Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)
Showing posts with label Amar. Show all posts
Showing posts with label Amar. Show all posts

25 September 2021

Kita apa yg kita usahkan

Alhamdulillah ... Imuniti kelompok warga Rumah Biasa2 sudah tercapai. Semalam, pagi Jumaat, Amar (#6, bongsu) lengkap 2 dos imunisasi. Begitu juga abang2, kakak, kakak2 ipar dia ... Semua dah sahut saranan ini. Ini usaha kami. Moga impian untuk berkumpul bersama2 tersayang, rentas negeri ... akan menjadi realiti. Aamiin Ya Rabbi 🤲.

          Simpan buat kenangan di sini. 

Tugas kita ... ikhtiar, doa dan tawakkal. Selebihnya serah pada Ilahi. Dia Yg Maha Berkuasa, Yg Maha Mengetahui. 


p.s. Pernah terbaca, lupa kat mana ... pasal isu vaksin ni. Seorang doktor tak silap Mama berkata, lebih kurang begini. Tidak mengambil vaksinasi yg perlu ketika wabak melanda, ibarat seorang yg tak tahu berenang, masih mahu mandi dikolam yg memang jelas tentera larangan ... 

"BAHAYA! DILARANG MANDI!!" 

Tapi degil, dan ada hati harap keluarga, rakan, bomba, polis, doktor dan semua orang bersedia, siap siaga untuk operasi selamatkan dia, bila dia terjun nanti. Selfish! Really ... Salah siapa kalau dia lemas?? You answer me!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Moga kita semua diberi kefahaman dalam beragama. Aamiin 🤲

Jangan kita menjadi asbab fitnah kepada agama dek tingkah laku kita jua. Dakwah lah melalui perbuatan dan teladan, kerana ia lebih terkesan impaknya dan tak akan dipersoal,

".... awak ni ustaz/ustazah 👳‍♂️🧕 ke nak menegur orang?!"

Kannn! ... 😔. 

#kitajagakita #staysafeeveryone 



08 March 2020

Ke mana tumpah kuah (Bab 1) ...



Melihat gambar Amar dan kawan2 (yg ditugaskan sebagai Fasilator2) ... usai Kem Kepimpinan Muda bg murid2 SK Jelor hujung minggu lepas, terpancar aura setiakawan dan keakraban mereka berlima.
Mama kenal semua; pernah bermalan di Rumah Biasa2 banyak kali; menemani Amar ketika Mama dan Ayahnya perlu berpergian tanpa Amar dek kekangan aktiviti sekolahnya.
Dah rasa macam anak2 sendiri depa ni. Antara geng tetap futsal dan outing (gi mari/derak kata oghe Kelate) Amar.
Tiba2 terfikir!!
Hmmm! Terperasan macam ada 2 kem. Kem 'peramah/outgoing' (Kem A) dan kem 'kurang peramah/reserve' (Kem B) dalam keluarga kami.
Kem A ~ Ayahnya, Angah (Arwah no. 2 son), Anas (no. 4) and Amar) bongsu, no. 6).
Kem B ~ Mama, Abe (no. 1), Kcik (no. 3) and Muaz (Mr. Cool, no. 5)
Yupp!! Selangseli gitu.

Yg dari Kem A senang bergaul dan kawan2 merata. Baru kenal dan macam kenal lama. Tak kekok/relax 'blend-in' majlis apa pun. Pergi mana2, ada je kawan/kenalan dia. Tidak akan hampakan kawan2 bila diperlukan.

Yg Kem B pulak, berat mulut, kekok, lebih senyum dan anggok bila dimajlis yg tak biasa. Tanya satu, jawab satu. Kawan tak ramai tapi setia, rapat hingga tua. Pendiam tapi ringan tangan, suka menolong.

p.s. Pun dari segi raut wajah pulak, rata2 yang mengenali kami kata anak2 dari Kem A, mirip Mama. Manakala dari Kem B, mirip Ayahnya.
MasyaAllah! Subhanallah!!

Itu dari segi sosial dan raut wajah sahaja. Personaliti dan perangai ... lain2 belaka.
6 anak 6 peel. What's work with no. 1, not necessarily works with the other 5 ... 😅😅.
Now my children, 3 whom have kids on their own now, are reaping what they did to me and their dad 😂😂😂. Good luck dearest sons, daughter. Mama and Ayahnya always open for consultations. 😊😊
Mr. Cool and Amar, please learned from them. 🤭🤭

Itulah, walaupun acuan sama, setiap anak adalah berbeza. Ada putih, ada sawo matang, ada tinggi, ada rendah, ada peramah, ada pendiam, ada berani, ada berhati2, ada penglipur lara, ada yg sentimental. Itu sebahagiannya ...
Amanah dari Allah semua. Ujian buat ibu bapa.
Carilah ilmu, sabar banyak2 dan Jangan luput doa buat mereka sentiasa, Jangan bezakan anak2 yg Allah kurnia kelebihan dari yg dikurnia kekurangan. Rezeki masing2 ... semua dalam perancanganNYA, ada hikmah belaka.
Moga kita sentiasa redha dan bersyukur. Aamiin ...
Take care everyone  ♥️

28 December 2019

Back to school ...

Salam ... 🥰
Been busy lately.
Lots of things happened since ...
Happy, good, sad, chaotic, unexpected and suspense. Will try to 'story' them later. InsyaAllah...
And ya!! As you can see in the pic below, Mama still has one last school going son left.
Amar ... the youngest who will be in form 5 come 2020!!!


