia memulakan bicara, "Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan." Saya mula rasa seram sejuk. "Biar saya terus terang sajalah. Sebenarnya saya sudah lama berkenan pada awak. Sejak pertama kali lihat awak masa Ting.3 ... dan bila jadi guru tuisyen ad hocs Add Maths masa awak Ting 5, saya mula sukakan awak. Kini, saya dah jatuh cinta dengan awak!"
Kelu dan kaku saya ketiku itu. Muka rasa panas membara, kalau boleh mahu hilang saat tu juga. Saya tunduk seribu bahasa. Rasa nak menangis pun ada. Melihat saya begitu, SiDia cepat2 menambah bicara, "Tentang desas desus tu, bukan saya yg mulakan. Mungkin gurauan nakal budak2 kampung bila lihat saya selalu ke rumah awak setiap kali cuti. Memang saya akui, saya mesti nak jumpa awak dulu setiap kali balik bercuti. Awak marah?"
"Awak! Saya nak sambung belajar lagi kat 'oversea'. Kalau awak sanggup tunggu 4 - 5 tahun lagi, terserah ..." Angkuh sekali jawapan saya (sebenarnya berdalih menutup malu). Dan SiDia setia menunggu, saya pula tak pergi pun sambung belajar ... acah aje tu!! 'And the rest they say, is history ...'
p.s. Sebaik sampai ke rumah petang itu, terdapat sepucuk surat buat saya. Antara isi kandungannya;
" .... saya harap dapat berjumpa awak sebelum saya berlepas ke KL dan seterusnya ke US minggu depan. Saya perlu dapatkan kepastian tentang hubungan kita yg terputus tempoh hari. Saya akui, silap saya. Saya menyesal & saya minta maaf. Saya harap awak sudi beri saya peluang ke dua. Jika awak setuju, kita jumpa sebaik awak habis kerja Khamis ini di .... " .
p.ss. SiDia lulus dgn jayanya, & masuk meminang setelah bekerja. Saya terima SiDia bukan kerana dia 'tall, dark & handsome' (bonus buat saya) tetapi kerana dia jujur, berani & sabar! Lagipun keluarga dah kenal dia dari kecil lagi ... saya pun bukan ada siapa2 dihati ketika itu.
'Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk sempurnakan separuh yang berbaki.' (Al-Hadith)
Tips kerukunan rumahtangga:
'Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya, diredhai ..'
Tiba2 teringat bait lirik lagu Meet Uncle Hussein ft Hazama "POKOK" ...
"Tanya sama pokok, apa sebab goyang ... Jawab angin yang goncang"
Subscribe to:
Posts (Atom)