Guess this will be the last year for Mama's 'badges n names' sewing activity (terasa sedih pulak ...)
Am I going to miss this end of the year routine??
No!! 😅😅
p.s. Why can't they bring back the pin-style badges like the old days.
O.K. back to sewing for now ...
All the best with your new year resolutions 😁😉


18 November 2019

Bila 60 ...

Yup!! Dah masuk umur 60 Mama ni. Tahun ni 'officially' warga emas.
Dan ... memang terasa bezanya 50an dan 60an. Sedikit demi sedikit Allah snw tarik nikmat. Pun rasanya mulai masuki umur 40 dah start ... sebab mula kena pakai spek membaca masa umur 40an la.
Ingat lagi doa yg Ustaz pesan dibaca sebaik kita memasuki usia 40. Bersunggoh Mama baca weh ... betul lah 'life begins at 40'. Umur dewasa/matang.
Di usia inilah jugaNabi Muhammad saw terima wahyu, diangkat jadi Rasul.
Jadi, pada yg akan atau baru memasuki umur 40  ... Jom amal doa ini 💖:


Eh! Mengundur jauh bebenor ke belakang. Takper ... sebab sayang, Mama share lah apa yg Mama tahu.
Sharing is caring  😘😘

Sebenarnya nak cerita antara peristiwa lucu semenjak Mama dapat tittle warga emas ni.
p.s. Yang pakai minyak angin pagi petang, siang malam tu dah sinonim dah dengan Mama dan Ayahnya sekarang. Minyak wangi dan seangkatan dan tak ada dalam radar dah. Amar pun dah menegur, kuatnya bau minyak angin ... 😅😅😅. Dah tak kuat mana dan longgar segala tulang sendi ... Huhu.

Begini kejadiannya.
Minggu lepas, Mama sedang angkat kain petang tu. Amar dan kawan2, waktu tu pula sibuk dengan 'final preparations' untuk pertandingan top 12 Toyota Eco Youth 2019.
Ketika inilah Mama, Amar sedar sangat realiti nikmat pendengaran Mama dah semakin merudum 😅😅.
Apa tidaknya, Amar tanya lain, Mama dengar lain. Siap kuatkan suara tanya,
Mama: "Amar nak buat apa dengan daun betik? Bukan kah projek Amar ni nak kurangkan penggunaan beg plastik?"
Amar: Daun betik?!! (terpinga2)
Mama: (as usual kalut) Kalau nak daun betik, tu ha!! Banyak pun. Nak yg tua ka yg muda?
Amar :???? (masih terpinga2)
Mama : Amar nak ke tidak daun betik. Mama nak ambil sekarang ni. Esok pagi dah nak bertolak. Mana sempat nak ambil dah.
Amar: Amar nak buat apa daun betik Ma?
Mama: Eh! Dia pulak tanya kita. Dah tadi kan Amar cakap nak daun betik!
Amar: (baru 'tangkap' lalu ketawa terbahak2)
Bukan daun betik la Mama, 'double- tape', 'double-tape' .... 🤣🤣🤣🤣
Mama: Apa??!! (tak pasal2 Amar kena pukul berkali2 sambil ketawa bagai nak pecah perut).
Hadoiii!! Itulah ...

OK! OK! Tau ... Mama dah tua.
Cuba sebut kuat2:

Daun betik

Double-tape

(Ulang 2,3 kali)

Bunyi sama kan?
Kan???

Nota bela diri:
Amar pun salah jugak. Patutnya sebut 'double-sided' tape bukan 'double-tape'. 😁

01 November 2018

Suka datang rumah Makcik ....

Itu yg kawan2 Amar beritahu ... setiap kali mereka bertandang ke Rumah Biasa2 kami.
Mereka datang untuk main 'game' ... PS3 PS4 ke apa.
Selalu berempat ... kadang2 berenam.
(p.s. tak menengok citer korea lah Mama 😅😅)
Tak apa lah ... sekurang2nya Mama dapat kenal hati budi kawan2 dia masa mereka main bersama ...
Yg sorang tu siap mak ayah datang hantar dan ambil ... lega gamaknya mak ayah dia sebab datang rumah kawan yg ibu ayah (kami lah tu ... warga pencen) ada di rumah.
Ibu bapa kawan2 Amar yg lain pun dah biasa ... kadang2 bila mereka perlu 'outstation' luar negeri, samaada Amar dan yg lain temankan di rumah dia atau dia dan kawan2 'sleepover' Rumah Biasa2 kami.
Dan begitulah juga Amar ;vice versa; ketika kami terpaksa tinggalkan dia waktu hari sekolah.
Yg 'suka' datang tu sebab selalunya Mama akan sediakan kudapan untuk mereka bila 'break' utk solat asar (Ayahnya akan 'warning' awal2 bila azan berhenti. Solat dulu ... lani tak payah warning dah. Mereka dah terbiasa ... faham)
Menu kudapan mereka biasanya ...
Pizza; speghetti; sandwich; donut!!
Kadang2 bihun goreng dan jemput2 ...
Itu yg suka datang tu ... hihi.
Takper ... seronok masak dan lihat mereka makan ramai2 ... tak pernah tak 'sold-out'!!
Puashati masak utk anak2 remaja ni ...
Moga persahabatan mereka kekal hingga dewasa ... Aamiin ... In Syaa Allah ...
**(seperti kawan2 abang2 dan kakak Amar ... hingga kini masih ingat kami tiap kali mereka balik kampung atau kami ke tempat mereka. Alhamdulillah)


07 October 2018

Habis satu bab ...

Yup it's over ... PT3 is finally over!!!
Don't know who is more relieved ... Amar or me? Ha ha!! ...
Whatever ...
But for sure both of us are happy though. Until the day the PT3 results will be announced i.e. .... (debor pulok mikir hari tu 😅😅)
Amar dah mula tuntut janji ...
Janji nak pergi jalan2 ... keluar negeri kalaupun tak keluar negara.
Tak mau tunggu cuti penggal akhir tahun ... lambat lagi. Lain cerita.
"Hujung minggu tak apa Mama! Ayah!"
"Pergi dekat2 dulu ... ponteng sehari tak apa. Tahun ni 3 hari je Amar tak pergi sekolah ... MC"
* (teringat masa sekolah rendah dulu, dialah juara cuti. Pernah lebih dari 30 hari tak ke sekolah dlm tahun tu. Macam2 ... sakit betul dan pura2 sakit. Sakit psikologi kata doktor keluarga. Adalah punca tu ... cuba siasat, 'slow talk' dgn dia ... macam kawan. Mmg pun ... habis keluar rahsia. Tak buat kerja sekolah, hari cikgu garang, dan dibuli paling banyaknya. Mak Ayah kena peka ...!)
Kami pun rasa memang lama dah tak makan angin. Dok congak2 sambil selaras dgn jemputan kenduri/reunoin dari kawan2 yg jauh. Buleh 2 dlm 1 ...
p.s. Amar tak tahu lagi ni. Haha ...!!
Dah tua2 ni gitulah ... nak berjalan2 tu kalau boleh nak rangkum semua sekali ... ziarah anak cucu, sedara mara, gader2 dgn rakan lama, kenduri ...
Nak jimat masa, wang dan yg utama, tenaga!! Itulah ...
Dah pesan awal2 pada Amar. Kalau dia nak pergi tempat berlibur ... kena ajak abang2, kakak dia yg masih muda bertenaga. Kami berdua dah lepasi zaman tu. Jadi tukang hantar, bayar dan tunggu buleh la ... Nak join sama tak kuasa dah!!
Kesian pulak pada Amar. Jadi yg bongsu gitulah ... dapat mak ayah yg dah senja.
Melalut pulak Mama pagi2 ni ... kerja2 surirumah tak berpencen weh!!.
Till next entry/posting ... have a nice and fruitful day.
Assalamualaikum .....

29 September 2018

Tak tentu hala ...

Anak yg nak periksa ...
Mak yg tak tentu hala!!
Serba tak kena ...
Nak buat itu ... ini ... tergendala.
Yg stress mama dia ...
Yg nak periksa ... cool! relax jer!!
As usual ...
Gitulah Mama ... gusar!!
Setiap kali anak nak periksa besar.
Dari no.1 ... hingga no.6, Sibongsu ...
Sifir sama. Huhu ...

p.s. Mama hanya upaya guna senjata DOA. Mohon pada NYA ... yg terbaik buat Amar, juga buat abang2, kakak dia. Aaminn ...

"Doa ibu bapa pada anak2 seperti doa seorang nabi bagi umatnya".
(Riwayat Ad-Dailami)

21 September 2018

Do your best ....

Amar's PT3 is exactly 10 days away ... today.
Feeling the heat? Hmmm ....
Few days ago Amar asked me,
"Mama! Would you be dissappointed if I did not score straight As?"
I guess he already knows his father and I stand about results and performance!!
We always stressed that numbers can be deceiving ... there will always be no. 1, no. 2, .... no. 10, no 20 ... and the last person. If the last person got all A's ... does that mean he is stupid? You answer me!!!
What is important is to give your best shoot in everything you do!! (good beneficial things i.e. ...) Whatever the results may be, you know you have tried and done your very best. From there ... if there have been any mistakes, learnt from it. Never give up. Try again ... try to be better that before. Better still ... try to be THE BEST!!
Not to please others ... but yourself.
Prove that YOU CAN DO IT if you just try very very hard. To do it the honest and right way. To never belittle and tread on other people in the process.
Never be afraid to try ... be yourself ... believing I am what I am.

Doa Mama, agar anak2 menjadi insan yg berguna pd agama, keluarga dan negara!!

INGAT!! SEBELUM MULA SESUATU;
NIAT BAIK2, POHON RESTU ALLAH DAN IBUBAPA ...
USAHA, DOA DAN TAWAKKAL.
SELEBIHNYA ... ITULAH QADA' DAN QADAR KITA!!

For the time being, Mama just want Amar (as Mama did with his elder siblings) ...
- to cherish his schooling years.
- to enjoy his teenage years.
- to feel happy going to school.
So that, one day ...
He'll look back on those days fondly and not regretting them. No 'What if' whatsoever ...

p.s. our ways of bringing up our kids may differs ... but you are always welcome to agree to disagree!!


06 September 2018

A busy September ...

With 25 days to Amar's PT3 D-Day, the exam mode intensifies.
Both Amar and us are feeling the heat ... no jokes!!
On top of that ... many unpredictable events also happened that need our immediate attentions. When you're past 55, its really time and energy consuming. (I salute our PM Dr. M)
Today Amar left for his  'Kem Pecutan Gemilang PT3'. A 3 days 2 nites stay at his school hostel.
This is like a cream to an already packed exam oriented schedules his school has preparesd. (Yup ... daily school ends at 5 pm, followed by 1 1/2 hour 'Peer Tutoring' at nite. Plus extra classes during weekend mornings. The sacrifices us ... the students, teachers and parents make!!)
17 - 19 Sept. - PT3 Trials Exam.
3 days before the exam, 'Solat Hajat Perdana' ... involving parents, teachers and students.
One day before exam ... 'Majlis Izin Ilmu'.
Finally ...
1st October ... the PT3 race begins!!
We will only breathe easy once the PT3 ends end of October.
A well deserve holiday for the 3 of us would be great indeed. Don't you think?? 😍😊

p.s. this weekend and next weekend we also have 2 far away wedding invitations from our dear ones. One in KL and one in Penang. But our heart are at present with Amars'. So ... with heavy guilty heart, we decided not attending both. We, me especially, cannot bear to leave him 'home alone' anymore. Not with his big exam looming in near. Hoping to make up for all that after Amar's exam ends ... 2 in 1 ... holiday cum a visitings.
In Shaa Allah ....

26 August 2018

Aduhai anak ...

Cuti sekolah seminggu. Campur 2 hari hujung minggu ... jumlah 9 hari. Ada masa 9 hari ... tapii (as usual ... huhu)
Semalam ...
5.30 ptg -  "Mama! Nak ke 'cc (cyber cafe)' jap. Nak 'print' gambar2 utk kerja kursus Geog. Esok cikgu nak tengok."
9.00 mlm - "Mamaaa ... buleh 'trim' rambut Amar sikit. Yg kat tepi dan belakang dah la. Esok perhimpunan!! Cikgu 'check' rambut!!"
Jam 7.00 pagi ni ...
- "Mama! Tolong tandatangan surat. Cikgu nak hari ni!"
Oh Amar!!
Bila kita tanya awal2 ... jawapannya,
"Ok .. ok!! No hal. Beress ..."
Gini lah sokmo. 😩

07 July 2018

Bila Amar kena tinggal lagi ...

Khamis ... kami ke Maran. Mahu ambil Mr. Cool yg tamat pengajian semester ini. Isnin dah nak kena buat latihan praktikal. Barang2 kena 'clear' ... tak boleh tinggal. Itu arahan kolej!! Tu yg kena pergi ambil ... tidak balik dgn bas aje ...
Dan Amar ... dilema lagi dek PT3 kian mendekati.
Sayang kelas tambahan dan tusyen Jumaat dan Sabtu ...
Akhirnya putus tak ikut sekali. 2 orang kawan dah sanggup temani ... yg selalu datang ke Rumah Biasa2 kami.
Mama (as always) ... lega dlm keberatan.
Lalu ... berpesan2 lah Mama beserta senarai tugasan harian.*
"2 hari jer pun pergi" kata Ayahnya.
Orang lelaki gitulah!! 'Relax n cool' aja.
Yg Mama ni, selama diMaran ... hati asyik teringat si bongsu.
Selama 2 hari 2 malam tu ... 'whatsapp dan calls' bertalu2 lah pendeknya. Bak kata kawan2 Amar ... "Masak kau Mar ..." 😅😅
Kesian Amar. Anak bongsu ... gitulah!!

p.s. * Pertanyaan lazim Mama;
- "Dah makan? Makan apa?"
- "Bambam dan PYO dah makan?"
- "Pagar, pintu dah kunci?"
- "Dah solat semua?"
- "Hari ni aktiviti apa?"

24 May 2018

Puasa 2018 ... minggu pertama

Bulan Ramadhan kali ini kami disapa berita sedih 3 hari berturut2.
Maksu Saodah meninggal dunia (sakit tua) malam Jumaat selepas azan maghrib. Kini hanya tinggal beberapa orang saja lagi 'orang lama' dikampung kami. Mereka antara yg sempat merasa kedatangan tentera Jepun yg berjalan kaki melalui kampung kami untuk ke Singapura. Waktu itu mereka dalam usia 1 - 6 tahun.
Malam tu ... selepas isya' dapat berita suami rakan ZS'77 (rakan blogger juga) meninggal petang Jumaat, beberapa minit sebelum berbuka. Allahuakbar ... terkejut sangat. Hingga hari ini hati asyik terkenangkan rakan Mama tu. Berdoa agar dia tabah dah redha. Semasa kami pergi ziarah keesokan paginya, ramai rakan2 ZS'77 turut ziarah. Kuatnya dugaan buat rakan Mama ni. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya.
Pagi esoknya, Ahad, ketika bangun sahur ... dapat berita isteri jiran se taman meninggal dunia awal pagi tadi. Kanser rahim.
Innalillahiwainnailaihirojiun ... Al Fatihah buat arwah bertiga. Moga Allah ampunkan dosa2 mereka dan tempatkan roh mereka dikalangan orang2 yg beriman. Moga roh2 mereka tenang dan damai di sana. Aamiin ....
Jumaat petang anak #4 sekeluarga tiba2 tersembul depan pintu ketika Mama sibuk sediakan juadah berbuka. Anak yg sorang ni suka sangat buat 'surprise' ... bukan sekali dua dia begitu. Dari waktu belajar kolej, kerja dan kini dah anak dua ... begitulah. Suka buat kejutan. Dan Mama sokmo 'caught off guard' ... Mama 'of coz' marah (sebab ada lauk biasa2 je untuk kami berbuka bertiga) tapi gembira sangat sebab anak menantu cucu pulang berpuasa diRumah Biasa2 kami. Besoknya masak 'special' sikit dan buat sira pisang nangka kegemaran dia 😍. Puashati dapat lepas rindu dendam pada cucu2. Ahad pagi mereka bertolak pulang ke Perak. Alhamdulillah ... baru lega hati Mama bila dapat 'call' kata dah selamat sampai.  Selagi anak2 tak selamat sampai, risau + doa tak putus2. (Gitulah hati ibu ... )
Amar sibongsu pula ... sibuk dengan Kerja Kursus Sejarah (KKS). Bulan puasa balik pukul 3.00 ptg (biasa pukul 5.00 ptg). Dirumah tumpuan hanya pada KKS ... kerja sekolah dah 'settle' dgn kawan2 disekolah waktu rehat maklumnya. Sessi temuramah terakhir dgn warga2 taman kami serta ber'selfie' dgn yg ditemuramah sebagai bukti. Semalam sepetang di 'cc' (cyber cafe) ... semak dan kemaskini KKS serta 'print'. Kesian!! Balik dalam hujan .... nampak keletihan sangat, tambah2 berpuasa. Mama masak 'special' untuk naikkan semangat dia. Ayam percik!!!
Ayam percik kuah putih
(versi kuali)
 😙 Bertambah2 makan nasi lepas solat maghrib. Balik terawih susun KKS yg dicetak tadi dan tulis kesimpulan, rujukan dan catit mukasurat pada helaian 'Isi Kandungan'. Pukul 12.00 Mama masuk tidur (dah ngantuk sangat nak temankan dia ... huhu), dia masih dengan KKS dia. Pun Mama dah bancuh segelas besar Kopiko sebelum ni (dia minta sebab nak elak mengantuk katanya). Hari ni dah serah KKS pada guru. Lega katanya. Bulan 7 ... Kerja Kursus Geografi (KKG) pulak!!
Itu antara cerita Rumah Biasa2 minggu pertama puasa.
Jom kita naiktaraf ibadah bulan Ramadhan tahun ni berbanding tahun lepas.

p.s. Besok Mr. Cool Mama (Muaz, anak #5) balik ... cuti seminggu. Sukanya ... 😊😊

25 April 2018

Bila Amar kena tinggal ...

Minggu lepas Mama dan Ayahnya ke Sitiawan ... ziarah anak #4 yg baru berpindah ke sana minggu sebelumnya. Kali ini sibongsu Amar tak dapat ikut sekali.
Tahun PT3 ... sibuk!! Hujung minggu ada kelas persediaan untuk oral B. Inggeris minggu berikutnya ...
Mula2 keberatan nak tinggalkan dia sendirian, tapi bila ada rakan sekelas yg sanggup temankan (kami pun dah kenal rakanya ini, dah banyak kali datang ke Rumah Biasa2 ni) ... kami akur.
(p.s. memang ada sedikit rasa cuak tinggalkan budak2 lelaki tengah remaja ni ... tapi 'to gain their trust, we have to trust them first' .... pilihan ditangan mereka!!)
Amar pun tahu, jiran sebelah dan geng surau Ayahnya adalah cctv kami. Hihi ....
2 hari 2 malam kami di Sitiawan ... taklah risau sangat tinggalkan Amar. Sebab, selain kami dok hubungi dia pagi, petang dan malam (Mamalah ... tak payah teka siapa ... haha), whatsapp dia bertanya khabar pun ya jgk. Walaupun Amar berkali2 'reassures us he is ok and alright, eating well, safe and sound!! Hati ibu takkan tenang (diri sendiri yg cari masaalah .... fikir macam2. Ayahnya pun dah tak kuasa tenangkan Mama ... huhu)
Sebaik sampai balik ke Rumah Biasa2 kami, lega hati Mama Amar ok. Malam tu seronok bercerita pengalaman duduk dgn kawan2 ...
Pun dia beritahu ... rimaslah. Kejap2 Kcik/Abe Pije (kakak dan abg ipar dia) datang ... hantar makananlah, tanya nak itu inilah. Kucing dua ekor tu dah makan ke belum ... Lepas tu Ecu (mak sedara) pulak datang 'surprise spot checks' ... pastu pesan macam2. Tutup dan kunci pagar, pintu awal ... jangan keluar malam2 ... macam2!!! Sampai kawan2 dia kata kat dia anak manja ... ni kalau kawan2 lain tahu, sah Adik (tersasul bahasakan diri Adik sbb nak marah lah tu ... haha) ejek nanti. Kesian pulak ... tapi gitulah jadi anak bongsu. Tu tanda semua orang sayang Mama beritahu dia ... dia hanya mengeluh!! Hihi ....

p.s. keesokan paginya sebelum ke sekolah Mama bekalkan buah tangan dari Sitiawan buat bff dan kawan2 dia. (Amar cakap kawan2 dia semua suka dan ucap terimakasih. Dan yg nakal tu siap cakap mereka rindu pizza, speghetti Makcik!! Haha ... mai la jalan rumah anak2 oiii. Nanti Makcik masak macam2 ... 😁😁)

14 March 2018

Minggu ini ....

Melayang RM45.00. Kesnya Amar dah 'ter'lubangkan sedikit bahagian atas depan vest PRS dia masa menggosok uniform sekolah. Baru dia tahu .... seterika perlu laras suhu ikut jenis kain!!! Mencuka muka ... marah diri sendiri campur takut guru marah. Mama usul dia jumpa guru PRS dan terang hal sebenar. Kes selesai dgn guru bagi pinjam vest lama sementara dia urus 'repair' vest yg rosak. Namun kos baikpulih lebih mahal dari beli yg baru. Oghe Kelate kata, "mahal tali pada lembu", 😷. Amar dapat ilmu baru (dalam menggosok pakaian), Ayahnya melayang nota merah biru ... 'what to do' kan?!!
Batas yg usahakan Mr. Cool Mama telah pun disemai dengan benih bendi, terung dan bayam hijau awal minggu ni. Mudah2an menjadi ...  manakala anak2 cili dah boleh pindah. Kali ini Mama nak tanam dalam pasu jer ... tak larat nak buat batas baru. Lagipun banyak pasu2 kosong tu ... terbiar sekian lama. Nanti Mama akan 'updates' dari masa ke semasa perihal projek bumi hijau Mama ni. InsyaAllah ... 😊.
Ayahnya ada kerja diKT. Maka pagi ini menjadi supirlah Mama setelah sekian lama. 6.45 pagi Amar dah minta dihantarkan ke sekolah. "Awalnya ..."
"Hari ni exam Maths Mama ... dah janji nak diskusi dengan kawan2." Sampai kawasan sekolah, ada lagi yg lebih awal dari kami .... lega. Bonus buat Mama sebaik sampai dirumah ... matahari baru menyinsing. MasyaAllah!! Indahnya ciptaanMu Ya Allah. 


p.s. seronok juga kerana minggu ni ternampak pokok mangga yg ditanam sekitar 2014 berbunga akhirnya. Walaupun hanya se dahan ... ok lah tu sebagai permulaan. Selama ni dok jeles tengok pokok mangga orang dok berbunga/berbuah setiap tahun. Syukur!!

06 December 2017

Amar ... boring

Sebaik cuti akhir tahun bermula ... Amar dah mula tak keruan. Tak 'best' cuti sekolah. Tak leh jumpa kawan2. 'Boring'!!! ... tak ada benda nak buat!! Itu luahan dia ... "Tak 'best' la Mama jadi anak bongsu" ... ungkapan yg seringkali dia sebut bila 'boring' ... duduk sorang2, takder kawan. Nak main, cakap ggn siapa? Mujur ada komputer, henpon ... whatssapp, games, penyelamatlah kiranya.
Kalaulah dia tahu abang2 dok 'jealous' pada dia anak bongsu. Pada mereka semua yg Amar kehendaki, dapat! Bilik tak perlu 'share' macam asrama. Pakaian, kasut ... semua baru. 'No pass on' macam dulu2. Makan tak payah berebut/ikut giliran/catu ..., 'cornflakes' sekotak dia sorang ... depa dulu 4 orang, jenuh nak sukat timbang biar adil ... 😄😄😄. Pendek kata ... tak payah 'sharing'!!!
Apa nak kata, setiap sesuatu ada kelebihan dan kekurangannya. Syukur kita bukan di Somalia, Syria ... (moga dijauhkan Ya Allah. Aamiinn ... )
Kesian jugak ... nak pergi jalan2, musim hujan ... lagipun Ayahnya sibuk tolong urus pembinaan rumah kawan baik dia yg menetap diJohor ditanah pusaka dikampong. Sekarang ni dalam fasa terakhir pembinaan ... hari2 kena pergi jenguk kerana nak siapkan sebelum akhir tahun ni. Terikat ... amanah seorang kawan yg perlu diutamakan.
Lalu kami benarkan dia ajak kawan2 baik dia datang rumah. Main 'game' sama2. Kadang2 dia pergi rumah kawan2 dia, kadang2 mereka jumpa di 'cc' (computer center). Pesan berjela2 Mama pasti mengiringi ... begitulah dengan abang2 dan kakak dia dulu. Pesanan 'walau Ayah dan Mama tak nampak apa yg anak2 buat, ingat!! Malaikat kiri kanan 24 jam dok tulis perbuatan kita. Spies Allah yg tak siapa dapat elak!' itulah yg sering kami ulangi.
Bila kawan2 Amar datang ke rumah, dapatlah Mama tunjuk 'skill', masak macam2 ... baru seronok dan selera Amar makan. Kek, pizza, donut, speghetti ... itu feberet mereka. Kami pun dapat kenal kawan2 dia, katanya dari sekolah rendah lagi. Alhamdulillah anak2 yg baik dan hormat orang tua belaka.
Dan mujur juga ada PYO dan Bambam ... sibulus yg suka main kejar2 dan menyorok dgn Amar ... 'sparring partner' bergusti pun ya ... haha.
Dan mulai bulan ini Amar selalu pesan dan betulkan kami; Ayah dan Mamanya; jangan lagi bahasakan dia "Adik"!!! 'A M A R' ulang dia berkali2 setiap kami tersasul (acapkali lah ... dah terbiasa. Lagi pun tu kan gelaran manja ... sebut nama terasa tak mesra ...
... kannn!) Kalau ke tempat awam lagilah dia pesan berkali2 sebelum keluar rumah dan turun dari kereta. Pun ... tak lulus2 lagi kami ... hahaha. Maaflah dik, jadi bongsu gitulah. Susah Ayah dan Mama nak biasakan dan lepaskan.
Tahun depan Amar dah 15 ... PT3. 2 tahun lagi 17, SPM ... maknanya 3 tahun jer lagi Amar tinggal bersama kami. Bila dia ke pengajian tinggi ... dah tak sama lagi. Rumah Biasa2 Kami hanyalah persinggahan ... sebagaimana abang2 dan kakaknya kini. Ketika itu ... Ayah dan Mama pula yg sunyi ... huhu.
How much we dread it, its a reality.
Till then ... lets make the most of what we have now Adik. Oppsss sorry ... AMAR! 😊
p.s. melalut sampai ke sini pulak Mama ni ...

17 June 2017

Biskut raya Amar ...

Raya tanpa biskut raya macam tak raya kan ... bukan makan sangat pun masa raya tuh. Rendang, lemang, nasi beriani, sate, roti jala, ketupat lebih diminati. Kalau makan pon ... sebiji dua ... yg pelik tak pernah jumpa ... lebih ke arah 'curious', nak tahu rasanya. Kudapan kerepek, kacang dan maruku lebih laku lagi rasanya ... sambil borak sambil ngunyah. Siap botol atas ribaan lagi ... hahaha. Biskut raya rasanya lebih pada penghias meja ... macam lampu lip lap lip lap dan pelita2 tu juga. Macam tak sah kalu tak ada. Lepas raya lain cerita ... habuk serdak biskut raya pun berebut ... haha.
Tahun ni ... mood raya tak berapa ada. Sebabnya tahun ni anak menantu giliran belah sana pula ... terkelip2 kami berempat lah raya pertama dan kedua. Raya ketiga baru depa tiba ... itulah. Jadi Mama tak rasa nak buat itu ini macam biasa ...
Semalam si bongsu bertanya ... "Mama! Kita tak buat biskut raya ke tahun ni? Nak biskut yang Mama selalu buat tu ..."
Ayahnya pun mencelah juga ... "Buatlah biskut semperit kegemaran kanda ..." gurau nya. Mr Cool angguk setuju ... "Kami tolong. Boleh Mama?". Kesian pulak ...
Pagi tadi dapat 3 botol ... cornflakes madu, yg paling senang sekali dulu. Mama bancuh dan jaga oven jerr ... selebihnya Amar yg sudahkanya. Senyum simpul dia ... air tangan sendiri. Bangga!! 


 

09 December 2015

Antara dilema dan harapan ....

Tahun depan Amar akan ke tingkatan 1. Kami (Mama dan Ayahnya), berkira2 agar Amar ke sekolah berdekatan sahaja. Siang ke sekolah, malam ke kelas tahfiz di masjid pekan kami. Dah pun merisik dgn ustaz di sana ... dah ok, tunggu nak mulakan sahaja ...
Pada masa yg sama, Amar turut dapat tawaran menduduki ujian utk ke sekolah agama bagi program tahfiz modul ulul albab (IMUA) ... sekolah berasrama penuh!
Perasaan kami berbelah bagi .... dilema menggamit hati
Antara sayang melepaskan sibongsu pergi,
Dengan harapan agar ada Tahfiz dari zuriat keturunan kami.
Sudah terfikir ... peritnya bila Amar tiada disisi ... tinggal berdualah kami nanti .... sunyi!
'Selfish'kah kami?!!! Lebih pentingkan soal hati ...
Akhirnya kami akur ... biarlah Amar yg putuskan sendiri ...
Ini masa depan dia ... juga harapan kami ...
Lagipun Amar begitu yakin ingin mencuba peluang yg diberi ...
Peluang sebegitu hanya datang sekali ... alim ulama dulu2 ... kecik2 dah dihantar mengaji, mencari ilmu ... jauh, sendiri ...
Aduhai!! lemahnya kami.
Hari ujian ... yg datang 600 calon2 skor 5A. Tempat yg ada ... 180 sahaja!!!
Kami berserah pada NYA ....hanya DIA Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik buat setiap hamba NYA
Jika sudah tertulis rezeki ini milik Amar ... In sya Allah berjaya!
Jika bukan .... maka rancangan pertama kami di atas akan dilaksana ... mungkin itu yg terbaik juga ... kami redha!

p.s. Imbas kembali:
Mama mengandungkan Amar, sibongsu semasa berusia 43 tahun. Usia yg berisiko sebenarnya .... pada ibu dan anak. Dan semestinya Mama risau .... risaukan sangat bayi dalam kandungan dgn pelbagai kebarangkalian yg negatif!!!
Lalu ... mulut dan hati sentiasa basah dgn pelbagai zikir dan doa.
Doa agar agar dikurniakan zuriat yg sempurna (tidak cacat), sentiasa bersyukur, agar zuriat dlm kandungan sentiasa dipelihara ...
" ..... Ya Allah, keluarkan dia dari perutku dgn mudah dan selamat.
   ..... Ya Allah, jadikan dia sihat yg sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.
   ..... Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya utk membaca Al-Qur'an dan hadis ..... "

Itu antaranya ...  doa2 Mama.

17 November 2015

Amar .... keputusan misi 5A

Seminggu sebelum keputusan UPSR keluar ... Amar resah
Asyik dok cakap ... subjek Matematik dan BM Penulisan susah
Dua hari sebelum D-day ... "Adik rasa tak dapat 5A. 4A 1B je rasanya Ayah."
Semalam ... "Kalau Adik dapat 3A 2B macamana? Mama marah?"
Begitulah resah, gundah, risau, cemasnya Amar menanti hari keputusan UPSRnya .... yakni hari ini.

p.s. Mama pernah tulis mengenai Misi 5A Amar dulu ... kalau nak 'refresh' kembali, rujuk sini (^__^)

Pun tak kami biarkan kegusaran Amar melemahkan semangatnya ...
Dari  Mr. Cool, abang idola Amar : "Soalan percubaan biasanya lebih susah dari ujian sebenar ... relax!!"
Dari kakak (aka K. Ros Upin Ipin Amar) : "Dapat 5A ... Kcik gerenti!"
Dari Ayahnya : "Insya Allah dapat yg terbaik. Amarkan budak baik"
Mama : "Mama tak kisah Adik dapat berapa ... Adik dah usaha. Kalau tak dapat, masih ada peluang lagi di Ting. 3 ... jangan putus asa." (panjang lebar le kalau maknya ...)

Dan ... pagi tadi. Di dewan sekolahnya ... berdebar jugak Mama masa guru2 masuk bawa slip keputusannya. Alhamdulillah .... Amar berjaya capai misi 5A dia .... bersama-sama 35 pelajar2 lain sekolahnya. Tahniah Adik!!!
Terima kasih tak terhingga buat guru2 yg gigih bertungkus lumus siang malam, cuti pun korban ... demi anak didik mereka. Terbalas sudah penat lelah mereka. Tahniah cikgu2 ...
Terima kasih juga kepada adik beradik penulis komik Afiq dan Nazry ... sumber inspirasi Misi 5A Amar.

p.s.s. Sebelum tu Mama cuba dapatkan keputusan melalui sms .... dah balik rumah .... 3 jam selepas tu baru dapat sms maklum Amar dapat 5A. (-__-') Itulah lajunya internet kita ... dah basi berita!!!

06 October 2015

Oh! Amar .....

UPSR dah lepas .... jadi sekolah pun buatlah macam2 aktiviti lepas UPSR untuk warga2 darjah 6 ni. Kan dah tak perlu belajar lagi ....
Selain lawatan, ceramah itu dan ini, tengok filem, ... aktiviti berbentuk pertandinganlah yg banyak sekali.
Tanding sukan, rekacipta logo kumpulan, kelas paling cantik, paling bersih, syarahan, nyanyi, nasyid, pantun, debat, melukis, gubahan, memasak .... itu antaranya.
Dan yg paling lucu ... dalam pertandingan buat sandwich ... sementara ahli kumpulannya pilih bawa roti, keju, garam gula, bawang, pinggan, sudu garfu, limau nipis, cili merah, tomato .... Si Amar pilih bawa ikan sardin 3 tin, timun batang 2 dan sebotol serbuk lada hitam!!!
Nak ketawa ada, geram pun ada .... ye lah, sardin setin sekarang bukannya murah ... X 3 tin!!! Hadoiii ...... dan Si Amar tetap tak faham mengapa Mama ni kecoh sangat pasal pilihan bahan2 yg perlu di bawa i.e.  sardin 3 tin, timun batang 2 btg dan serbuk lada hitam yg dia sanggup bawa tu  ..... apa perlunya sardin tu bahagi 3 org @ setin sorang bawa ...... (©__©)

p.s. pun kumpulan dia dapat tempat ke 2 (senyum simpul Amar) .... tapi sebotol lada hitam (jenama Aji Shio ... flavoured black pepper) tak balik-balik sampai hari ni ... hahaha

25 March 2015

Jangan lekas putus asa .... Mama dan Amar

Tajuk yg terkena batang hidung Mama sendiri ....
Dan jadi contoh, pengajaran buat Amar ... yg semakin hari macam semakin lemah 'fighting spirit' dlm menghadapi 'letihnya jadi budak darjah 6' (kata dia buat sekian kalinya ....), yg 'moyok, tak bersemangat sokmo' setiap pagi untuk ke sekolah.
Sekarang kan musim kemarau ... panas terik yg membakar
Bila tengok kebun kakak ipar menghijau dengan pelbagai sayuran ... sawi, bendi, bayam hijau, kangkong, kacang panjang, cili ....
tumbuh subur di tanah anaknya sebelah Rumah Biasa2 kami ... Mama pun suruh Ayahnya buat batas ... bersemangat nak menanam sama ... ajak Ayahnya ke pasar beli benih2 yg serupa
Lalu bertanam lah kami ... Ayahnya, Muaz, Amar .... semua dikerah Mama ... (-__-')
Pagi petang kami siram dan jenguk batas2 tu (Mama lah yg lebihnya)
Panas terik cuaca toksah kira ... kering sokmo batas setiap petangnya
Ada juga rasa curiga ... buleh tumbuh ke benih2 ni kalau lihat pada cuaca yg panas membara ... tapi bila lihat kebun kakak ipar elok menghijau ... pun batas dia tiada teduhan juga ... harapan kembali berbunga ...
Masuk minggu ke 2 ... tak nampak2 pun tunas apa2 ...
Esoknya ... lusanya ... juga tiada apa2
Lalu Mama 'give up' ... seharian hari tu tak menyiram
Ayahnya kata ... kita tunggu April pula ... cuaca dah ok gamaknya
Tup tup .... pagi semalam, saja Mama ronda kat batas2 tu
Terkejut, teruja ... banyaknya tunas2 menghijau menjenguk keluar
Sini ... sana ... satu dua tiga ... bilang Mama. Seronok tak terkira ..
Petang tu tunjuk pada Ayahnya, Muaz dan Amar ... semua teruja
Bersemangat nak buat batas lain pula ... tanam apa ya!!!
Itulah ... terasa malu pada diri sendiri ... terlalu mudah mengalah ...
Lupa bertawakkal pada NYA ...
Lupa .... segalanya adalah dengan kehendak NYA jua
Kita usaha, tawakkal ... doa
Ada rezeki ... syukur padaNYA
Jika tiada ... usaha lagi ... jika tak berjaya juga
Yakin ... setakat itu rezeki kita ... DIA Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kita ...
p.s. Amar ... jom kita ambil iktibar darinya.
Jangan cepat mengalah!!
Ingat pesan Tok Wan;
"Bukan senang hendak senang, bukan susah hendak susah"
Be positive Stay Positive Think Positive ....